dunia baru


kesahnya, MNG cdgkan saya sambung belajar. MNG ckp, duit tengah ada ni, umur pulak masih boleh la dianggap muda, elok benor la kalau nak buat master. sebenornya saya malas nak sambing belajar. tp bila fikir2 balik, peluang bukan dtg selalu. umur pulak mana blh nak gostan. saya pun bukak la website ipta utk survey program2 yg ditawarkan. dan seterusnya membuat permohonan. oleh kerana saya ingin belajar secara part time, maka saya memilih lokasi yg berhampiran dgn rumah. juga berhampiran dgn opis. so nanti takde la rushing sgt kalau ada kena pergi kelas weekdays.

cek punya cek, alamak! saya ada seminggu lebih sikit je nak cari refree dan sediakan dokumen utk apply. alhamdulillah, lecturer saya masa diploma dulu sudi nak jd refree.  cari sorang lagi utk jd refree. MNG cadangkan kak huda (opismate). kak huda juga setuju. alhamdulillah, saya dpt hantar permohonan sehari sblm tarikh tutup. hantar by hand lagi! 

tak lama lps tu, saya dpt emel yg saya di senarai pendek oleh pihak uni utk buat master. tp kena attend interview dulu. utk program yg saya nk ambik ni, ada dlm 20 org je yg dipanggil interview. tak pasti bape org yg part time, bape yg full time. interview berjalan dgn lancar.giliran saya yang ke-5. takde apa sgt dia nk tanya, cuma dia nak tau komitmen kite nak datang kelas hujung2 minggu. kalau full time, saya tak pasti dia tanya apa. dalam 2-3 minggu macam tu la baru keluar keputusan temuduga. 

 antara calon yang sedang tunggu giliran.

alhamdulillah, saya berjaya dlm interview utk buat master yg saya pergi hari tu. peluang utk belajar dan peluang ada masa terluang bukan selalu kita miliki. Surat tawaran menyatakan tarikh daftar adalah pada 25 Feb. makanya selepas tarikh itu, wiken saya tak spt biasa lagi. waktu wiken saya bakal dipenuhi dgn aktiviti ke kelas dan pastinya timbunan assgmt menanti. huhu. sebelum apply nak smbg belajar dulu, memang byk kali dah tanya pada diri sendiri, adakah betul2 mampu dan bersedia nak menjadi pelajar semula? part time pulak tu! larat ke? 

MNG memang bagi sokongan 200% la dan sangat menggalakkan saya. bila saya tanya, kenapa dia tak nak sambung belajar tapi suruh saya yg sambung belajar? jawapan MNG: saya anak sulung. makanya, MNG ingin melihat saya mencapai tahap pendidikan tertinggi dan menjadi contoh kepada adik2 saya yg seramai 5 org itu. tambah MNG lagi, segala kerja rumah dia akan uruskan. (hmmm, bab keje rumah tu, macam laaaa tak biasa MNG buat, cikmingming oiiiii. hehe)

alhamdulillah, saya dan anak sepupu saya (kira kategori anak buah la kan?) telah selamat mendaftar di uitm pada 25hb hr tu. bezanya, saya sambung buat master dan zira buat degree. 25hb itu membawa saya kembali ke alam kampus selepas 5 tahun meninggalkannya. 


pagi tu masa sampai kat uitm, mcm tercangak2 la jugak kan cari dewan nak daftar. ye lah, masa saya buat degree kat sini dulu, bayang dewan agong ni pun belum nampak. dulu papehal, kat dewan Sri budiman kat menara tu je. sampai je kat dewan agong tu, dah ramai jugak la org masa tu. zira terus daftar kat asrama je, yg daftar utk master dgn phd je kat dewan.

masa kat kaunter 1, dia bagi goodies bag. meh kita cekidaut amende dlm beg ni. owh, ada roti vanilla gardenia, muffin, air mineral.
so kalau ada yg tak sempat bekpes tu, boleh la buat alas perut sementara tunggu giliran nak daftar. 
nak jadi macam budak darjah 1 letteww, nangis masa daftar! hehe. nangis laaaa sebab wiken dah tak leh nak bersantai2 dan jalan2 lagik, kan...

pendaftaran fakulti. 

cek dokumen sebelum nak ambik gambar utk kad matrik

siap pesan kat abg tu, nanti cakap 1,2,3 tau masa nak ambik gambar kite

gambar kad matrik siapppp! [kantoi! pakai teva je pergi daftar. ceittt]

saya saje la tepek gambar tengah buat kad matrik ni kat pesbuk. ramai kawan2 saya ckp macam budak lepas spm jeww. hahaha. macaaaammmmm jeww...tp hakekatnyaaaa.... uhuk..uhuk...tahun 2012 ni saya menginjak 29 tahun yawww.

lepas daftar kat dewan, saya terus pergi ke asrama tempat zra mendaftar. zra, saksikan lah muka-muka ceria yg menghantar zra mendaftar. semoga gambar2 ini akan menjadi penguat semangat untuk zra mencipta kejayaan di menara gading ini.
ceria dan teruja
cuba lihat kedua-dua gambar di atas. siapa yg daftar ni wei? org yg nak masuk daftar (bertudung merah jambu yg dibulatkan dlm gambar), tak alert kamera pun. orang lain pulak yg over.

dayang-dayang mengiringi puteri zra ke istana hinggap


pelajar PHD ekonomi rumahtangga (sepupu saya) juga turut hadir di sesi pendaftaran :)

lepas perut dah kenyang...lepas dah gelak2...maka sampailah masa untuk say pai pai dan ucapkan selamat belajo kpd zra....suasana mula hening dan sedih. maklumlah, zra tak pernah berjauhan dgn maknya. tambah pulak, sejak arwah ayah zra meninnggal dunia  hampir 12 tahun yg lalu, zra memang sangat rapat dgn maknya. 
hmm... x sempat nak snap gambar zra nangis laaa....ish, mahal tu!