bercuti di jepun kali pertama-part 4: hakone



sedutan entri yang lalu: 


kami telah tiba di Gora!


entri hari ini: 
Di Gora, perlu tukar menaiki keretapi bukit yang dipanggil Hakone Tozan Cablecar untuk ke Sounzan.

 
di Sounzan.

lepas tu, kena naik ke atas untuk ke setesen kereta kabel. hmmm...mengah dan tertonggek-tonggek bontot jugak la nak naik tangga ke stesen kereta kabel ni! lepas dah mengah-mengah naik tangga, kita sampai di stesen kereta kabel di Ubako Station. kereta kabel ini dipanggil Hakone Ropeway.   

                                             







Dari dalam kereta kabel, kami dapat lihat kesan runtuhan akibat letusan gunung berapi kira-kira 3000 tahun yang lalu, membentuk lurah yang cantik dan telaga kecil air panas. Sepanjang laluan ke puncak Hakone, kami melalui beberapa telaga air panas yang mengeluarkan bau belerang. Salah satu keunikan di telaga air panas ini adalah mereka memasak telur ayam dalam air panas bercampur tanah belerang yang digelar telur hitam dan menjualnya kepada pelancong. 


gambar kawasan telaga air panas yang kami ambil dari dalam kereta kabel kami




 berlatarbelakangkan kawasan telaga air panas 




gambar kawasan telaga air panas yang diambil dari google image
 

sumber: google image

Menurut kepercayaan orang Jepun, sebiji telur hitam ini mampu memanjangkan umur selama tujuh tahun tetapi mereka tidak boleh makan melebihi tiga biji seorang. malangnya, kami tidak sempat mencubanya.




lepas naik kereta kabel tadi, kena naik kereta kabel yang ke-2 pulak di Owakudani Station untuk ke Togendai.



tunjukkan 2 jari untuk kereta kabel yang ke-2. peace! hehe...

cuaca agak mendung pada hari itu.
maka, puncak Gunung Fuji tidak berapa kelihatan :(



berjumpa Naruto di Togendai
Tiba di Togendai, kami perlu naik Hakone Sightseeing Cruise untuk melengkapkan perjalanan kami ke Hakone! ketika kami tiba, ada 2 cruise yang sedang menanti. yang mana satu yang akan membawa kami merentasi Tasik Ashi ini? 


Tasik ashi atau dalam bahasa Jepunnya, Ashi No Ko bermaksud tasik rumpai laut.  Tasik Ashi yang berkeluasan 19.2 kilometer persegi, dianggarkan mencecah kedalaman 43.5 meter dan berlatarbelakangkan Gunung Fuji, adalah tempat pelancongan paling popular di Jepun.


                           

mengikut jadual, cruise yang hijau ini akan bergerak terlebih dahulu. jadi, kami naik cruise yang hijau ni.



terasa macam masa zaman maharaja dolu-dolu bila naik cruise ni. kelassss kan?


 yeay! dah sampai hakone!


mula-mula masa lalu depan kedai yang banyak bear comey2 besar2 ni, ingatkan kedai ni kedai cenderamata. rupa-rupanya kedai ni kedai jual ais krim!


di depan muzium


 di depan tandas

kedai cenderamata


masa tengah jalan-jalan, MNG candid gambar saya. ngam-ngam masa prius lalu pulak tu! memang cun lahhhh! kereta tu. bukan saya.


 cuba tengok nozel dia. terjuntai ikut atas tu!


masa untuk pulang telah tiba! untuk pulang, kami memilih untuk menaiki bas kerana cuaca macam dah nak hujan masa tu.

tak larat dah nak tepek gambar....pai pai hakone

bercuti di jepun kali pertama-part 3: Stesen Hakone-Yumoto


Selepas dah check out dari toyoko inn, kami meneruskan destinasi untuk ke Hakone yang terletak di daerah Ashigarashimo, Kanagawa. Hakone adalah kawasan yang termasuk dalam lingkungan Taman Negara Gunung Fuji, lebih kurang 100km dari Tokyo. Ada pelbagai pilihan pengangkutan untuk sampai ke Hakone:
pilihan 1-  menaiki bas sahaja
pilihan 2 - keretapi-transit naik kereta kabel-transit naik kapal
pilihan 3 - kereta persendirian.

Akak selaku ketua kontinjen mencadangkan kepada kami untuk menggunakan pilihan kedua untuk pergi ke Hakone. Jadi, kami parking kereta di Stesen Hakone-Yumoto. 




ok, jap lagi kite akan naik tren di Hakone-Yumoto Station



beli tiket dulu...


kami beli all-day pass. tiket ni boleh digunakan selama 2 hari iaitu pada tarikh tiket dibeli dan hari keesokannya. sebabnya nak pusing habis Hakone ni memang tak dan la 1 hari aje, kan. orang jepun ni tengok kami comey dan sweet,  dia pun baik hati bagi tiket ni sah sampai esok hari. best, kan? tak payah nak rushing sangat nak round Hakone ni.

ok, acah je. kalau hang tak comey pun, memang tiket ni valid dia 2 hari. hehehe. memang motif dia tak nak orang rushing, memang dia suruh relax-relax je makan angin.




romancecar


taaakkkk. kami tak naik romancecar sebab romancecar ni tak termasuk dalam all-day pass. kalau tak silap,  romancecar si keretapi laju ni nak menuju ke Shinjuku. kami naik keretapi yang kat bawah ni.




keretapi merah inilah yang akan bawa kami ke Gora.




memperkenalkan pemandu tren kita hari ini, yang sudah siap siaga untuk melepas. eh silap, berlepas. tapi memang muka dia macam orang nak melepas. kan? hahaha.


dari kiri ke kanan lurus: saya menantu gila kamera, pak mertua, akak, ibu mertuaku


sepanjang dalam keretapi ke Gora ni, ada la berhenti di beberapa stesen. adegan yang paling saya suka tengok ialah apabila staff di platform sangat mesra dan ringan tulang untuk membantu mak-mak atau bapak-bapak yang dok pegang stroller untuk bawak masuk dalam keretapi atau keluar keretapi. kalau tengok cara diorang tolong angkat tu, sangat bersungguh. tak dan nak snap gambar diorang sebab  penuh jugak orang dalam tren masa tu.


kite dah sampai kat Gora


lepas dah sampai Gora, kena tukar naik keretapi bukit yang dipanggil Hakone Tozan Cablecar. tiket kena simpan tau, jap lagi nak kena tunjuk masa nak naik keretapi bukit tu.

yeah! keretapi bukit dah sampai



to be continued......


nota kaki:  saat entri ini ditulis [walaupun cerita entri ni dah lama berkepuk kat kepala hotak], kerajaan Malaysia telah selamat membawa akak dan pelajar Malaysia yang lain pulang dari Jepun pada 22 Mac yang lalu akibat gempa bumi dan tsunami. Alhamdulillah.

bercuti di jepun kali pertama - part 2: bermalam di toyoko-inn


                                                  
ok, hari ni kite sambung cerita kat jepun. gambar ni diambil masa dalam perjalanan ke hiratsuka.

kami berhenti kat 7 Eleven untuk beli air dan roti. iyelah, itu aje pun yang dapat beli sebab yang lain tak boleh makan. kat tepi 7 eleven ni ada kawasan padi yang luas mata memandang. masa ambil gambar ni, angin bukan main bestttt dia bertiup.

                                                               kat belakang tu padi jepun

ok, sambung perjalanan. adalah beberapa keping gambar yang diambil masa dalam perjalanan ke sana. beberapa keping je? mana taknya, asal naik kereta aje mata pun automatik nak lelap. ish, ish rugi kan? takpe lah, layan je lah gambar yang sempat diambil.


lebih kurang 4 jam perjalanan dari rumah akak, kami tiba di destinasi. ramai jugak yang sama-sama nak check in masa kami sampai kat hotel. sementara tunggu akak beratur untuk parking, kami jalan-jalan di sekitar hotel. siap terserempak dengan ultraman lagi. kami check in lebih kurang nak dekat pukul 5 petang. 

awak, kite jumpa ultraman! betul waaaakkkkk!!!


masuk-masuk bilik, lepak-lepak jap, pastu mandi. 5.30 dah masuk maghrib, terus solat maghrib. lepas solat maghrib, saya dan MNG pergi melepak kat bilik emak (emak, abah dan akak lepak 1 bilik). borak-borak sambil makan nasi dan lauk yang kami bekal dari rumah. lepas dah kenyang dan terbahak-bahak sebab banyak topik-topik lawak, kami pun turun di sekitar hotel untuk melihat suasana dan kehidupan malam. ceh, ayat poyo.




macam best aje tengok sample makanan yang display ni. nasib baik ada bawak bekal.


  di stesen keretapi

mak aiiiii.....dia punya peta perjalanan


selain boleh naik keretapi, kemudahan bas juga disediakan. cuba tengok tangga bas yang saya dah bulatkan dalam gambar kat bawah ni. nampak tak? haaaa....yang ni saya suka. tangga bas tu akan direndahkan untuk memudahkan warga emas dan OKU ketika naik dan turun dari bas. memang friendly kan bas ni.




kalau dah nama pelancong, harus lah ambik gambar dengan signboard kan. tapi kenapa banyak gambar awak aje, mingming? hehe. dah saya aje yang asik nak enterframe. lagipun camera love me! ahaks. sila muntah.

hotel ni memang lengkap - ada hair dryer, ada peti ais, ada kettle, ada tv flat screen lagi youuu. tapi bila bukak tv, tak tau nak tengok cerita apa sebab tak faham, semua cakap jepun.


lepas tu bilik dia ada bathtub. orang jepun memang suka mandi dalam bathtub. hehe. saya pun suka. satu lagi benda yang saya suka, setiap bilik dia bagi 2 pyjamas. tapi saya lupa nak ambik gambar saya dan MNG pakai pyjamas sebabnya pakai sekejap aje malam tu terus............... [hehe, apa lagi lah kan nak buat kalau dah duduk berdua-duaan dalam bilik yang disamar-samarkan cahaya lampunya. jangan tak pandang-pandang, jangan tak pegang-pegang. uppps, lagu yang digubah sedikit liriknya ini hanya sesuai untuk suami isteri aje ye. ngehngehngeh]


makanya, izinkan saya letak gambar orang lain yang pakai pyjamas hotel ni.

sumber: google images
                                          
bukan tu aje, kat bilik hotel dia ada sediakan produk kecantikan untuk orang-orang pompuan suka macam facial, krim badan. tengok macam mat saleh ni pakai.

sumber: google images

tapi yang lagi buat hotel ni best dan kalau saya pergi jepun lagi, nak check in sekali lagi, hotel ni ada sediakan breakfast!!! iyelah, hotel kat sini bukan macam stail hotel kat malaysia. kalau takde sediakan breakfast tu, macam pelik lah kan. kalau kat sini, tak banyak hotel yang sediakan breakfast. walau pun breakfast dia sediakan tak banyak pilihan macam kat malaysia dan tak semua benda kami boleh makan, alhamdulillah dapat kami alas perut. waktu breakfast dia pun tak lama, kalau tak silap, dari 7.30 sampai 9.30 pagi je.

                                                      
lepas dah breakfast, kemas sikit-sikit lagi barang dan check out untuk ke destinasi seterusnya. jom, ikut akak ambik kereta kat tempat parking. nak tengok, tempat parking kereta untuk guest hotel ni?

akak masukkan kod untuk ambik kereta kat tempat parking 



tuuuuu diaaaa....kereta akak sudah turun lif. disebabkan tanah yang terhad kat jepun ni, parking kereta pun kena lah buat bertingkat.

tadaaaa....kereta akak dah sampai. jommmm....



ok, babai toyoko-inn. ada rejeki nanti, saya datang lagi.