al-kawen al-kawen



sejak kebelakangan ni, ummi kerapkali mauduk bicaranya tentang al-kawen. kalau bicara tentang isu lain pun, pandai aje ummi korner baring masuk bab kawen2. awal tahun dulu saya buat dek aje, buat2 tak paham apakah maksud tersirat di hati ummi. tp bila dh masuk bln 5 ni yg tak lama lg cuti sekolah, lg la bertalu2 soalan ummi pada saya tatkala saya dihujani kad2 kawen sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga.

ummi bertanyakan kepada saya, bila mau kawen? Tetttt. saya sengeh2 je.

"ala....belum ready"

"mana boleh kawen....tak pandai masak lg laaa"

"tak cukup duit lg"

begitulah jawapan klise yg saya dok ulang2 setiap kali bonda bertanya. alahai, siapalah yg tak mau kawen. masanya akan tiba jua nanti tp bg la chance kat saya dan MNG settle apa2 yg patut dulu sblm menginjak ke alam perkahwinan.

"usia dh lanjut ni, tak kawen2 lg. masa Ummi baya along dulu, dh ada anak sorg tau" kata ummi.

hah? saya dh dikategorikan sbg lanjut usia ke? bulan 10 ni, saya baru je nk mencecah angka 26. saya gelak2 je. ummi ni, buat lawak la pulak.

dan saya terus diasak2 soalan yg sama sehingga kini. saya terus memberikan 1001 alasan. Ummiku, bukan kami tak mau kawen. Bukan kami tiada perancangan ke arah itu tapi ada benda yg kami nk settle dulu, especially in terms of financial. mau kawen pun perlu beruang (baca : berwang). Harapnya semua yg di rancang akan terus diberkati dan di permudahkan utk kami merealisasikannya.

Kami faham, usia perhubungan kami sudah mencecah 7 tahun lebih. Pastinya tidak enak di mata ummi apabila melihat perhubungan kami yg tiada ikatan sah ini. Ummi kata, ummi sudah tua. ehem-ehem, siapa kata ummi sudah tua? syahdu pulak mendengarnya.

soalan yg saya selalu terima dari teman2 lama:

"betul ke dah bertunang?" Jawapan saya, tidak.

"masih bersama si dia kah?" Jawapan saya, yesszzzaaa. doakan jodoh kami berpanjangan.

"lama ek korang kawan. dah lama sgt ni, bila nk kawen?"Jawapan saya, alhamdulillah. jgn risau, semua akan dijemput. InsyaAllah, masanya akan tiba.

Hmm....senang gak keje nk menjemput rakan taulan ke majlis kami nanti sbb kami bersekolah menengah di sekolah yg sama dan juga menjejakkan kaki ke universiti yg sama. classmate-unimate-soulmate.hehehe. bekas pensyarah kami juga dh tertanya2 psl kami :)

ok la, tamau ckp byk lg la psl kawen ni. tungguuuuu.

kepada mereka yg bakal menamatkan zaman bujang beberapa hari atau minggu lg, diucapkan selamat pengantin baru.

akhir kata, sambutlah salam mesra dr saya seisi keluarga.

Kerjalah la la la - slmt hari pekerja


hari ni hari pekerja...selamat hari pekerja kepada semua yg berkerja....ok, mari kita terus tingkatkan prestasi..hehehe....


tahun ini adalah tahun kedua saya menyambut hari pekerja.ye la, tahun sebelumnya saya masih bergelar siswi. nmpknye hari ni genaplah sebulan saya bekerja di tempat baru. so far, alhamdulillah. ala, kisah politik dalaman di tempat kerja tu biasalah kan. saya pun bukan jenis ambik pot sgt benda2 mcm ni. saya layan je semua org dan sentiasa akan cuba berbaik sangka dgn semua org. Bila ada perasaan buruk sangka menerjah, saya akan cuba buang jauh2 lgpun apa untungnya kalau ada perasaan buruk sangka pd org,kan?

oh ya, sejak dh keje ni...dh x dpt nak mkn t/hari sama amir. sebulan yg lalu, amir mesti rs gembira bila dia balik sekolah tengahari ada org yg menyambutnya di pintu, menyediakan mkn t/hari, mkn2 bsama2 sambil bertukar2 cerita amir di sekolah.

seketika saya teringat perbualan amir dgn saya sebulan yg lalu.

"amir suka la along x keje"

"nape?"

"kalau amir balik sekolah, ada org kat rumah. x de la amir rasa sunyi sgt"

alahai amir, kesunyian rupanya. ya, saya faham perasaan anak kecil seusia 9 tahun ini.

amir suka dgr koleksi lagu2 allahyarham sudirman. kalau naik kete dgn amir, mmg x de can la nk dgr lagu lain. dia mesti nk dgr cd sudirman.

"along, penganggur tu apa?" tanya amir ketika lagu 'penganggur' berkumandang sambil amir juga turut menyanyi lagu tersebut.

"penganggur tu org yg x keje"

"ooohhhh mcm along la.lagu ni sesuai utk along. along kan x keje, along la penganggur"

amir, along bukan nk biarkan amir kesunyian. along pergi mencari rezeki utk keluarga kita. cheeeewahhhh. syahdu pulak. terharu tak? hehehe

amir, kuku along dh panjang laaa....boleh amir potongkan kuku along?

ummi hanya menggeleng aje bila setiap kali melihat amir memotongkan kuku saya. amir potong kuku cantik. saya suka. ehem ehem,...siapa yg along, siapa yg bongsu ni?