dapur mingming: kari ikan tanpa santan

hai...semalam cadangnya nak masak kari ikan untuk lauk berbuka....tapi petang semalam hujan lebat dan jalan jem pulak sebab ada kereta eksiden di NKVE.....mingming sampai rumah dah lewat.....maka, hasrat untuk memasak terpaksa ditunda...sebab memang tak sempat....sebabnya, ikan pun tak sempat nak defrost betul.....pagi tadi sebelum pergi kerja, mingming dah turunkan ikan tu dari peti ais tingkat atas (yg sejuk tempat ais) tu dan letak dalam peti ais kat bawah....

nak citer sikit pasal ikan ni....hari tu kawan mingming pergi memancing....dia ni memang kaki pancing tegar punya....hampir setiap malam dia pergi memancing....dari pukul 9.30 malam dia dok terpacak tunggu ikan sampai pukul 4 pagi....bini dia pun dah tak leh nak cakap apa dah....tak boleh nak larang dah....dia bagi mingming ikan jenahak....walaweiiii, kalau kat pasar kena charge berapa lah agaknya ikan ni 1 kilo,kan....ini kali kedua dia bagi mingming....hari tu pun bagi jenahak jugak....memang puas la makan satu keluarga....

so petang semalam makan roti, nugget dengan kueh donut aje untuk buka puasa...alhamdulillah.....en. miumiu cadangkan masak lepas balik teraweh aje....boleh buat untuk lauk sahur esok....nak bangun masak pagi-pagi buta esok takut terlambat pulak....tahun lepas gigih jugak la mingming nak bangun masak pagi-pagi....jiran mingming mesti dengar mingming menumbuk lesung pagi-pagi buta....hehehe...tapi tahun ni tak berapa nak gigih....adakah faktor usia? huahuahua.....

lepas je habis teraweh kat surau, mingming dan en miumiu memulakan operasi....ikan tu besar tapi kawan mingming dah tolong bersihkan dan potong-potong sikit....hehehe.... mingming dah habaq kat dia yg kami takde pisau yg sesuai nak potong ikan besar...



memandangkan kami laki bini aje yang nak makan, jadi kita sediakan 3 keping aje....yang lebih tu, boleh simpan untuk esok lusa pulak.....masuk kali ni kira dah masuk kali kelima lah kot mingming masak lauk kari ni....mingming banyak google resepi  kari ni semua kena pakai santan....en. miumiu takmo yang bersantan-santan ni...memang la lagi lemak kuah dia tapi kolestrol pun berlemak-lemak la kannnnnn.....hehehe....

akhirnya jumpa gak resepi kari yang tak payah pakai santan...masa cuba masak kali pertama dan kedua dulu, kari yang mingming masak tak berapa menjadi....tatau kenapa....mungkin salah sukatan air...tapi lepas tu try n error lagi....practice lagi.....en. miumiu cadangkan, masak kari tu dalam periuk tanah liat yang kitorang beli kat perak hari tu....kat perak kan glamer orang buat tembikar, labu sayung semua tu, kan.....dan hasilnya menjadiiiiii.....hoye hoye! sebab sebelum tu kitorang masak pakai periuk lain (mungkin periuk tu kitorang susah sikit nak agak sukatan air dia)....

ok, kari ikan....here we go.....


KARI IKAN TANPA SANTAN
sumber : mat gebu (resepi asal kari ayam tapi mingming buat untuk ikan)


Bahan-bahan:
ikan ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas belah 4 setiap satu dan rendam
2 biji tomato, belah 2 setiap satu
1 keping asam gelugor
1 camca besar pes tomato
1 1/2 camca besar cili kisar (nak pedas sila tambah)
4 camca besar penuh rempah kari daging baba's (mingming guna faiza)
Air secukupnya
1 kiub pati ikan "maggi" (optional), *kalau buat kari ayam, letak pati ayam 
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus: 
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

Bahan tumis:
2 tangkai daun kari, dilurut
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. 
  2. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan pes tomato
  3. Tumis hingga garing, guna api kecil.
  4. Masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi.
  5. Kacau rata dan tumis hingga rempah garing dan terbit minyak. Kacau selalu.
  6. Masukkan ikan, gaul rata dan biar ikan kecut dengan rempah tadi.
  7. Masukkan kentang (toskan). Gaul. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.
  8. Masukkan kiub pati ikan/ayam jika guna. Tambah asam gelugor dan masak hingga kentang empuk.
  9. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  10. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  11. Masukkan tomato belah dan biar sekejap hingga tomato masak dengan wap panas.
  12. Boleh hidangkan bersama nasi, roti jala, lempeng atau pun roti.



mingming malas nak kisar pakai blender.... 
mingming rasa lagi senang tumbuk bahan kisar tu pakai lesung batu je....
ehem, comel tak lesung batu mingming? hehehe....



 en. miumiu belikan lesung batu yg comel tu sebab dia cakap lesung batu hitam tu berat mingming nak angkat.....





wahhhhh.....dah siapppppp.....very easy, kannnnnn! ringkas sesangattttt..... memang harussss dicuba ya, kawan-kawan! kalau ummi mingming masak kari, dia suka letak bendi...siapa yang makan bendi, boleh la letak....mingming dan en. miumiu tak makan bendi, so tak yah la letak...hehehe....tu je nak cerita....baiii....



No comments: