bercuti di jepun kali pertama-part 3: Stesen Hakone-Yumoto


Selepas dah check out dari toyoko inn, kami meneruskan destinasi untuk ke Hakone yang terletak di daerah Ashigarashimo, Kanagawa. Hakone adalah kawasan yang termasuk dalam lingkungan Taman Negara Gunung Fuji, lebih kurang 100km dari Tokyo. Ada pelbagai pilihan pengangkutan untuk sampai ke Hakone:
pilihan 1-  menaiki bas sahaja
pilihan 2 - keretapi-transit naik kereta kabel-transit naik kapal
pilihan 3 - kereta persendirian.

Akak selaku ketua kontinjen mencadangkan kepada kami untuk menggunakan pilihan kedua untuk pergi ke Hakone. Jadi, kami parking kereta di Stesen Hakone-Yumoto. 




ok, jap lagi kite akan naik tren di Hakone-Yumoto Station



beli tiket dulu...


kami beli all-day pass. tiket ni boleh digunakan selama 2 hari iaitu pada tarikh tiket dibeli dan hari keesokannya. sebabnya nak pusing habis Hakone ni memang tak dan la 1 hari aje, kan. orang jepun ni tengok kami comey dan sweet,  dia pun baik hati bagi tiket ni sah sampai esok hari. best, kan? tak payah nak rushing sangat nak round Hakone ni.

ok, acah je. kalau hang tak comey pun, memang tiket ni valid dia 2 hari. hehehe. memang motif dia tak nak orang rushing, memang dia suruh relax-relax je makan angin.




romancecar


taaakkkk. kami tak naik romancecar sebab romancecar ni tak termasuk dalam all-day pass. kalau tak silap,  romancecar si keretapi laju ni nak menuju ke Shinjuku. kami naik keretapi yang kat bawah ni.




keretapi merah inilah yang akan bawa kami ke Gora.




memperkenalkan pemandu tren kita hari ini, yang sudah siap siaga untuk melepas. eh silap, berlepas. tapi memang muka dia macam orang nak melepas. kan? hahaha.


dari kiri ke kanan lurus: saya menantu gila kamera, pak mertua, akak, ibu mertuaku


sepanjang dalam keretapi ke Gora ni, ada la berhenti di beberapa stesen. adegan yang paling saya suka tengok ialah apabila staff di platform sangat mesra dan ringan tulang untuk membantu mak-mak atau bapak-bapak yang dok pegang stroller untuk bawak masuk dalam keretapi atau keluar keretapi. kalau tengok cara diorang tolong angkat tu, sangat bersungguh. tak dan nak snap gambar diorang sebab  penuh jugak orang dalam tren masa tu.


kite dah sampai kat Gora


lepas dah sampai Gora, kena tukar naik keretapi bukit yang dipanggil Hakone Tozan Cablecar. tiket kena simpan tau, jap lagi nak kena tunjuk masa nak naik keretapi bukit tu.

yeah! keretapi bukit dah sampai



to be continued......


nota kaki:  saat entri ini ditulis [walaupun cerita entri ni dah lama berkepuk kat kepala hotak], kerajaan Malaysia telah selamat membawa akak dan pelajar Malaysia yang lain pulang dari Jepun pada 22 Mac yang lalu akibat gempa bumi dan tsunami. Alhamdulillah.

No comments: