tak mau makan kat kedai ni lagi

yippieee! exam dah habissss! seronoknya kan bila dah habis periksa.... dah nama pun periksa, mestila menyiksa.... huahuahua.... lepas tu, pergi la pulangkan buku kat perpustakaan tun abdul razak di menara 1 uitm atau nama manjanya (PTAR 1).


canggih kemain sekarang ni pustakaan kita...nak pulangkan buku pun dah kena pakai mesin dah, tak de pulangkan kat kaunter. hahaha..entah2 dah lama benda alah ni. mingming aje yg ketinggalan ketapi. kesiannnn mingming....

lepas tu terus pergi area glenmarie sebab ada keje sikit nak buat kat situ. lepas dah setel, mingming ajak MNG gi makan. sbb masa tu dah pukul 2, patut la perut pun dah mintak diisi. tatau nak makan kat mana tengahari tu. MNG ajak makan kat rumah je sebab mesti mak dah masak. tapi sebab isteri dia ni dah tak leh tahan nafsu makan, nak makan dan-dan tu juga....makanya putau lah stereng ke seksyen 8 yg jalan nak ke bukit cherakah atau nama lainnya bukit cahaya seri alam...

kitorg pergi lah satu kedai makan ni...sebab tau lauk dia memang banyak...dulu kedai ni ada 2 lot aje...sekarang dah makin maju, sekali 4 lot dia sapu...siapa biasa area sini, memang tau sangat la kedai yg mana satu...sampai kat situ, lauk pun dah tak berapa nak ada...tapi ada lah jugak...almaklumlah, dah pukul 2 kannn....kitorg pun ambik nasi, lauk ikan pari asam pedas dgn sayur...then, terkedek2 bawak pinggan masing yg berisi nasi dan lauk yg lebih kurang sama aje menunya ke kaunter pembayaran...kat kaunter tu ada 2 cashier...satu emak dia jaga, satu lagi anak dia jaga (umur 30-40 kot)...masa tu emak dia tengah kira2 duit kat cashier tempat dia jaga tu. so anak dia lah yg tok tet tok tet kalkulator kira kitorg punya makanan...

terkojut den bila dia cakap jumlah semua 16 hengget....kus semangat! sorang makan 8 hengget kauuuuu.... kitorg ambik sayur seciput aje tenggek kat pinggan masing2, dia cakap sayur tu aje dah RM3 sorang. kalau dah sayur seciput tu pun dah RM3, apatah lagi ikan...ikan pun bukan la kita ambik seekor pun...pastu bila kita tanya balik kenapa mahal sangat, anak dia cakap la sayur tu beli kat pasar harga bla bla bla, ikan tu sekilo bla bla bla bla....tapi bukan kitorg makan sayur tu sampai seikat dan ikan tu pun potong2, bukan seekor....takpe lah, boleh sabar lagi...tapi yg buat mingming menyirap bila emak dia (umur mcm nak dekat 60) boleh cakap dgn nada berlagak dan biadap, "apa, tak pernah makan kat restoran ke?"

kitorg tanya baik2 dengan nada suara pun rendah aje, kenapa pulak orang tua ni nak melompat bila pelanggan argue harga makanan yg dia caj. tak kisah lah kalau kitorg tak pernah makan restoran pun, kita cuma nak clarify apekebende yg dia kira sampai 16 hengget tu. oh ya, RM16 adalah tak termasuk harga minuman sebab kitorg tak beli air. kitorg bawak air mineral sendiri dari rumah. sebelum ni memang pernah jugak la makan kat sini...kali terakhir kitorg pergi adalah awal tahun 2012 hari tu tapi tak de lah drama macam yg pergi kali ni. kalau mahal sekalipun, cakap lah elok2, kan....

mengenangkan makcik tua ni adalah warga emas dan masa tu ramai orang tengah beratur nak bayar makanan masing2, mingming sabar kan aje lah...memang masa tu kalau ikutkan hati dan darah muda ni, memang nak tinggalkan aje makanan tu kat kaunter. tapi mingming terus bayar dan angkat pinggan cari meja kosong. malas nak dengar makcik tu membebel apa ntah. kitorg dah bayar, dah la kan. kenapa nak berhujah lagi? nafsu makan yg tadi membuak2, terus hilang. potong betul!

lepas ni kitorang sepakat tak nak pergi lagi kedai makcik tua berlagak dan kerek ini. oh silap, bukan kedai ya! bak kata makcik tu, RESTORAN. dengan ini, saya berjanji tidak akan pergi lagi ke restoran soto shah alam. eh, terbagi tau pulak tempat kejadian. huhu

Miss Bawani & Miss Sharifah Zohra, listen haaaa...


lepas isu listen-listen-listen-let-me-speak ini hangat tersebar, ramai yang memberi macam2 pendapat...hmm, mingming rasa kalau cik saripah tu tak tarik mickropon, jawab soalan elok2 dan tak bagi jawapan ke laut...benda ni tak de lah jadi kecoh cenggini...

dalam ramai2 memberi pendapat dan hujah2 mereka, mingming tertarik untuk share status pesbuk fiqa mohamad. mingming pun idak lah kenal pun dak fiqa ni....tapi bila kawan2 share status dia ni, mingming rasa nak share pulak kat blog. sebab mingming rasakan statement ini adalah statement yg sopan untuk dibaca. sebenarnya ni 1 status fiqa mohamad tapi mingming tak pandai nak share camne dari fb ke sini. so print screen, jadi lah ampat bahagian. takpelah, aslkan boleh baca. credit to: fiqa mohamad.

 



oh, ya! nak share jugak status pesbuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah.




so moral of the story, janganlah kita cepat melompat dan emosi. tarik nafas dan tenangkan diri.bila kita dalam keadaan tenang, barulah kita boleh berfikir dengan tenang. ye lah, kita ni kan manusia biasa. bila orang cakap sikit, kadang2 tu cepaaattt aje nak merempan, nak sentap, nak emosi.bukan orang lain, mingming la tu!


aku wanita biasa





kenapa LISTEN?

mula-mula macam pelik jugak bila pagi2 lagi ramai orang dok apdet status kat pesbuk masing2 cakap listen-listen-listen-listen ni.....kiranya word of the day lah LISTEN ni....huhu...dengan perasaan yg ingin tahu yg menebel, mingming mesti lah tak nak tertinggal ketapi, kannnnn.....mingming pun tanya lah pak google...lepas tu ada pulak yg tepek video kat pesbuk, memudahkan pencarian sebuah jawaban....

kalau ada yg belum tengok, cekidaut...



mingming tak suka la cara dak saripah tu buat macam tu....macam biadap pun ada gak...kita selalu marah bila orang muda biadap pada orang yg lebih tua tapi camne bila orang yg lebih tua biadap kepada yg lebih muda? hmmm...malas la nak komen lebey2... 

rentetan itu (cheewahhhhh, dah lama tak guna perkataan 'rentetan') ramai pulak yg buat parodi video pasal listen ni...jom, nyanyi sama-sama....




Ulasan Imam Muda Fakhrul ini berkaitan isu ini bolehlah kita jadikan pengajaran dan panduan....






kelebihan hari jumaat



hari ni hari jumaat. rasanya semua orang suka hari jumaat ni, kan...mingming rasa sejak sekolah rendah lagi mingming memang suka dan ternanti-nanti hari jumaat. sebab apa? sebab....hari jumaat jadual waktu sikit, so boleh balik awal dan tak payah bawak banyak buku pergi sekolah...bila buku sikit, boleh la bawak beg sandang sebelah bahu je...haha, bajet stylo lah bila pergi sekolah beg kempis... ye lah,masa tu terpengaruh dgn gaya azroy (faizal husin) dlm pilem gila-gila remaja...ntahpape...lawak pulak bila ingat2 balik.

lagi satu, bila beg kempis, senang sikit nak lari2 masa balik sekolah...sebab masa tu suka main tarik2 tudung kawan2 yg pakai tudung. lepas dah tarik tudung kawan tu, boleh la lari dengan lajunya sambil gelak-gelakkan kawan tu....hahaha....ni semua cerita zaman sekolah rendah...masa sekolah menengah pun suka hari jumaat gak...mingming sekolah asrama sejak tingkatan 1... so hari jumaat takde 'prep'...boleh buat aktiviti sendiri...memang heaven la sbb boleh tidur petang...

ok, bukan itu topik utama mingming nak kongsi kat sini. mingming nak kongsikan kali ni ialah kelebihan hari jumaat dan amalan2 yg kita boleh gandakan di hari jumaat.

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud, "Barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang...kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia akan dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat selama setahun." Subhanallah. Betapa luasnya kasih sayang Allah pada hamba-hambanya. 

Jom kita tengok video berkenaan kelebihan hari jumaat:



Rasulullah saw bersabda, "Pada hari jumaat terdapat satu waktu, tidaklah hamba Muslim memohon sesuatu kpd Allah melainkan Allah akan mengkabulkannya. Carilah ia di akhir waktu slps asar". (HR Abu Daud)
mingming nak kongsikan kat sini antara doa yg boleh kita amalkan setiap hari, lebih2 lagi di hari jumaat yg banyak kelebihan dan fadhilatnya adalah Doa Pembuka 12 Pintu. doa ini di ajar oleh Dato' Fadzilah Kamsah dalam setiap ceramah dan kursus beliau.  


marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi yg lebih baik dan dianugerahkan orang yg baik-baik di sekeliling kita. aminnnnn.





cara mudah dapatkan bentuk badan ideal dan langsing (serius, ni bukan produk MLM occayyy)


hai, assalamualaikum...pagi ni korang sarapan apa? sarapan pagi ni penting sebenarnya tau. mingming pernah baca artikel pasal pentingnya sarapan pagi ni. pakar pemakanan sependapat, sarapan pagi ni adalah salah satu cara memberikan bentuk badan yang ideal seperti diidamkan sekaligus mencergaskan minda. Kajian juga menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik. 

Food Facts Asia ada jalankan kajian dengan kerjasama 4 universiti di Asia berkenaan isu ni. Kesimpulan dari hasil kajian tersebut mendapati remaja yg mengamalkan sarapan pagi lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan. Tak puas hati? ok, satu lagi kajian kat Amerika Syarikat pulak. responden seramai 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan. mudah kan? hmmm....kadang2 benda yg kita rasa kecil itulah yg memberikan impak maksima dalam kehidupan kita.



mingming wearing top from JustKid. model kanak2 sesat mana ni hoi? terima kasih kepada lighting di opis yg memperlihatkan kulit wajah seakan cerah dari biasa. ngehngehngeh



tengokkkk...ceria-tak-ceria-lah kannnnn muka tuan tanah yg mengamalkan sarapan pagi...tapi bab bentuk badan ideal tu tak leh nak ulas sangat la....sebab nanti ada org cakap ideal ke? huahuahua.... tapi serius, baju yg mingming pakai ni mingming beli kat seksyen kanak2 umur 11 tahun. nama brand pun JustKid, dah sah2 untuk kanak2 ribena tapi yang pakai nya hok olohhhh....orang tua tak sedar diri. hohoho. bajet comel la tuuuu...kesian hang, mingming!

oh ya, sila abaikan dress code mingming kat opis. huhu. dah la pakai selipar jepun, hello kitty pulak tu...ye la, baru lah nampak betul2 selipar jepun...sebab hello kitty kan dari jepun. hikhikhik. tak lawak punnnn...


kasi close up sikit baju ni. biasa la, setiap kali beli baju baru, mesti ngengada nak ambik gambar. nampak tu mingming, untuk 11 tahun bukan 29 tahun. berapa jauhhhh beza daaaa.... hahaha. tak pe, yg penting dapat beli baju dengan harga yg murah sebab baju budak2 ni murah je, lima belas hengget aje lepas diskaun.


safety shoes mingming di opis. hihihi


tapi memang betul pun. kalau tak sarapan pagi, mingming rasa macam tak syokkk je nak menjalani rutin seharian. macam tak ceria aje. cheewaahhh. Sebenarnya, sarapan pagi ni tak perlu terlalu berat pun, sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin pun ok je. kalau kat opis, pagi2 mingming akan bancuh susu anlene dan makan dgn cornflake/honey star/koko crunch. 

tapi semenjak mingming tukar department Training ni, rutin minum pagi mingming dah berubah. biasalah, dah nama pun jaga training, so kompom la kena sediakan makan minum untuk org menghadiri training. katerer pun mmg selalu sediakan makanan lebih dari yg di tempah. katerer ni mmg terbaek...selalu supply makanan lebih dari yg kite tempah. so kalau dulu mingming sarapan kat opis dlm pukul 8 lebih sblm mula buat kerja2, maka sekarang ni mingming akan minum pagi sekali lagi jam 10.45pg lepas org2 yg ber-training itu setel minum pagi, pukul 10.30pg. bukan apa, tak baik membazir. sedih tau kalau tengok katerer tu buang makanan yg lebih2 tu. teringat kat org2 yg tak cukup makanan. sebab tu kdg2 mingming hantar kan makanan yg lebih2 ni kat kawan2 kat HQ (kalau hari kejadian tu mingming ada urusan nak pergi HQ la). rasa seronok dapat berkongsi rezeki yg lebih2 ni dgn kawan2 yg lain. 

ok, kite tengok sikit, hari ni mingming makan apa untuk minum pagi....





alhamdulillah.....sekarang mari kita standby ruang dalam perut untuk isi makanan tengahari nanti pulak. oh, dan tidak lupa makanan untuk minum petang nanti pukul 3.30pm. hahahaha...dasarrrr kuat makan mingming ni! bini sapa lah ni weiii... 
 
saya akhiri dengan serangkap pantun,
gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati






tuan tanah

yuhuuuu....dah lama tak tulis blog...ahhhh rindunyaaaaa....byk benda nak tulis kat sini tapi tak sempat sangat sangat....sekarang pun dah masuk dua puluh tiga belas...sebab dah lama sangat blog ni terbiar, mungkin korang pun dah lupa siapakah gerangan tuan tanah kedaung ni...gambar ni cilok dari pesbuk mingming...gambar semalam kat opis, ber-caption ala-ala poyo tak boleh blah...


 
mingming dah tinggi u'ollsss.......huahuahuahua...



balik kerja petang semalam, singgah jenguk zra kat uitm shah alam. ada byk makanan lebih kat opis, dari biar caterer buang, adalah lebih baik mingming bawak balik bagi kat budak2 yg tengah demam exam ni makan...dapat jugak diorg ni save duit ptptn diorg tu...ye lah, barang makan sekarang pun dah mahal, kannn...

so masa hantar lauk kat zra tu, ada la borak2 tanya khabar sket...pastu MNG cakap,  jom la keluar jap, minum2 float ke...maka zra yg ketika itu hanya berseluar yankee, berbaju bunga, jambul di depan.... hahaha...kalau pandai, cuba teka dialog cerita apakah itu....dialog cerita seniman bujang lapok daaa....eh, sambung cerita...tapi mmg masa tu zra pakai seluar apa ntah nama dia...tp mak mertua mingming panggil seluar amoi....

so kitorg pun pergi lah A&W seksyen 7 dengan harapan dapat diskaun 50% untuk float apabila mempamerkan kad pelajar uitm....tapi malangnya, promosi itu telah tamat....tapi ada promosi untuk J-Card pulak...so apa lagi dengan pantas oder la untuk 3 air, so akan dapat free float untuk 3 jugak. tiba2 ntah dari celah mana bos dia muncul dan memberitahu kami 1 Jcard untuk 1 air sahaja. walaupun 1 sahaja air boleh dapat free float, tetap jugak la oder utk 3 org...bukan apa, dah lama tak hang out dgn zra sejak masing sibuk bebenor gamaknya dengan assgmt, test dan kerja2 sekolah... 

kesian mingming, kan...ada diskaun 50% baru lah mampu jejak kaki kat sini....hahaha....


 
sekian, berita ringkas.