episod 4 - tentang cinta pertama


pagi itu ada SMS masuk ke telefon bimbit saya. hmm, dari MNG. dia mengajak saya untuk berjumpa dia selepas ujian akaun petang ini.

"wei, takkan nak belajar lagi. petang ni kan baru abis test. kasi rehat dulu la" begitu balasan SMS saya kepada MNG.

"bukan nak ajak study. ada benda yang aku nak cakap. penting tau" SMS dari MNG tertera di skrin telefon bimbit saya.

hmmm...apa agaknya yang penting sangat dia nak cakap ye? saya berteka teki dengan diri sendiri. mesti dia nak cakap, dia suka kat aku. ceh, perasan! ya, saya tidak nafikan sepanjang 3 hari belajar akaun dengan MNG, saya dapat membaca lenggok badannya. dan kerana itu setiap kali lepas solat saya selitkan doa

"Ya Allah, jika Axxxx Sxxxxxx Bin Bxxxxxx Hxxxxx itu adalah jodoh terbaik buatku, memberi banyak kebaikan kepadaku, keluargaku dan agamaku, maka Engkau jodohkanlah aku dgnnya tetapi seandai sebaliknya, Engkau jauhkanlah dia dariku. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui sedang hambaMU ini tidak ketahui apa yang Engkau ketahui"

petang itu, selesai ujian Akaun, saya ke perpustakaan seperti yang saya janjikan dengan MNG. jeng jeng jeng.

"macam mana test tadi? ok?"

"ok la. rasanya boleh la nak dapat A. cheeewahhh. terima kasih sebab tolong ajar." saya menyengeh. saya teruskan membaca majalah.

"apa yang penting sangat nak cakap tu?" saya bertanya apabila saya lihat MNG seperti serba tak kena.

"sebenarnya saya suka kat awak sejak dari pertama kali saya nampak awak kat dewan makan hari tu."

saya diam. tiba-tiba gantinama kau-aku bertukar saya-awak. saya juga terkelu. nampak kat dewan makan aje terus boleh suka? dah la saya sangat selebet masa tu. hmmmm, bukan masa tu aje. sepanjang masa pun memang selebet kot. hehe

"boleh tak saya nak temankan awak sepanjang hidup awak? susah senang bersama awak?"

tiba-tiba degup jantung saya berdebar. saya dah agak dah. perkara ini lah yang saya teka pagi tadi. tekaan saya betul - dia cakap dia suka kat saya. secara jujurnya, saya juga menyenangi dia. dia buat saya selesa berbual dengan dia. dalam diam, saya juga tertarik kepada dia kerana bagi saya, dia lain daripada lelaki lain seusia dia yang saya kenali. ketika itu kami berusia 19 tahun dan tindakan dan percakapan dia sangat matang. namun begitu, kematangannya tidak membuat saya berasa mual atau bosan. malah dia pandai mengambil hati saya yang bersikap keanak-anakan ini. ah, mungkinkah dia bersikap baik hanya untuk memenangi hati saya? saya serahkan sahaja urusan perasaan ini kepada Allah. bagi saya, seandai dia jodoh yang terbaik buat saya, saya redha.

saya cuba menyusun ayat dan cuba berlagak selambe sebab saya tak pernah merasai perasaan seperti ini. ini cinta pertama saya!

"saya ok aje kalau awak nak temankan"

"itu aje jawapan awak?"

"kenapa?"

"betul ke awak terima saya?"

saya mengangguk tetapi agak keliru. salah ke respon yang saya berikan?

"saya tak tidur semalaman sebab risau pasal respon awak. 99% saya rasa awak akan reject saya"

"hmmm....patut tidur aje. kenapa awak rasa saya akan reject awak?"


"sbb saya ni banyak kekurangan. saya juga bukan kaya yang mampu belikan apa sahaja yang awak suka. lagipun awak banyak pilihan. ramai yang minat awak."

"sebab kesederhanaan awak itulah yang membuka hati saya." saya hanya mampu membalas di dalam hati. saya tak mampu nak angkat muka sekalipun.

"sebab awak chinese look. saya memang suka lelaki chinese look" hanya jawapan ini yang keluar dari mulut. saya pura-pura khusyuk membaca majalah di tangan untuk menyembunyikan perasaan sebenar. ya, memang benar saya cukup minat lelaki yang chinese look. tapi rupa paras itu tidak lah jadi keutamaan buat saya.

petang itu saya balik ke bilik hostel dgn penuh senyuman. bukan senyum tanda boleh buat test akaun td tapi senyum sebab....sebab...sebab ada orang sudi nak temankan saya sepanjang hidup saya, susah senang bersama saya. bukan tak pernah ada lelaki lain yang menyatakan perasaan mereka terhadap saya namun hati saya belum terbuka untuk menerima mereka sebagai 'teman', hanya sebagai kawan. kerana saya juga dapat merasakan getaran jiwa yang dirasakan oleh MNG. kerana saya juga yakin Allah memberi petunjuk melalui gerak hati saya. Terima Kasih Ya Allah. walau amal saya ini sangat lah cetek, namun Kau tidak lokek membantuku yang keliru.

sepanjang 8 tahun kami together-gether, doa itu tetap tidak lupa saya pohonkan kepada Allah setiap kali selesai solat atau ketika bersolat hajat. Sebagai manusia, adakalanya kita keliru. Jadi, jalan yang terbaik adalah memohon petunjukNYA.

8 tahun bukan jangka masa yang singkat. tipulah kalau saya katakan kami tidak pernah bergaduh. hubungan kami juga turut diuji. namun ujian itulah yang semakin mendekatkan kami. terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan dia dalam hidup saya. kerana dialah teman, sahabat jua kekasih.

namun pada 29 mei yang lalu, ia menjadi lebih manis apabila dia bukan sahaja seorang teman, sahabat mahupun kekasih kepada saya. tetapi dia jua ditakdirkan sebagai suami saya!


tak sangka memang saya ditakdirkan jodoh dengan lelaki chinese look....Allah Maha Mendengar lintasan hati saya.



nota: saya telah tukar alamat blog saya tapi saya tak sangka penukaran alamat blog saya ini telah memadamkan komen-komen di entri-entri yang lepas :( maaf ye!