yang hilang....dan pilihan...

lepas post entri citer pasal rumah akak kat jepun, baru mingming perasan ada 1 entri mingming hilang. hmmm, musykil pulak camne boleh hilang.

camne boleh hilang ek? dan camne nak cari balik entri tu? entri tu mingming letak tajuk 'cerita koko-krunch dan susu anlene'. puas dah mingming godek2 tapi menemui jalan buntu. kalau ada sape2 yang boleh tolong meleraikan kebingungan ini, sila lah tampil tunjukkan jalan. hmmm...rasa takde pulak mingming delete mana-mana post dalam blog ni.

oh, ya! semalam kerajaan dah umumkan tarikh mengundi. kepada yang layak mengundi tu, selamat mengundi. rugi kalau tak daftar sebagai pengundi. kadang2 macam pelik jugak dgn sesetengah orang ni. bila ada apa-apa isu aje, kemain lantang mengomel komplen itu-ini. cakap orang tu tak betul la, orang ni salah la. tapi bila suruh mengundi, rupanya tak daftar pun. alasannya, malas. haih.....macam ni punya orang pun ada ka? tp kemain lagi kondem sana, kondem sini. dah nama pun manusia, macam-macam la ragamnya, kan...

mingming tak adalah nak buat kempen mana-mana parti politik. cumanya bagi mingming, bila kite diberi peluang untuk memilih, buatlah pilihan dengan bijak. dalam hidup ni dan dalam kehidupan seharian, banyak kali kita kena buat pilihan. dari sekecil-kecil benda sampai lah kita kena buat pilihan yang memberi impak yg besar dalam hidup kita. adakalanya kita keliru dalam membuat pilihan. maka, yakini DIA, mintalah petunjukNYA.





percutian bajet di jepun part 2: hometour rumah orang jepun

masa kami datang jepun 2010 dulu, akak duduk menyewa dgn 2 org kawan dia. rumah dulu lebih besar, ada ada 3 bilik. kali ni, akak menyewa rumah sorang tetapi rumahnya agak kecil berbanding yg dulu. rumah kecil atau besar bukan ukuran, kami dengan berbesar hatinya memang suka tido lambak berhimpit2. hahaha.

stail apartment akak masih sama macam apartment yg kitorang datang dulu macam kat entri ni.

rumah akak masih juga di tingkat atas. camne mingming nak cerita design apartment akak ni ye? hmmm, tengok gambo aje lah ye. tak pandai mingming nak explain. cuba korang tengok gambo mingming kat bawah ni, lebih kurang sama kan? 




tangga nak naik apartment akak ni curam. korang bayangkan la macam mana gigihnya kitorang ngangkut beg luggage kitorang naik atas ni. men-cu-ngappppp!



mingming cepat2 pusing belakang, takut dalam gambo nampak mingming tertonggek2 naik tangga dan hasilya gambo mingming tak clear. hahaha.



masa ni MNG tunjuk eksyen...kononnya nak mencabar kemampuan diri....tengok, sandle pun tak sempat nak zipzap zipzap....sebab orang lain dah sejuk2, dah berlapis2 pakai baju, dia boleh bantai pakai short. tak ingat masa ni suhu berapa. tapi memang serius sejuk. lagi pulak masa tu angin dia bertiup. fuhhh...sejuk amatttt!



angin dia tiup kuat betul! tengokkkk, nampak tak tudung mingming macam ada gelembung2 kat tepi leher tu? haaa...masa ni memang angin kuat gila! nampak tak apartment sebelah tu yg ada orang tgh sidai baju tu? oh, gambo org tu tak masuk dlm ini gambar. bangunan dia warna kelabu tu? apartment tu, lebih kecil dari rumah akak. ada 1 bilik je.


ni kat luar apartment akak. diorang memang letak mesin basuh kat luar rumah, tepi pintu masuk rumah masing2 sebab sistem perpaipan diorang kat situ. tapi kalau rumah akak yg lama tu, mesin basuh letak kat dlm rumah. 

ok, dah tengok luar, mari kita tengok dalam rumah pulak. tapi sila abaikan lah ye kalau sepah2 tu. kitorang la yg buat sepah rumah akak tu! 


rumah akak ni ada 2 bilik. yg belah kanan tu, dia buat utk bilik tidur dan 1 lagi bilik tu dia buat bilik study. tuuu.....korang nampak kan ada kerusi dgn laptop kat dlm bilik tu. yg pintu tertutup tu bilik jugak - bilik mandi. hehehe. kat dalam rumah kena pakai selipar bedroom yg macam selalu ada kat hotel tu. sebab nak pijak lantai pun tak tahan. sejukkkk!



yg ni bilik tidur akak sebenarnya. tp bila tiba waktu makan, abah pun menjalankan tugasnya-bentang kain saprah. dan jadilah tempat makan. stail org jepun, memang rumah diorg takde perabot. korang tengok je lah cerita nobita tu, kan. tilam pun jenis lipat2 tu. 



yang bilik sebelah ni, akak jadikan bilik belajar. bilik ni dgn bilik satu lagi tu, sama aje kan kecik besarnya.




yg belah kanan tu bilik mandi, yg belah kiri tu pintu utk.....senang cakap, pintu jamban la. hahaha....tengokkk, meja comel akak tu penuh dgn makanan yg kitorg bawak dari malaysia. yg bestnya masa musim sejuk kat sini, makanan frozen pun rilekksss aje tak yah masuk peti sejuk. tak rosak pun. 



kalau korang bukak pintu bilik mandi ni, akan jumpa sinki ni dulu. sinki ni untuk gosok gigi atau dalam erti kata lain macam dry-bathroom. eh, ada ke term dry-bathroom? hahaha. mingming main belasah je. mcm kitchen kat rumah orang zaman skang ni la....ada dry-kitchen, wet kitchen....haaa yg ni dry-bathroom. nampak tak gambar tombol pintu kat belah kiri yg sipi2 masuk dlm gambo tu? haaa...yg tu utk ke tempat mandi. kiranya bukak pintu ni, jumpa pintu lagi untuk tempat mandi. kalau korang bukak tombol pintu tu, korang akan jumpa tempat mandi macam gambo kat bawah ni.

haaaa...ada bath-tub! mingming suka! akak cakap, org jepun mmg suka berendam. sebab tu la rumah diorg kecik camne pun, bilik air mesti ada bath-tub. hmmmm....mingming dah hint kat MNG, rumah kitorg siap nanti, mingming nak letak bath-tub. tak kisah lah,kecik camne pun, nak jugak. mengada! nak tiru mcm org jepun jugak. hahaha. verangannnn....







mingming minat betul la stail toilet dia ni. langsir dia pun stail comel2. tp yg paling mingming minat, toilet bidet dia ni macam gambo kat bawah ni! memang suka sangatttt. dah cakap dgn MNG nanti nak letak bidet kat rumah baru nanti ye, yanggg!




gambar kat bawah ni, dapur comel akak. yg pintu tu utk keluar, nampak tak tu kitorang susun kasut depan tu...


tu ajelah ruang rumah akak. tapi rate sewa dia.....ya ampunnnn, kecik cenonet ni aje pun mahal kemain...rumah yg akak sewa ni, standard rumah famili kat sana. bersyukur la kita kat malaysia ni dapat beli rumah. orang kat jepun pun tak mampu nak beli rumah sendiri. asik sewa aje. walau rumah comel macam rumah sewa akak ni. maka marilah kita ucapkan alhamdulillah.


sambung di sini: