teruja

Wahhhhh…diam tak diam, lagi 1 bulan lagi saya bergelar isteri orang. Ummi saya cukup risau. Sbb ummi ckp, lps kawen, dah tak boleh bangun lmbt mcm sekarang ni. Juga dah tak boleh asyik nak main game aje, kena rajin-rajin ke dapur. Lagi la dengar-dengarnya saya akan tinggal serumah dgn mertua pula lepas kahwin. KwangKwangKwang.

Dgn melangkah kaki ke pesta bulan mac lalu, maka lengkap sudah la barang-barang dulang hantaran kami. Di samping kami mencari bahan bacaan untuk koleksi sendiri, kami ada beli buku agama utk hantaran. Dapat jugak diskaun 15% . Yang tinggal sekarang, hanya barang-barang makanan sahaja yang belum selesai.

Hari Ahad minggu lepas, kami ke Seremban kerana ummi ada urusan di sana. Dah alang-alang lalu Nilai ketika perjalanan pulang, ummi mengajak saya menyerbu Nilai 3 untuk membeli bunga telur, bunga manggar dan barang-barang hiasan hantaran. Ini adalah kali ketiga kami terjah Nilai 3. Zassss, dekat 6-7 ratus gak la habis. hmmm, duit utk majlis kawen mcm air! laju betul la! rs mcm nk nangis je tengok duit yg dikumpul sekian lama, habis utk majlis kawen. kdg2 ada gak terfikir lebih baik gunakan duit tu buat jalan-jalan melancong daripada beli benda2 ni semua. walaupun 98% adalah duit MNG dan duit saya hanya 2% untuk kedua-dua majlis kami , tetapi saya tetap rasa duit MNG itu duit saya. Hahaha. ye lah, semua perbelanjaan adalah duit kami sendiri. ambik masa jugak tu nk kumpul balik semua duit tu, kan. Takpelah, semoga rezeki makin murah selepas membina masjid. Bukankah membina masjid itu perkara yg mulia? tp tak lah bermakna kami sanggup berhabis segala duit simpanan kami hanya utk majlis ini. perjalanan kami masih jauh. perlu juga utk beringat!

Kali ini, kami ke kedai lain yang kami tak masuk masa pertama kali kami ke Nilai 3 membeli barang-barang persiapan perkahwinan. Saya sangat teruja dengan bunga telur dan barang-barang persiapan yang saya beli itu.

Keterujaan saya terhadap persiapan majlis perkahwinan saya makin bertambah bila kami sudah mula menjalankan aktiviti mengedarkan kad kahwin kami. Yippie. Sukanya. Seronok dan tak sabar nk kongsi kebahagian dgn semua kenalan.

Antara soalan yang kerap dilontarkan kpd kami adalah
“Nape nk susah payah buat kad mcm ni?”
“Ala buat kad cantik2 pun, nanti org buang jugak”

Biarlah apa org nk kata, asalkan saya dan MNG puas hati. Dan yang paling penting umi dan ayah saya juga ayahbonda MNG bersetuju dengan kad kami. sebelum kami buat apa-apa keputusan, kami tetap mintak pendapat mereka.

Ada jugak yg tanya mcm ni,
“kau buat kad ni sendiri ke?”

Hmmm….camne nak cakap ek? Saya pun tak tau samada kad ni boleh dikategorikan sbg DIY atau tak. Kami tidak buat kad ini sendiri, kami serahkan kpd encik printer untuk mencetak. Ya, design kad kami adalah design bersama kami bertiga. kami berbincang bersama encik printer berkenaan design dan font.Berkenaan gambar pada kad, kami buat photoshoot pre wedding dgn encik photographer pada bulan Januari lalu.

Nk tunjuk ke kad kami? Mcm awal sgt lak, kan…sbb ada sebulan lg. kasi tunjuk sket aje bolehlah. Gambar depan kad tu kitorg tgh main bubbles. Wink wink.