iftar-potluck-with-girlfriends


sabtu lepas, mingming bukak puasa sesama dengan classmate masa diploma kat uitm segamat dulu....3 tahun mingming kat segamat tu, 3 tahun tu jugak la kitorang jadi jiran bilik. nama hostel kitorang simanjakini. comel kan? sebab tu la kitorang ni bukan saja simanjakini, malah simanjabesok dan simanjaselamanya. meowww *tiba-tiba

kawan mingming, dak anim yang jadi pencetus idea nak buat mini gathering ni....kitorang pun bincang punya bincang la pasal cadangan tempat berbuka puasa. 


anim - ketua kumpulan

memandangkan kitorang ni dah dekat 6-7 tahun tak jumpa, of kos la nanti lebih banyak berborak dari makan, kan....lagipun buffet ramadhan sekarang pun dah mahal sangat hoiiii...paling murah kitorang survey pun sorang rm35 utk buffet...nanti sape yang datang dengan hasben, dah jadi rm70! kang kalau ada yang bawak anak lagi...besar jugak ongkosnya tu kan...kesian pulak!



dila


dipendekkan cerita, kitorang setuju buat kat rumah mingming - potluck je! anim request semua kena homemade. kitorang 3 orang je - mingming, anim, dila. si roze last minit cancel. pepagi sabtu, anim call mingming, tanya nak makan apa. 

"wei, nak makan apa? aku nak gi pasar ni" anim tanya dengan penuh semangat.

"sukati hang la nak masak apa...kite apa-apa pun ok je"

"aku nak buat mee rebus tapi dila nak makan nasi pulak. kang banyak sangat pulak benda nak makan. nasi nak makan, mee nak makan"

"fuyyoooo....anim, hang nak buat mee rebus? cayalah! kalau nak makan nasi, kite masakkan nasi"

"ok, hang masak nasi. aku buat asam pedas. kalau sempat, aku buat sayur campur sekali" 

"orait gak tu...kalau macam tu, kite mebi nanti buat lauk ayam la"

dila pulak dah cakap awal-awal yang dia memang tak sempat nak masak, so dia akan beli je lauk kat param. sebab dia balik shopping terus nak datang rumah mingming. dila ni keje kat bintulu, so jumaat petang dia baru sampai kl. kesian pulak kat dia yang tak sempat nak shopping lagi. sebab hari ahad, dia dah nak balik rumah mertua kat melaka.

2-3 hari sebelum, mingming memang ada niat nak masak untuk kawan-kawan makan tapi tup-tup tengahari sabtu tu mingming senggugut. terus melepettt aje terbaring. masa tu pulak kat rumah encik miumiu. cadangnya lepas zohor, terus nak gerak balik rumah mingming tapi sebab mingming sakit perut, pukul 4 lebih baru nak gerak balik. rasa macam nak kansel aje sebab mingming sakit perut, tapi mesti dak anim dah mula masak asam pedas dia tu. 

apa lagi, rasa macam tak sempat aje nak masak kalau dah sakit perut cenggini. terus mingming call ummi, mintak tolong oderkan lauk paprik dengan kak seri (jiran ummi mingming) sebab kak seri ada bukak kedai makan. sampai aje rumah dah dekat 5.45pm. nasib baik minggu lepas dah kemas rumah sikit-sikit. 

meja yang telah siap sedia untuk bersidang


mingming terus capai penyapu. ngam-ngam mingming habis sapu rumah dan kemas dapur sikit-sikit, anim pun sampai dengan asam pedas ikan tenggiri okay! dan tak lama tu disusuli dila dan suaminya. 


meja bersidang dipenuhi juadah iftar-potluck kitorang



muka sebelum berbuka puasa



muka ketika berbuka puasa




memang syok sangat bukak puasa macam ni. tak de lah formal sangat, boleh bantai borak berejam-jam. nak solat pun senang. oh ya! lelaki sebelah dila tu suami dila ye. sebab bila mingming upload gambo ni kat fb, ada yang tanya laki tu pun classmate kitorang ke? hehe. 

mingming selaku tuan rumah mohon maaf jika ada kekurangan. kitorang bantai borak dari pukul 6.30 sampai 11 malam. itupun terpaksa stop sebab suami dila dah mengantuk. borak tak hengat! encik miumiu pun study sama kitorang kat uitm segamat dulu. suami dila memang sporting walau tak kenal sekor pun yang kitorang ceritakan tapi dia layankan aje cerita zaman muda-mudi kitorang.. hehe. 





tq anim for the asam pedas & sayur campur,
tq dila for the ayam percik kelate style...


No comments: