Umrah : Part 1 - Kursus Umrah


Penutup tirai 2015 sangat indah buat mingming dan en.miumiu... Alhamdulillah, dengan izinNYA kami telah dijemput menjadi tetamuNYA untuk menunaikan umrah.... Kami berangkat meninggalkan tanahair pada 29 November 2015.

Sebenarnya kami tak adalah rancang sangat nak pergi umrah ni….sebelum ni (2014) ada jugak ummi mingming buka mulut plan nk pergi umrah dengan geng2 ummi tp ms tu kami mcm tak bersedia atau mungkin belum terbuka hati nk pergi…masa tu memang mingming tak pernah terbayang trip yg itinerary hanya aktiviti berulang dari masjid ke hotel adalah aktiviti paling manis dan indah...dan kini mingming merindukannya....ampuni kami Ya Allah!

dari awal tahun 2014 sampailah ke pertengahan tahun 2015, kami asyik plan nak pergi bercuti tapi asyikkkklah cancel je…punyalahkami survey bagai nak rak, buat itinerary bagai….bila nak proceed utk booking flight sesuatu destinasi, ada saja halangan masa….tak tau kenapa asyik bertangguh setiap kali nak booking….akhirnya tak booking la flight sampai ke sudah…..dan sekarang bila ingat2 balik, baru kami perasan yg benda sama terjadi setiap kali kami rancang nak pergi bercuti….tak tau nak cakap mcm mana tetapi mingming bagaikan tercari2 sesuatu yg tak pasti dalam tempat yg gelap…

awal tahun 2014,plan nak ke Indonesia,cancel….hujung tahun 2014, plan ke Filipina,cancel…..2015 plan nak ke Europe,cancel….pertengahan 2015 plan nak ke Singapore sbb dekat kononnya boleh naik kereta aje, tak payah booking flight tp cancel jugak…punyalah plan nak ke Indonesia, Filipina, Europe, Singapore bagai....rupa2nya Allah nak jemput kami ke Haramain dahulu. Allahu Akbar... sesungguhnya kami ini hanyalah hamba yg lemah...DIA lah sebaik-baik perancang...

Sbb tahun lepas (2014), ummi mingming ada ckp pasal umrah, kami tanyakan semula hasrat ummi itu….memandangkan ummi tidak mempunyai kelapangan di hujung tahun 2015 itu, kami hint pula pada emak en.miumiu kalau2 dia ada berhasrat nak menunaikan umrah….Allah yang Maha Mengetahui dan Dialah sebaik2 perancang yg mentakdirkan kami hanya pergi berdua sahaja utk trip umrah ini….

mingming pun mulalah survey2 travel agent dan baca review untuk pakej umrah…ada jugak terbaca kes- kes ditipu travel agen…duit melayang,agen pun hilang….mingming mula perbanyakkan berdoa dan solat sunat...minta agar semua urusan dipermudahkan kerana ini adalah kali pertama kami ke tanah suci...

September 2015, kami telah sepakat memilih travel agen dibawah Ustaz Harryanto dan kami membuat bayaran deposit untuk pakej bilik berdua…Honeymoon lah katakan! 14th years anniversary...bukan anniversary kahwin tapi anniversary bercinta katanya....Hehehe….

Oktober 2015, tangkap gambar utk visa dan melunaskan bayaran sepenuhnya...Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan....Allah telah membantu kami dengan menemukan kami dengan staff2 ustaz harry yg byk membantu....mereka menyediakan 'door to door' service, bermaksud kami tak perlu datang ke pejabat mereka untuk menyerahkan gambar visa, passport dan cheque bayaran baki... mereka datang collect ke tempat yg kami janjikan iaitu di pejabat en.miumiu...

kalau dulu, mingming tak pernah nak baca pengalaman org pergi umrah...mingming pun mula baca2 pengalaman org lain di blog2 dan hati rasa sayu dan rasa mcm tak sabarrrr sangat nak jejakkan kaki ke sana....


menurut faizah (staff yg uruskan trip umrah ni), kursus umrah akan diadakan dalam bulan november....so sementara nak tunggu kursus umrah yg dianjurkan oleh Ustaz Harry, kami mula belajar sikit2 melalui pembacaan dan menghadiri beberapa kali kursus umrah terbuka yg dibuat oleh travel agen yg lain bagi memantapkan pemahaman....maklumlah pertama kali lah katakan, rasa macam tak cukup je ilmu yg ada ni...

kursus umrah andalusia di KL (ustaz nahrawi)

kursus umrah andalusia di KL (ustaz dato daud che ngah)

kursus umrah tabug haji di kompleks haji
kursus umrah andalusia di shah alam...jumpa ustaz nahrawi lagi :)

awal november, Faizah maklumkan tarikh kursus umrah untuk group kami di masjid di area sg. buloh....yg bestnya, kursus umrah yang ustaz harry buat ni, kami ada buat praktikal sekali...berbeza dengan kursus umrah lain yg kami dah hadiri sebelum ni! tahniah buat team umrah ustaz harry atas usaha membuat simulasi umrah ini. semoga Allah membalas kebaikan kalian membantu urusan tetamuNYA.

mula2 ustaz tunjukkan cara, lepas tu kami pulak yg buat...kami buat praktikal tawaf ni 7 pusingan, ustaz akan perhati dan perbetulkan...kursus2 umrah yg mingming pergi sebelum ni hanya teori je, ada lah faham sikit2 tapi bila dah buat praktikal ni, barulah lebih faham.....kepada yg kali pertama pergi, kursus mcm ni memang sangat bermanfaat dan kepada yg pernah pergi juga bagus sebagai ulangkaji.





kami bukan sahaja buat praktikal tawaf tetapi kami juga buat praktikal sai'e 7 pusingan...



tengok, siap ada lampu hijau lagi tu...ustaz memang buat seperti seakan-akan sama seperti di sana...lampu hijau tu, sunat bagi lelaki untuk berlari-lari anak ketika sai'e...




selesai kursus umrah, en.miumiu sempat bergambar dengan ustaz harryanto atau nama glamernya, ustaz harry...


selesai makan tengahari dan sebelum pulang, mingming sempat bergambar di hajar aswad...hehehe..makan tengahari yg disediakan juga sungguh menyelerakan. terima kasih team umrah ustaz harry!

sebenarnya, kursus umrah yg ustaz sediakan untuk kami ada 2 kali....kursus umrah kali pertama ni ada praktikal...kursus kali kedua pula diadakan 2 minggu sebelum fly, hanya teori sebagai ulangkaji...

bergambar bersama Faizah (staff ustaz) pada kursus umrah kedua.









Syukur Selalu



Assalamualaikum....lamanya dah tak tulis blog...rindu pulak kat blog ni....


29 Mei yang lalu, genaplah 5 tahun perkahwinan mingming dan en. Miumiu....wahhhh, macam tak sangka dah 5 tahun... rasa macam baruuuuu aje kahwin....hihihi... Maksudnya, dah 13 tahun kitorang bercinta....alhamdulillah, kami bersyukur dengan perasaan kasih, sayang, cinta yang Allah pinjamkan kedalam hati kami berdua...


Kalau dahulu, pernah ada kenalan yang bertanya, apa rahsia bercinta lama-lama sangat? Tak boring ke kalau bercinta lama sangat? Nanti dah kahwin mesti boring! Opsss, entri kali ini bukan mingming nak share tips rumahtangga ye.... dulu, ketika muda remaja (sekarang pun masih muda juga ye...hehehe), mingming tak tau nak beri jawapan kepada soalan-soalan sedemikian...mingming hanya jawab, mungkin hubungan kami dapat bertahan sebab en. Miumiu dapat terima baik buruk mingming seadanya....takpun mingming jawab, mungkin sebab kitorang serasi sebab tu tak boring... jawapan pun mcm cliché aje kannnn...

setelah hampir 5 tahun berkahwin, barulah mingming temui jawapan yang sesuai.....jawapannya adalah semuanya dengan izin Allah..... rasa kasih, sayang, cinta dalam hati ini semua milik Allah... entahlah, mingming pun tak tau nak terangkan macam mana tapi mingming bersyukur dengan kebahagiaan ini.... walaupun kami masih belum dikurniakan rezeki memiliki zuriat sendiri, tetapi terlalu banyak rezeki dan nikmat lain yang Allah berikan kepada kami..... adakalanya mingming dan en miumiu takut jika ada nikmat atau rezeki yang kami lupa syukuri.....

walaupun ada yang beranggapan dengan memiliki zuriat itu suatu tanda aras untuk mengukur kebahagiaan adan kejayaan dalam hidup....bagi mingming, bahagia itu subjektif dan berbeza pada setiap orang...apabila seseorang itu gembira melakukan sesuatu perkara, itulah kebahagiaan untuk dirinya.






marilah kita renung kembali, bilakah kali terakhir kita bersyukur atas segala rezeki dan nikmat yang kita miliki? Ingatlah, rezeki dan nikmat itu bukanlah hanya duit semata-mata. Ingin mingming kongsikan di sini janji Allah dalam Surah Ibrahim, ayat 7:



 Pastinya, janji Allah itu adalah benar. 



Senarai Kesyukuran Mingming:


1)     Mingming bersyukur dilahirkan dalam keluarga Islam

2)      Mingming bersyukur kerana ayahbonda mendedahkan kami adik beradik dengan pendidikan agama sejak kecil

3)      Mingming bersyukur diberi kelancaran bercakap di hadapan orang ramai (sebab tu dulu masa sekolah selalu masuk Pertandingan Bercerita, Sajak, Pidato dan pernah juga pergi audition pengacara TV. Hahaha)

4)      Mingming bersyukur ayahbonda dan adik beradik masih ada di sisi

5)      Mingming bersyukur dikurniakan suami yang baik hati dan penyayang

6)      Mingming bersyukur suami selalu ajak solat berjemaah

7)      Mingming bersyukur dapat suami seorang pendengar yang setia

8)      Mingming bersyukur mingming dan suami mempunyai pekerjaan tetap

9)      Mingming bersyukur bos mingming baik

10)   Mingming bersyukur dikurniakan ayah dan ibu mertua dan ipar duai yang baik dan dapat menerima mingming seperti ahli keluarga sendiri

11)   Mingming bersyukur pernah bercuti ke luar negara

12)   Mingming bersyukur masih diberi kesempatan untuk berbuat baik kepada ayahbonda (sebab dulu nakal masa mingming kecik-kecik. Hihi)

13)   Mingming bersyukur dikurniakan rezeki memiliki kediaman sendiri

14)   Mingming bersyukur tidak mempunyai masalah kesihatan yang kronik

15)   Mingming bersyukur dapat menamatkan pengajian sehingga ke universiti

16)   Mingming bersyukur dikurniakan rezeki untuk memiliki kereta

17)   Mingming bersyukur diberi kesedaran untuk sentiasa berbuat baik kepada semua orang

18)   Mingming bersyukur diberikan daya ingatan yang kuat (masih ingat nama kawan-kawan sejak tadika – ingat nama penuh diorang siap bin dan binti lagi. hihihi)

19)   Mingming bersyukur diberikan sedikit sense of humor dalam diri mingming

20)   Mingming bersyukur dilahirkan dalam keadaan sempurna fizikal dan mental

21)   Mingming bersyukur dapat membeli pelbagai barang keperluan di pasar setiap minggu

22)   Mingming bersyukur masih dikurniakan selera makan

23)   Mingming bersyukur kerana masih ada kawan-kawan

24)   Mingming bersyukur suami tidak merokok

25)   Mingming bersyukur bonda mingming seorang yang sporting dan sempoi

26)   Mingming bersyukur pandai membaca tulisan jawi

27)   Mingming bersyukur telah khatam Al-Quran

28)   Mingming bersyukur dengan tubuh badan yang mingming miliki

29)   Mingming bersyukur mampu memiliki broadband di rumah

30)   Mingming bersyukur memiliki data plan di telefon pintar (sangat memudahkan mingming mencari informasi dan dapat menggunakan aplikasi waze)

31)   Mingming bersyukur ada penyewa yang sedang menyewa rumah mingming dengan baik

32)   Mingming bersyukur ayah dan adik-adik lelaki mingming (3 orang) tidak merokok

33)   Mingming bersyukur telah berkahwin

34)   Mingming bersyukur tinggal di persekitaran dan komuniti yang baik

35)   Mingming bersyukur jarak rumah dan masjid sangat dekat (hanya berjalan kaki sahaja)

36)   Mingming bersyukur berjaya buat kitchen cabinet idaman tanpa hutang dengan harga mampu milik

37)   Mingming bersyukur perjalanan pergi dan balik kerja tidak melalui kesesakan trafik yang teruk

38)   Mingming bersyukur suami bukan kaki fb, instagram atau media social yang lain

39)   Mingming bersyukur suami bukan kaki main game

40)   Mingming bersyukur suami tidak suka menghadap laptop/tablet/telefon apabila di rumah

41)   Mingming bersyukur suami rajin menolong di dapur tanpa dipinta

42)   Mingming bersyukur dikurniakan lebihan rezeki untuk dikongsi dengan orang lain

43)   Mingming bersyukur pinjaman pelajaran telah dapat dilunaskan dalam masa yang lebih singkat

44)   Mingming bersyukur dapat membeli perabot dan kelengkapan rumah yang lain tanpa berhutang

45)   Mingming bersyukur dapat melunaskan bayaran pinjaman rumah dan kereta dengan baik

46)   Mingming bersyukur gigi mingming berkeadaan baik dan diberi kesempatan masa untuk membuat pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali

47)   Mingming bersyukur dapat tidur lena setiap malam 

48)   Mingming bersyukur suami kejutkan solat subuh setiap hari

49)   Mingming bersyukur sahabat baik mingming adalah suami mingming

50)   Mingming bersyukur walaupun mingming tak cantik tetapi suami selalu puji mingming comel
 

Sebenarnya banyak lagi hendak dimasukkan dalam senarai ini tetapi untuk entri ini cukuplah sampai di sini dahulu. Selain daripada bersyukur terhadap perkara-perkara yang menggembirakan, kita juga perlu berterima kasih kepada situasi yang tidak menggembirakan seperti, "saya bersyukur kerana saya demam hari ni, dapatlah saya berehat sepanjang hari"


memetik rangkap lagu Syukur nyanyian Raihan:
Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah, tekun berusaha
Saling membantu, berkasih sayang
Murah senyuman, hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan

2014 yang kita tinggalkan

assalamualaikum, 2015!

sebelum kita tinggalkan 2014, mingming nak kongsikan di sini warna-warni 2014.....
bagi mingming secara peribadi, tahun 2014 adalah tahun muhasabah....



Januari


2014 membuka lembaran dengan membawa mingming terbang ke negeri di bawah bayu.
ini adalah kali kedua mingming menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu....
 namun pengalaman kali ini adalah sangat berbeza ketika kali pertama mingming pergi pada 2013.
tahun lepas mingming ke Sabah sebab bercuti tetapi kali ini adalah atas urusan kerja....



mingming ke sana selama seminggu.
memandangkan takde opismate lain yg join trip mingming ni, en. miumiu pun follow la.
lagipun baki cuti tahunan en. miumiu banyak lagi....hihihi...
kali ini mingming sempat pergi tempat yang mingming tak sempat pergi dulu......
nanti mingming buat entri khas untuk trip ke sabah ni ye....




Mac


Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat malaysia, MH370...pesawat yang membawa seramai 239 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal itu telah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing...namun sehingga hari ini, bangkai pesawat dan jasad penumpang masih belum ditemui....




April




Mingming diterbangkan pula ke bandar Kuching atas urusan kerja....mula-mula cuak jugak nak naik kapal terbang.... maklumlah baru sebulan insiden MH370 tetapi tawakal je lah.....ketika di dalam kapal terbang, kami mengalami satu pengalaman yang agak panik yang tak pernah kami alami.... kalau nak tau cerita lebih lanjut, nanti mingming buat entri pasal trip ke kuching ni....seminggu mingming bermastautin di sini....kali ni mingming bawak ayah mingming pulak..saje bawak dia jalan-jalan...hihihi




Mei


Alhamdulillah, kami telah menerima kunci dari pemaju untuk rumah kami yang kedua ini....
masa dapat kunci hari tu takde tangkap gambar dari main entrance....
so mingming cilok la gambar ni dari pak gugel...
gambar ni mesti agen rumah upload kat mudah nak cari penyewa atau pembeli....



Jun


lepas dapat kunci, terus ambil ukuran rumah.....senang nanti nak buat bajet nak beli barang-barang rumah.....
aktiviti survey dan cari kontraktor ubahsuai rumah pun bermula lah.....
pusing-pusing jugak la mencari...alhamdulillah Allah temukan dengan kontraktor yang baik dan bagus hasil kerjanya... 




Julai


Belum reda kesedihan MH370, dunia dikejutkan pula dengan berita pesawat Malaysia MH17 ditembak! 
Pesawat ini telah digunakan dalam penerbangan selama 17 tahun di Malaysia.  
17 Julai 2014, tarikh tragedi pesawat ini ditembak. 
Mengapa lah mereka begitu kejam menembak insan yang tak berdosa? 




Ogos


ini kali pertama mingming menyaksikan sambutan merdeka secara dekat....sebab adik bongsu mingming, amir menyertai kumpulan pelajar sekolah yang buat formasi tu....3 hari berturut-turut mingming pergi Dataran Merdeka tengok raptai....sampai dah naik hafal gerak tari yang kareografer tu ajar...mingming pulak teruja! bila ada kat situ, memang semangat patriotik jadi berkobar-kobar sayangkan negara kita.... yang paling mingming suka tengok ialah kawad senyap oleh tentera laut.... memang style lah! 




September


1 september 2014, Anchik (adik mingming) secara rasminya menjadi warga UUM...
jauh bak ang, changlun ni! 
sebab ni kali pertama mingming ke UUM ni, maka harus lah tangkap gambar di pintu masuk...hihihi.... 
Alhamdulillah urusan pendaftaran Anchik berjalan lancar....


dah alang-alang mai utagha ni, kami singgah la rumah kak gayah di perlis...
rumah tepi bendang uolls! 



dalam perjalanan balik ke KL, kami ternampak tempat jualan madu kelulut.
kami pun berhenti singgah dan beli sebotol madu kelulut ni.
comel kan pintu masuk dia? tak macam kat kedah pun naaa....



tempat ternak kelulut....



Oktober

bulan oktober secara rasminya kami berpindah masuk rumah....memang kitorang dah plan dari awal, kitorang akan betul-betul pindah masuk rumah lepas semua benda dah ready.....maksudnya bab wiring, bahagian dapur pun dah buat table top dan kitchen cabinet, almari dan katil dah beli dan dihantar.... alhamdulillah, pindah masuk barang senang jugak sebab masa duduk rumah sewa dulu tak beli apa-apa barang pun.... semua guna barang tuan rumah punya je....

kami beli tilam berasingan dengan katil....tilam dihantar seminggu lepas katil sampai...
ngam-ngam timing dia! 


  rumah kita kan syurga kita :)



Disember


penutup tirai 2014 sangat menginsafkan dan memberi banyak pengajaran kepada kita semua.....
air naik secara tiba-tiba sehingga menenggelamkan hampir semua tempat.....
tiada kata-kata dapat diluahkan untuk menggambarkan kesulitan yang dihadapi oleh mangsa banjir....
hanya gambar pengganti bicara..... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....

(sumber gambar: google)


stadium


 
 hospital





marilah kita bersama hulurkan tangan ringankan beban untuk mereka melalui kehidupan pasca banjir... 
bayangkan kita berada di situasi mereka.....
ke mana kah hendak dituju apabila melihat rumah hanya tinggal tapak sahaja......
semoga Allah permudahkan segalanya......