annual dinner @ holiday villa subang jaya

fuhhh...fuhhh...(sambil tiup2 blog yg dah bersawang). hehe. lama tak update. hmmm...tahun 2012 pun tinggal berapa hari je lagi kan....maka marilah saya blog-kan cerita-cerita tahun 2012 walaupun cerita dah agak basi. huhu.

kali ni cerita pasal ofis saya buat annual dinner kat holiday villa. tahun2 lepas buat kat ballroom hotel, macam dah boring la kan terperap kat ballroom. maka tahun ni buat la kat tepi kolam. acara bermula jam 6.30 petang jumaat.

sebelum apa-apa, kena la daftar dulu...untuk mendapatkan door gift. memang lumayan kali ni punya door gift. syok syok syok! annual dinner tahun ni lebih sempoi..tak yah nak dress up sangat...tema pun hawaiiannn kannnn...

 CEO memberi sepatah dua kata

oh, petang menginjak senja....hari semakin malam.... cun jugak, kannnn
 
memang syok woooo sebab masing2 pakat main tolak2 orang dalam kolam. big boss pun kena tolak. 

 CEO dan drivernya. hihi


hmmm....gambar annual dinner tahun ni memang penuh gambar org kena tolak dlm kolam je. huhu. saya pun hampir2 dongggg kena dokong nak campak dalam kolam. dah la yg nak campak saya tu, bos saya. masa tu dah cuak gila kalau kena campak dalam kolam. dah la pakai maxi dress, naya je! hadiah door gift kali ni, baucer jasko bernilai RM 100 beb! ada yg dah lencun tak leh pakai baucer tu sebab letak baek punye dlm poket seluar, pastu kena tolak masuk kolam. nasib la, labuuuu....

diorg nak tolak CFO dalam kolam...tp CFO releks je terjum kolam dgn seluar slack...sebelum dia kena tolak, dia terjun siap2 dulu... hmmm, memang sporting la...



 HR ~ orang kuat annual dinner ~ emily & ayu


malam tu jugak kitorg selitkan segmen farewell utk Ikeda-san...sebab dah habis kontrak kat Malaysia...dia base kat Mitsubishi Indonesia pulak donggg....

cuba tengok gambar kat atas ni, yg depan sekali tu CFO kitorang....ala, yg terjun kolam pakai seluar slack je tu...nama dia Okumura. dia yg lead japan dance utk persembahan masa farewell ikeda-san...alololo comey je okumura ni :)




 finalis baju tercantik malam tu

 wanfara menang ipad 3. boleh la buat hantaran kawen. hihi


 johan menang basikal lipat


    raizi menang tv

hizan pun menang tv

 haq menang baucer parkson RM300. dapat la beli baju baru, ganti yg dah koyak tu. baju sampai koyak2 sebab main tolak2 org dlm kolam. 







sempat tangkap gambar di hari terakhir ikeda-san di opis. komited sungguh jepun ni. dah hari last pun datang keje...sedangkan petang tu pukul 6 flight dia gi Indon.


 dalam banyak2 gambar, saya suka gambar kandid ikeda-san yg ni!


ramadhan hampir pergi, syawal bakal mengganti


Hmmm.... dah lama sangat sangat tak tulis blog...winduuuu....
tapi masa membataskan niat yang ada... 

maka, di kesempatan ini, saya nak mintak maapppp la banyak2 kat semua... 

Kawan2....
 mohon maaf di atas segala salah silap,
ketelanjuran kata, lawak kasar yang menyentap,
membuat darah jadi menyirap
ye la kadang2 mulut mingming ni tak reti nak senyap.

oh ya, kepada kawan2 mitsubishi
mingming minta diredhai
sbb selalu candid gambo korang secara curi2, ala-ala paparazi
juga pada korg yg kena paksa bergambo dgn mingming sekali
di hari pertama korang melapor diri, hihi...


saya buat kad untuk dept saya. 
ini adalah sebahagian sahaja gambar candid mereka... hihi


nampaknya masa begitu mencemburui kita untuk ber-blog, 
maka saya akhiri dengan.....

:

:

:

:

:

:

:


‎"Potato chip without salt is on the table,     

                                           Relationship without fault is impossible"


~Selamat Hari Raya Aidilfitri, kosong-kosong ye :) 



bergemok (burger-mox)


korang suka makan burger tak? mesti sukaaaa kannn.....hmm, kalau tak suka burger pun, korang mesti kena cuba burger yg kawan mingming ni jual. sebab daging burger dia buat sendiri tau. bukan setakat daging aje buat sendiri. roti burger tu pun diorang buat sendiri. burger dia besaqqq punya.  memang puas la makan! kalau korang dok dekat2 atau ada lalu-lalang kat area seksyen 7, mai la singgah kedai burger kawan mingming ni. kalau nak lebih spesifik, kat area food court belakang unisel.

tapi nama kedai dia bukan burger-mox tau. kalau dia letak nama kedai burger-mox macam tajuk entri ni, kompom ramai yang tak mo beli sebab takut makan burger dia nanti jadi gemuk. saya letak tajuk burger-mox sebab nama kawan saya ni, Mox.

semalam MNG balik dari kursus di selatan. hari anniversary dia kena kursus pulak. huhu. lepas jemput MNG kat putra kelana jaya, MNG ajak singgah kedai burger Mox. nak cuba la burger dia yang dah masuk tv3, tv9 dan telah terpampang di dada akhhbar tu kannnn.

saya pun terus la watsap Mox, tanya bukak kedai ke tak? kedai dia memang bukak setiap hari, dari 5 petang sampai 12 malam. tapi saje je la watsap, kot la dia cuti ke, EL ke, kannnn.... masa kitorang sampai tu, memang ramai la orang tengah oder. saya nampak masa tu si Mox ni tengah sibuk kat dapur. saya pun mintak budak yg kat depan tu panggilkan. 

terkejut muka si Mox tengok saya datang. [ye ke? ke purak2 terkejut ni? hehe]. Mox ni classmate saya. dalam kelas, kemain lagi dia ajak kitorg budak2 kelas datang try burger dia. hmmm, kiranya saya la orang pertama budak kelas kitorang yg datang kedai burger dia ni. *tepuk tangan. saya seronok dapat bagi sokongan kat kawan2 nak meniaga. 

sementara order kitorang siap, kitorang gi solat maghrib dulu. surau kat food court ni pun ok. takde lah bau kepammm aje kan macam sesetengah tempat tu. lepas solat, makan time! kitorang try setakat 500gm je la. nak oder burger lagi besaq, takut tak terhabis pulak. ini pun kongsi dgn MNG, mengah nak perhabis. kalau letak kat pinggan nasi tu, separuh saiz burger ni aje yg muat. separuh tau! korang agak2 sendiri la berapa besaq dia punya burger.

Mox tengah borak dengan MNG.


Mox ada cakap, kan hari tu tv3 ada datang buat review pasal kedai burger dia ni kan. so tv3 suruh dia carik 15 orang untuk pertandingan makan burger dia ni. saya suruh Mox letak nama saya tapi Mox ckp takut saya tercekik nanti. ye lah, setakat yg 500gm pun kena share dgn MNG. hehe. saya ckp kat Mox, saya nak jadi peserta bukan sebab nak menang pun, just nak masuk tv je. hahaha. 

Mox, sebagai tanda yg kitorang dah selamattt sampai kat kedai hang ni, harusss lah tangkap gambar together-gether kannn.... oh, ya! abaikan keadaan pinggan kitorg yg bersepah. huhu. 



MNG cakap, smile.... sekali lagi! terus kitorg automatik tukar pose.



Mox tak boleh nak lepak dgn kitorg lama2. kitorg pun faham bila tengok customer dah mula makin ramai lepas pukul 8 malam. Mox pun kembali ke dapur, menjalankan tugasnya. saya dan MNG pulak kembali menyambung tugas kasi perabis makan burger ni. setelah perut pun dah gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati, kitorang pun meminta diri untuk pulang. Mox cuba menolak duit untuk bayaran burger tapi MNG ckp, kawan2 la kena sokong bisnes kawan2 :)

ok, saya sudah bergemok! anda bila lagi? 


selamat mencobaaaa!








2nd anniversary, 10 great years together

hai, cuba jeling ticker kat sebelah tu. anniversary mingming laaaa.... :)

29 mei 2012...genap 2 tahun usia perkahwinan kami. hmmm...cepat betul masa berlalu, rasa macam baruuuuu aje kitorang diijabqabulkan. sungguh, tak terasa langsung dah 2 tahun. sejak semalam, MNG kursus di selatan tanahair, esok baru MNG balik. 

sepanjang 2 tahun ni berkahwin, banyak perkara yg kitorg telah lalui dan belajar bersama. yang membuatkan kitorang makin dekat. makin akrab. makin melengkapi antara satu sama lain. alhamdulillah. walaupun sebelum kahwin, kitorang dah bercinta 9 tahun tp lepas kahwin, kitorg dapat rasakan rasa cinta dan sayang kitorg makin mendalam. to my husband, i love the way you love me! 

terima kasih Ya Allah di atas anugerah kasih sayang yang Kau limpahkan pada kami ini. janganlah Kau hadirkan rasa jemu dalam hati kami dan rumahtangga kami. semoga cinta dan kasih kami ini dapat meningkatkan rasa cinta kami pada kebesaranMU dan mencapai redhaMU.

terima kasih juga kpd mereka yang mendoakan kami.




antara aktiviti kami 2 tahun lepas  (yg diletak tak ikut tarikh kejadian):


bawak adik2 saya jalan2 dan belanje makan


 ke majlis perkahwinan kawan2 



buka puasa kat kfc lepas belanje beg deuter utk apit. duit dah habis belikan apit beg deuter, jadi makan kfc je lorrrr. hihi ada orang tido dalam gambar.



masa ni tak plan pun nak main badminton. tengok! pakai teva aje! 
ni kira warm up la kannn



tengok cuci the musical dgn adik2 saya



main tangkap2 gambar bila jln jem masa balik keje. dulu la masa tempat keje saya jauh. haip! mulut penuh makanan!



mencari rumah subsale utk dibeli. MNG sedang berbual dgn tuan rumah. 
mintak diskaun ye?


menghantar apit daftar di mrsm kulim


 lunch at restoran nelayan, titiwangsa 
(kalau tak silap, masa ni ummi belanje)


survey barang2 di ikea


ni masa MNG tolong saya kemas barang kat opis lama sebab saya dapat tawaran kerja di lokasi yg lebih dekat dgn rumah


menandatangani perjanjian pinjaman beli rumah 


MNG cuba menghiburkan saya supaya saya tak boring tunggu kereta tukar bearing


pergi preview filem harry porter. muka dah ngantuk kekenyangan sebab sebelum preview, diorg sediakan buffet makan malam


 temankan PIL shopping


hmm....gambar2 ni sebenarnya dah ada dalam draft. tinggal nak tulis cerita tp sudahnya terperap. bila cerita dah basi, tak jadi la nak upload. [tu la, orang lain ada blog, hang pun nak jugak mingming oiiii]

anyway, happy 2nd year anniversary to us and 10 great years together! we count for more! yeay! 


itu ini begitu begini dak mingming

hmm...dah lama tak ber-belog kan? asik jalan2 belog org, lupa pulak nak balik belog sendirik. bila dah balik belog sendiri, saje la selak2 entri lama2...senyum sorang2 bila baca balik...pastu bila carik balik gambar2 yg pernah tepek kat entri-entri lepas tu, baru perasan yg softcopy gambar tu dah tak ingat save kat mana...kat laptop yg manakah..atau dah transfer dlm cd kah....ni semua akibat bertangguh nak print gambar2 la ni...konon nak kumpul kan gambar2 yg nak print dan simpan dlm album....dengan harapan bila print gambar dalam kuantiti yang banyak, bisa dapat murah dong! sudahnya, terperuk la gambar2 tu.

memandangkan belog saya ini saya jadikan catatan sebagai kisah klasik untuk masa depan, untukdikenang-kenang, untuk digelak-gelak, maka saya rasa mulai entri ini, saya akan letak gambar dengan wajah sebenar...hah? wajah sebenar? apakah wajah sebenar itteeww? hahaha poyo lah. maksudnya, lepas ni gambar2 yg saya letak kat sini, biar je la muka terpampang...tak yah la saya nak cover2 dengan gambo bunga la, gambo smile la macam entri2 lepas...bukan apa, dulu macam malu la kan nak tepek gambo sendirik kat sini...hahaha...mingming oiii, hang jangan la nak perasantan sgt ada orang lain hingin sangat nak jenguk belog hang ni...tetttt!!! hmmm, baiklah (dgn nada gaya orang sedar diri).

contohnya macam gambar saya pergi korea ke...kot2 la nanti tahun2 depan, saya nak cari gambar balik, boleh la tengok kat blog ni....ye la, bukan tiap2 tahun dapat pergi jalan2 kat korea nun. apa? pergi korea? tak citer kat blog pun? hihi. ok, ok. next entri yawww.

hmmm, macam  gambar-gambar kat bawah ni yg saya ambik dari entri2 lepas.....ntah mana perginya gambar yg original..... huwaaaa....






hehe...dulu gedik sikit, nama blog party princess...haha..princess la sangat! nanti orang geli pulak dah tua-tua ni nak ber-princess bagai. setelah menyedari yang diri ini telah menginjak usia, saya bercadang nak tukar url blog. nanti orang geli pulak dah tua-tua ni nak ber-princess bagai. saya pun tanya lah MNG, nak mintak pendapat. selalu saya mintak pendapatan dia aje, apa kata kali ni saya mintak pendapat dia. nama blog pun nak bincang dengan suami. hihi. gedik. 

ingatkan dah menginjak usia, nak letak nama yg macam ala ala wanita matang gitu. sudahnya, wonderpet! apa beza princess dgn wonderpet? kuikuikui. nama blog wonderpet ni MNG yg cadangkan. nampak sangat MNG menganggap saya masih muda remaja gitteww, kannnn... jom, nyanyi lagu wonderpet!

Wonder Pets! Wonder Pets! kami datang,
Membantu haiwan yang dalam kesusahan!
Kami tak besar,
Dan kami tak kuat,
Bila Bekerjasama semua jadi mudah.
Yeah, Wonder Pets! Yay!


oh ya! hari ni hari jadi adik saya yang ke-3. semoga kikin panjang umur dan murah rezeki. kalau dah nama besde, harus lah tangkap gambar dengan besde gegel dan keknya...

                                                       kek dia kek boboiboy laaa.... 


tapi kenapa besde gegel pulak yg dok nyorok kat belakang? mingming ni suka over tau! adik saya, kikin ni rajin orangnya. masa saya kawen dulu, dia lah yang saya lantik jadi koordinator majlis. dia suka kemas rumah, kemas bilik, walaupun berulang kali disepahkan oleh kak longnya ini. pendek kata, dia boleh dikategorikan cekap la membuat kerja-kerja rumah ni.

selamat besde ke 25, kikin!