lelaki seperti aku


laki saya - MNG ni kan kalau kat rumah, memang jenis tak boleh dok diam. ada aje benda yg nak dibuatnya. bukan mcm bini dia ni, asik2 online. kalau dah boring online, tengok tv. kalau tak de citer best kat tv, apa lagi, membuta la jawabnya! entri kali ni bukan nak puji melambung2 suami sendiri, jauh sekali nak menunjuk2. blog ni pun blh la dianggap diari saya. mana tau, 5-10 tahun akan datang, boleh gelak2 bila baca balik. ataupun boleh bagi kat anak baca. tak lain tak bukan, hanya utk kenangan diri sendiri. takut nanti ada yg ckp, mcm laki dia sorg aje yg baik, yg mithali sangat! hmmm...tp masalahnya, ada ke yg baca blog hang ni, cikmingming? kwang kwang kwang. tetttt. jawapannya, takde. hang bukan macam blogger tegar lain yg entri mereka dinanti-nantikan. nak hapdet blog pun letih! huhu.

ok, takpe. sambung cite. laki saya ni memang jenis bangun awal subuh. lps subuh, dia agak susah nak tido balik [kecuali kalau saya yg ajak tido balik]. hehe. kalau kat rumah orang, sebelum tuan rumah mintak tolong, dia dah offer baek punya nak tolong buat tu, buat ni. kalau kat rumah sendiri apatah lagi. dari bilik ke bilik, dia kutip baju kotor atau apa2 yg nak dibasuh. pastu nak kemas tu la, kemas ni la. masa kak wan zek tgh nak basuh baju, MNG ni tolong la lap2 kan dapur. pastu MNG offer dia nak mopkan lantai kat dapur. 

petang pulak dalam pukul 3 lebih ke 4 masa tu, ummi temankan kak wan zek gi klinik sbb anak kak wan zek yg bongsu dak danish kena kudis2. sian tgk kaki tgn dak danish. kak wan ckp danish alergik. lagipun ummi ada nak belikan apit barang kelengkapan yg masih belum cukup utk apit bawak balik asrama. 

ketiadaan mereka di rumah, memberi peluang kpd MNG utk apa lagiiiii....menyapu, mengemop atau erti kata lain mengemas. kak wan zek start kete aje, terus MNG angkat brg2 kat lantai ruang tamu dan capai penyapu. ekceli MNG td tgh tidur, blh lak cargas nk kemas2 rumah org. kalau saya? kem salam laaa. sambung membuta la jawabnya. bertuah ai dapat suami macam yuh tawwww. mmmuaahhhh. kish juta2 kali kat pipi dia. 

masa MNG dok kemas2 ni, MNG tak perasan saya snap gambar dia. MNG ingat saya dok atas sofa, main game angry bird kat henpon. jgn marah haaa


menyapu dan menyusun selipar supaya selipar tak kena habuk atau sampah yg di sapu. nampak tak ada gambar anak kak wan zek tgh tido atas sofa tu? mula2 dia tido atas lantai, tp MNG kejut suruh tido atas sofa sbb MNG nak berkemas.




aktiviti mengalihkan barang dan mengemop pun bermula.






kalau cite kat org pasal kebaikan suami kite, mesti ramai x caya. nanti org kata, citer nk bagus aje kan! lagipun saya nak entri ni membuka mata kawan saya, yg masih byk lagi lelaki yg baik di dunia ni. tak semua lelaki ego. zaman millenium ni, lelaki dah banyak yg gentleman dan dah tak malu nak tolong isteri buat keje rumah sbb masing2 sama2 penat cari rezeki. nabi kita pun tolong isteri buat keje rumah kan...


slps ummi dan ayah saya, suami saya adalah anugerah terindah pernah saya miliki. saya sayang suami saya dunia akhirat. dia teman, dia sahabat, dia kekasih....dialah suamiku. semoga cinta kami ini akan mendekatkan kami dengan cintaMU. kuatkan dan panjangkanlah jodoh kami, Ya Allah. 


hmmm....nanti bila ada anak, saya nak cite kat anak saya tentang kebaikan ayah dia ni. harus! 



Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak....[petikan lagu lelaki seperti aku by alif satar]

No comments: