mingming hantar apit pergi asmara [part 2]

dlm 8.30pg kami meninggalkan perkarangan halaman rumah kak wan zek. suami kak wan, abg zani tidur lg. ye lah, smlm dia blk keje pukul 3pg kot. kak wan zek dan anak2 dah ke sekolah. masa kami tiba di mrsm kulim tu, dah ramai gak pelajar dan ibubapa yg dah sampai. tp disebabkan ini bukan kali pertama kami ke sini, maka kami dah tau pot mana yg cun utk parking.


 ececeh...posing dengan kete baru lattewww...



sementara apit beratur pi bayar yuran, kami bersarapan di kantin. saya ambik ns lemak + telur goreng, MNG pulak ambik nasi goreng + ayam goreng. MNG minum air nescafe ais, saya pulak minum ribena bawak sendiri. semua 6 hengget 2 kupang je. kalau kat kolumpo mau dekat2 10 hengget ni!. ummi makan nasi putih, ikan keli tp x ingat org tu caj bape. ummi ada tapaukan apit nasi goreng + ikan keli, rm3 je weiiii! waaaa best betul la dok area sini. makan murah, rumah pun bsr dan murah. jeles tau!

sebenarnya, saya dan MNG mmg pernah bercadang nak dok outskirt area ni. tengoklah nanti rezeki camne nanti, kan.... lps apit bayar yuran, kitorg pun tolong la dak apit bawak naik brg2 dia kat bilik. mula2 apit cadang nak ajak makan kat luar tp ummi tamau. hafiz cuba umpan ajak jalan2. umi tamau jugak. ummi ckp nak cepat balik sbb esok ummi ada miting. kwang kwang kwang. cian dak hafiz. 


bila ummi tgk budak sblh katil apit bawak air mineral punye bapak besar, ummi baru teringat apit tak bawak air minum. terus saya ajak ummi + apit keluar beli air mineral. malas nak masuk pekan, kitorg gi giant. kitorg layan la dak apit mkn eskem sblm hantar dia balik asrama. 



teringin bebenor dak apit ni makan eskem gamaknya. chantek gak kalau upload kat pesbuk gambar dia ni. huhu




lepas balik dari giant, ummi sempat la borak2 dgn cikgu fauzi selaku warden.




sementara ummi borak2 dgn cikgu fauzi, saya sempat la snap gmbr budak2 ni.


 angkat tilam gi mana tu, dik oiii... sempat senyum2 tu! 

 hmmm tak sangka ada budak laki yg bwk buaya ni gi hostel. siapa punya lah agaknya ek? 


ada sorang budak laki ni, muka ganas lalu kat depan saya. tadi dengar macam dia mintak tukar bilik tapi warden tak bagi.  mebi sebabtu nmpk muka dia mcm bengang je. sekali budak yg muka ganas ni yg punye buaya daaaa! tak sempat nak snap muka dia. siapa sangka air yg tenang no buaya haaa....




seronok pulak tgk gelagat budak2 balik asrama. teringat masa saya masuk asrama dolu-dolu!



ok lah adik2 sekalian, belajar rajin-rajin ye. jangan nak cintan cintun. masa untuk kami bergerak pulang ke kolumpo telah tiba. 

eh, kat belah kiri ada badak mati! jom pi tengok. hehe. sebelum ni tatau ada nama tempat badak mati. failed la geografi!




jumpa lagi darul aman!










lelaki seperti aku


laki saya - MNG ni kan kalau kat rumah, memang jenis tak boleh dok diam. ada aje benda yg nak dibuatnya. bukan mcm bini dia ni, asik2 online. kalau dah boring online, tengok tv. kalau tak de citer best kat tv, apa lagi, membuta la jawabnya! entri kali ni bukan nak puji melambung2 suami sendiri, jauh sekali nak menunjuk2. blog ni pun blh la dianggap diari saya. mana tau, 5-10 tahun akan datang, boleh gelak2 bila baca balik. ataupun boleh bagi kat anak baca. tak lain tak bukan, hanya utk kenangan diri sendiri. takut nanti ada yg ckp, mcm laki dia sorg aje yg baik, yg mithali sangat! hmmm...tp masalahnya, ada ke yg baca blog hang ni, cikmingming? kwang kwang kwang. tetttt. jawapannya, takde. hang bukan macam blogger tegar lain yg entri mereka dinanti-nantikan. nak hapdet blog pun letih! huhu.

ok, takpe. sambung cite. laki saya ni memang jenis bangun awal subuh. lps subuh, dia agak susah nak tido balik [kecuali kalau saya yg ajak tido balik]. hehe. kalau kat rumah orang, sebelum tuan rumah mintak tolong, dia dah offer baek punya nak tolong buat tu, buat ni. kalau kat rumah sendiri apatah lagi. dari bilik ke bilik, dia kutip baju kotor atau apa2 yg nak dibasuh. pastu nak kemas tu la, kemas ni la. masa kak wan zek tgh nak basuh baju, MNG ni tolong la lap2 kan dapur. pastu MNG offer dia nak mopkan lantai kat dapur. 

petang pulak dalam pukul 3 lebih ke 4 masa tu, ummi temankan kak wan zek gi klinik sbb anak kak wan zek yg bongsu dak danish kena kudis2. sian tgk kaki tgn dak danish. kak wan ckp danish alergik. lagipun ummi ada nak belikan apit barang kelengkapan yg masih belum cukup utk apit bawak balik asrama. 

ketiadaan mereka di rumah, memberi peluang kpd MNG utk apa lagiiiii....menyapu, mengemop atau erti kata lain mengemas. kak wan zek start kete aje, terus MNG angkat brg2 kat lantai ruang tamu dan capai penyapu. ekceli MNG td tgh tidur, blh lak cargas nk kemas2 rumah org. kalau saya? kem salam laaa. sambung membuta la jawabnya. bertuah ai dapat suami macam yuh tawwww. mmmuaahhhh. kish juta2 kali kat pipi dia. 

masa MNG dok kemas2 ni, MNG tak perasan saya snap gambar dia. MNG ingat saya dok atas sofa, main game angry bird kat henpon. jgn marah haaa


menyapu dan menyusun selipar supaya selipar tak kena habuk atau sampah yg di sapu. nampak tak ada gambar anak kak wan zek tgh tido atas sofa tu? mula2 dia tido atas lantai, tp MNG kejut suruh tido atas sofa sbb MNG nak berkemas.




aktiviti mengalihkan barang dan mengemop pun bermula.






kalau cite kat org pasal kebaikan suami kite, mesti ramai x caya. nanti org kata, citer nk bagus aje kan! lagipun saya nak entri ni membuka mata kawan saya, yg masih byk lagi lelaki yg baik di dunia ni. tak semua lelaki ego. zaman millenium ni, lelaki dah banyak yg gentleman dan dah tak malu nak tolong isteri buat keje rumah sbb masing2 sama2 penat cari rezeki. nabi kita pun tolong isteri buat keje rumah kan...


slps ummi dan ayah saya, suami saya adalah anugerah terindah pernah saya miliki. saya sayang suami saya dunia akhirat. dia teman, dia sahabat, dia kekasih....dialah suamiku. semoga cinta kami ini akan mendekatkan kami dengan cintaMU. kuatkan dan panjangkanlah jodoh kami, Ya Allah. 


hmmm....nanti bila ada anak, saya nak cite kat anak saya tentang kebaikan ayah dia ni. harus! 



Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak....[petikan lagu lelaki seperti aku by alif satar]

mingming hantar apit pergi asmara [part 1]



haha. tajuk macam gempak je, kan! hantar apit pergi asrama daaa....ikuti kisah perjalanan seorang kakak yg penyayang menghantar adiknya ke asrama di utara. cekidautttt *sambil kenyit mata belah kiri dan tangan kanan tunjuk gaya mcm nak tembak tu.


dlm pukul 3ptg -  saya, MNG, ummi, apit gerak khas dari rumah menuju ke kulim. cuaca agak panas di kolumpo. kami mengharapkan cuaca redup sedikit nanti. sampai kat area perak, hujan sekejap2. alhamdulillah redup sket. oh lupa, kami bwk che' yah ke kulim. sape che' yah? kete saga ummi yg baru kaler meyah tuuu. hehe. tinggal la che' tam (road runner) kat rumah, kasi dia rehat. jam menunjukkan 5.30ptg. kite br sampai mana eh? tengok signboard baru persimpangan gopeng. 



ok, takpe. biar lmbt asalkan selamat. mmg tak blh rempit pun, barang dagangan apit byk! penuh bonet kete. kpd pilot kat sblh tu, ingatlah co-pilot tersayang yg tgh snap gambar ni ye!


lps ipoh (beberapa km sebelum sampai terowong), jln jem gila. tertinjau2 la jugak kan, kenapa tiba2 jem. rasa jln tgh repair sbb ada signage jln repair. 




tp mcm ada eksiden kat dpn tu sbb ada nmpk siren kete polis nyala2. bila dah sampai dkt dgn kete polis tu, sah ada eksiden sbb ada kaca berderai kat atas jln. ada kete cium bontot kete dpn! jln tu kat selekoh, baru lps hujan lak tu. kesian, ada baby. ya, kite pun prnh rs kete blkg cium bontot che' tam 3 thn lps. mmg terkezut la ms tu, 1st time katakan. che' tam baru 2 bln ms tu. 


ok, smbg cite awal td. bila dh lps kete polis + kete eksiden td, ingatkan dh ok. rupanya dkt dgn terowong ada lg kete bcium. dlm terowong pun jln slow motion. 




alhamdulillah, lps terowong jln dh ok. cuak gak jem td sbb tkt minyak hbs. tp yg best ada kabus tebal. cantik! mesti kat luar sejuk, kitorg pun ttp air-cond kete. nmpk je signboard r&r, terus benti kat sg perak, isi minyak + solat asar.



sampai area kulim dalam pukul dekat pukul 9. dah gelap masa tu! kitorg tumpang tidur di rumah sepupu, kak wan zek. perut lapar gila masa tu, kak wan zek pulak buat laksa seperiuk besar. lps makan, badan pun dah letih dok dalam kete berjam-jam, bila dihulur bantal, zzzz lah gamaknya.....


bercuti di jepun kali pertama - part 5: tokyo disneyland



hujan lebat sepanjang perjalanan kami ke tokyo disneyland....hmmm, bertambah lah sejuk...tp bila dah sampai disneyland, sekajap hujan sekejap berhenti...untung jugak hujan, kalau tak....lagi la ramai sbb masa kami pergi ni public holiday japan...

mmg best dan canggih la disneyland kat tokyo ni...MNG pernah pergi Hong Kong disneyland tp MNG ckp tokyo punye lg best dan besar. kite layan gambar aje lah ye...




kononnya saya nak tiru la gambar yg kat belakang tu...huhu





ni kat kedai jual cenderamata barang2 disney. abah layankan aje menantunya yg senget sorg ni. hahaha




kalau nak main permainan kat sini, dia akan sediakan tempat utk mak-pak budak letakkan diorg punye stroller. tengok tu tempat parking dia... macam2 jenis, macam2 warna ada...

 pecah rekod mak pak mertua saya naik roller coaster di usia 60. huhu. ni semua gara2 pujukan menantu dia ni la. alhamdulillah, tak jd apa2 yg tak diingini. kalau taaaakkkk....sendiri mau ingat la, kan... mula2 abah mcm eksyen benor, tak takut la apa lah...mak mmg dah surrender awal2...tp abah ckp, takde apa lah roller coaster ni, biasa je...beratur dekat 45minit sbb ramai org2. alih2 bila dh sampai giliran, abah ckp tak nak naik pulak. dia takut. habis tu, mana ada jln nak turun. kena la naik jugak. huhu. turun2 aje dr roller coaster, masing2 terdiam tak tercakap apa2. terus cari toilet lg ada. hahaha. 


ni la roller coster yg kitorg naik tu. huhu...pakai kayu daaa....


sbb hujan, lantai basah...kami buat keputusan utk solat secara duduk aje...maka kami pun lepak la kat cafe ni sementara tunggu waktu solat zohor masuk. tp memang tabik spring la kat org2 japang ni. memang pembersih. tandas super duper bersih. so takde hal pun kalau asik nak terkucil aje hujan2 gini. masa kitorg nak lepak kat cafe ni, baru lps hujan. staf dia pun laplah meja + kerusi. dia punya lappppp, memang betul2 lap lah. kalau boleh, nak lap sampai bg betul2 kering utk customer duduk. sampaikan kitorg pulak yg ckp, udah-udahlah tu...basah sikit takpe. tp dia taakkkk. dia lapppp jugak. bukan mcm kat tempat kite, buat alar kadar aje. 

 masa ni akak tgh cek arah kiblat.


 poyo kan?


 sempat jugak la beli cenderamata sikit kat sini. harga boleh tahan jugak la.... 

alaaaa....gambar kat castle ni tak centre pulak. takpe lah, janji ada.



tengok...dah gelap!  dari cerah, sampai dah nak masuk isyak dah! moh la kite balik.


trip ke japang ni la baru mak mertua saya tau yg menantu dia ni suka bergambo ghupenye...  masak tak pandai! tengok gambo kat bwh ni, sempat lg tu nak posing. kuikuikui. nasib badannnn...


sekian.