antara bukti kasih sayang-NYA





Bdn saya panas, tekak sakit + batuk, hidung pulak x selesa sbb cecema tp saya try x layan sgt demam saya ni. Sabda Nabi Muhammad SAW, penyakit yang paling disukai baginda ialah demam, kerana setiap sakit itu penghapus dosa, dan bila kita demam, seluruh anggota badan terasa sakitnya, maka Insya Allah terhapuslah dosa-dosa yang dilakukan oleh anggota badan kita tu. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini...bantulah hambaMU menghadapi dugaanMU kerna hambaMU ini x mampu tanpa bantuanMU, Ya Allah...Tuhan Yg Maha Penyayang, Tuhan Semesta Alam...




"acheeeeemmmm" saya bersin dan disusuli dgn ucapan alhamdulillah.
hmmm...maaf ye ter-bersin pulak kat sini...saya cecema laaa
....


pertemuan yg menduga aka temuduga: episod III


smlm saya menghadiri 1 sesi temuduga oleh sebuah bdn berkanun kerajaan. sesi temuduga ni agak berlainan dr biasa sbb saya dan semua calon hendaklah menjalani 1 ujian fizikal. kalau ujian ni pass, br blh ke stage yg seterusnya iaitu temuduga.

sblm ni, ada org bgtau saya yg minima berat bg calon perempuan adalah 46kg dengan ketinggian minima 153cm tanpa sepatu utk jwtn ini. untuk pengetahuan kalian, jwtn yg saya apply ni bukanlah jwtn pramugari atau model ye :) tp 1 jwtn ala-ala bdn beruniform (ekceli x sangka lak dipanggil intebiu utk jwtn ni sbb byk sgt yg saya try apply). sbnrnye malas gak nk g intebiu ni memandangkan ketinggian saya yg cenonet ni dan berat bdn yg x naik2 walau punya lah kuat mkn. tp bila fkr2 balik, apa salahnya saya try g intebiu ni memandangkan saya x yah nk apply cuti. so saya dpt alami sendiri drpd mendengar citer2 dr org lain. Parents saya pun terkejut bila tgk saya bersiap pagi2 smlm.

"eh, nk g mana ni?" tanya Ummi ketika melihat saya menuju ke bilik air di awal pg - jam 5.50pg.

"nk g intebiu kat ***** "

"laaaa....pergi ke? ingat x jd nk g"

"ala...saje je nk try" jwb PP sambil sengeh2 kerang.

Ujian akan dimulakan jam 8.30pg dan saya tiba di tempat kejadian jam 8.15pg. Selepas mendaftar di meja pendaftaran, saya duduk la berkumpul kat gelanggang tenis dgn calon2 yg telah lama hadir. semasa duduk2 tu, ada la borak2 dgn calon2 yg lain kat situ.

jam 8.40 pagi, taklimat dimulakan. jumlah calon adalah sebanyak 1++ tp calon2 yg hadir hr ini adalah seramai 65 org. kami dibahagikan kpd beberapa kumpulan untuk menjalani ujian fizikal tersebut. ada kumpulan yg akan mulakan dgn ujian kawad, ujian lari 400m, ujian perubatan dan ujian bangkit+tekan tubi.

Kumpulan saya, mulakan ujian dgn ujian perubatan-ambik ukuran berat, tinggi dan cek mata. ujian mata pass tp yg merungsingkan saya adalah berat yg cuma 40kg dan ketinggian yg 148cm ni. dh sah lah akan kena reject ni tp urusetia kat situ x ckp pape pun. dia suruh habiskan dulu semua ujian ni. mana la tau ada rejeki awak, kata beliau.

saya pun x ksh la sbb saya rs pun bkn nk mengharap sgt kot jwtn ni. lps buat ujian perubatan, group saya ke padang utk ujian larian 400m. masa yg ditetapkan adalah 2 minit bg wanita dan saya berjaya menamatkan larian 400m ini dgn 1minit 30saat. hoye! hoye! meB bg org lain catatan masa 1min 30saat ini bukanlah 1 pencapaian yg memberangsangkan tp bg saya yg bukan seorg ahlil-sukan ni, pastinya ini adalah 1 pencapaian yg boleh saya banggakan utk diri sendiri. clap..clap...clap...

lps larian, kami buat ujian kawad kaki. haha. dh lama betul, x berkawad ni. seingat saya, kali terakhir berkawad adalah ketika semester 2 diploma dulu (2002), kira2 6 thn yg lampau. Urusetia kawad ni pun demo la cara kawad kat kami. mula2 dia suruh kami jalan biasa je.

"awak x yah tgesa-gesa. jln biasa je" kata urusetia tu.

hmm, tahukah dikau encik urusetia, yg saya ni mmg jenis berjalan laju orgnya. saya mmg x prsn pd mulanya tp bila ramai kwn2 saya tegur yg saya ni jalajn laju, baru la saya perasan. sbnrnye, ummi dgn adik2 pun jenis jln laju gak. lg la adik lelaki saya yg study kat utm tu,kitorg mmg x leh nk jln dgn dia. sbb langkah dia lg la besar, mmg x terkejar la. sampaikan ummi saya prnh ckp kat adik, mmg tertinggal la makwe hang esok bila korg bjalan. hehe

lps buat kawad, kitorg buat ujian tekan + bangkit tubi. lps menjalani semua ujian tersebut, kami menunggu masa utk diumumkan sebagai yg berjaya ke peringkat seterusnya atau sebaliknya. akhirnya, keputusan pun diumumkan dan nama saya diumumkan sbg org yg x layak utk ke peringkat seterusnya. dlm hati perasaan gembira mulai terbit. bkn pe, blh terus blk rumah - mandi dan zzzz. yeay! kalau berjaya utk intebiu, saya kena prepare sbb intebiu tu akan dijalankan ptg ni gak.

"awak lari laju, kawad ok tp berat bdn awak x cukup berat la. mmg berat awak 40 kg je ke?" soal seorg urusetia wanita berbangsa india kpd saya.

"ya, berat saya mmg 40kg" jwb PP sambil mengangguk.

"maaflah, sekurang2nya kena 46kg" kata wanita itu.

saya sengeh je dgr jawapan urusetia itu sbb mata saya dh nmpk bantal kat rumah. saya toleh jam. 12 tengahari waktu tempatan.

hmm...x de rejeki eden kek sini. x po lah, at least eden dh torai. nk buek camno, bkn eden x mkn byk. eden mmg kojonya asik makaaaaaannnnn ajo esp mkn nasi tp lopeh meninggalkan alam sweet 17 dulu, berat bdn eden terus susut mendadak dan x naik2. apo kono ntah.

so ada 2 faktor yg menyebabkan saya x layak utk jwtn ni. bkn sbb saya x fit tp sbb:
i)kurang berat
ii)kurang tinggi (maksunye comel la tu kannnnn....hmm,kpd encik 13 May: boleh lah buat pantun perempuan comel lg) hihihi

tp bila fkr2 balik, berat mmg boleh nk adjust utk bg cecah 46 kg tp kalau tinggi x cukup, camno lak nk adjust biar cecah 153cm tu...hehehe...x pe lah, org ckp nanti lps kawen, gemuk la....hmm sampai hr ni pun kaki saya ni terasa lenguh2...mana x nya, punye lah dh lama x jogging tiba2 suruh lari pecut 400m lg tu...mana x terkejut kaki ni...mmg kebanyakan calon yg hadir pun x sangka yg kami perlu menjalani ujian spt ini...kaloriku terbakar suda...hmm mcm ujian tentera lagaknya ye :)

yee sang


hr jumaat lps, saya memenuhi 1 jemputan mkn2 yg diadakan oleh ex-boss dan dept lama saya (boss yg pertama dan dept saya yg pertama ms mula2 keje dulu sblm dok dept o&g). hmm, terharu sungguh.selalunya ms sayaPP dept dgn diorg dulu, kitorg mkn2 kat restoran makanan ala barat area dkt2 opis je kat subang tp kali ni mereka bertukar citerasa dgn memilih restoran yg menghidangkan makanan cina di area Klang.

ms sampai kat situ, kak iza, kak ros, kak linda dh ada kat situ. saya ke situ dgn menaiki kete BMW Mdm Kath. menu pembukaan kami pd hr itu adalah yee sang. ekceli x pernah dgr pun makanan yg diberi nama yee sang ni, apatah lg melihat makanan tersebut. maka peluang mkn2 free kali ni, saya x kan lpskan peluang utk menikmati yee sang. kesimpulannya, semua yg ada di keliling meja bulat ini (kecuali mdm kath dan ms yee) tidak pernah menjamah yee sang dan semua sgt teruja utk mencubanya.

menurut ms yee (senior exec dept kami - mcm sesuai lak nama dia dgn mknan ni hehe) yg menjadi pengacara x rasmi jale2 cari make (baca: jln2 cr mkn) kali ini, yee sang adalah hidangan wajib ketika CNY dan lazimnya pihak restoran hanya menyediakan hidangan ini ketika bulan CNY sahaja. maka mmg patut la PP mencuba yee sang ini.

Lazimnya, intipati yee sang adalah terdiri drpd bhn2 spt ikan mentah (salmon), hirisan sayur-sayuran spt lobak merah, lobak putih, daun limau, kekacang yg ditumbuk, halia, jus lemon, 5 serbuk rempah dan keropok rangup. Kesemua intipati tersebut kemudiannya akan disusun secara rapi di atas sebuah pinggan.

lps dh susun cantik2 mcm dlm gmbr kat atas ni, yee sang ini akan digaulkan. Tp sebelum menggaul yee sang, sos plum yang mempunyai rasa masam dan manis akan dituangkan ke arah yee sang sebelum disusuli dengan tindakan memicit jus lemon ke arah ikan mentah bertujuan untuk mengurangkan bau hangit dan menyedapkan rasa. Selepas sos itu dituangkan, kini tibalah detik-detik yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu acara menggaul yee sang. sila saksikan video yg dirakamkan oleh saya, seorg amatur yg tangannya x dibedong ini khas buat tatapan anda.



Acara menggaul yee sang bukanlah proses menggaul sembarangan kerana ia mempunyai caranya yang tersendiri. Semua intipati yee sang itu kemudian mula digaul bersama menggunakan sebatang penyepit 'chopstick' oleh mereka yang berkumpul di keliling meja bulat.

Ketika acara menggaul yee sang ini berlangsung, mereka yang berkumpul di keliling meja bulat digalakkan untuk menjerit kemakmuran, kesenangan dan permintaan yg baik2 utk semua . Justeru, semakin tinggi yee sang itu diangkat, maka semakin banyaklah kemakmuran dan kesenangan yang bakal dinikmati oleh seseorang sepanjang tahun.

lps yee sang dh licin, kami dihidangkan pula dgn lauk pauk yg sungguh enak. x yah citer byk lg la, tgk gambar ni pun dh blh agak mcm mana situasi saya ms tu yg sgt teruja utk menikmati hidangan tengahari tersebut. (gmbr ketika mkn x dpt diambil kerana saya sgt fokus menikmati makanan tersebut hehe). lps mkn2, kami sempat mengambil gmbr di restoran ini. hanya gambar posing aje yg ada kerana mereka ini seakan x pandai nk ambik gmbr candid. bila saya suruh ambik gambar kali kedua dgn aksi candid, mereka tetap juga posing. hmmm x pe lah janji bahagia. tp hadirin lelaki (en imran dgn azwan) x dpt bersama ketika sesi fotografi ini sbb mereka beredar terlebih dahulu bg menunaikan solat jumaat.

terima kasih yg x terhingga diucapkan pd ex-boss saya, Mdm Kathleen dan semua yg hadir dan berusaha mengadakan farewell party yg express ni. segan pulak saya rasa pd hr tu. korg siap bg hadiah kiut kat PP lg. thanks tauuuu... suka sgt2 :) . saya gelak2 je bila baca ucapan yg korg tulis kat blkg frame kiut ni....

ptg tu - lps balik dr farewell party itu, saya lepak kat klcc sbb dh janji dgn angah nk diskas psl bisnes kat situ. so sementara tunggu angah smpi dr puchong, saya pun snap la sana sini dan kat sinun. motif saya nk ambik gmbr air pancut kat klcc ni tau...bkn nk ambik gmbr mamat 2 org ni tp gmbr ni mcm nk ambik gmbr diorg pulak.

motif: utk ambik gmbr air pancut

hmmm utk mengelakkan motif yg bakal disalah ertikan, saya zoom jauh sket ye. tadaaaa...saya dh zoom jauh sket dah...lihat gmbr ke-2.

sambil2 snap sana sini sinun, saya mkn roti sbg santapan minum ptg sambil memerhatikan aksi manusia di sekitar klcc ini. tgh2 mkn roti kismis, saya didatangi beberapa org (dlm 6-7 org) wanita arab yg berpurdah utk bertanyakan jalan utk ke jln sultan ismail dr klcc. alamak, kalau tanya bab2 jln ni mmg fail sket la. hehe fail byk sbnrnye.

blh je bg direction kalau nk ke situ by using public transport tp al-minah al-arab ini hanya mahu berjalan kaki shj ke jln sultan ismail sbb depa ckp dlm map, dekat je. ntahla, saya pun tatau betul2 dkt atau x sbb biasa la, dlm map semua nmpk dkt. x dapek la eden nk nolong. eden dh torai utk cuba ingat jalan2 yg menuju arah ke tmpt tersebut tp sowi, no idea langsung. tp saya nmpk mereka bertanya org pula. harap2 org itu dpt membantu menunjuk arah kpd mereka.

sambung mkn roti kismis yg tinggal suku dan disusuli dg roti cekelat. yeay! nyummy!
roti kismis yg tinggal suku lg nk habis

lps perut dh penuh, saya pun bjalan la di sekitar tepi kolam tersebut. konon2 nk try ambik gambo air pancut dr pelbagai sudut.hehe. lps ambik gambar air pancut ni (hehe asyik ambik gambar air pancut je dr td - sbb mls nk jln jauh2 maklumlah perut dh penuh 3 roti), baru perasan yg saya dh terambik gambo org tgh posing daaa.


hehe. sowi. x sengaja. saya teringat ms kecik2 dulu, saya dan adik saya sgt teruja menyaksikan pertunjukan air pancut yg berwarna-warni mengikut alunan muzik.

ok la, rsnye xde apa lg citer menarik yg saya nk share kat sini (ellehhh, mcm la cite2 sblm ni menarik sgt). hihihi. sukati la. saya mmg suka bercerita. maklumlah, bakat bercerita tu mmg dh ada dr kecik. kalau jumpe skulmet skola rendah (yg dh lama x jumpe), depa mesti ckp dialog ni bila jumpe kali pertama,"ko dulu suka masuk pertandingan bercerita kan?" hahaha.

ada 2 faktor mengapa kebanyakan mereka suka bertanya kpd saya soalan ini ms pertemuan pertama:
i) sbb fizikal saya dh lain - dulu saya gemuk (layak masuk tarik tali je) skang dh slim youuuuu.... (walau selera makan masih seperti dulu)
ii) sbb saya asyik pot pet pot pet je dr dulu2...hehe

haaaa....psl zmn kanak2 ribena ni kite citer entry lain lah ye :)

pertemuan yg menduga aka temuduga: episod II


semalam (4 feb) saya g cyberjaya sbb ada interview tp maaf ye nama kampeni tersebut terpaksa dirahsiakan. saya x pernah ke cyberjaya tp pernah ke Putrajaya. saya plan nk naik public transport je sbb malas betul nk drive sorg2. so pd mlm sblm interview itu, saya call Baen (skulmet ms skola rndh) sbb Baen naik bas rapid g keje kat cyberjaya.

"baen, ko g keje kat cyberjaya tu naik bas kan?"

"hak ah. nape?"

"alaaaa, aku ada interview kat cyberjaya la esok. kalau naik bas senang x?"

"apasal ko x mo drive? ko interview kat mana?"

"aku malas la nk drive," saya pun memberitahu nama kampeni tersebut kpd Baen.

"better ko drive je la sbb tmpt yg interview ko tu jauh dr terminal bas. lain la aku, terminal bas tu mmg betul2 dkt dgn tmpt aku keje"

"oooo ye ke. kalau dr rumah kite ni camne ek nk g sana?"

Baen pun memberi beberapa alternatif jalan yg blh saya pilih utk sampai ke destinasi.

"interview kul bape?"

"kul 2pm"

"x de hal la, jln clear time tu" kata Baen sblm mengakhiri perbualan.

saya ada call Ixa (junior ms uni dulu) untuk bertanyakan arah sbb ixa pun keje kat cyberjaya. dpt saya teka yg Ixa pastinya x mahu mengangkat panggilan saya sbb dia pastinya x mengenali no yg tertera di telefon bimbit beliau. akhirnya ixa sambut jua panggilan saya. sbnrnye saya dh lama x contact ixa tp saya selalu mengikuti perkembangan dia melalui blog beliau sejak blognya di frenster lg. maka sbb itu, saya hampir terlupa bertanya khabar dan bermukaddimah terlebih dahulu ketika menelefon beliau pd mlm itu. maaf ye ixa. tp yg pasti ixa masih spt dahulu - bercakap sungguh laju. hehehe...

pagi itu dlm kul 10.30am PP bersiap2 untuk ke cyberjaya. dengan lafaz bismillah, saya mulakan perjalanan.

bertemankan peta yg setia di sisi menjadi co-pilot :)

saya singgah isi minyak dulu. saya suka g esso yg kat MRR2 tu sbb ada abg2 or pakcik yg akan tolong bagi Road Runner minum. kat petrol pam lain PP kena isi sendiri (kecuali kalau g pam minyak dgn MNG-dia yg akan tlg isikan minyak beserta ongkosnya lagiiii).

pengalaman saya isi minyak sendiri mmg sengal. kejadian ni br je berlaku ms CNY baru2 ni. saya isi minyak RM 30 kat sebuah stesen minyak (yg kena isi sendiri). tiba2 perut Road Runner dh penuh ketika mencecah rm27 bape sen ntah ms tu. makanya dia menendang hos tu beberapa kali dan saya try tekan lg smpi x perasan minyak dh melimpah2 keluar dr perut road runner tu sbb ms saya isi minyak tu, mata saya melilau tgk tmpt lain. saya hanya perasan ms nk keluarkan hos tu dr perut Road Runner sbb dh betul2 stop kat RM30. adoiiiii, sengal betul ms tu rsnye.

saya pun terhegeh2 angkat penyiram pokok bunga yg penuh berisi air yg disediakan berhampiran dan simbah ke atas minyak yg tertumpah. terus call MNG (biasa la nk ngadu, saya kan ngada2 sket). MNG cakap, x pe la terbuang minyak yg 2-3 ringgit. yg penting, pengalaman tu. so lps ni PP akan lbh berhati2, kan.

betul, betul, betul (sila baca dgn nada upin-ipin). lps kejadian tu, saya terus berhati2, x mau ia berulang lg. org jawa kata, learn from mistake....

saya meneruskan perjalanan dgn mengikut signboard. smpi kat pandan, dh xde nama Putrajaya kat sign board. terus je redah ke dpn. x lama lps tu nmpk signboard susur ke seri kembangan,putrajaya beberapa meter di hadapan. tp sekali terlepas daaa susur keluar tu. saya dh cuak.

x pe, terus je ke dpn. mana tau ada jln kat dpn. saya hampir nk masuk seremban highway td tp ms nk masuk tu rs x sedap ati, terus kansel. saya ke dpn lg. nmpk signboard putrajaya,cyberjaya,klia. saya lega. saya susur masuk ke highway tersebut yg diberi nama Maju Expressway (MEX). punye lah tinggi nk naik hiway ni. betul ke jalan ni? soalan yg sama berulang2 bermain di kepala. redah je lahhhh.

akhirnya lega bila nmpk signboard cyberjaya. mksdnye saya berada di jln yg benarrrrr.



kalau nk tau, saya ni suka berangan. tgh driving pun saya blh berangan (lg la kalau drive sorg2). sbb tu hr tu, MNG geleng kepala sambil gelak2 je kat tmpt co-pilot dgr saya pot pet pot pet x henti2 sambil driving. kalau saya diam je ms driving, secara otomatiknya saya mula lah start dreaming. rs mcm fikiran tu merewang2 je, then akan tersedar secara tiba2 bila terasa kete yg dipandu terasa laju. oh, ini sungguh merbahaya, kan....

agaknya sbb dh terbiasa bila naik bas, fikiran saya mula menerawang ke mana2 ntah ketika menikmati pemandangan di luar. so terbawak2 la ms drive kete. tp yg saya perasan, ini semua hanya terjadi kalau saya drive sorg2, xde org borak2 dgn saya, DJ radio pot pet ntah pape + bukak lagu x best.

at last, smpi dahhhhh ke tmpt kejadian....saya toleh muka jam di tgn kiri. awal sgt2 la pulak. hmmm, x pe lah. kwn2, lihatlah gmbar di bwh, panas betul cuaca di sini kan....

tgh cari parking

saya text iza ajak dia lunch tp dia x dpt join. ye la, b4 ni asik baca blog dia je kan so bila ada chance nk apdet stori-mori secara realiti tv ni, x nk la lpskan peluang kan. ok ixa, meB next time. saya pun tatau ke mana mau meronda kat cyberjaya ni sorg2 (ekceli sbb takut x jumpa jln ke sini balik) so saya pun lepak kat cafe dia - mkn tengahari kat situ. ok gak la, saya kena RM3.50 je pd hari itu.

pilih lauk simple je sbb klu mkn berselera x hengat kang, zzz la jwbnye jap lg


PP nk mkn kat luar ni sbb blh tgk view tp kat luar tu utk org smoking


PP mkn je la kat tmpt ekon ni sambil layan V Channel


lps mkn, mata pun mula la rs mcm mengantuk, kan. lps hampir 1 jam lepak kat cafe, saya g surau. saya toleh jam, baru kul 1pm. azan lg 30min. ntah camne, terlelap sementara duduk2 tunggu azan zohor. ngantuk gile. mmg x leh handle. sib baik jam 1.35 tu ummi call bertanyakan persediaan saya utk interview lg 1 jam jap lg. lps solat zohor, saya pun terus bersiap2 dan menuju ke receptionist.

so dipendekkan citer, interview ptg tu ok dan memberi feedback positif. seronok berbual dgn interviewer ptg tu - manager berbangsa india yg suka bercerita, cool, sweet, humble, friendly dan lawak jugak orgnye. interview ptg tu agak lama jugak tp x terasa mcm lama pun. ms nk balik tu, dia tanya samada tau jln utk balik? saya dgn yakinnya menjawab, yezza.

tp ms terpandangkan map dlm kete, timbul niat utk ronda2 dgn Road Runner kat cyberjaya ni. niat2 nk meronda kat cyberjaya, terus tertembus ke putrajaya. bila dh masuk kat putrajaya, terus buat kptsn utk terus balik je dan cari signboard ke KL. malas nak round2 putrajaya sbb dh beberapa kali dtg sini pun (ellehhh, berlagak. tp x prnh ingat pun jalan ke sini.huhu)
yeay! dh nmpk signboard KL...(tp tersesat jua.hohoho)

pusing2 cari signboard nk masuk hiway yg saya dtg pg td, ntah camne termasuk kat LDP dan tembus ke puchong. dr puchong, saya tekad cari jln ke federal hiway tp langsung menyimpang ke USJ yg saya sdri x arif langsung area USJ ni. saya hentam redah lah jugak. saya cari jln dr USJ itu ke arah opis saya dan at last, jumpe opis PP. so bila dh jumpe opis, dh tau la jalan nk balik rumah. hoye! hoye!

kdg2 rs saya ni mcm x de sense of direction. contohnya saya x ingat jln dr rumah nk g hiway seremban sdgkan dh beratus2 kali (meB berjuta kali) dh lalu jln tu dgn family utk blk kg. 1 lg cth, jln dr rumah nk g opis kat subang. awal2 ms bwk kete dulu, bape kali saya sesat nk g opis. hmm....byk lg la jalan yg dh byk kali lalu tp saya seakan x prnh lalu jalan tersebut ketika saya perlu ke tmpt itu dan saya mesti sesat. (faham ke apa yg saya try bgtau ni?). tp kalau naik bas kat KL ni, saya mcm terer dan konfiden.

xpe la, yg penting selamat sampai di rumah. hahaha. pjalanan pergi cuma ambil masa 40 minit je tp 2 jam utk perjalanan balik. so if ada rezeki, saya akan dipanggil utk 2nd interview dlm 2-3 minggu lg. khamis dpn, saya ada 1 lg interview dgn sebuah bdn berkanun di ibukota cinta. harap2 x clash dgn mana2 interview dr sykt swasta.

td kak iza call, confirmkan utk g mkn2 esok. bos lama, Mdm Kath nk belanje mkn lorrrr.... ekceli segan jugak nk g join mkn2 dgn depa ni. ye la, kite dh bukan team depa tp depa still ajak kite g mkn besar sama2. ni dah 2 kali depa call ajak saya. rs mcm x sedap lak kan nak tolak. lgpun depa ajak2 g makan, hmmm mana bisa PP tolak, donggggg....

pertemuan yg menduga aka temuduga : episod I


mmg byk kali hasrat utk apdet tertangguh dek kerana kekangan waktu yg x mengizinkan...tp hr ini saya apdet jua. almaklumlah, lately ni byk benda yg saya nk setel lps kejadian 'ngeri' di opis tempohari. hehe.

semalam saya g interview kat s alam. interview yg ditetapkan oleh pihak terbabit adalah jam 4pm. so saya inform ummi, saya kena g HQ b4 g s alam. ummi ckp, dia ada miting@2pm kat s alam. so ummi mintak saya hntrkan dia ke lokasi miting. wokehhh...

so kul 11.30am, ambik umi kat skola (my ummi is a teacher). saya smpi HQ jam 12.15pm. selesai urusan di HQ, saya terus meluncur laju meninggalkan perkarangan HQ yg terletak di PJ itu.

then, ummi ajak survey tmpt yg sayank interview jap lg. kami pun mcari dan tmpt yg dicari itu tidaklah sesukar mana. saya tanya ummi nk lunch kat mana. Ummi ajak g mkn kat section 8 sbb ummi ckp prnh mkn kat situ dgn angah dulu tp ummi ckp dia mcm ingat2 lupa lokasi kedai tu. nevamind la my ummi, kite redah je la dgn Road Runner ni. setelah tersalah masuk simpang, akhirnya kami tiba di restoran yg dimaksudkan oleh ummi.

lauk pauk yg dihidangkan amatlah banyak dan menyelerakan lantas membuat mata ini rambang mata memilih utk santapan tengahari itu. kami habis makan jam 1.20pm. nsb baik kami tiba agak awal. kalau x, kena pulak Q panjang dgn org2 ofis yg baru kuar opis. restoran ni terletak berhampiran dgn surau so lps mkn, boleh la g solat kat surau tu.

lps solat kat surau yg ber-ekon tu, terus hntr umi ke lokasi miting kat bwh ni.




then, saya terus ke lokasi interview. Jam 2.30pm saya tiba di lokasi. hmm ada 1 jam 30min lg. kenapalah org ni set interview kul 4pm? entahla...

sementara menunggu kul 4, lepak kat McD berhampiran. ampun ye, saya mmg boikot McD dan geng2 depa ni tp saya nk tumpang duduk cuci mata je sementara tunggu nk interview. x beli apa2 pun walau tergoda jua dengan aroma kentang gorengnya. Tp saya tidak cpt melatah dgn nafsu makan ni (ellehhhh, ye ke ni? hihi).

jam 3.40 PP tiba di Receptionist tmpt kejadian. Receptionist tgh bz bergosip kat tepon.

"hi, good evening. i'm coming for interview" sapaku pd ahso Receptionist berbangsa cina itu.

"sape suruh u dtg interview?" dia ni, tanya ke marah? saya pelik dgn nada beliau.

"yesterday, i got a call from HR..."

"sape yg call u?" belum pun saya hbs ckp, ahso Receptionist ni dh potong.

"if i'm not mistaken, her name is Su"

Receptionist terus call Su dan menyatakan maksud kedatangan saya. lps tu, dia buat dek je kat saya. x suruh duduk ke, buat mcm rumah sdri ke apa ke... saya terus la duduk kat sofa. betul ke ada interview ni? x nmpk pun candidates lain? dh la buat kul 4 lak tu.. hati penuh teka-teki.

10min lama lps tu, keluar la sorg minah ni panggil nama saya. agaknye dia ni la Su yg call smlm tu. saya bingkas bangun dr sofa dan folo la cik Su ni.

"ok, u duduk dulu kat sini ye" kata cik Su sambil meminta saya tunggu di sebuah bilik miting.

15min lps tu, cik su pun dtg dan masuk ke bilik miting tsebut.

"minta maaf lah ye. sepatutnye u x yah dtg hr ni sbb kite dh interview u hr tu kan. mmg u dh shortlisted utk 2nd stage"

saya tergamam mendengar butir bicara cik su. begitu mudah melafazkan maaf. tahukah dikau yg rumahku terletak jauh di sinun.

"i tot today is 2nd stage 4 interview. x blh ke buat hr ni je?"

"i dh try cari panel utk 2nd interview tp dia x ada la." ye ke ni? kelentong la tuuu

"so bila 2nd interview tu?" nada suara saya tenang. saya cuba cool dan tidak mahu menunjukkan rs amarah yg membara. tak la marah kot tp bengang laaa kannn....dh la receptionist kerek.

"meB next wik. so nanti i call u la. sori sgt2 sbb u punye form ni dh bercampur2 la. i pun dh pening, byk sgt"

hmmm sabo je lah. kalau saya ckp byk pun x guna sbb benda dh jd. nk marah kang, nanti dia x call lak next wik.

tika ini terngiang2 pula di telinga ini pesanan ummi yg selalu dipesan kepada kami adik beradik, apa2 mslh jd, cuba terima dgn hati terbuka dan redha.

sabar, sabar-kata hati.

adoi haiiii....buang masa betul laaaa...teringat kata2 feveret abg ajip, "wasting my f***kin time" :)

x pe la, ada la hikmahnye ni....cuma kite sbg manusia biasa yg x dpt merungkai hikmah di sebalik sesuatu kejadian.

saya terus ke lokasi miting ummi untuk PP untuk jemput umi dan sama2 pulang ke rumah....

smpi kat federal hiway area subang, hujan sgt lebat dan byk kereta mula perlahankan kenderaan masing2. ummi berulang kali berselawat agar dipermudahkan perjalanan pulang kami kerana hujan sgt lebat dan jalanraya seakan banjir.

alhamdulillah, kami slmt smpi di rumah....dan sempat la tgk spa Q (cite ni PP br smpt folo 2 episod je). hahaha....