cerita farid kamil & lisa surihani


masa tu kat opis, dalam pukul 9 lebih macam tu la. telefon bimbit saya berbunyi. tiada nama, hanya no telefon tertera. saya pun angkat laaa...

"hello, ni cik wani ye?"

"iye, saya"

"saya akem, call dari sirim. nak tanya la berkenaan tempat untuk inspection esok. boleh bagi alamat penuh tempat tu tak?"

"jap ehh...." (sambil tangan menyelak2 fail nak cek alamat penuh tempat inspection tersebut). saya pun bagi la alamat penuh.

"tempat ni kat belah mana ek sebenarnya?"

saya pun bagi la sikit sebanyak direction.

"owhh, baru saya ingat. saya rasa saya macam pernah pergi sekali dulu. pergi situ dengan pelakon."

"hah? pelakon mana?" saya buat2 tanya walaupun masa tu macam dah agak dah siapa pelakon tu.

"alaaaa....bukan pelakon tapi muka dia macam pelakon. sape nama dia tu? haaa...saberi." 

"muka dia macam pelakon mana?" saya dah senyum2 dan tahan gelak tapi dah dapat agak dah jawapan yang akan saya terima.

"kan muka dia macam farid kamil. nanti kalau jumpa dia lagi, nak ambik gambar dgn dia la. nanti cakap la, ambik gambar dgn artis".

kali ni saya memang dah takleh nak tahan gelak. saya betul2 gelak kaw kaw punye. lawak pulak bila dengar lelaki cakap macam tu. biasanya pompuan aje yg over nak ambik gambar dgn retis ni. 

"saya macam tak percaya awak gelakkan bos awak".

"takde lah, banyak kali jugak orang lain cakap yang muka dia macam farid kamil. tak sangka awak pun cakap mcm tu. eh, tapi awak tak pernah jumpa saya lagi kan? orang kata, saya ni macam lisa surihani". 

hahaha. sumpah, lawak. saya pun tak terfikir macam mana saya boleh keluar ayat perasannntan ni. 

"saya dah pernah jumpa awak la".

"ye ke?"

"bukan awak ke yang selalu urusan dengan lela tu?"

hahaha. saya bajet mamat ni tak pernah jumpa saya. sedap aje lah kan saya perasan yg saya ni iras lisa surihani. sebab setiap kali saya datang sirim, saya hanya kenal orang di kaunter aje. mamat yg call ni memang saya tak dpt bayang pun dia yg mana satu. huhu. malu la weiiii nak datang sirim macam ni. tetttttt. 

hahaha. saya aje yang tak nampak kenapa orang cakap bos saya ni muka macam farid kamil? dah lah dulu bos saya ni yang interview saya. kalau tak, mesti lepas balik interview dulu, saya dah apdet status kat pesbuk, cakap interviewer muka macam farid kamil. huhu

kawan baik saya kat ofis, si shehah yg dengar pengakuan berani mati saya mengaku iras lisa surihani. apa lagi, saje je dia bikin gempak dekat pesbuk. orang lain pun mesti la berteka-teki kan sapa lahhhh yg macam lisa suruhani tu. 

huhu. soalan ekin yg last tu paling tak tahan. ngehngehngeh...nampak sgt saya tak de iras langsung!


jap, saya cari ada ke tak gambar saya dengan bos. boleh saya tepek kat sini utk compare. alaaa....dalam hard disk ada kotttt gambar bos. takpe lah, saya letak gambar saya dengan farid kamil sebenar aje lah ye. 


terkeluar bijik mata dapat jumpa farid kamil!


gambar ni masa saya pergi preview filem apa ek? ntah, lupa dah. tahun lepas, kat wangsa walk. MNG la yg kena tolong ambikkan gambar bini dia ni!


malam tadi tengok galaksi kat tv9, citer pasal lisa surihani kena sengat kat bawah mata masa shooting. mata dah bengkak sebelah pun comeyyyy aje saya tengok. saya pun saja la tulis kat pesbuk.



haha. lisa suriwani? saya ada nama baru la! meh, kita cekidaut comey ke dak lisa suriwani tu? . kalau lisa surihani memang ternyata lah comey kan....

.




.




.









peminat (baju putih) & lisa suriwani (kanan)


comey kan dua-dua lisa ni. huhu. nangis dapat jumpa peminat! hahaha. poyo! tampo kang!

gambar dgn lisa ni pun kat wangsa walk tahun lepas. nak pergi preview filem gak masa ni. nampak tak sape lelaki kat belakang tu? masa tu, gosip lisa dgn yusry ni baru2 je la keluar kat paper. sekali terserempak dengan diorang pulak masa tengah parking kete. tak sangka parking kete sebelah couple ni. MNG cepat2 tanya saya, nak ambik gambar dgn lisa tak? hehe. 


ok, tu je citer dia! bai, nak gi cek gigi!



serba tak kena di hari jumaat


pagi2 pergi maybank untuk bank in cek claim. cheque deposit lak ada sebijik je kat situ. itu ok lg. tp yg buat saya mula nak panas pagi2 ni, makcik yg beratur dpn kite tu punyalah lama nak masukkan cek. kite yg beratur kat belakang mokcik ni pun tertinjau2 lah kan...rupa2nya, mak aiiii....dia ada 10 bijik cek nak dimasukkan! sampai2 turn kite, mesin tu tulis sistem tergendala! gerammm. itu 8pg punye panas. then, masuk kereta terus pergi breakfast dgn MNG kat kedai makan takde nama kat sebelah kedai perabot kat UK ni. 


parking ada tp yg takde ialah tempat duduk. tup tup ada meja kosong. saya kan memang jenis bangsa yg bawak sendiri botol air. so, cop la meja tu dgn botol air. alih2 lepas beratur ambik roti canai kat kaunter, saya pergi je la kat meja yg dah di-cop td. ada sorang mamat tu duduk makan sambil baca sokkabar kat meja yg saya dah cop tu. buat dek aje la sbb dah takde meja lain yg kosong.


"boleh duduk sini?" 
mamat yg tgh baca sokkabar tu agkt muka, sambil kepala-angguk-muka-takmo-bagi.

pastu blh tanya saya, tak segan ke duduk mcm ni? cepat je mulut ni menjawab, ni botol air saya. dh letak sini td. lgpun dh takde meja lain. 


pastu MNG dtg, duduk sblh saya. mamat tu boleh lak terus baca sokkabar, makan kueh je pulak tu. lps baca doa mkn, ada orang selang 2 meja kitorg chowww. apa lg, cepat2 la kitorg pindah meja.


masa pekena roti canai tu, ada pulak transporter call ckp booking yg saya emel smlm diorg tak dpt. terus tak seneng saya nak makan. sheha pulak pergi klinik, nak mntk sape faxkan ni bendalah tu? nak harap mokcik sorg kat opis tu, mcm waswas la pulak. saya cepat2 hantar MNG pergi opis dan cepat2 pergi keje. jem la pulok. terus ikut jalan dalam pun sangkut! mmg bikin panas. saya pun sms kat mokcik tu, mntk fax kan tp harreeemmm nak membalas. yg transporter pulak keep calling ckp, mana booking? tak dpt booking la, apa la...! dah le saya ni plan nak direct terus pergi glenmarie dulu, baru nk masuk opis. lps byr tol kat subang, transporter ckp mokcik tu tak fax lg. mampuih! ok la, to play safe, better saya pergi opis fax bendalah tu dulu. then, baru pergi glenmarie.

parking pun 1 hal gak nk mencari! at last, double park je la bwh pokok. naik opis, on laptop + print + fax bendalah tu kat transporter. lps call utk cekidaut dgn transporter, diorg dpt tak booking yg kite fax tu, pak aji (forwarder) pulak call mntk ambik dokumen kat dia sbb tak de parking.

pak aji pulak dgn baik hati offer nak hantar saya pergi glenmarie sbb dokumen kat glenmarie tu nanti nak pass kat pak aji gak. tup2 dlm kete pak aji la br kite teringat ada dokumen yg kite nak bawak pergi glenmarie tertinggal dlm kete saya! kena la pak aji u turn sbb saya nak ambik dokumen tu. dah sampai kat glenmarie, saya terus menonong turun. pastu baru la nak teringat dokumen dlm kete pak aji. then, call pak aji mintak dia patah balik sbb dokumen dlm kete dia tu, saya lupa nak ambik. masa call pak aji, dia tgh cari parking tp parking fulll. so dia tunggu dlm kete aje. 



ok, lepas setel hal dekat glenmarie ni, yg paling x tahan, lepas pak aji turunkan kite kat ofis, kite lupa kite ltk kunci kete kat mana. amekawww....huhu. apalah nasib! cpt2 saya call pak aji, mintak dia cekkan ada tak tercicir kunci kete saya sbb saya nal alih kete saya yg double park ni. gelabah la pak aji ni benti kete tepi jln dok cari kunci kete saya. tup tip saya terperasan kunci kete tersangkut kat poket beg. apedaaaaa.....


masa nak pegi lunch pulak, keluar mkn dgn sheha, zai & kak uda. kite mmg plan nak belanje kak uda sbb dia sudi jd refree ms kite isi borang nak buat master hari tu. so suruh kak uda pilih tmpt. kak uda ajak naik kete dia. saya pegi kat kete sbb nak ambik botol air. sekali tu, masa nak tutup pintu kete, hanset saya terjatuh lak kat lantai. henset baru pulak tu. huhu. apa lah nasib. 


cepat2 lari2 gi kete kak uda sbb diorg semua dah panggil2. pusing punya pusing cari tmpt makan tp nmpknya semua full house. at last, mkn la kat kwsn kedai baru bukak jugak la kiranya. nasib baik makanan tak menghampakan. 

hahaha...saje tepek gambar kak uda macam orang buta dan sheha tengah rambut serabai. 


mkn-borak-gelak2-tgk jam dah 2pm. apa lagi, masing2 pun agkt bontot pergi bayar kat kaunter. alih2 keluar2 je....kete kak uda kena clamp! huhu. berjalanlah kami 4 sekawan di bawah sinar terik mentari menuju ke security office kat basement parking. kak uda menyerahkan tugas merengek-memujuk-rayu supervisor kat situ kepada saya supaya tidak mendenda kami kerana meletakkan kereta di petak reserved. tugasan yg diberikan kak uda berjaya saya lakukan dgn baik. kalau tak, rm100 melayang baiii....




balik tu, saya bermuhasabah diri dan saya temui jawapan ke-serba-tidak-kena-an saya di pagi jumaat ini. jawapannya adalah sebab saya ada merungut2 + agak merajuk dengan MNG sebab tak breakfast kat tempat yg saya nak pagi itu. huhu. suami sebaik MNG itu saya marah2? setengah hari tu, hidup saya huru hara dan serba tak kena. itulah habuannya kalau marah2 kat suami. amekawww...dah, tamau buat lagi macam tu ye, mingming! nak syurga tak???


abg, syg sayangkan abang tau!