ashraf muslim kahwin lagi

sana sini semua orang kecoh bila ashraf kahwin lagi....hmmm, mungkin takkan kecoh sangat kalau dia tak kahwin sorok2 kat thailand, kan. mingming terbaca cerita ni masa baring2 atas katil, dah nak tido masa tu. sape entah yang link kan kat fb. 

bini: bang, ashraf muslim kawen lagi satu..kesian bini dia, tak tau laki dia dah kawen kat thailand


laki: tu la....abg pun ada dengar jugak budak pompuan kat opis abg cerita2 siang tadi


maka si bini pun cepat2 la bukak link-link lain yg berkaitan pasal si Serap ni dan tekun membacanya. 


laki: dah la tu , sayang...baca apa lg tu...tido la. esok nak bangun sahur


keesokan paginya ...sekitar jam 4.30 pagi, seperti biasa dan telah pun menjadi rutin, laki pun mengejutkan bininya untuk bangun sahur. setiap 5 minit dikejutkan bininya yg tido mati itu. namun bininya masih terus membuta.


sehingglah jam menunjukkan jam 5.15 pagi.


laki: sayang...bangun lah. dah 5 suku..


bini: sayang nak bangun ni tp mata sayang ni mcm susah nak bukak laaa...


si bini masih berdolak dalih utk bangun dan cuba memberikan alasan untuk malas bangun sahur. laki nya yang masih bersabar dan tanpa jemu cuba menegejutkan bini nya sekali lagi. memang ini lah rutin laki mengejutkan bini bangun sahur walau pun sudah lebih seminggu berpuasa. drama kejut sahur tetappppp ada setiap pagi. hihi


dipendekkan cerita, setelah usaha2 gigih yg laki lakukan, akhirnya bini bangun juga sambil mata terpisat-pisat.


bini: takmo makan la. nak minum air je. nantuk la


laki: makan lah sikit. abg dah buat roti bakar ni untuk ucuk


bini: roti bakar kosong aje...takde marjerin planta ke? [hoi demand pulak]


laki: gi ambik kat dalam peti ais


bini: ala, malas la nak jalan pegi dapur tu


laki: hmmm....malasnya...


sambil menggelengkan kepala, laki bingkas bangun untuk ambik marjerin planta kat dalam peti ais.


bini: eh, abg ambikkan? terima kasihhhh..hmmm...baik lah suami sayang ni!abangggg... jangan kahwin dua tau! jgn jadi mcm ashrap muslim tu.


laki senyum dan terus sambung minum nestum yg memang menjadi santapan bersahur setiap pagi.


laki: nape? 


bini: alaaaa..


laki: dah, cepat makan...kang, habis waktu.


bini sengihhhh aje sambil kunyah roti bakar letak planta. hmmmm....agak2 kenal tak sape watak laki bini dalam sketsa sahur ni? hikhikhik. 




 

ni lah dia laki bini seperti yg diceritakan di atas.....mingming dan encik miumiu. hih.

kepada encik miumiu, jangan serik kejut mingming bangun sahur ya! lebiyuuuu! 


ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkan aku suami yang baik ini. Kau panjangkanlah jodoh kami hingga ke akhir hayat. aminnnn



entri kali ni bukan nak cerita pasal ashraf muslim sebenonye. hehe. takde kena mengena pun dengan ashraf muslim :)


No comments: