kehidupan selepas berkahwin ~~ best tauuu :)



Alhamdulillah, saya dan MNG telah selamat dinikahkan sendiri oleh ayah kesayangan saya pada 29 Mei 2010 jam 10.30 pg. cerita pasal kawen ni kite cerita di entri yg lain lah ye. Sbb tak best pulak cerita tak diserikan dgn gambar2 di hari kejadian, kan. Nantilah citer pasal majlis hari tu, tunggu gambar dr OP ye.

Ok, kite cerita pasal kehidupan slps kawen lah ye. Hmm….sudah 3 minggu kami bergelar suami isteri. Seronok dan adakalanya rasa mcm tak percaya yg saya kini bergelar isteri kpd lelaki yg amat saya cintai sejak 8 tahun yg lalu.

Saya kini menetap bersama mertua. Mula-mula tu cuak+takut jugak. Iyelah, sebelum ni mcm-mcm cerita kita dengar bila menantu perempuan tinggal serumah dgn mertua. Selalunya banyak cerita yg tak best dr best lah kan.

Ibu dan bapa mertua saya sudah pencen. MNG pula anak bongsu. Maka, MNG ajak saya utk tinggal bersama mereka. Tambahan pulak, byk bilik kosong sbb abg dan kakak MNG tidak menetap bersama mertua. Jarak antara rumah kami adalah dalam 40-50km. Bonda saya juga ada mengajak kami utk tinggal bersama kerana rumah kami tersangatlah dekat dgn opis MNG tetapi MNG bimbang adik-adik saya yang lain tidak selesa, terutama adik perempuan. Sbb rumah kami kecik aje.

Masa saya tinggal di rumah mertua, ada jugak la rasa mcm sedih sikit. Kadang-kadang sayu pun ada. Iye lah saya ni anak sulung 6 beradik, yang bongsu (Amir) Darjah 5. Dah terbiasa kecoh-kecoh kat rumah tu. Sedangkan kat rumah mertua, hanya kami berempat dgn sorang abg MNG yg masih single mingle. Abg MNG yg sorang ni pun selalu takde kat rumah. Sabtu+ahad dia selalu kerja. Kalau weekdays, dia selalu balik kerja tengah malam. Abang MNG yg sulung, menetap di rumahnya sendiri. Akak pulak masih berada di Jepun. Jadinya mcm kami berempat aje kat rumah tu. Mana lah nak sama dgn kecoh adik-adik saya kat rumah tu. Kecoh berebut bilik air waktu subuh. Kecoh berebut nak guna PC+internet. Seronok tau adik beradik ramai ni.

Hmm…leceh pulak nk sebut mak mertua atau bapa mertua. Rasa macam jauh je. Mertua kan dianggap seperti ibubapa sendiri, kenalah letak mereka dekaaaaatttt dlm hati. Ok, kalau saya sebut emak, abah – itu adalah gelaran utk mertua saya tapi kalau ummi, ayah – itu panggilan utk ayahbonda kandung saya.

Ok, sambung cerita tadi. Bukan saya dan MNG tiada niat untuk membeli rumah sendiri. Memang kami sedang dalam proses meninjau-ninjau lokasi yang sesuai. Iyelah, beli rumah ni bukan mcm beli goreng pisang. Banyak faktor-faktor lain yang perlu diambil kira. Emak pun tak kisah saya nak duduk dgn mereka. Iyelah, emak pun boring jugak lah kot kalau siang malam duduk berdua aje dgn abah.
dari kiri: emak, akak dan saya

hai, inilah abah

Kalau ada yg tanya, seronok kahwin? Jawapannya mestilah seronok. Sebab? Sebab emak, abah dan ahli keluarga malah sanak saudara dapat menerima saya sebagai ahli keluarga mereka yang baru. Dan sebab yang lebih seronok, saya rasa kehidupan saya berubah ke fasa yg lebih baik. Rutin kehidupan saya juga berubah menjadi lebih baik. kalau sebelum kahwin dulu, saya selalu solat subuh di akhir2 waktu. kadang2 tu , saya ponteng subuh. tp sejak kahwin ni, saya tak pernah lagi ponteng solat subuh dan tak pernah tidur balik lepas subuh. Ok, ni saya cerita rutin harian saya selepas berkahwin kalau hari bekerja.

5.30 pg : MNG dh bangun (dan akan berhempas pulas mengejutkan isterinya yg susah benar nk bgn pagi).
5.35 pg : saya bangun. (dgn mata tertutup yg sgt susah nk bukak sbb mcm ada gam, saya berjalan ke bilik mandi sambil dipimpin oleh MNG)
5.36 pg: MNG jirus kaki saya dgn air (MNG ckp, supaya saraf2 tak terkejut). dan sapu muka saya dgn air
5.37 pg:: Gosok gigi dan mandi pagi sama2 dgn MNG.
5.55 pg: Berpakaian utk ke opis.
6.00 pg: Bersolat subuh, menjadi makmum kpd Imam Muda, MNG :)
6.15 pg: Kemas katil dan bersiap2 utk ke opis
6.20 pg: Panaskan enjin kereta
6.25 pg: Bersalam dgn emak + abah dan say bai bai

Begitulah rutin pagi saya yg saya rasakan tiada yg lebih indah selain memulakan hari dengan mandi + solat berjemaah bersama suami. Rasulullah S.A.W pun galakkan suami isteri untuk mandi bersama-sama untuk mengeratkan hubungan suami isteri.

Ada juga teman-teman lain bercerita bahawa lepas kahwin barulah diorg tau yg lelaki diorg suka sepah2 baju, tak sidai tuala lps mandi, baru tau itu la, ini la. Saya senyum sahaja. Bagi saya, masing2 perlu masa utk sesuaikan diri dgn pasangan masing2. Macam saya. Saya juga kena sesuaikan diri. Saya kena berubah jadi lebih rajin dari MNG. Lebih rajin bangun pagi dari MNG. Lebih rajin berkemas dari MNG. Lebih rajin buat kerja rumah dari MNG. Lebih rajin buat kerja-kerja di dapur dari MNG. Ini tidak. Saya ni hanya lebih dari MNG bab makan aje. Saya kuat makan. Memang sejak zaman ber-chenta lagi MNG sudah tahu kehandalan saya. Saya makan lebih banyak dari MNG tapi badan saya setakat ni maintain aje 40kg tapi badan MNG yg makin naik. Hehehe. Emak pun seronok bila setiap kali makan nasi, saya wajib tambah nasi 2 pinggan.

MNG rajin berkemas dan kalau boleh dia tidak mahu saya buat apa2 kerja pun di rumah tu kecuali kalau emak dan abah mintak tolong la. Saya pulak yg jd segan. Iyelah, takkan nak duduk rumah emak+abah mcm puteri pulak, kan. Saya ada jugak la tolong2 sidai baju lps MNG basuh baju kami walaupun MNG menegah saya menolong. Nak sidai baju pun ada cerita jugak. Saya dengan pantasnya, terus aje sangkut baju2 di hanger. Nak cuba jadi rajin lah konon. Dengan suara yg lembut, MNG menegur saya, sebelum sidai kena kibas2 dulu. Tet!!!! Nampak sangat la selama ni ummi saya yg buat kerja rumah. Ummi, I love youuuu!!! Saya pun jwb, oh terlupa. Hahaha. Nk coverline dgn suami sendiri. MNG senyum aje. Harap2 emak tak nampak. Kalau emak nampak, mesti dia geleng kepala tengok menantu dia ni sidai baju.

Saya ni tak pandai masak tapi ada jugak la saya turun ke dapur tolong2 emak sikit2. Saya mmg saaaaangat kekok kat dapur. Memang lah satu kerugian besar, kan? Nak kupas kulit kentang pun, terkial2. Emak berikan saya alat utk memudahkan potong kulit kentang. Tetapi sebab saya tak pernah tolong ummi saya, saya pegang benda alah tu terbalik! Hmmmm, patut la tak leh nak potong kulit kentangnya. Akhirnya, berjaya juga lepas emak tunjukkan cara yg betul.

Saya potongkan kulit epal utk abah. Punyalah terhegeh-hegeh sampai epal yg putih pun jd lebam. Hehe. Kalau kat rumah saya dulu, adik saya (Amir) suka makan epal yg dibuang kulit. Tp saya si kakak yg pemalas, telah paksa Amir makan jugak kulit epal tersebut dgn alasan kulit epal ada vitamin. Walhal sebenarnya saya malas dan tak pandai buang kulit. Nah, sekarang hambekkk. Terhegeh-hegeh nak bg pak mertua makan. Huhu.

Emak minta saya pecahkan telur utk di goreng. Nak pecahkan telur pun saya gagal pecahkan dgn baik. Apa daaaa….umur dah 27 tau?
Ummi saya sangat2 risaukan saya yg serba serbi tak pandai ni. Alhamdulillah, emak memahami dan dia tidak membebel. Malah dia memberi tunjuk ajar kpd saya. MNG juga sangat2 memahami dan bertolak ansur mcm yg saya kenal 8 tahun lalu. Semoga sifat2nya yg baik itu akan berkekalan hendaknya. Ingin diingatkan sekali lagi tujuan saya kongsi apa sahaja cerita di sini bukan nak menunjuk2 atau apa2 yg seangkatan dgnnya ye. Dah nama pun blog peribadi. Blog ni pun saya dh anggap mcm diari saya. Mungkin boleh juga dijadikan kisah klasik utk masa depan. Cheeeewahhh. Sendiri tulis, sendiri baca. Saya nak anak-anak saya tau yg ayah diorang ni saaaangat baik. Ok lah, tamau citer banyak2. Nanti kalian yang baca (ada ke org nak baca? Ceh, perasan!) boring pulak kan kalau saya citer asik nak up suami dan kelaurga sendiri. Mungkin juga ada yang menganggap saya merendah-rendahkan suami kerana suami yg banyak buat kerja rumah. Opppss, saya bukan queen control ye. MNG rajin - itu kelebihan dan keistimewaan MNG dan saya sedang cuba membaiki diri saya. Bagi saya, tak salah pun kalau lelaki tolong buat kerja rumah. Tak jatuh ego lah. Saya pernah terbaca, Rasulullah pun jahit butang baju baginda sendiri.

MNG memang sweeetttt. Pernah satu malam tu, saya nak kemas baju. Sbb esoknya ummi mengajak kami ke kenduri kahwin di Kuala Pilah dan seterusnya ke rumah kakak ummi (makcik saya) di Gemas dan Tangkak. Tp lepas masuk bilik dan nampak katil, saya terus landing baeek punya. Saya kononnya nak baring2 sambil fikir nak bawak baju apa. Tgh berangan2, tertidur. Hehehe. Tup tup kul 2 pagi saya terjaga. Saya toleh MNG ada tidur di sebelah. Saya pun bangun sbb saya belum solat Isyak. Lps solat Isyak, saya dah tak boleh tidur. Pusing kiri pusing kanan pun tak boleh jugak. Saya pun keluar dari bilik dan bukak PC. Lps main café world kat FB, saya pun tengok drama online. Tiba2 MNG keluar bilik dan bertanya kpd saya
“ucuk buat apa ni?”
“tengok drama online”
“ucuk tak boleh tidur ye”
Saya mengangguk.
“jom ucuk, kite tidur. Dh kul 3 lebih ni.” MNG menarik tangan saya masuk ke bilik. Saya pun tutup PC.

MNG baringkan saya di sebelahnya dan terus peluk saya. MNG menepuk-nepuk saya sambil mengusap2 rambut saya bagaikan menidurkan anak kecil. Tiba-tiba saya sebak kerana sangat tersentuh dan terharu. Dalam beberapa detik sahaja, mata saya yg td sangat segar bugar dan takde rasa ngantuk langsung terus terlena. Malam itu (ke dh nak dekat subuh masa tu?) saya lena dlm pelukan MNG sehinggalah MNG mengejutkan saya untuk solat subuh berjemaah pagi itu.

Saya jatuh cinta lagi. Saya jatuh cinta yang entah keberapa juta kali pada MNG….

ni gambar kami masa hanimun hari tu :)

[dah lama tak update blog. sekali update, hambekkk. berjela la pulak ;p]