antara rumah sewa dan rumah yang disewakan

alhamdulillah.....rumah mingming yang mingming ceritakan kat entri ini telah pun ada penyewa! kan hari tu mingming cerita yang mingming dan encik miumiu sejam menunggu orang tu. ada hikmah rupanya bila pompuan tu tak muncul. Allah nak temukan kami dengan penyewa yang lebih baik. penyewa kami merupakan seorang ustaz yang bakal berkahwin 10 syawal nanti dengan seorang doktor. semoga dapatlah mereka menjadikan rumah kami nanti sebagai syurga mereka.

ustaz itu datang seorang diri pada hari sabtu itu untuk melihat keadaan rumah kami dan terus bersetuju untuk menyewa rumah kami. alhamdulilah, urusan pemberian kunci dan tandatangan perjanjian telah dapat dibuat keesokan harinya. ini adalah kali pertama mingming menjadi tuan rumah dan kali pertama juga membuat urusan penyewaan rumah. masa bujang dulu pun tak pernah duduk rumah sewa sebab mingming dok hostel sampai degree. encik miumiu pun tak pernah duduk rumah sewa. untuk menyediakan perjanjian sewa rumah, mingming google dan terjumpa contoh perjanjian sewa rumah di sini. kalau korang pun first timer macam mingming, boleh la cekidauttt.



sejak dah duduk sendiri ni (maksud mingming dah tak duduk dengan mertua), mingming kemaruk beli barang rumah. barulah mingming tau perasaan orang duduk rumah sendiri. ni aje lah barang2 rumah yang sempat mingming snap punnn.....sbb ni beli masa lunch hour hari kerja.....pastu encik miumiu cakap, nanti beli barang dengan dia. sebab dia risau bini dia takde duit. hmmm lg satu, mesti dia boring bila tengah2 keje, mingming sibuk call tanya pendapat dia utk nak beli barang. kawan tu mesti boring bila kena buat pilihan tapi benda tak nampak depan mata. hihi. encik miumiu memang macam tu dari dulu. kalau nak beli majalah pun suruh beli tunggu dia. padahal majalah tu harganya tak lebih 10 hengget pun dan masa tu mingming memang ada duit pun. tapi dia tetapppp nak belikan guna duit dia dan pergi beli sama2. dah banyak kali mingming nak beli barang, then letak balik barang tu. petang kang, datang balik kedai tu beli dengan encik miumiu.

senduk, periuk dan apron ni mingming beli. periuk pink ni pun mingming beli


barang lain tak sempat nak snap. sebab beli dengan encik miumiu kompom hari sabtu/ahad. so bila dah beli tu, dari dalam kereta lagi gigil2 tangan ni nak pasang kat situ la, nak letak kat sini la....hihi. eksaited kemain... setiap minggu pergi kedai DIY atau daiso kat aeon AU2 tu. sekali pergi je zassss 100 hengget. minggu depan pegi lagi zassss 100 hengget. beli barang ntah pape je punnn....nampak barang comel sikit, terus masuk bakul. bila dah sampai cashier, baru nak terbeliak2 biji mata membayor. hihi.


tengokkkk.....cover ni pun mingming beli. ai is femalu nak sidai baju depan rumah, harussss lah ada cover. baru lah boleh sidai baju dengan comel dan penuh keyakinan. hahaha

tapi rumah yang mingming dan encik miumiu duduk ni pun bukan rumah kitorang. kitorang menyewa rumah makteh encik miumiu. ada rumah sendiri, pegi sewakan kat orang. diri sendiri pulak menyewa rumah orang.

ok,ok. relaks. meh mingming cerita, biar teghang...camni alkisahnya, rumah mingming dibeli pada tahun 2011 tapi urusan jual beli, tukar nama mengambil masa hampir 2 tahun prosesnya. sementara nak tunggu proses selelsai, sejak dari mula kawen la mingming duduk rumah mak mertua di Klang. hmmm, dekat 3 tahun jugak la. kesian jugak kat encik miumiu kena keluar rumah sewal pukul 5 lebih sebab nak kejar tren komuter pertama pukul 5.50 pagi. lepas naik komuter, encik miumiu akan naik putra lrt pulak, then naik bas. baru la boleh sampai opis encik miumiu. balik keje pun camtu laaaa...sebab kitorang ada 1 kereta aje.

awal tahun ni, makteh encik miumiu berpindah ke rumah baru beliau di damansara. encik miumiu pun saje lah usha dengan makteh & pakteh berkenaan rumah mereka itu. memandangkan lokasi rumah tersebut sangatlah berhampiran dengan tempat kerja encik miumiu, kami bercadang menyewa di situ. encik miumiu pergi kerja pun boleh jalan kaki je. dari rumah makteh ke ofis mingming pun tak jauh, 30 minit je naik kereta. nak main beskal lepas balik keje pun sempatttt.



pada mulanya, makteh sangat keberatan nak sewakan kepada kami. sebab banyak lagi barang mereka dalam rumah tu. maklumlah masuk rumah baru, barang baru lah kannnn. kami pun tak punya perabot, cuma bawak masuk baju dan beli mesin basuh je. so kami sewa rumah makteh macam fully furnish la!  ada sofa, meja makan, katil, bantal, peti sejuk. alhamdulillah, rezeki. ye la, kalau kira2 balik, banyak jugak ongkosnya kalau nak beli semua tu kannn....

kami ambik masa lama jugak la nak mengemas rumah makteh tu. ye lah, rumah orang nak pindah, confirm barang dalam rumah tu dah macam tongkang pecah. 2 tingkat pulak tu, memang tak larat nak kemas. sebab terlalu banyak barang. ye lah, korang bayangkan la barang yang ada bila duduk situ dekat 20 tahun. dengan buku sekolah anak2, barang mainan, baju (korang bayangkan la baju kawen makteh pun ada lagi tau), tupperware, macam-macam lagi la.

mingming dan encik miumiu ambik banyak masa nak kemas. dekat sebulan lebih jugak la mengemas. sebabnya balik keje dah penat, kemas mana yang mampu aje. hujung minggu pulak mingming ada kelas. elok je sesi mengemas2 setel (lepas 2 bulan duduk), encik saiful (peguam rumah kami di ukay perdana) telefon encik miumiu. dia cakap segala proses dah selesai.

lepas mingming dan encik miumiu berbincang, kami sepakat untuk terus menyewa rumah makteh dan rumah yang kami nantikan selama 2 tahun itu disewakan. memang ada orang cakap, sayang la rumah cantik bagi sewakan kat orang. tak mengapalah...mungkin ini dapat membantu pada orang yang betul2 sedang memerlukan atau mencari rumah.

hoi, dah panjang sangat ni. ok lah, bai!


mana nak dapat bos muka macam farid kamil?

jumaat lepas, mingming dan kawan-kawan department logistics buat gathering berbuka puasa. oh ya, sebelum tu, meh mingming ceritakan behind the scene majlis berbuka puasa ni. 

alkisahnya, yg booking dak hazree tapi yang collect duit dan memberi emel berkenaan butiran venue adalah yanti. menurut emel dari tukang emel, venue adalah di intekma. seawal 6.15 mingming dah terpacak kat tempat parking intekma. mingming malas nak masuk dulu, dah janji dgn aten nak masuk sama-sama. aten cakap dia lambat sikit sebab dia kena ambik adik dia. no problem, tennnn. kalau datang lambat atau parking jauh. sebab intekma menyediakan kereta comel yang akan membawa anda dari tempat parking ke tempat berbuka puasa dengan penuh gaya.


gambar pinjam dari fb intekma


nampak tak gambo kereta comel yg cik kak comel buat peace dalam gambar belah kanan tu...apa ek nama dia....kereta comel ni la yang akan bawak korang tu. bukan hantar je, malah dihantar juga ke kereta kalau tak larat jalan seba perut penuh makan banyak waktu berbuka.

aten sampai nak dekat 7.15, masa tu jugak banyak kereta nak parking. maka dengan cerianya kami naik kereta comel ni ke tempat berbuka. siap keek lagi. tengah kitorang bergembira nak ber-keek bagai walaupun bergegar, kitorang dikejutkan dengan henpon aten yang berbunyi. dalam keek ni, aten ada jawab call.



ghupanya tukang bagi emel dah tersalah emelkan venue. sepatutnya kat hotel uitm. maka berarak la kitorang ramai2 keluar dari tempat parking dan menuju ke hotel uitm. tengok jam, masa tu lagi 5 minit nak berbuka! coooo-baaaa-aaaannnn.

eh, lain benar cerita menyimpang dari tajuk! ok, kembali ke pangkal jalan. kalau dulu, mingming pernah cerita yang orang cakap bos mingming ada iras-iras farid kamil kat entri ni. hehe. ada lah sorang kawan kitorang ni, kitorang panggil dia wan. dia dah lama tak datang opis sebab nak resign. dia pun tak join iftar kitorang. mingming saje lah buat keek untuk tatapan dia yang nak resign tu. ye lah, mana nak dapat bos muka macam farid kamil lagi, kan? hahaha. cekidautttt.




tapi maafkanlah mingming dalam keek ini ye. sebab dalam keek ni kelihatan mingming ni very the mak jemah, kannnn. huhu


ashraf muslim kahwin lagi

sana sini semua orang kecoh bila ashraf kahwin lagi....hmmm, mungkin takkan kecoh sangat kalau dia tak kahwin sorok2 kat thailand, kan. mingming terbaca cerita ni masa baring2 atas katil, dah nak tido masa tu. sape entah yang link kan kat fb. 

bini: bang, ashraf muslim kawen lagi satu..kesian bini dia, tak tau laki dia dah kawen kat thailand


laki: tu la....abg pun ada dengar jugak budak pompuan kat opis abg cerita2 siang tadi


maka si bini pun cepat2 la bukak link-link lain yg berkaitan pasal si Serap ni dan tekun membacanya. 


laki: dah la tu , sayang...baca apa lg tu...tido la. esok nak bangun sahur


keesokan paginya ...sekitar jam 4.30 pagi, seperti biasa dan telah pun menjadi rutin, laki pun mengejutkan bininya untuk bangun sahur. setiap 5 minit dikejutkan bininya yg tido mati itu. namun bininya masih terus membuta.


sehingglah jam menunjukkan jam 5.15 pagi.


laki: sayang...bangun lah. dah 5 suku..


bini: sayang nak bangun ni tp mata sayang ni mcm susah nak bukak laaa...


si bini masih berdolak dalih utk bangun dan cuba memberikan alasan untuk malas bangun sahur. laki nya yang masih bersabar dan tanpa jemu cuba menegejutkan bini nya sekali lagi. memang ini lah rutin laki mengejutkan bini bangun sahur walau pun sudah lebih seminggu berpuasa. drama kejut sahur tetappppp ada setiap pagi. hihi


dipendekkan cerita, setelah usaha2 gigih yg laki lakukan, akhirnya bini bangun juga sambil mata terpisat-pisat.


bini: takmo makan la. nak minum air je. nantuk la


laki: makan lah sikit. abg dah buat roti bakar ni untuk ucuk


bini: roti bakar kosong aje...takde marjerin planta ke? [hoi demand pulak]


laki: gi ambik kat dalam peti ais


bini: ala, malas la nak jalan pegi dapur tu


laki: hmmm....malasnya...


sambil menggelengkan kepala, laki bingkas bangun untuk ambik marjerin planta kat dalam peti ais.


bini: eh, abg ambikkan? terima kasihhhh..hmmm...baik lah suami sayang ni!abangggg... jangan kahwin dua tau! jgn jadi mcm ashrap muslim tu.


laki senyum dan terus sambung minum nestum yg memang menjadi santapan bersahur setiap pagi.


laki: nape? 


bini: alaaaa..


laki: dah, cepat makan...kang, habis waktu.


bini sengihhhh aje sambil kunyah roti bakar letak planta. hmmmm....agak2 kenal tak sape watak laki bini dalam sketsa sahur ni? hikhikhik. 




 

ni lah dia laki bini seperti yg diceritakan di atas.....mingming dan encik miumiu. hih.

kepada encik miumiu, jangan serik kejut mingming bangun sahur ya! lebiyuuuu! 


ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkan aku suami yang baik ini. Kau panjangkanlah jodoh kami hingga ke akhir hayat. aminnnn



entri kali ni bukan nak cerita pasal ashraf muslim sebenonye. hehe. takde kena mengena pun dengan ashraf muslim :)


rumah untuk disewa ~ berkonsepkan rumahku syurgamu

rumah mingming dan encik miumiu di ukay perdana telah sedia untuk disewaaaaa.....yippieee...rumah kami ni apartment je... semoga dapatlah kami ditemukan dengan penyewa seperti penyewa sebelum ini yang dapat menjaga rumah kami bagai rumah sendiri. konsep 'rumahku syurgamu' gituuuu. kelasssss kan.....siap ada konsep lagiii. hihi. bukan apa, rumah ni bagi kami sangattttt cantik dan rasa saaaaayang sangat nak bagi sewa kat orang tapi apakan daya tiada rezeki kami nak duduk sendiri kat rumah ni.

nanti mingming kongsikan cerita dan pengalaman mingming beli rumah pertama mingming ni. kali ni, mingming kasi naik dulu gambar2 ye. cekidautttt...


kita mulakan gambar denganpintu masuk. 
pintu masuk terletak di belakang encik miumiu.





hall jugak...tapi tangkap gambar dari sudut yang berbeza


master bedroom


bilik kedua


bilik ketiga


kiri tu sliding door yg memisahkan wall dan dapur..
yg sebelah dapur tu, bilik ketiga


dapur yang lengkap dengan kabinet dapur


bilik air....
(lupa nak tangkap gambar kat bilik air kat master bedroom)



minggu lepas ada la pompuan call encik miumiu, ckp berminat nak sewa rumah. so set la masa untuk dia datang nak tengok rumah. dia pun setuju nak tengok rumah pukul 3 petang. tengok jam dah pukul 3.20, telefon+sms semua tak balas. so sementara tunggu dia datang, mingming sempat la isi masa ber-keek.


 



janji pukul 3 petang, alih-alih sampai pukul 4 petang tak muncul2. sah lah! kitorang dah kena tipu! hmmmm, pelik jugak kenapa la ada org mcm ni. kalau tak nak sewa atau tak boleh nak dtg, bgtau la kannn. menguji betul bulan2 posa ni. 

bukan main rempit lagi kitorg dari klang (rumah mak encik miumiu)-terus pergi beli barang kat jusco-hantar barang kat rumah (tmn permata)-solat. lepas solat terus zassss terpacak kat ukay perdana ni. alih2 batang hidung pun tak nampak. sebelum ni bukan main pandai jari menaip sms, terus diam membisu seribu bahasa. 

maka pulanglah mingming dan encik miumiu ke rumah dengan hampa. dek kerana kelam kelibut nak menepati janji pukul 3 tu, mingming terlupa nak keluarkan udang dari peti ais sebelum ke ukay perdana. cadangnya, nak masak udang utk lauk berbuka petang tu. balik rumah, baru teringat. hmmmm, kansel la nak masak udang. petang tu berbuka lauk telur masak kicap dan sayur aje. konon utk pertama kali mingming masak utk encik miumiu ni, nak buat la special sikit kannnn...tu yg plan nak masak udang bagai tu. ye la, sebelum ni asyik encik miumiu yg masak utk mingming. 

hmmm, baru je nak ngetest skill memasak mingming ni. mingming tak pandai masak. selama 3 tahun duduk dgn mertua, memang tak pernah mingming masak. kejenya makannnnn aje. pastu basuh pinggan. itu ajelah yg reti. 

seriussss, dah duduk rumah sendiri ni, dan equipment memasak semua comel2 mcm nak main masak2, rasa macam asyik nak tryyyy aje resepi. ghupanya tak susah pun nak masak ni. encik miumiu ckp try and error. practice makes perfect, kan!

nanti kite update cerita mingming main masak2 ye. baiiii.


update: rumah ini telah pun ada penyewa.

ptptn oh ptptn!

alhamdulillah....dengan rezeki yang Allah kurniakan, dapatlah mingming melangsaikan hutang ptptn sebelum menginjak usia mingming 30 tahun....sebelum ni gigih lah membayar bulan2....lepas kahwin, encik miumiu takeover tolong bayarkan....i lap u, encik miumiu! dan akhirnya mingming langsaikan terus!

ekceli tahun lepas lagi, plan nak setelkan terus...sebab baki pinjaman masa tu dalam 3 ribu lebih mcm tu la....tapi tahun lepas kan sibuk parti2 politik kempen untuk pilihanraya.....so kerajaan bagi 20% diskaun kalau langsaikan terus hutang piutang itu sebelum september 2013....yang PR pulak perjuangkan nak mansuhkan....saje je la tunggu lepas pilihanraya. kot la ptptn nanti tak yah bayar. hihi. so keputusan PRU13 pun semua orang dah tau. ptptn tidak dimansuhkan, maka kena la bayar. dah nama pun pinjam, kena la bayar. 

semalam mingming ambik half day sebab nak selesaikan hutang ptptn tu terus. so lepas ni tak payahlah encik miumiu nak kena bayarkan rm200 tiap2 bulan untuk pinjaman belajar bini dia ni. malam tu, dah cek siap2 baki pinjaman ada rm2500. duit pun mingming dah sedia rm2500, manalah tau tak dapat diskaun atau ada apa2 kos atau caj tambahan. 




pagi2 tu mingming dan encik miumiu naik bas+putra lrt ke KL Sentral. masa sampai kat PTPTN tu dalam pukul 8.45pagi. tak ada orang pun. polis bantuan kat situ macam kerek sikit. pagi2 lagi dah moody. kami ambil nombor dan apabila nombor dipanggil, kami ke kaunter yang berkenaan.

"encik, kalau saya nak bayar terus semua pinjaman saya macam mana?"

"sebelum ni pernah buat pembayaran ke?" tanya encik kaunter

"saya ni peminjam aktif, setiap bulan saya ada bayar" mingming cuba memaniskan muka.

"memanglah aktif tapi bayar tak ikut jadual" encik kaunter menunjukkan muka kerek macam kan lah mingming ni pinjam duit dia.

"saya ada bayar bulan2 kira ok lah tu" laju aje mingming jawab. geramnyaaaa. encik kaunter ni dah kenapa? mingming ni kira pelanggan ptptn, macam tu ke kekdah mesra pelanggan. macam nak gaduh dengan kite pulak. tak yah lah nak berdebat dengan orang yang menyerah diri datang nak langsaikan hutang. lain la kalau mingming ni datang sini macam nak carik gaduh, terpekik2 takmo bayar ke hapa ke. 

macam mana la mingming nak bayar ikut jadual. jadual pembayaran mingming bermula 6 bulan lepas habis diploma. memang la mingming tak dapat nak bayar ikut jadual korang tu sebab 6 bulan lepas mingming habis diploma, mingming sambung degree. tapi kira kategori baik la mingming ni tau. sebab gigih la jugak dok bayar bulan2 pinjaman ptptn ni masa degree dulu. so guna duit pinjaman masa degree bayar RM50 setiap bulan. kalau ikut jadual dia, mingming kena bayar dekat rm135 setiap bulan. 

masa mingming baru dapat kerja, mingming mula bayar rm100 setiap bulan. bila gaji dah naik sikit, mingming bayar rm150. lepas kahwin, encik miumiu bayarkan rm200 pulak setiap bulan. itupun dia tak hargai usaha kita yg cuba nak membayar setiap bulan. lagi dia nak sound konon kite bayar tak ikut jadual. tapi sebab hari masih pagi, mingming dan encik miumiu malas nak rosakkan mood sendiri. 


encik kaunter bagi borang persetujuan untuk selesaikan pinjaman. dia cakap lepas isi, terus pergi kaunter 10 tak payah ambik nombor. kitorang pun isi borang dan terus pergi kaunter 10. kat kaunter 10 tu, dia kira baki pinjaman dan maklumkan baki pinjaman lepas tolak 20%. encik kaunter 10 ni pulak suruh masuk kat bilik sebelah dia yang tak berpintu tu untuk buat pembayaran penuh sebab tak boleh buat kat kaunter dia. 

kitorang pun masuk la tetiba ada sorang mamat ni cakap, "cik duduk dulu, tunggu kat luar. nanti kita panggil"
ek elehhhhh...apa sistem ptptn pakai ni? sorang kata, boleh terus masuk. bila dah masuk, suruh tunggu luar pulak. kalau cakap baik2 boleh tak? macam kan kita ni nak mintak sedekah. hanginnnn hanginnnn....sabar je lah. 

lepas dah bayar, dapat resit, terus chowwwww. tak kuasa dah nak duduk lama2 kat situ. semua orang kat situ kepala hangin. kitorang terus naik putra pergi tabung haji kat ampang park. nak masuk duit kat tabung haji pulak. semoga hajat kami nak tunaikan haji di usia muda akan dimakbulkan Allah. Ameeennnn.... korang pun simpan lah duit kat tabung haji jugak, boleh pergi haji sama2 nanti :)




boring kan cerita tak ada gambo sangat....layan keek aje lah ye :)






kite bukan pinky girl laaaa

sebenonye...mingming tak pernah suka kale pink...tapi bila tengok balik, barang2 mingming banyak yg kale pink...mcm kan girlish sgt mingming ni...tapi bila ramai sangat kawan opis mingming tanya, hang suka kale pink ke?  baru lah mingming terperasan. ya lorrrr...banyak kale pink! opsssss...

antara koleksi pink yg mingming ada ialah...... (wahhhhh koleksi gitttuuuu)....tapi serius, semua ni di beli secara kebetulan oleh mingming yang bukan fanatik pink okehhhh...



baiklahhhhh...mari kite telek gambo satu per satu ....cekidautttt


 peplum labuh kale pink mix n match dengan skirt belang pink



beg yang selalu mingming heret pegi opis, pegi kelas...mingming selesa pakai beg mcm ni dari pakai henbeg yang mcm2 jenama tu. serius, mingming tak tau jenama beg-beg yg terkini. mingming tau pun bila  kawan2 opis berlumba2 apdet kat fb atau instagram bila berjaya dibelikan oleh suami mereka atau mereka beli sendiri...hak memasing la kannnnn....oh yesszzzaaaa, mingming memang pakai barang takde brand punnn :)



 puncher, stapler, pensil tekan2 tokyo disneyland



tetikus. kat opis pakai laptop, rasa tak best aje kalau tak ada dia.


 cermin muka nak cek kot la ada cili terlekat kat gigi. hihi



 tong sampah comel


mini broom+dustpan utk mingming sapu2 habuk keyboard 


ni workstation mingming kat opis. tengok tu, pen holder pun pinkkkk!



hmmm....baru teringat kahwin pun pakai kale pinkkkkk....hehehe. sebenonye mingming plan pakai baju kale purple...tapi 2 hari sebelum majlis, mingming pergilah butik mak andam tu nak ambik baju. tetiba bila nampak baju ni baru sampai dan mak andam tu sarungkan baju ni kat patung, terus mcm nak kale pink lahhhh. nasib baik mak andam ok, cik abang pun ok. dan lebih bernasib baik, mak andam tak ada extra charge!


jap, mingming cek lagi....ada lagi tak yg kale pink....oh ada! wallet mingming. eh, kalau dah wallet pun kale pink. tapi dah pudar dan kusam. maksudnyaaaaaa....mcm nak kena cari pengganti aje. tapi wallet ni elok lagi! mingming dah pakai wallet ni bertahun2 tauuuu....



percayakah anda wallet ini kepunyaan seorang wanita yg berusia 29 tahun nak masuk 30 tahun bulan 10 ni? 




 kadang2 mingming bawak beg ni jugak pergi kelas....brand fiffy lagiiii....hihihi. aik? pink jugakkkk



bersemangat nak masak bila pakai apron pink gambo kucing ni! bukan masak sangat punnnnn, setakat perangatkan lauk ajeeee. hihi



periuk pun pinkkkkkk? 


hehehe. 
bye!