dapur mingming - do it yourself: resepi ringkas tapi sedap

wahhhh......tak sangka, 5 hari lagi nak raya dah...kalau korang takde idea nak masak apa untuk juadah berbuka puasa yang lagi 5 hari ni atau dah malas2 nak masak, boleh lah kot nak cuba resepi ni. mingming kongsikan kat sini sebab ianya sangat ringkas dan rasanya pun sedap. hihi. puji masakan sendiri pulak. bukan mingming yang cakap sedap, ummi mingming yang cakap sedap.

hoi, nak masak apa ni sebenonye? menceceh aje dari tadi. 
ok, straight to the point ya! menu pertama-tama-tama-tama 
yang mingming masak 
untuk ketuk-ketuk ramadhan kali ini adalah....


UDANG MASAK CINCAI


bahan-bahannya:

udang (udang apa-apa pun boleh, takde hal)


sos tomato, sos tiram, sos cili ......tak kisah lah brand apa pun. pic from pokcik google.
(saje letak brand aminah hassan sebab masa kecik-kecik selalu guna aminah hassan ni.)


bawang besar ....pic oso from pokcik google



kekdahnya:

1) mula-mula, kite bersihkan udang......
sebab mingming ni terkial-kial dan terhegeh-hegeh nak bersihkan udang, maka encik miumiu secara sukarela mengambil alih tugas membersihkan udang. insiatif bijak ini telah diambil oleh laki kerana merasa kasihan melihat bininya yang sangat lembabs dalam menjalankan tugas ini. 

2) panaskan minyak kat kuali 

3) lepas minyak dah panas, masukkan udang dan goreng.....tak yah goreng lama sangat, goreng kejap je dalam 2-3 minit cenggitu

4) masukkan 3 sudu besar sos cili, 2 sudu besar sos tomato, 2 sudu besar sos tiram dan garam secukup rasa.....biarkan je sampai masak.

5) sebelum tutup api, masukkan bawang...sedia untuk dihidang :)


ringkas dan cepat! sangat sesuai untuk wanita bekerjaya dan femalas macam mingming. ummi cakap, sebab sedap lenkali boleh la buat lagi tapi tukar binatang dia aje - ayam ke, sotong ke.....oraitttt, no problemo!

esoknya, mingming cuba buat bihun goreng. tak yah resepi lah kan? semua orang pandai kot goreng bihun. mingming aje yang terhegeh-hegeh baru nak belajar masak. alaaaa...bihun goreng bodo aje ni. takde sayur, takde ayam, takde apa-bodo aje. bodo-bodo pun sedap tau. hahaha. woi, puji masakan sendiri lagi. tapi serius, rasa bihun ni macam mingming pernah makan kat kedai. so boleh la mingming bukak param bulan posa tahun depan! sedap kat tekak sendiri, belum tentu sedap kat tekak orang lain. hahaha. 

sebab nasi putih sahur pagi tadi pun ada lebih, encik miumiu goreng nasi. konon mingming nak mencabar diri la...lepas encik miumiu goreng nasi, mingming nak buat kan lah pataya untuk nasi goreng tu. kononnnn. hasilnya, dapat nasi goreng pataya halfmoon aje. hehehe. belum pandai lagi nak buat pataya. tak ape, boleh cuba lagi nanti...

oh ya, kepada kawan-kawan yang tak pandai masak macam mingming, masih belum terlewat untuk anda memulakan langkah pertama. takde lah susah bebenor nak masak ni. masa yang diambil pun tak ada lah lama sangat pun. masa yang diambil lg lama kot kalau nak pegi makan kat kedai sebab nak kena bersiap-start enjin kereta-bukak pagar-kunci pagar. dan lagi ambik masa lama kalau kite tatau nak makan kat mana. bertambah penat bila dah sampai tempat/kedai makan tu, tatau nak makan apa. terkebil-kebil belek menu tu dari depan ke belakang. hahaha. mingming la tu!

ok, kite jumpa lagi.
ketuk-ketuk ramadhan!
bai!

No comments: