anugerah terindah pernah kumiliki


saya baru sahaja selesai khatam blog ayahanda arwah amir yusof. Airmata saya tanpa segan silu menderu laju kerana saya tidak lg dpt menahan rasa sebak, terharu, sedih yg bersilih ganti tatkala membaca bait2 kata ayahanda amir yusof yg penuh kasih seorg bapa. hujan yg lebat sejak dr awal pagi lagi menemani PP menyusuri setiap entri dr kelahiran adinda amir yusof sehinggalah ketika beliau kembali ke rahmatullah di usia yg baru sahaja mencecah 8 bulan. (gambar baby ni bkn amir yusof tau, gmbr hiasan je).

Semoga Allah tabahkan hati ayahbonda dan kanda kepada amir yusof di atas dugaanNYA ini. Pastinya amir yusof adalah anugerah terindah pernah kalian miliki.

Pastinya syurgalah tempatmu di sana, dik. Alfatihah.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


bulan mac kali ini MNG sangat sibuk dgn kerjanya. semedang out station. bukan x pernah MNG outstation. dalam sebulan tu, pastinya ada sekali MNG outstation. tp bulan ini, 3x MNG akan turun naik flight. minggu pertama, MNG ke sabah. lps beberapa hari pulang dr sabah, MNG perlu ke langkawi pulak. then, terbang ke Hong Kong pula lps pulang dr langkawi. PP sungguh jeles tauuuu, tgk MNG asik jalan2 aje kojernye.

"hmm...bestnye gi jalang2" kata saya teruja apabila MNG menunjukkan tarikh2 di kalendar kepada PP.

"bukan gi jln2, sayang...kite gi buat keje tau" balas MNG.

"ala, sambil menyelam buang air. eh, silap...sambil menyelam minum air. g ibuat keje, sambil tu dpt jalang2. best tuuuu"

"awal2 best la. tp kalau dh selalu mcm ni, penat dan boring gak"

"kalau mcm tu, bwk la kite...konpem x penat dan x boring nanti." saja PP menyakat MNG.

"x pe la. nanti bila dh kawen nanti, nk gi mana2 pun boleh. x best pun nk gi travel sambil nk buat keje"

hmm...bicara tentang MNG, saya sebagai sahabatnya tumpang seronok melihat MNG hari ini. MNG dianugerahi rezeki yg murah sejak memasuki alam pekerjaan hampir 4 tahun yg lalu. Alhamdulillah, syukur di atas rezekiMU. Ya, rezeki datang dalam pelbagai sumber, bentuk dan juga tidak disangka2. MNG bukan sesiapa, bukan anak hartawan, MNG hanyalah seorg insan biasa tetapi sifatnya yg sabar, sentiasa berfikiran positif, soft spoken yg dimilikinya membuat saya kagum. sesiapa yg mengenali rapat dirinya pasti bersetuju dgn gelaran yg saya berikan pdnya - MNG - Mr Nice Guy. saya adalah saksi MNG melalui saat2 getir, dugaan, cabaran ketika di alam kampus dahulu. tidak pernah sekalipun rungutan keluar dr mulut MNG apabila menghadapi kesukaran malah MNG tetap cool dan redha. Ohhh, tidak perlu memuji MNG setinggi langit di sini. saya perlu memujiNYA atas kurniaanNYA pada MNG. Subhanallah. Semoga sifat2 MNG yg baik ini dpt saya contohi dan mendekatkan diri saya dgnNYA.

Apa yg saya cuba nk sampaikan disini, kita sebagai manusia janganlah sesekali putus asa pada Allah dan bersangka baik lah padaNYA. Berusaha dan yakinlah pasti ada rezeki yg sudah tertulis utk kita. Kepada adinda2ku yg masih berhempas pulas menelaah pelajaran, janganlah kalian gusarkan. Teruskan berusaha dan berdoa untuk mencapai cita2 dan mengembirakan hati ayahbonda. Jika kalian jatuh, bukan bermakna kalian akan terus jatuh lg bila kalian cuba untuk bangun dan berjalan kembali.

Selain keluarga saya, MNG adalah antara anugerah terindah pernah saya miliki. Syukurku padaMu, Ya Allah.


Ya Allah, Kau jadikanlah kami sebagai hambaMu yg mensyukuri nikmatMU. Kau murahkanlah rezeki kami dan permudahkanlah urusan kami, Ya Allah. Hanya padaMU kami memohon harap. Amiiinnnn...

No comments: