yang hilang....dan pilihan...

lepas post entri citer pasal rumah akak kat jepun, baru mingming perasan ada 1 entri mingming hilang. hmmm, musykil pulak camne boleh hilang.

camne boleh hilang ek? dan camne nak cari balik entri tu? entri tu mingming letak tajuk 'cerita koko-krunch dan susu anlene'. puas dah mingming godek2 tapi menemui jalan buntu. kalau ada sape2 yang boleh tolong meleraikan kebingungan ini, sila lah tampil tunjukkan jalan. hmmm...rasa takde pulak mingming delete mana-mana post dalam blog ni.

oh, ya! semalam kerajaan dah umumkan tarikh mengundi. kepada yang layak mengundi tu, selamat mengundi. rugi kalau tak daftar sebagai pengundi. kadang2 macam pelik jugak dgn sesetengah orang ni. bila ada apa-apa isu aje, kemain lantang mengomel komplen itu-ini. cakap orang tu tak betul la, orang ni salah la. tapi bila suruh mengundi, rupanya tak daftar pun. alasannya, malas. haih.....macam ni punya orang pun ada ka? tp kemain lagi kondem sana, kondem sini. dah nama pun manusia, macam-macam la ragamnya, kan...

mingming tak adalah nak buat kempen mana-mana parti politik. cumanya bagi mingming, bila kite diberi peluang untuk memilih, buatlah pilihan dengan bijak. dalam hidup ni dan dalam kehidupan seharian, banyak kali kita kena buat pilihan. dari sekecil-kecil benda sampai lah kita kena buat pilihan yang memberi impak yg besar dalam hidup kita. adakalanya kita keliru dalam membuat pilihan. maka, yakini DIA, mintalah petunjukNYA.





No comments: