saya dan MNG


hehehe...saya bukan mahu bicarakan tentang jenama MNG ye, kawan2...tapi saya mahu kongsikan cerita tentang MNG saya. adalah diingatkan (kepada diri saya sendiri), bahawa entri ini bukanlah niat mahu menunjuk-nunjuk atau membangga diri yg pakwe-aku lah-yg-terbaek tapi hanya sekadar coretan kenangan saya tentang dia - yg saya anggap sebagai teman, sahabat dan kekasih. sbb saya sukar nk berkongsi cerita psl MNG dgn ramai org kerana bimbang di salah anggap tp saya rasa tak salah kot nk flashback balik cerita saya dan MNG kat sini. MNG tak pernah tahu yg saya ada wujudkan blog ini. bila dh kahwin nati, baru saya akan tunjukkan blog saya ini pdnya.

mungkin jua entri ini boleh ditujukan kepada teman-teman lain, atau adik2 saudara atau anak saudara saya yg mungkin risau kerna tidak mempunyai teman. jgn kalian risau, teruskan berdoa agar ditemukan dengan seorg lelaki baik, yg dpt menerima kita seadanya kita dan mendekatkan kita pada DIA. kerana saya ingin sekali kalian tanamkan pada diri rasa yakin dan hargai diri sendiri dgn kelebihan masing2. ya lah, kdg2 dlm iklan tv atau drama tv, kita kerap disajikan dgn perempuan cantik dpt kerja, ada teman lelaki dan sebagainya. Allah itu Maha Adil, mungkin kamu tidak dikurniakan dgn kelebihan paras rupa tapi kamu ada kelebihan lain. hanya diri kita sendiri yg mengenali diri sendiri.

mungkin ramai lelaki sukakan perempuan yg cantik, seksi, berambut lurus, tidak gemuk. itu semua lumrah. namun percayalah masih ramai lg lelaki yg baik hati, jujur dan tidak memandang hanya kepada paras rupa atau seksi semata-mata. perkahwinan adalah satu perkara yg serius. jgn terlalu terdesak mencari teman lelaki, biarkan perasaan itu hadir secara semulajadi. kerana saya lebih suka perkara2 yg spontan atau yg berlaku secara semulajadi berbanding yg dibuat2.

saya juga tak nafikan yg lelaki mmg pandai dlm meng-ayat2 cinta dan jgnlah kamu terbuai2 dgn ayat2 cinta mereka. jika kamu keliru dgn perasaan kamu, rujuklah pada DIA. berdoa dan lakukanlah solat istikharah mohon petunjuk kerana DIA lebih tahu apa yg terbaik utk hambaNYA. (ini adalah pendapat peribadi. mungkin lain org lain pendapat kerana apa yg saya katakan sebentar td adalah hasil dr pemerhatian dan pengalaman org2 disekeliling saya.)

hmmm....panjang pulak membebel. ok, balik ke topik asal. cerita tentang saya dan cinta pertama. saya mengenali MNG ketika di tingkatan 1 dan kami merupakan rakan sekelas. Pastinya saya tak hiraukan MNG sgt kerana MNG seorang yg pendiam di dlm kelas berbanding saya yg sgt becok dan brutal (ceh, konon. ye la sbb dulu perangai mcm tomboy sket. huhu).

selepas PMR, MNG berpindah ke sekolah lain dan saya juga berpindah ke sekolah lain. kami berjumpa semula di UiTM ketika saya di semester 1 diploma. Pertama kali terserempak adalah di Pejabat Kolej. Ketika itu dia ada urusan di pejabat kolej dan saya dalam perjalanan pulang ke kolej (utk sambung tidur sbb kelas pukul 8pg dibatalkan).

MNG : mingming
saya : haiii (dlm senyum terpaksa)
MNG : takde kelas ke?
saya : kelas cancel laaa. aku nk balik bilik la, nk sambung tidur.
MNG : alaaa lepak la dulu, borak2 dgn aku
saya : katil dh panggil2 aku ni
MNG : borak kejap je...kite kan kwn lama. tak sangka lps 2 tahun, jumpe kat sini
saya : hak ah...ada gak 4-5 org budak skola kite aku nmpk kat sini.
MNG : budak skola kite yg lain aku tak tegur. aku tegur ko sorang je
saya : apasal lak?
MNG : aku mcm cam muka diorg tp aku x ingat nama diorg. aku ni susah sket la nk ingat nama2 org ni
saya : nama aku ko ingat tak?
MNG : sbb aku ingat nama ko la, aku tegur ko. siap nama penuh ko, aku ingat tauuuu
saya : ye ke? apa nama penuh aku?
MNG : _ a_ _ a_i _ u_ _ i_ binti _ o_ _ _u_ _ _
saya : wahhhh siap binti sekali tuuuu. apasal nama aku ko blh ingat, nama org lain ko tak ingat?
MNG : ala, sape yg tak kenal ko... kecoh, suka bising dlm kelas, asik bercakaaaaap aje. sbb tu aku blh ingat.

hahaha....untung gak jd si mulut becok ni ye. kalau bukan sbb saya becok ms zaman sekolah2 dulu, mesti MNG tak ingat psl saya. sbb saya bukanlah blh dikategorikan sebagai pelajar junior yg comel, cantik, yg ramai secret admirer, yg selalu dpt coklat bwh meja. saya ketika di sekolah dahulu adalah seorg yg tak kuat lari (gemuk), hitam, brutal, suka kenakan budak laki, suka tidur dlm kelas (maklumlah sekolah asrama), mcm2 la.


saya masuk 1 semester lewat dr MNG sbb sebelum ini, saya mengambil TESL di sebuah ipt lain atas kehendak ummi saya yg mahu saya bergelar guru. (biasalah, kalau dh mak cikgu mesti dia nk anak dia pun jd cikgu). setelah 1 semester bergelar pelajar TESL, saya merasakan yg saya tak minat nk jd cikgu dan saya cuba memohon untuk intake hujung tahun UiTM tanpa pengetahuan keluarga.

MNG : ko baru masuk ke? sebelum ni aku tak pernah nmpk pun
saya : hak ah...dulu aku ambik tesl. ko ambik kos apa ek?
MNG : aku ambik IA
saya : eh, samalah kite. oooo ko ni kira senior aku laaa...aku mintak kos lain, dpt kos ni.
MNG : ala, senior 1 sem je. so far ok ke kat sini?
saya : semua ok cuma subjek akaun je laaa....budak kelas aku pun ramai yg tak ambik akaun ms skola dulu. jumaat ni ada 1st test, hmmm, tak tau la camne
MNG : akaun senang la. akaun la subjek feveret aku. kalau ko dh dpt buat akaun, mesti ko suka
saya : nape ko x ambik akaun?
MNG : aku dh apply tp dpt kos lain. aku pun tak tau nape aku tak dpt akaun. nk kata result tak ok, aku dpt A1 utk akaun. hmmm, tak kisah lah. asalkan dpt belajar. so kalau ko nk mntk aku ajar akaun, aku blh tolong sket2
saya : oh ye ke? hmmm, tak pe lah. wei, lain kali kita borak lg. aku ngantuk la
MNG : ok la...bape no tepon ko eh?
saya : tak pe, ko bg je no tepon ko. papehal nanti aku call, ko tak yah call aku
MNG : 01x-xxxxxxx. kalau ko nk belajar akaun, sms lah aku


kami bersurai. dlm hati saya berkata, malas la aku nk call mamat ni. sbb tu saya tak bg no tepon saya kepada MNG. hihihi....


panjang la pulak....bersambunglah nanti....

3 comments:

dialicious said...

comellll jee..hehehe

Haliza Haron said...

salam ming²,

sy baru jmpe blog awk. tak sbr nk bace sambungan cerita nih.
Thanks eh link blog sy.

Salam p'kenalan :)

mingming said...

diah : comel ye? hehe

haliza : sori sbb saya link blog awak tak mintak permission awak dulu. anyway, slm perkenalan kembali