cara mudah dapatkan bentuk badan ideal dan langsing (serius, ni bukan produk MLM occayyy)


hai, assalamualaikum...pagi ni korang sarapan apa? sarapan pagi ni penting sebenarnya tau. mingming pernah baca artikel pasal pentingnya sarapan pagi ni. pakar pemakanan sependapat, sarapan pagi ni adalah salah satu cara memberikan bentuk badan yang ideal seperti diidamkan sekaligus mencergaskan minda. Kajian juga menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik. 

Food Facts Asia ada jalankan kajian dengan kerjasama 4 universiti di Asia berkenaan isu ni. Kesimpulan dari hasil kajian tersebut mendapati remaja yg mengamalkan sarapan pagi lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan. Tak puas hati? ok, satu lagi kajian kat Amerika Syarikat pulak. responden seramai 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan. mudah kan? hmmm....kadang2 benda yg kita rasa kecil itulah yg memberikan impak maksima dalam kehidupan kita.



mingming wearing top from JustKid. model kanak2 sesat mana ni hoi? terima kasih kepada lighting di opis yg memperlihatkan kulit wajah seakan cerah dari biasa. ngehngehngeh



tengokkkk...ceria-tak-ceria-lah kannnnn muka tuan tanah yg mengamalkan sarapan pagi...tapi bab bentuk badan ideal tu tak leh nak ulas sangat la....sebab nanti ada org cakap ideal ke? huahuahua.... tapi serius, baju yg mingming pakai ni mingming beli kat seksyen kanak2 umur 11 tahun. nama brand pun JustKid, dah sah2 untuk kanak2 ribena tapi yang pakai nya hok olohhhh....orang tua tak sedar diri. hohoho. bajet comel la tuuuu...kesian hang, mingming!

oh ya, sila abaikan dress code mingming kat opis. huhu. dah la pakai selipar jepun, hello kitty pulak tu...ye la, baru lah nampak betul2 selipar jepun...sebab hello kitty kan dari jepun. hikhikhik. tak lawak punnnn...


kasi close up sikit baju ni. biasa la, setiap kali beli baju baru, mesti ngengada nak ambik gambar. nampak tu mingming, untuk 11 tahun bukan 29 tahun. berapa jauhhhh beza daaaa.... hahaha. tak pe, yg penting dapat beli baju dengan harga yg murah sebab baju budak2 ni murah je, lima belas hengget aje lepas diskaun.


safety shoes mingming di opis. hihihi


tapi memang betul pun. kalau tak sarapan pagi, mingming rasa macam tak syokkk je nak menjalani rutin seharian. macam tak ceria aje. cheewaahhh. Sebenarnya, sarapan pagi ni tak perlu terlalu berat pun, sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin pun ok je. kalau kat opis, pagi2 mingming akan bancuh susu anlene dan makan dgn cornflake/honey star/koko crunch. 

tapi semenjak mingming tukar department Training ni, rutin minum pagi mingming dah berubah. biasalah, dah nama pun jaga training, so kompom la kena sediakan makan minum untuk org menghadiri training. katerer pun mmg selalu sediakan makanan lebih dari yg di tempah. katerer ni mmg terbaek...selalu supply makanan lebih dari yg kite tempah. so kalau dulu mingming sarapan kat opis dlm pukul 8 lebih sblm mula buat kerja2, maka sekarang ni mingming akan minum pagi sekali lagi jam 10.45pg lepas org2 yg ber-training itu setel minum pagi, pukul 10.30pg. bukan apa, tak baik membazir. sedih tau kalau tengok katerer tu buang makanan yg lebih2 tu. teringat kat org2 yg tak cukup makanan. sebab tu kdg2 mingming hantar kan makanan yg lebih2 ni kat kawan2 kat HQ (kalau hari kejadian tu mingming ada urusan nak pergi HQ la). rasa seronok dapat berkongsi rezeki yg lebih2 ni dgn kawan2 yg lain. 

ok, kite tengok sikit, hari ni mingming makan apa untuk minum pagi....





alhamdulillah.....sekarang mari kita standby ruang dalam perut untuk isi makanan tengahari nanti pulak. oh, dan tidak lupa makanan untuk minum petang nanti pukul 3.30pm. hahahaha...dasarrrr kuat makan mingming ni! bini sapa lah ni weiii... 
 
saya akhiri dengan serangkap pantun,
gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati






No comments: