Demam

Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.” 
Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.
hmmm....sakit tu kan penghapus dosa. 
alhamdulillah, DIA beri peluang ini. 

sehingga hari ni, mingming masih demam. oh, ya! mingming cecema juga. selain dari  makan ubat yg doktor bagi sebagai ikhtiar, setiap pagi dan malam MNG akan bagi buatkan air suam yg dicampurkan dengan 1 sudu madu utk menghilangkan cecema. sebab MNG cakap dia kesian tengok pernafasan mingming terganggu bila tidur malam2 dek cecema. MNG cakap mingming bunyi macam lori. hah? how dare u, darling! cakap bini u macam lori. hahaha.

demam. makan ubat. tido. k, bai!









percutian bajet di jepun part 1: safely arrived

lepas dah buat entri sedih, baru ada mood buat entri jalan-jalan. mana tak sedih. eksiden tu 2 hari sebelum kitorg fly pergi sabah :(

ok, ni mingming sambung cerita pasal percutian bajet dan last minit tu ye. malam tu kami sampai dah malam, dalam pukul 10 lebih ke 11 lebih ntah. tak ingat. masa dalam flight, diorang announce cakap suhu 7 celcius.





so bagi kami macam sejuk-sejuk-biasa la, macam masa kami gi korea dulu. hah? gi korea? bila masa? tak update kat blog punnnnn...jap, mingming cek balik. ya lor! takde entri pasal korea. ok, mingming hutang entri korea!

so malam tu akak dan kawan dia tolong jemput kitorang kat Haneda Airport. perjalanan ke rumah akak dari Haneda ada dlm 1 jam 30min ke 2 jam jugak la. kitorang ajak kawan akak minum2 jap sebab dah tolong ambik kitorang kat airport tengah2 malam tu. so kitorang pun keluarkan segala hasil dagangan yang di bawa dari malaysia. hehehe. kitorang keluarkan capati frozen dan 1 tin tuna. lepas dah panaskan capati dan tuna tersebut, kami pun makan sama2.....fuhhhh.... memang dah tak pandang kiri kanan la mingming makan....ye la, lapar weiiii....naik airasia dia bagi makan sekali aje. bukan maacam masa naik MAS dulu, 2-3 kali dia suakan makan. hmmm...tengok la pulak berapa harga tiket kite, kan....berapa jauh beza harga dia...

makan capati panas2 di negara yang sejuk memang nikmat....lepas makan, kitorang borak2 jap dgn kawan akak sambil ucap terima kasih. tak lama lepas tu, kawan akak pun balik rumah dia. lepas akak kemas dan siap2 kan tempat tidur untuk mak dan abah, kitorang bertiga - akak, MNG dan mingming sambung borak kat bilik sebelah. tengok jam, dah pukul 2 pagi. kitorang pun sambung borak2 + gelak2. subuh kat sini pukul 4 pagi so malas nak tido. kang kalau tido, memang kompommm tak subuh lah gamaknya. tengah borak2, tiba2 rasa sejuk semacammmm aje. kitorang pun cek la suhu. patut lah sejuk, dah drop 2 celcius! huhuhu.

agaknya sebab tiba2 sejuk walaupun dah pasang heater, abah kat bilik sebelah tiba2 terjaga. tak pun, dia terjaga sebab kitorang bising borak2 kat sebelah. hahaha. ye lah, masa tu keliling memang sunyi gila. lagi pulak, dinding rumah orang jepun ni nipis. abah bangun pegi bilik sebelah.

"eh, dah pukul berapa ni haaa? korang tak tido lagi ke?" tanya abah.

"dah nak dekat pukul 4 pagi, bah. jap lagi dah nak masuk subuh" jawab akak.

semua pun cepat2 la ambik wudhuk dan ready nak solat subuh. sebab lepas tu boleh tido. sejukkkk weiii, tak tahan! masing2 dah tak sabar nak bungkus badan dalam selimut.


abah dan akak berjemaah solat subuh. mingming cotiii masa ni. hihi. tengok kain pelikat abah. sampai tutup2 kaki tu. dah siap pakai sweater labuh, kain pelikat pun labuh sampai tak nampak kaki. ni memang betul2 sejuk ni!

oh ya! ni lah bilik kitorang borak tu. akak sewa rumah ni sorang, so ni bilik study dia la. next entri lah ye kite cerita pasal rumah sewa akak ni. rumah orang jepun ni tak besar. semua comel2 aje :)



sambung disini:
 klik *percutian bajet di jepun (2)



awak, mingming ekciden lagi lorrr :(


maaf, terbantut segala nak update...sebab mingming eksiden lagi...ya, buat kali ke-dua. dalam masa terdekat, baru sebulan Warrior keluar hospital (workshop). mingming redha, pasti ada hikmah dan pengajaran utk kami. kejadian tersebut terjadi begitu pantas....bagaikan sekelip mata cuma...

hari kejadian di hari jumaat, mingming balik keje lambat sebab nak setelkan kerja2. almaklumlah, mingming nak bercuti sakan seminggu minggu depannya nak hanimun ke sabah. MNG datang ke opis mingming, tunggu mingming habis buat keje. nak dekat pukul 9, kami pun gerak pulang dan berniat nak singgah makan kat kedai makan berhampiran. MNG yg memandu ketika itu tapi tak sempat masuk simpang nak ke tempat makan, Warrior dilanggar motosikal. kami bersyukur sangat sebab motosikal tersebut tidak menghentam pintu penumpang hadapan tempat mingming duduk. lenguh2 dan lebam2 jugak la tangan mingming, mungkin sebab terhantuk kuat. mingming tak dapat bayangkan kalau motosikal tersebut hentam tempat co-pilot. tengok keadaan pintu dan cermin belakang yg pecah pun, mingming dah ngeri.

kejadian ini memberi satu pengalaman baru buat kami. alhamdulillah, kami dapat menghadapinya dengan tenang, walau ada sedikit panik. bila terdengar dentuman kuat, kami terus mendapatkan penunggang motosikal tersebut yang terbaring di tengah jalan. 

"bang, nak sayang call ambulans ke?" 

"sayang boleh tolong call ambulans?" lembut aje suara MNG masuk ke telinga mingming.

"boleh. tapi berapa no tepon ambulans?" mingming konon nak tolong tapi blur la pulak. 

"999" 

panik punya pasal. sedangkan nombor senang dan umum macam tu pun mingming macam boleh terlupa. pertama kali mingming telefon ambulans. dahlah mingming tak berapa familiar area situ, bila operator yg menjawab panggilan mingming tu tanya nama jalan la, jalan menghala ke mana dan banyak lagi soalan lain, mingming takut jawapan mingming tak memberi informasi yg tepat lokasi kejadian. mujur, ramai orang yg tinggal di kawasan situ membantu mingming memberi maklumat yg tepat.

tak lama lepas tu, polis pun sampai. terima kasih mingming ucapkan kepada orang ramai yang membantu melancarkan trafik sebelum polis sampai. malam tu, mingming tinggalkan Warrior di opis dulu. esoknya baru mingming call En Amir, ajen insurans kami utk arrange dgn tow truck utk dibawa ke bengkel. 



masih melekat nasi yg mat moto tu tapau. sedih pulak tengok



 kalau nak tow, boleh telefon no yg tertera. brader ni baik!


sayu hati bila tengok kawan baik mingming, dak Warrior ni sakit. *candid yg hodoh.


WRR, kamu adalah Warrior!



akhir kalam, status dari kawan mingming di fb ini sangat tepat utk kita sama bermuhasabah.