bercuti di jepun kali pertama part 1



yeay! dah sampai apartment akak. lebih kurang macam ni la pattern apartment akak. saya lupa pulak nak tangkap gambar apartment akak ni. rumah akak belah yag hujung sekali, tingkat atas. gambar ni kira macam pandangan belakang rumah la. kalau bahagian depan rumah, ada balkoni. apartment orang jepun ni semua kecit-kecit aje. kalau siapa yang ada rumah atas tanah kat jepun ni, dia kira kaya la. kalau ada masa, nanti saya buat entri lain cerita pasal rumah-rumah orang jepun ni

masa turun bawah nak ambik barang dalam kereta, ternampak ada kereta comey parking kat tangga nak naik rumah akak. kereta comey ni nama dia nissan cube. mesti rasa cute aje kalau bawak nissan cube ni. 

kat sini, dalam pukul 11 lebih dah masuk waktu zohor. pukul 3 lebih dah asar, 5.30 dah maghrib. lepas dah  solat dan rehat-rehat, akak ajak pusing-pusing kawasan universiti tempat dia belajar. dekat aje dengan kawasan rumah akak ni. akak pergi kelas naik basikal aje.

tengok, simple aje kan entrance universiti akak ni. tak ada gate pun, open aje.


redup aje kawasan uni akak ni. suka la! sebab banyak pokok-pokok. akak cakap, masa ni belum mula autumn lagi. kalau dah mula autumn lagi cantik pokok-pokok ni bila dia berubah warna. 




tiba-tiba ternampak kereta caldina kat tempat parking. kereta lama ni weiiiii.


yang ni pulak kereta mitsubishi toppo


lepas jalan-jalan kat uni akak, pergi beli barang kat kedai 100yen. macam-macam barang ada. semua 100yen. macam kedai 2 hengget la. tapi barang-barang dia best-best. lupa pulak barang apa yang di beli masa kat kedai 100 yen ni.



malam tu, kami makan-makan kat luar dengan housemate akak. 
mula-mula masa sampai kedai ni, memang tak bajet kedai comei ni tempat makan-makan. masa ni nak dekat haloween, tu yang ada pumpkin bagai.






tengok, alas meja dia sama macam alas meja kat cafeworld saya la! [ahhhh, hang ni mingming. kepala hotak penuh khayalan. sebab tu la hang hanya rajin masak kat fb aje tapi tidak di alam realiti]. saya cuba jugak belek dari depan-ke-belakang-ke-depan, konon nak fikir nak order nak makan apa. 




aik? takkan minum air kosong aje?






jeling meja sebelah. diorang pun air suam aje?









tadaaaaa.....tu diaaaaa.....ais krim tinggi kemain. siap ada bunga api lagi youuuuu. susah jugak nak cari makanan halal kat japang ni. ais krim ni antara yang special la kat kedai alas meja cafeworld ni. dia ada letak buah-buah, pastu ada letak cornflake jugak kat ais krim. harga dia? 3000 yen. huhu. menangis bila convert yen to RM. rasa macam tak selera nak makan. [iye ke? tengok muka hang dalam gambar atas tu, ceria aje senyum senyum.] 






mak dan housemate akak kat meja sebelah pun ceria bila ais krim bunga api sampai.






ais krim bunga api yang tinggi lampai semakin merendah diri.





lepas ais krim dan wallet dah licin, masa untuk pulang ke rumah. oh ye, kalau ada tangkap gambar makan-makan celebrate birthday ke, atau apa-apa la kat kedai ni, boleh la tepek kat board tu. 

2 comments:

cik angah lee said...

wahhh... onique!
kamu ke jepun??
seronottnyaaa...!!! =)

apa ole2 yg dibawa pulang?
onique..saya sudah jd follower kamu..
ini blog baru kamu kah?
saya hanya ada address kamu yg lama shj...

sila jd follower ku!
huhuhu...

mingming said...

ole2? hari tu, mau jumpe tp kamu yg tak mau...

yup, blog lama tu semua dh transfer sini.

ok, i follow :)