bicara soal zuriat

hai...hari ni mingming nak tulis pasal isu zuriat....wahhhh, macam sirius bunyinya....

masuk tahun ini, sudah 3 tahun mingming dan encik miumiu bergelar suami isteri....tapi mingming dan encik miumiu macam tak perasan dan tak sedar yang kami dah kahwin 3 tahun..... bukan apa, sebab selalu rasa macam baruuuuuu sangat kitorang kahwin. hehehe... selalu feeling2 pengantin baru, feeling2 honeymoon! 

sebab tu kami tak pernah ambil pusing bila ada yang sibuk bertanya tanpa segan silu, bila mingming nak mengandung....ada juga pakcik makcik yang jadikan isu kami belum dapat anak ini sebagai bahan lawak jenaka di hari raya.....adakah hal ini [dah kawin tapi takde anak], merupakan perkara yang lawak? hal yang perlu kita gelakkan beramai-ramai? memang kami tak pernah kisah. malas nak sakit-sakit hati dengan kutukan orang. sebab apa? sebab banyak lagi nikmat lain yang Allah kurniakan pada kami selain dari anak. 


Allah lambatkan rezeki kami mendapat anak tetapi Allah gantikan dengan rezeki yang lain:
  •   Allah murahkan rezeki encik mimiu dengan membawa mingming jalan-jalan ke Jepun pada tahun pertama kami kahwin.
  •  Allah bagi mak pak mertua dan ipar duai yang baik untuk mingming, yang menerima mingming seperti ahli keluarga sendiri. (3 tahun mingming serumah dengan mertua).
  •   Allah bagi suami yang baik untuk mingming, yang melayan mingming bagaikan seorang puteri.
  •  Allah mudahkan mingming mendapat tempat kerja baru yang lebih bagus lepas kahwin. 3 bulan lepas mingming bekerja di tempat baru, mingming dapat mengikuti company trip (free of charge) ke korea. malah mingming bawak encik miumiu join trip ni sekali!
  •  Allah murahkan rezeki kami untuk membeli rumah di Kuala Lumpur (tahun pertama kahwin) dan beli rumah di Shah Alam (tahun kedua kahwin) 
  •  Allah murahkan rezeki mak pak mertua untuk bawa mingming sekali lagi jalan-jalan ke Jepun pada tahun ini.

dan banyak lagi lahhh..... syukur mak pak mertua mingming tidak pernah bertanyakan isu zuriat ini. kalau mak pak mertua mingming nak bukak topik ni, memang boleh sangattttt...maklumlah, tinggal serumah kannnn.....

apa yang ingin mingming sampaikan di sini adalah rezeki itu rahsia Allah. memang mingming dan encik miumiu sangat berfikiran positif cuma adakalanya ada segelintir orang di sekeliling kita yang cuba meracun fikiran kita. 


adakalanya rakan lama bertanyakan pada kita secara terang-terangan di facebook,
"wei, bila hang nak mengandung?"

hmmmm.... sudah la lama tak bertegur sapa di alam maya, bertelefon atau bersua muka jauh sekali, tiba-tiba tak bagi salam dan pendahuluan, terus aje tanya soalan macam tu.....adakah jika punya anak itu menandakan hidup kita sudah lengkap dan kita telah berjaya mencapai matlamat kehidupan?

tetapi ada pula yang cakap:
 - buat apa ada duit banyak, boleh melancong sana sini tapi takde anak.
- buat apa ada rumah besar2 sampai 2 biji tapi takde anak
- takkan tak mengandung lagi.....hang ni tak terer laaa


hmmm.....siapa kita nak pertikaikan semua ketentuan Allah? kami akui kami ini manusia biasa, adakalanya terguris juga dengan soalan-soalan dari saudara mara atau rakan taulan berkenaan isu takde anak ini. encik miumiu seorang yang sangat positif dalam banyak perkara tetapi baru2 ini ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan sekolah mingming, tiba-tiba encik miumiu menjadi seorang yang rendah diri tatkala melihat rakan sekolah mingming masing-masing dah bersusun anak diorang. lagi takde mood nak borak bila soalan pertama pembuka bicara terus tanya, "anak dah berapa orang?" huhu. patutlah encik miumiu takde mood! sebab tak pernah encik miumiu moody macam ni....

soal ajal, maut, jodoh tu kan semuanya di tangan Allah.....DIA kan Maha Bijaksana....DIA sebaik-baik perancang. Kita berusaha dan serahkan saja pada DIA.


" Sesuatu yang telah ditakdirkan untukku, pasti aku akan dapat meskipun aku lari darinya... Dan sesuatu yang ditakdirkan bukan untukku, pasti aku tidak akan dapat walau aku bersusah payah untuk mendapatkannya..."
(Abu Hazim Al Makki-Aulia)



Ya Allah, kami serahkan segala urusan kami padaMU.
Hanya Kau sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMU....



2 comments:

nurul huda mohd hassim said...

ketentuan Allah tiada sape yg tahu..biasela manusia onique..kite pun sdg melalui fasa mcm awk..bile nk kawin?????soklan yg slalu d terjah..rezeki Allah yang tentukan..kite ade kakak(drpd kuarge angkat mse kecik),tahun ke10 kawin..Allah kurniakn anak jugak dr zuriat sndri..berkat kesabaran suami n istri..jgn putus berdoa..;)

mingming said...

tu la kannnn....kadang2 tak paham dengan orang yg asik tanya mcm ni.... kadang tu, diorang yg tanya soalan tapi belum sempat kite nak jawab apa2, diorg dah bg jawapan. huhu