bergemok (burger-mox)


korang suka makan burger tak? mesti sukaaaa kannn.....hmm, kalau tak suka burger pun, korang mesti kena cuba burger yg kawan mingming ni jual. sebab daging burger dia buat sendiri tau. bukan setakat daging aje buat sendiri. roti burger tu pun diorang buat sendiri. burger dia besaqqq punya.  memang puas la makan! kalau korang dok dekat2 atau ada lalu-lalang kat area seksyen 7, mai la singgah kedai burger kawan mingming ni. kalau nak lebih spesifik, kat area food court belakang unisel.

tapi nama kedai dia bukan burger-mox tau. kalau dia letak nama kedai burger-mox macam tajuk entri ni, kompom ramai yang tak mo beli sebab takut makan burger dia nanti jadi gemuk. saya letak tajuk burger-mox sebab nama kawan saya ni, Mox.

semalam MNG balik dari kursus di selatan. hari anniversary dia kena kursus pulak. huhu. lepas jemput MNG kat putra kelana jaya, MNG ajak singgah kedai burger Mox. nak cuba la burger dia yang dah masuk tv3, tv9 dan telah terpampang di dada akhhbar tu kannnn.

saya pun terus la watsap Mox, tanya bukak kedai ke tak? kedai dia memang bukak setiap hari, dari 5 petang sampai 12 malam. tapi saje je la watsap, kot la dia cuti ke, EL ke, kannnn.... masa kitorang sampai tu, memang ramai la orang tengah oder. saya nampak masa tu si Mox ni tengah sibuk kat dapur. saya pun mintak budak yg kat depan tu panggilkan. 

terkejut muka si Mox tengok saya datang. [ye ke? ke purak2 terkejut ni? hehe]. Mox ni classmate saya. dalam kelas, kemain lagi dia ajak kitorg budak2 kelas datang try burger dia. hmmm, kiranya saya la orang pertama budak kelas kitorang yg datang kedai burger dia ni. *tepuk tangan. saya seronok dapat bagi sokongan kat kawan2 nak meniaga. 

sementara order kitorang siap, kitorang gi solat maghrib dulu. surau kat food court ni pun ok. takde lah bau kepammm aje kan macam sesetengah tempat tu. lepas solat, makan time! kitorang try setakat 500gm je la. nak oder burger lagi besaq, takut tak terhabis pulak. ini pun kongsi dgn MNG, mengah nak perhabis. kalau letak kat pinggan nasi tu, separuh saiz burger ni aje yg muat. separuh tau! korang agak2 sendiri la berapa besaq dia punya burger.

Mox tengah borak dengan MNG.


Mox ada cakap, kan hari tu tv3 ada datang buat review pasal kedai burger dia ni kan. so tv3 suruh dia carik 15 orang untuk pertandingan makan burger dia ni. saya suruh Mox letak nama saya tapi Mox ckp takut saya tercekik nanti. ye lah, setakat yg 500gm pun kena share dgn MNG. hehe. saya ckp kat Mox, saya nak jadi peserta bukan sebab nak menang pun, just nak masuk tv je. hahaha. 

Mox, sebagai tanda yg kitorang dah selamattt sampai kat kedai hang ni, harusss lah tangkap gambar together-gether kannn.... oh, ya! abaikan keadaan pinggan kitorg yg bersepah. huhu. 



MNG cakap, smile.... sekali lagi! terus kitorg automatik tukar pose.



Mox tak boleh nak lepak dgn kitorg lama2. kitorg pun faham bila tengok customer dah mula makin ramai lepas pukul 8 malam. Mox pun kembali ke dapur, menjalankan tugasnya. saya dan MNG pulak kembali menyambung tugas kasi perabis makan burger ni. setelah perut pun dah gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati, kitorang pun meminta diri untuk pulang. Mox cuba menolak duit untuk bayaran burger tapi MNG ckp, kawan2 la kena sokong bisnes kawan2 :)

ok, saya sudah bergemok! anda bila lagi? 


selamat mencobaaaa!