percutian bajet di jepun part 3: kuatnya angin kat sini

marilah kita sambung cerita percutian bajet di jepun...asyik bertangguh aje! kalau belum baca part 1, klik sini dan part 2 klik sini ye. 

kenapa mingming panggil percutian bajet, sebab memang bajet sangat - takde berjalan mana sangat pun - tumpang tidur rumah akak - dan jalan2 dekat rumah akak je.

petang masa hari pertama sampai tu, akak nak pergi lab universiti dia. so mingming dan encik miumiu pun saje lah nak ikut dia pergi tengok universiti dia. selalu akak pergi kelas naik basikal tapi sebab masa tu musim sejuk dan angin tiup kuat sangat, akak jalan kaki aje. kitorang pun jalan kaki 3 orang pergi universiti akak. 


sampai aje kat uni akak, akak bawak kat kolam air pancut kat depan cafeteria ni. 
akak cakap dia pergi lab, dalam 1 jam  setengah kite jumpa balik kat sini tau.


 mingming dengan encik miumiu cakap kat akak, okayyy. kitorang pusing2 tangkap gambar dulu ya!



angin tiup kuat sangat sampai basikal parking tepi kolam tu pun  terbaring kat air 


dahsyat tak dahsyat la kan angin tiuppp...kalau kat malaysia, selalu jadi cenggini sebab orang sabotaj. ni bukan angin, ni namanya hangin. hihi. 

tapi serius masa ni memang angin tiup kuat sangat sampai mingming yang tengah berdiri ni pun kena tolak dek angin. subhanallah. tu baru angin aje, dah nak tercampak mingming! lupa pulak nak buat video masa ni. 

  posing la kengkonon macam tengah holiday bagai la kan....
padahal tangkap gambo kat uni akak aje!

kasi can posing lagi. hewhewhew


 bas dia memang punctual dan mengikut jadual waktu. pengguna boleh merancang masa perjalanan.


mingming lari-lari nak tangkap gambo dengan kucing hitam naik lori. 
syarikat kucing hitam naik lori ni ada outlet sebelah opis mingming. 



nak senyum tapi muka tak mampu nak senyum sangat sebab muka kebas - sejuk sangat walau cuaca nampak panas. oh ya! jaket yang mingming pakai ni, jaket akak. kat dalam jaket tu, mingming pakai long john-tshirt long sleeve-cardigan-sweater. 4 lapis u ollssss!



angin bayu membawa diriku...sepintas lalu ku terkenangkanmu



 macam gambo dalam kalendar pulak




 comel je motor ni kan...tengok plet number dia tu...


 ini lagi comel! sampai dah terkoyak seat dia. memang legend laaaa


tadaaaaa.....dah sampai semula ke checkpoint! walaupun sesat jugak la celah-celah bangunan tu nak carik balik tempat ni. hahaha. hmmmm, sori la memang banyak gambo mingming aje sebab mingming tak boleh bukak glove. cuaca sejuk ya amat! encik miumiu aje lah yang kena tahan sejuk bukak glove nak tekan button camera.

dalam video spontan takde skrip ni, korang boleh dengar bunyi angin bertiup...masa ni dah tak kuat sangat tapi still boleh dengar dengan jelas kuatnya angin masa tu...



sebelum balik rumah, singgah beli roti untuk mak dan abah yang tunggu di rumah. akak cakap kalau dia tak sempat nak makan yang berat, dia beli roti kat cafeteria ni. halal dan murah. 

balik rumah, goreng keropok lekor frozen yang kitorang bawak dari malaysia. makan panas-panas masa cuaca sejuk memang pergghhhh.....


encik miumiu dan kepok lekor. dalam rumah pun kena pakai berlapis-lapis baju. 0 celcius tuuu...


sambung di sini:
klik *percutian bajet di jepun (4)

No comments: