percutian bajet di jepun part 6: tsukubasan @ mount tsukuba


hai. kali ini wajah pujaan hatiku, encik miumiu sebagai pembuka entri. 

sambungan dari entri ini ya!






cik salesperson toyota ni demo kat akak seat yang belakang ni boleh di lipat untuk kita letak barang di belakang.




mingming perhatikan customer service orang kat jepun ni memang first class. 
tak kisah la kerja apa pun......cashier ke, jurutol ke, drebar bas ke...




kami pulang ke rumah untuk mengambil abah dan mak. 
hari ini kami akan ke tsukubasan atau mount tsukuba.
jom layan gambar di sepanjang perjalanan ke mount tsukuba.
gambar yang diambil dari dalam kereta....so gambar macam goyang sikit ye....






dari rumah akak ke mount tsukuba ni tak lah jauh sangat macam yang kitorang pergi hakone dulu. perjalanan ke mount tsuba ini agak mencabar. jalan zig zag yang berbukit dan kecik aje jalan dia. maklumlah nak ke kaki gunung katakan. tapi memang tabik la kat driver bas yang berkhidmat membawa penumpang naik ke mount tsukuba ni. cekidauttt...








semakin naik ke atas, semakin banyak kelihatan baki-baki salji semalam. salji-salji ini telah pun menjadi keras seperti kepal ais. sehari sebelum kami tiba di jepun, akak cakap ada salji turun. wahhhhh, dapat tengok kepal-kepal ais ni pun hati dah melonjak-lonjak. mingming masa tu very the jakun okayyyy. maklumlah, first time tengok salji. tak dapat tengok salji turun macam hujan, dapat tengok baki-baki salji pun jadik laaaaahhhhh. akak cakap mungkin sebab kawasan mount tsuba ini kawasan tinggi, mungkin salji di sini lambat cair dan masih kelihatan menutupi jalan. 




salji? patut la malam tadi sejuk yang amattt walaupun kawasan rumah akak tak bersalji tapi angin-angin salji lah kot. dalam pukul 3 lebih macam tu, mingming terbangun. sebab rasa sejuk semacam walaupun masing-masing dah berbungkus dalam gebar. nak pergi terkencing lagi la sejuk. dah pakai selipar bedroom pun still sejuk nak pijak lantai rumah. apa lagi nak bukak air. huhu. negatif 3 adalah rekod paling sejuk pernah dialami sepanjang 29 tahun hidup di muka bumi ni. Allah.....terima kasih kerana peluang ini!


akhirnya, kami pun tiba! 
kalau nak mendaki pun boleh, ada laluannya tapi kitorang naik cable car aje lah, atau dipanggil ropeway. 

ni masa tengah tunggu ropeway. tak ingat berapa harga tiket ropeway ni. huhu...


meh, nak cerita sikit pasal mount tsukuba ni. 

Tinggi mount tsukuba ni adalah 877m (2,877 kaki), merupakan salah satu gunung yang terkenal di Jepun. Yang menariknya pasal mount tsukuba ni adalah dia ada 2 puncak iaitu Nyotai-san 877 m (2,877 kaki) dan Nantai-san 871 m (2,858 kaki). Kalau cuaca baik, bandar Tokyo, Lake Kasumigaura dan Gunung Fuji boleh dilihat dari atas mount tsukuba ni. mingming pun tak pasti yang mingming naik ni dari puncak yang mana. akak ada bagitau tapi mingming dah lupa. maklumlah, pergi bulan februari tapi dah bulan ogos baru nak cerita. hehe.


mingming dalam ropeway.





mingming tangkap gambar dari dalam ropeway. nampak tak yang putih-putih kat pokok-pokok tu?
yang putih tu la salji!





yeay! sudah tiba di atas.





tapi ini belum atas lagi. 




ada atas lagi...



kami tanyakan pada emak, samada dia larat dan mahu naik ke atas. 
sebab kena mendaki sikit ni. 
hongeh la jugak nak menapak naik atas ni...


baki-baki salji semalam yang tinggal. hehe





beberapa kali jugak la berhenti ambik napas. mingming yang konon muda remaja ni pun mengah jugak la. lagipun kesian kat mak. tak nak la push mak sangat, kan. lutut dia pun dah tak kuat. jalan pun licin sebab salji dah jadi ais membasahi jalan. 


 akhirnyaaaaaa.....dengan semangat yang kental dan semangat yang jitu.....



emak berjaya sampai ke atas! yeayyyyyy! EMAK BOLEH!

syabassss ibu mertuaku!











nak tau apa ada kat atas ni?













tadaaaaaa......














bahagian atas ini dipenuhi salji! mengah dan semput mendaki tadi terus hilang bila melihat kejadian alam ciptaan Allah ini. sangat cantik! tak terluah dengan kata-kata! subhanallah.

apa lagi......bergambar sakan lah kitorang kat atas ni....

muka laki bini pertama kali dapat jumpa salji. hihi







lepas dah puas bergambar sakan kat atas ni, tibalah masa untuk pulang. ropeway untuk balik dah menunggu.



sekian, saya mingming melaporkan dari mount tsukuba.

No comments: