yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan



ayah, ummi, apit dan amir ketika di Brunei
alhamdulillah,  ummi, ayah dan adik-adik telah hampir seminggu tiba ke tanahair. seronok tengok ayah dapat berjumpa kakaknya yang saya panggil makteh dan juga sanak saudara di Brunei. kata ayah, sudah lebih 30 tahun ayah tidak berjumpa dengan makteh. alhamdulillah, Allah telah murahkan rezeki, dapatlah ayah membawa ummi, amir dan apit terbang ke Brunei Darussalam.

sejak makteh berkahwin dengan orang Brunei, makteh mengikut suaminya menetap di sana. bukan sahaja makteh, tetapi nenek saudara dan ramai juga sepupu saya [pangkat je sepupu dengan saya tapi kebanyakan mereka ni lebih kurang umur ayah saya] menetap di sana selepas berkahwin dengan orang Brunei. seronok juga mendengar cerita amir yang pertama kali menaiki kapal terbang. hmmm...teringat dulu masa saya kali pertama naik kapal terbang bersama jaja 15 tahun yang lepas. pergi Brunei lah jugak. masa tu suami sepupu saya, kak nor (anak makteh) yang menaja penerbangan kami dua beradik ke sana. sebulan saya dan  nana  tinggal di Brunei. 

melihat adik beradik ayah, saya terbayangkan adik beradik saya pabila besar kelak. cehcehceh. macam la sekarang ni saya kecil lagi. ye lah, sekarang ni saya memang dah besar tapi kan saya masih ada adik yang kecil lagi. oh, mungkin ayat yang sesuai adalah, saya terbayangkan adik beradik saya di masa akan datang. kan dalam adik beradik saya, hanya saya seorang sahaja yang baru berkahwin. nanti macam mana ye, kalau ada yang berkahwin dengan orang jauh? macam ayah saya, abang dia kahwin dengan orang Singapura dan  kakak ayah pula berkahwin dengan orang Brunei. hanya sesekali aje dapat berjumpa.

hmmm.... itu dulu. terasa macam jaaaauh sangat, kan. nak telefon pun kena telefon waktu malam sebab mahal. tapi sekarang tak lagi. sebab sekarang dah ada fb. boleh la tengok gambar, video dan berbalas mesej. 
takpun, sekarang kan dah canggih manggih. laptop sekarang banyak dah ada webcam. boleh la janji sama-sama nak buat ala-ala sidang video kat skype. kalau nak suruh ayah sendiri ber-skype, ayah tidak mahir bab bab IT ni. adik saya, kikin lah yang rajin menge-set [ada ke perkataan ni?] timing untuk ayah dapat berbual melalui skype dengan kak nor dan makteh. kiranya kikin ni macam ajk biro IT lah kat rumah ni. berbual dapat tengok muka kan lain feeling dia dari berbual tak nampak muka.

tapi feeling dapat tengok muka dan berbual di skype mesti la tak boleh lawan perasaan bila dapat secara life bertentang empat mata, berpeluk, bersalam, bergurau senda dengan adik beradik dan sanak saudara. pastinya feeling-nya lain lah sangat sangat, kan? lebih istimewa. macam siaran tv, sekarang kan orang lebih suka buat siaran langsung dari siaran rakaman.

macam sekarang, saya seronok dapat berkumpul adik beradik sama-sama. walaupun saya tinggal bersama mertua, hujung minggu pasti saya akan menjengah ke rumah ummi saya. kalaulah kelak ada adik saya yang bekerja jauh di perantauan, atau berkahwin dan menetap di berlainan negeri, saya berharap kami masih dapat keep in touch. bukan sahaja setakat cakap, hai hai bai bai, tapi saya berharap semakin dewasa, hubungan adik beradik kami semakin akrab dan mesra. boleh berkongsi cerita, boleh bergurau, gelak dan ketawa. iye lah, kadang-kadang masa kecit-kecit dulu [dan kadang-kadang sekarang], ada perangai dan tindakan kita tak berapa matang yang kita sendiri tak sedar. saya juga berdoa agar Allah memanjangkan usia ummi dan ayah agar kami dapat lalui hari-hari dewasa kami bersama mereka. amiiinnnn.

Pepatah Melayu kata, air dicincang tak akan putus. dan saya berharap hubungan adik beradik saya pun tak akan terputus. sebab saya sayang adik-adik  saya. nana yang ala-ala manisah anak hj bakhil sebab asyik menjahit, kikin yang super-rajin, af yang genius, apit yang drumstick, eh silap, apit yang....yang apa eh? haaa....apit yang aktif walaupun dia diabetes dan amir yang suka bergaya. along tulis along sayang korang bukan sebab nak mintak belanje ke apa ke, tapi memang ini serius [dengan nada mingming wonderpet].


kat atas ni,  salasilah keluarga saya. maaflah, saya tak jumpa gambar kartun bertudung yang sesuai. gambar ni hanya ilustrasi sahaja, itupun pakcik google yang bagi. saya lupa  pulakdari website mana saya compile gambar kartun ni. amir ada nampak masa saya draft salasilah ni. amir siap request nak gambar dia pakai topi. ok, beres. tengok, comei tak semua orang? dengan apit siap pakai baju pengakap lagi. *tepuk tangan. saya pulak, biasalah...masih feeling pengantin baru. tu yang letak pakai veil tu. ngehngehngeh.

Adik-adik saya adalah harta bagi saya. harta yang tak ternilai harganya. bagi saya, ber-adik beradik ramai ni juga salah satu rezeki. Bersama merekalah saya membesar, bergaduh+baik balik (ala, biasalah budak-budak), gosip-gosip. Kalau bukak album gambar, mesti ada aje benda yang nak jadi bahan gelak.Hmm... ada masa nanti saya nak korek balik gambar-gambar masa kecik, nak tepek kat sini. Kenangan tu!


Siblings - the definition that comprises love, strife, competition and forever friends. [Byron Pulsifer].


majlis sanding saya

saya nak sambung balik cerita berkenaan hari bersejarah saya. majlis sanding, saya adakan pada hari yang sama kami bernikah. bagi kami, cara ini dapat memudahkan pergerakan semua orang dan pengangkutan terutama keluarga dan sanak saudara. maaflah sebab terlalu lama peram entri cerita kahwin ni.

usai acara bernikah di surau dan posing-posing tangkap gambar, kami bersiap untuk majlis sanding. ketibaan pengantin adalah pada pukul 2 petang. dari rumah, kami dibawa ke dewan sekolah dengan menaiki kereta. pada mulanya, kami nak jalan kaki aje tapi ummi dan sanak saudara melarang. nama pun raja sehari,kan.

sebaik sahaja kami tiba di perkarangan sekolah, emcee pun mengumumkan ketibaan pengantin dan disambut dengan alunan gamelan. walaupun hanya menggunakan cd sahaja, tapi kemeriahannya tetap ada. jadi, jika kamu agak ragu ragu menggunakan cd, jangan gusar. teruskan sahaja idea itu. tapi kalau ada duit lebih, tak salah nak upah pemain gamelan. seronok rasanya apabila gamelan bergema. masa tu, teringat masa konvo kat uitm. hihi.

selepas gamelan dialunkan, kompang dimainkan. kami juga tiada pemain kompang. sekali lagi, hanya menggunakan cd. simple aje majlis saya,kan? tapi saya berterima kasih kepada ofis MNG sebab memberi izin kami menggunakan p.a sistem. memang superb la dia punya bunyi. dapat la jimat duit sikit. best best. bukankah itu juga rezeki?

saya terlupa nak ingatkan pada crew jeng jeng Club saya, untuk bukakan lampu di pelamin.


MNG bisik kat edy untuk on suis lampu. ok, lampu dah bukak. baru cunnnn. cuba tengok edy, khusyuk mengaminkan doa. bagus bagus.hehe



tengok la orang tangkap gambar saya. terasa macam artis sekejap youuuu. kasi chance la, sekali seumur hidup.



selesai baca doa, kami turun ke meja beradab. untuk apa lagi.....makan laaaaa. terima kasih kepada sri payung catering sebab ramai hadirin yang memuji makanan yang dihidangkan. ramai juga yang tambah dua kali. memang sedap! alhamdulillah, semua orang kenyang perut suka hati. sekali lagi, terima kasih kak ros. dari blog diah la saya mengenali kak ros. tak rugi tau mengambil khidmat kak ros sebab kak ros ni baik dan peramah orangnya. makanan sedap, harga pulak berbaloi!





selepas makan, kami kembali naik ke pelamin untuk sesi bergambar bersama peminat.
ummi, ayah dan adik-adik
bersama ummi, ayah dan mertua
lepas tangkap gambar, sesi potong kek. ketika itu berkumandanglah lagu Search, Gadisku. yang bestnya katering kak ros ni, bagi kek 3 tingkat percuma tau. sedap pulak tu. kan dah cakap tadi, memang berbaloi, kan?

hmmm...dalam gambar ni macam ada jambul pulak kat kepala saya tu. sabar je la.


 lepas dah potong kek, peminat berebut-rebut nak tangkap gambar lagi. naik semula ke pelamin. pelamin dah dihias cantik-cantik, takkan nak posing sekejap aje kan? 



bersama family edy [ printer kad kahwin + fotografer photoshoot outdoor kami]


punyalah banyak kali tangkap gambar kat pelamin, tapi tak perasan pun yang kami telah salah letak benda yang sepatutnya. benda yang patut letak di riba, kami letak di kaki. hahahaha. tak ada orang tegur pulak tu. kami perasan pun bila tengok gambar-gambar yang diambil. kwang kwang kwang. 
biarlah...majlis dah selesai dengan jayanya. semua dah selamat. saya nak selit sikit cerita baju sanding saya. 2 hari sebelum ambil baju di butik kak andam, saya terlihat baju yang disarungkan pada patung. kak andam kata, itu baju baru. kak andam offer untuk saya pakai di majlis sanding saya. saya pun mencuba. waaahhhh memang ngam la dengan badan saya. teus cakap dengan kak andam, choppppp! saya nak pakai yang ni lah. hahaha. kak andam kata, no problem. wahhhh. sukahati aje last minit tukar warna tema sebab tema saya warna purple. takpe lah, kira pink pink purple gitu.


jom, kite layan gambar aje lah.

sekitar sudut buku tetamu. plus tempat letak hadiah. 


tengah pilih pen kale-kale





sekitar khemah

 

crew jeng jeng club menjalankan tugas
Uncle anang dan isteri. [uncle anang ni masa saya kecit-kecit dulu, suka bawak saya round PD naik motor]

cikgu su - cikgu masa saya kecit-kecit dulu darjah 1
pakcik nasir, bestfriend ayah

ok, sebelum balik jangan lupa ambil bahulu gulung sebagai buah tangan tau. buah tangan ni saya order pada kak rozi sekitar lembah klang, kak rozi akan hantarkan terus ke tempat kejadian. ramai yang puji cakap bahulu gulung ni sedap. mula-mula ramai orang ingat tuala. hehe.




oh, tak larat nak tepek gambar lagi. terima kasih kepada kalian yang sudi hadir majlis perkahwinan kami hari tu. kepada yang tidak dapat hadir, terima kasih juga di atas utusan doa. terima kasih juga kepada vendor-vendor majlis saya kerana turut menjayakan majlis saya iaitu:

baju, mekap, pelamin - kak rose
katering - kak ros
bahulu gulung - kak rozy
kad kahwin, banner, bunting - edy
p.a sistem - ofis MNG

eh, enterframe sorang-sorang pulak.



terima kasih sekali lagi dari saya dan suami!

nampaknya masa mencemburui kita tetapi sebelum saya mengundur diri, izinkan saya akhiri dengan serangkap pantun; [cheeewahhh gaya macam budak sekolah lawan debat pulak]

"cahaya di laman persis mentari
sinarnya terang sohor jambangan
hadirnya tuan majlis berseri
mana yang kurang mohon maafkan"

sumber: hasil carian google


*pantun ni saya letak di tempat buku tetamu.

aku tegar


Gapai semua jemariku
Rangkul aku dalam bahagiamu
Kuingin bersama berdua selamanya
Jika ku buka mata ini
Ku ingin selalu ada dirimu
Dalam kelemahan hati ini
Bersamamu... Aku tegar...

MNG nantuk


alhamdulillah, MNG telah selamat balik outstation.

rindu bertandang lagi


rindu bertandang lagi
hatiku merintih keranamu
kesunyian mencengkam
lautan kenangan
ajaibnya perasaan oh..oh..

rindu membawa daku kekasih
pada musim-musim bersamamu
rasa kasih dan rindu
yang tertanam buatmu
di jambangan usiaku

waktu memisahkan aku denganmu
kemanisan bersatu dalam sebuah rindu
kini saat indah menjadi sejarah
dan musim pun berlalu bersama waktu
kini bertemankan sebuah perasaan
rasa kasih rasa rindu padamu

rindu bertandang lagi di hati
rindu menghampiri kala sendiri
halaman hidupku yang kosong tak terisi
sungguh lama dikau pergi


ketika bercuti di jepun. [ haih, bila la nak buat entry pasal japang ni?]


semoga selamat pulang dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya. amiiinnn.

saya suka sabtu


yeay! hari ni dah hari khamis. esok jumaat. pastu sabtu. saya suka sabtu. eh, tak. bukan pakcik sabtu yang rumah dia dekat simpang nun. maksud saya, hari sabtu. hmm...memang hari sabtu adalah hari yang saya nantikan saban minggu tapi hari sabtu minggu ni sangat berlainan. sbb MNG pulang dari Singapura. tak sabarnya nak bertemu kamu, wahai suamiku. rindu. siapa tak sayang laki oiiiii.

sebenarnya MNG outstation sejak 3 hari yang lepas. MNG memang kerap outstation sebelum ini tetapi ini adalah kali pertama MNG outstation sejak kami bergelar suami isteri. saya tak biasa. 1 disember hari tu, MNG sepatutnya kena outstation ke US tetapi memandangkan urusan visa masih belum selesai ketika itu, tak jadilah MNG ke US tahun ni. kalau tak, susah jugak nak 'gayut' sbb perbezaan masa. kite kat sini dah nak petang, dia baru bangun pagi. mujur kali ini, hanya ke negara jiran sahaja. tidak banyak perbezaan masa.

minggu ni memang sunyi betul. dah lah MNG outstation. dalam masa yang sama, ummi, ayah dan adik-adik saya - apit dan amir pergi bercuti ke Brunei sambil menziarah sanak saudara di sana. yang bestnya, keluarga saya ke Brunei sehari sebelum MNG ke Singapura dan pulang sehari selepas MNG pulang. Semuanya kebetulan!

hanya adik saya, kikin sahaja yang tinggal di rumah. oleh kerana saya tinggal bersama mertua, MNG mengizinkan saya menemani kikin di rumah ummi sepanjang minggu ini. terasa kosong bila berada di rumah tanpa ummi, ayah dan adik-adik. terbayang saat bergelak tawa bersama mereka. saya rindukan saat kami bertukar teka-teki. terbayang saat mereka senyum kambing menahan gelak bila mendengar lawak bodoh saya.
saya bersama ayah & amir
saya bersama ummi &nana
saya & apit
saya & amir

saya juga rindukan saat-saat saya bersama MNG. setiap hari, kami berjemaah subuh, maghrib dan isyak bersama. setiap pagi, kami akan mencium tangan dan pipi sebelum ke tempat kerja. sebelum tidur, kami gosok gigi bersama-sama. hmmm....cepatlah datang sabtu. saya suka sabtu. ahad pun  saya suka jugak - sebab ummi, ayah dan adik-adik balik dari Brunei hari ahad. tapi sebelum jumpa ahad, kena jumpe sabtu dulu!

tiba-tiba terngiang-ngiang lagu ni;

aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku
aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu
aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu
aku tak biasa, aku tak biasa 

tak sabar nak jumpa dia hari sabtu ni


memang saya tak biasa!