KLIA ke Narita

 ni apacer gambar pegang pasport dengan tiket kapal terbang ni? 

alkisahnya, abah dan emak mertua saya teringinnnnn sangat nak melawat kakak MNG yang sedang menyambung pengajian PHD di jepun. tahun ini adalah tahun kedua kakak MNG di sana. dari sebelum saya menjadi ahli keluarga mereka lagi, abah dan emak merancang hendak menjejakkan kaki ke sana bersama abang sulung MNG.

akak ajak emak dan abah datang masa bulan 9, musim luruh katanya. bulan 7 hari tu, emak follow up dengan abanglong MNG pasal cuti-cuti ke japang ni tapi abanglong cakap dia dan kaklong macam tak dapat nak temankan emak dan abah kottt. 

abah macam sedih bila dengar jawapan abanglong. abah dan emak ajak saya dan MNG ke sana. pada mulanya kami agak keberatan untuk ke Jupun tahun ini memandangkan cuti tahun yang kami dah sebat hampir sebulan lamanya masa kahwin hari tu. bukan cuti tahun aje dah berkurang, malah duit MNG pun dah ilekkk guna untuk persiapan dan perbelanjaan kahwin. nak harapkan duit saya? habuk pun tak dak. hehehe. 

kami termenung. kesian pulak kalau biarkan abah dan emak berduaan sahaja ke sana. Iye lah, Jupun ni kan lain sikit. dia tak layan bahasa selain bahasa dia. MNG cakap, kalau nak melepaskan emak dan abah ke Eropah, mungkin tak jadi hal. sebab guna English aje. macam masa emak dan abah ke Belgium melawat akak dan adik abah di sana beberapa tahun lalu.

lagi pulak bila jiran berkata kepada abah, "masa tengah boleh berjalan lagi ni, pergilah berjalan mana-mana. nanti esok kalau kaki dah tak berapa kuat, dah tak ada peluang nak jalan-jalan ni."

MNG memang ada merancang untuk second honeymoon kat Jepun ni tapi MNG rancang nak bawak saya pergi tahun depan. lepas pikir punya pikir dan korek-korek duit tabung yang ada, MNG dan saya bersetuju untuk menemani emak dan abah ke Jepun tahun ini. masa tu kami baru sebulan lebih kahwin, berapa kerat sangatlah duit yang tinggal dalam tabung tapi niat kami hanya satu - nak tengok emak dan abah gembira dapat berjumpa akak.

panjangnya weiiii hang punya mukaddimah. tet! pendekkan cerita!

memang sudah rezeki untuk kami, seminggu selepas raya aidilfitri 2010, kami terbang ke negara matahari terbit itu. kami bertolak hari jumaat malam sabtu, waktu penerbangan pukul 11.30 malam dan perjalanan ke Narita mengambil masa 7 jam lamanya.

                                                                              KLIA


                                                             3 orang yang kena jaga rumah


emak ajak singgah beli cekelat untuk akak



alhamdulillah, kami selamat tiba di Narita, jam 6.30 pagi (waktu Jepun). beza waktu Jepun dengan Malaysia tak jauh, cuma awal sejam aje. walaupun jam tunjuk 6.30 pagi tapi macam dah pukul 10. tengok, matahari pun dengan cerianya menyambut kami.

                                                                      Narita Airport

saya jeling telefon bimbit, konon nak bagitau ummi yang anak dia dah selamat mendarat kat Narita. tak ada coverage la pulak. tapi saya memang dah roaming tau! handset kami tak boleh pakai la gamaknya. ok owwww....mesti akak tak dapat nak call handset kami. macam mana kami nak cari akak tengah ramai-ramai orang kat airport ni? 

alhamdulillah, akak dapat cari kami. akak dengan baik hatinya telah menyewa kereta bagi memudahkan membawa kami berjalan-jalan selama seminggu di sini. kata akak, kerana kami ramai, kos untuk sewa kereta lebih murah dan jimat berbanding jika kami menaiki keretapi atau bas. kesian pulak kalau nak biarkan abah dan emak bersesak-sesak naik keretapi. takut nanti ada yang tercicir pulak. kang, kalau dah tercicir, payah la pulak. nak baca tulisan jepun tak pandai, nak cakap pun tak reti. setakat pandai nyanyi lagu doraemon aje!

merasa jugak naik prius hybrid. syok la hybrid ni. senyaaaapppp aje. jimat minyak pulak tu. ingin lihat gambar penuh kereta ye? hmmm... tak ada pulak gambar penuh kereta sewa akak. ok, takpe. saya google jap.


haaa...macam ni la rupa paras kereta yang akak sewa untuk kami. cunnnnn!!!



dari Narita, akak membawa kami mengikut jalan dalam ke rumah akak di Tsukuba.








Jauh jugak la nak ke tempat akak ni dari Narita ye. sampai tertidur-tidur dalam kereta. ok, dah penat. nanti kita sambung cerita lagi. 


No comments: