rombongan cik kiah ke genting highland



mingming

smlm mingming menyertai rombongan cik kiah ke genting highland.ini bukanlah kali pertama mingming menjejakkan kaki ke tanah tinggi ini tetapi mingming teruja kerana rombongan kali ini adalah bersama2 ayahanda dan adinda2 mingming. ummi dan adinda mingming (af) tidak dpt bersama2 menyertai kami atas sebab2 yg tidak dpt dielakkan. walaupun tak cukup korum, tp kami tetap ceria.

hmm...tak perlulah mingming ceritakan apa yg menarik di genting highland ni. sbb mingming pasti kalian semua sudah pun merasa sendiri kabus di sini dan barangkali juga kalian sudah pun beberapa kali menjejakkan kaki ke sini. ok, tak perlu cerita panjang2, mingming tunjuk beberapa gambar je la ye.

lgpun adik mingming (amir) tak sabar nk main game kat pc ni. sebagai kakak yg baik hati lg comel yg memahami, mingming pun taip laju2 dan apdet kat sini supaya amir dpt main game (sbb dia dh tunggu lama turn dia).

jom, kite layan gambar...



tgh beratur utk naik skyway




posing dlm skyway


dr kiri : apit, kikin & mingming


jom berbuai dan berpusing



mingming dan kikin

mingming tak perasan pun yg tgn kanan mingming pun sibuk nk menge-peace :)


posing @ london bus



dr kiri: nana, amir, ayah, mingming & apit



jgn pandang belakang!



byk lagi gambar yg mingming nak kongsi di sini tapi tak larat nak edit pulak. gambar yang ada ni pun dah buat orang kat rumah ni gelak2 tengok mingming edit. hehe...

mingming


sejak kami sekeluarga dan MNG menjadi peminat siri wonderpet setahun yg lalu (sampai ringtone handset pun lagu tema wonderpet), MNG suka panggil saya dgn nama mingming. hmm, mcm dah melekat pulak dgn nama mingming ni...

kalau ada yg tak kenal dgn wonderpet, kat bwh ni la gambar geng wonderpet. tp rasanya semua kenal kottt. mereka sgt comel,kannn.


lama dah mingming tak tulis kat blog ni, kan. oh ya, esok adalah hari terakhir cuti sekolah. hr isnin ni, jalanraya kembali sesak setelah 2 minggu pergi kerja lenggang kangkung. jam 7.30 pagi pun mingming masih ada di rumah. kalau hr isnin ni jam 7.30 mingming masih ada di rumah, gerak mcm siput la kat MRR2 nanti.

sebut pasal cuti sekolah, teringat masa saya kecil dahulu. selain hari raya, cuti sekolah adalah saat yg ditunggu2 sebab dpt balik kampung dan jumpa dgn sepupu2. selain dr aktiviti wajib iaitu bermain2 dan berbasikal merayau2 di keliling kampung, kami menaiki basikal (kdg2 naik bas) beramai2 ke perpustakaan kemas. kami akan membaca buku cerita di situ dan kalau tak sempat habis pada waktu tengahari (pukul 12 kena balik sbb itu adalah time makan), kami akan pinjam buku tersebut. kami seakan berlumba2 utk membaca buku cerita terbanyak. buku cerita lah yg menjadi kegilaan kami pada masa itu.


tp kini saya tgk adik2 saya dan kawan2 sebayanya seakan tiada kegilaan lg pada buku cerita. permainan komputer yg menjadi sasaran mereka. di rumah kami juga ada mini perpustakaan tapi mereka tidak mengendahkannya. puas la ming2 potpet psl isu membaca ni pada amir dan apit tp mereka buat dek aje. sbb tu la mereka seakan tiada idea bila buat karangan. mungkin juga faktor persekitaran yg tak membantu mereka minat pada membaca.

sbb minat membaca lah, saya kerap mendapat markah tertinggi dlm kelas bila buat karangan. ketika di tingkatan dua pula, karangan cereka saya jd cerpen pula. pernah dulu ketika di sekolah rendah, saya pernah menyimpan hasrat utk menjadi penulis novel ataupun wartawan. tapi kini, jd penulis blog je la. itupun tak berapa aktif menulis. hihihi.

hmmm...sejak 3 bulan lps memandu ke tempat kerja ni, saya pun dah lama x membaca buku2 atau novel. kalau dulu, saya selalu baca ms dlm LRT atau bas sama ada tgh berdiri atau duduk. nmpknya kena curi2 masa utk kembali membaca ni. oppsss, tapi saya bukan kaki novel jiwang2 ye. kalau masa sekolah2 dulu ada lah jugak baca novel2 jiwang ni tp sekarang saya bukanlah orgnya. saya teringat pasal maya karin borong beli buku murah2 kat PJ hr tu. alahai, ruginya saya tak tau ada jualan itu berlangsung.

ada rakan uni mingming yg menyatakan dia tak suka beli buku sbb bila dh habis baca, terus simpan. janganlah begitu. saya pun kdg2 bukan ada duit lebih sgt pun nk beli buku tp beli baju2 dan benda2 lain yg mengarut ada pulak duitnya ye , saya sewa je buku2 tu. yg penting, minat membaca tu dpt kita suburkan kembali.

oh ya, sebut pasal mencuri masa utk membaca ni, Al-Quran pun jgn lupa baca tau (sekadar peringatan buat diri sendiri)