assalamualaikum, 2015!
sebelum kita tinggalkan 2014, mingming nak kongsikan di sini warna-warni 2014.....
bagi mingming secara peribadi, tahun 2014 adalah tahun muhasabah....
Januari
2014 membuka lembaran dengan membawa mingming terbang ke negeri di bawah bayu.
ini adalah kali kedua mingming menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu....
namun pengalaman kali ini adalah sangat berbeza ketika kali pertama mingming pergi pada 2013.
namun pengalaman kali ini adalah sangat berbeza ketika kali pertama mingming pergi pada 2013.
tahun lepas mingming ke Sabah sebab bercuti tetapi kali ini adalah atas urusan kerja....
mingming ke sana selama seminggu.
memandangkan takde opismate lain yg join trip mingming ni, en. miumiu pun follow la.
lagipun baki cuti tahunan en. miumiu banyak lagi....hihihi...
kali ini mingming sempat pergi tempat yang mingming tak sempat pergi dulu......
nanti mingming buat entri khas untuk trip ke sabah ni ye....
Mac
Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat malaysia, MH370...pesawat yang membawa seramai 239 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal itu telah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing...namun sehingga hari ini, bangkai pesawat dan jasad penumpang masih belum ditemui....
April
Mingming diterbangkan pula ke bandar Kuching atas urusan kerja....mula-mula cuak jugak nak naik kapal terbang.... maklumlah baru sebulan insiden MH370 tetapi tawakal je lah.....ketika di dalam kapal terbang, kami mengalami satu pengalaman yang agak panik yang tak pernah kami alami.... kalau nak tau cerita lebih lanjut, nanti mingming buat entri pasal trip ke kuching ni....seminggu mingming bermastautin di sini....kali ni mingming bawak ayah mingming pulak..saje bawak dia jalan-jalan...hihihi
Mei
Alhamdulillah, kami telah menerima kunci dari pemaju untuk rumah kami yang kedua ini....
masa dapat kunci hari tu takde tangkap gambar dari main entrance....
so mingming cilok la gambar ni dari pak gugel...
gambar ni mesti agen rumah upload kat mudah nak cari penyewa atau pembeli....
Jun
lepas dapat kunci, terus ambil ukuran rumah.....senang nanti nak buat bajet nak beli barang-barang rumah.....
aktiviti survey dan cari kontraktor ubahsuai rumah pun bermula lah.....
pusing-pusing jugak la mencari...alhamdulillah Allah temukan dengan kontraktor yang baik dan bagus hasil kerjanya...
Julai
Belum reda kesedihan MH370, dunia dikejutkan pula dengan berita pesawat Malaysia MH17 ditembak!
Pesawat ini telah digunakan dalam penerbangan selama 17 tahun di Malaysia.
17 Julai 2014, tarikh tragedi pesawat ini ditembak.
Mengapa lah mereka begitu kejam menembak insan yang tak berdosa?
Ogos
September
1 september 2014, Anchik (adik mingming) secara rasminya menjadi warga UUM...
jauh bak ang, changlun ni!
sebab ni kali pertama mingming ke UUM ni, maka harus lah tangkap gambar di pintu masuk...hihihi....
Alhamdulillah urusan pendaftaran Anchik berjalan lancar....
dah alang-alang mai utagha ni, kami singgah la rumah kak gayah di perlis...
rumah tepi bendang uolls!
dalam perjalanan balik ke KL, kami ternampak tempat jualan madu kelulut.
kami pun berhenti singgah dan beli sebotol madu kelulut ni.
comel kan pintu masuk dia? tak macam kat kedah pun naaa....
tempat ternak kelulut....
Oktober
bulan oktober secara rasminya kami berpindah masuk rumah....memang kitorang dah plan dari awal, kitorang akan betul-betul pindah masuk rumah lepas semua benda dah ready.....maksudnya bab wiring, bahagian dapur pun dah buat table top dan kitchen cabinet, almari dan katil dah beli dan dihantar.... alhamdulillah, pindah masuk barang senang jugak sebab masa duduk rumah sewa dulu tak beli apa-apa barang pun.... semua guna barang tuan rumah punya je....
kami beli tilam berasingan dengan katil....tilam dihantar seminggu lepas katil sampai...
ngam-ngam timing dia!
rumah kita kan syurga kita :)
Disember
penutup tirai 2014 sangat menginsafkan dan memberi banyak pengajaran kepada kita semua.....
air naik secara tiba-tiba sehingga menenggelamkan hampir semua tempat.....
tiada kata-kata dapat diluahkan untuk menggambarkan kesulitan yang dihadapi oleh mangsa banjir....
hanya gambar pengganti bicara..... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....
(sumber gambar: google)
(sumber gambar: google)
stadium
hospital
marilah kita bersama hulurkan tangan ringankan beban untuk mereka melalui kehidupan pasca banjir...
bayangkan kita berada di situasi mereka.....
ke mana kah hendak dituju apabila melihat rumah hanya tinggal tapak sahaja......
semoga Allah permudahkan segalanya......