dapur mingming: resepi bila mak mertua nak terjah

hai...bertemu kita sekali lagi dalam rancangannnnn.......
DAPUR MINGMING - Do It Yourself!

hari ni mingming nak kongsikan resepi ringkas tapi sedap (RTS) dan seperti biasa mingming bersiaran dari lokasi yang sama.....mana lagi kalau bukan di dapur mingming laaaa....hahaha...verangan sangat nak jadi host tv.....takpe la, kasi can la kennnnn....

mingming pun dah tak ingat menu-menu ni masa iftar syawal hari ke berapa.....dah tak ikut urutan hari dah....belasah aje lah....ok, resepi yang mingming nak habaq kat hangpa ni boleh juga jadi penyelamat kalau-kalau tetiba mak merrrrtua nak datang terjah rumah hangpa ka....nak spotcek menantu dia pandai ke masak-memasak ni......orang kata apa, nak rasa air tangan gitu....selalu orang cakap majlis sambut menantu kan.....ni kira sambut mertua laaaa...

sebagai newbie dalam masak-memasak ni, mingming sangat faham camne gelabah dia kalau tetiba ada tetamu datang rumah kite kannn.....mesti terpikir, nak hidang apa ni? kite sebagai tuan rumah selalunya akan cuba memberi layanan terbaik untuk meraikan tetamu... kalau korang tatau nak hidang lauk apa...atau kesuntukan masa sebab tetiba mak mertua nak test skill korang memasak, memang sesuai sangat la kalau nak mencuba....so resepi yang akan mingming kongsikan di slot DAPUR MINGMING - DIY ini semuanya bertemakan, RTS.... ok, tamau cakap banyak lagi....... let's cekidaut!




mingming saje potong ayam tu kecik-kecik, konon macam senang nak makan.....tapi nampak macam cekodok pisang pulak.....ok lah, next time mingming potong besar sikit la....baru la berseri sesuai dengan nama menu ini iaitu......




  AYAM GORENG BEREMPAH
Dari resepi Ayam Rangup Seri Ayu
sumber: majalah rasa


Waktu memasak: 20 minit      
Saiz hidangan: 4 orang

Bahan-bahan:
·         4 ketul ayam
·         1 sudu makan cili giling
·         1 sudu makan bawang merah
·         1 sudu teh jintan 
·         1 sudu teh kunyit
·         250ml minyak masak
·         Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Perapkan ayam bersama cili giling, bawang merah, jintan dan juga serbuk kunyit selama 20 minit.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga kekuningan.
3. Hidang ayam bersama nasi putih atau dimakan begitu saja.


Barulah mingming tau jintan tu untuk apa.....jintan dapat menambahkan rasa rempah dan enak pada ayam goreng.....ayam goreng rempah ni ratah macam tu aje pun dah sedap....silap-silap tak sempat nak hidang dengan nasi putih, dah selesaiiii masuk dalam perut.... lagi satu, fatin (kawan mingming) cakap kalau nak wangi letak daun kari.... 

Kalau korang tak nak hidang nasi dan lauk, mungkin mak merrrtua nak datang minum-minum petang macam tu.....lebih santai katanya....hehe...jangan risau.....




meh mingming bagi idea nak masak apa....




sebab takde taugeh...sawi pun takdak....mingming letak sayur lobak aje.... daging atau ayam pun tak sempat nak defrost...sebelum pergi kerja pagi tu mingming lupa nak letak kat peti ais belah bawah....bila balik kerja petang tu baru teringat....tak sompek lorrr nak letak dalam mee untuk berbuka...hihi....letak kek ikan dengan bebola ikan je pun jadik laaaaa.....



MEE GORENG MAMAK 
sumber: Chef Hanieliza                 


Bahan-Bahan:
mee kuning
100 gm daging ~ hiris nipis
1 peket kek ikan ~ hiris nipis
1 peket bebola ikan ~ hiris nipis
1 cawan kerang - kak ita tambah
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi
3 sudu makan cili kisar ~ boleh tambah sekiranyer mahu lebih pedas
1 sudu makan rempah kari
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu besar sos tiram - kak ita tambah
2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar ~ cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau ~ hiris nipis
1 kiub ikan bilis - kak ita tambah
2 sudu besar udang kering - kak ita tambah (kisar)
2 ulas bawang putih - kak ita tambah (kisar)
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar , bahan kisar, kiub ikan bilis dan rempah kari. Biarkan garing dan harum.
  2. Masukkan daging dan kacau rata.
  3. Masukkan kek ikan dan bebola ikan. ita masukkan sekali kerang. Masak dan biarkan sebentar.
  4. Masukkan kicap, sos tiram dan maggi. Kacau rata.
  5. Ketepikan mee dan pecahkan telur ditengah2 kuali. Biarkan telur masak sedikit barulah dikacau dan digaul rata.
  6. Masukkan sawi dan taugeh. kacau rata. Rasakan garam dan gulanyer.
  7. Biarkan mee sedikit kering.
  8. Siap untuk hidangan.



hari tu kat entri ini  mingming membuat anggapan, mingming aje yang tak reti nak masak bihun goreng....tapi disebabkan ada jugak yang search resepi bihun goreng, meh la mingming habaq mai kat hangpa naaa....hmmm, ditegaskan di sini bukanlah mingming 'create' the resepi occaayyyy tapi mingming just nak share aje...kalau bukan untuk rujukan orang lain pun, untuk rujukan mingming aje...

bagus jugak mingming arkibkan resepi kat blog ni.....kalau masak kat rumah sendiri, boleh lah bukak fail resepi....dah tak main dah buku-buku ni, terus failkan aje mengikut index...senang nak selak cari resepi... hehe.....tapi kalau tetiba kena tolong masak bukan kat rumah sendiri, celah mana pulak mingming nak selak resepi kannnn? boleh la mingming bukak blog ni kat fon ni haaa...boleh la cover line di waktu-waktu kecederaan...hihi.

so, kalau mak marrrrtua takmo makan mee goreng mamak....

mungkin dia lebih suka bihun....

goreng bihun jom!




BIHUN GORENG ISTIMEWA
sumber: majalah rasa


Waktu memasak: 20 minit      
Saiz hidangan: 2 orang


Bahan-Bahan:
·         150gm mihun - direndam sebentar dan ditos
·         3 biji bawang merah - dihiris
·         2 ulas bawang putih - dihiris
·         20gm sawi
·         20gm taugeh
·         20gm lobak merah - dihiris
·         1 biji telur
·         ½ sudu makan cili giling
·         ½ sudu makan sos cili
·         ½ sudu makan sos tomato
·         ½ sudu makan kicap manis
·         Garam dan gula secukup rasa
·         Minyak untuk menumis


Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan telur, cili giling, sos cili dan sos tomato. Kacau rata sehingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan sedikit air dan mihun. Gaul sebati.
4. Setelah itu, masukkan sayur-sayuran. Kaup balikkan.
5. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan kicap manis. Seimbangkan rasanya dan kaup balikkan. Masak sehingga mihun menjadi lembut. Angkat dan sedia dihidangkan.




kem salam mak merrrtua korang ye! dah 3 tahun kahwin, mingming pun belum pernah masakkan lagi untuk mak mertua mingming.... hihi.... oklah, nak cekidaut apa makanan feberet mak mertua mingming....

jumpa lagi di DAPUR MINGMING - DIY! 
bai bai!

No comments: