rumahku syurgaku


lebih kurang 2-3 bulan lepas, saya dapat SMS dari MNG.

"kalau abg nk tanya sket boleh?"

"tanya la....apa dia?" (MNG mmg begitu setiap benda yg dia nk tanya mesti dia ada intro mcm tu, bikin saspen aje SMS dia. bukan mcm saya, terus tanya direct aje)

"thn dpn syg rasa syg still keje kat bangi atau ada plan nk tukar keje?"

"ntah la...nape ek?"


"tak de apa. saje tanya sbb abg ada plan2 nk beli rumah area shah alam. tp kalau boleh abg nak beli rumah dkt dgn tmpt keje syg supaya senang syg nk gi keje"

"ooooo...syg rs ok kot kalau abg nk beli kat area shah alam tu. rugi pulak kalau abg beli kat bangi sbb dh confirm hujung thn dpn opis kitorg pindah kat shah alam. tp kalau kite dok kat shah alam, jauh pulak abg nk gi keje"

"tak pe...abg dh biasa. 3 tahun ulang alik klang-hulu klang naik tren. asalkan syg senang nk gi keje"

maka bermulalah misi mencari rumah oleh MNG dan ayahandanya sebagai penasihat. ye lah, pandangan orang2 tua pun perlu diambil kira. saya dan MNG lebih berminat dgn rumah yg telah siap dan sedia utk diduduki. lepas balik dr buat survey tu, MNG akan melaporkan hasil kajiannya pada saya.

ayahanda MNG mmg sgt teruja setiap kali mengikut MNG survey2 nk beli rumah. mungkin dia sudah dpt hidu yg anak bongsunya itu akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lg. menurut ayahanda MNG, dah ada rumah baru blh kahwin. bukan kpd MNG sahaja tapi kepada abg2nya yg lain juga, ayahandanya berpesan begitu. kalau duit belum cukup untuk punya rumah, jgn gatai2 sebut2 pasal makwe pd mereka, apa lagi nk sebut pasal nk kawen.

sbb tu MNG tak berani lg nk perkenalkan saya kpd ayahbondanya. abglong MNG juga dulu begitu. bila dh ready semuanya, barulah dinyatakan hasratnya untuk berkahwin dgn gadis pilihan hatinya. saya juga belum punya kekuatan untuk berjumpa mereka. sbb saya tak pandai masak, juga bukanlah saya ini seorang gadis yg penuh kesopanan dan kesusilaan. ummi saya cukup risau yg saya masih lg belum pandai masak.

"nmpk sgt tgn tu kekok. camne lah nk gi rumah mak mertua ni" - itu lah ayat yg selalu ummi bebelkan pd saya setiap kali saya terkial2 membantu ummi membuat persiapan memasak di dapur. saya? hanya sengih2 kerang aje bila ummi ckp begitu.

namun, bonda MNG tidak menggalakkan sgt MNG membeli rumah.

bonda MNG : buat apa lah nk cari2 rumah lain. duduk je lah sini. tak ada sape nk duduk punnn, semua dh ada rumah.
MNG : bukan tak nk duduk sini tp bila nk beli kat mak, mak tak nak.
bonda MNG : buat apa lah nk bayar2. duduk je lah
MNG : takkan nk duduk free....kena la bayar kat mak, ni kan rumah mak.
bonda MNG : tak yah bazir2 duit. mak ni dh tua, nak bwk kemana pun duit byk2 tu.

MNG tidak punya masalah untuk terus tinggal di rumah ayahbondanya lepas kahwin tapi MNG berasa segan dan agak keberatan menerima seandainya rumah itu diberi secara percuma kepadanya. kalau bondanya bersetuju menjualkan rumah tersebut kepadanya, MNG mmg sgt2 mahu.

ada beberapa rumah yg sgt2 kami berkenan dan paling penting berkenan dgn poket MNG. namun, tiada rezeki kami untuk memilikinya kerana jawapan yg kami terima bila cuba menghubungi nombor pengiklan kebanyakannya rumah tersebut sgt2 baru dijual kepada org lain.

insya Allah ada rezeki di tmpt lain. bukan tiada rumah yg sepadan dgn poket MNG tapi persekitaran rumah tersebut seakan tidak sesuai untuk pembesaran anak2. ahaks. sudah fikir anak2 ya? hmmm....mesti lah kena fikir jugak lokasi yg strategik. rumah bukan murah2 zaman sekarang ni. adakalanya harganya seakan tidak amsuk akal dgn keluasan rumah tersebut. jd, kite kena la buat pilihan yg terbaik sbb rumah adalah antara aset yg sukar untuk dijual.

hmm...kalau ummi baca ni, mesti dia faham kenapa anak sulungnya ini masih belum berkahwin dgn anak bongsu Puan N. saya dan MNG bukan sahaja cuba membuat persediaan kewangan untuk hari bahagia kami nanti malah hari2 seterusnya yg akan kami lalui selepas lafaz azimat itu. pastinya hari2 seterusnya kami mahu jua terus bahagia. mungkin kredit harus diberikan lebih kpd MNG kerana ternyata dia lebih bekerja keras meng-cap duit berbanding saya yg terlalu cepat tergoda dgn perkataan SALE.

kata ummi kpd saya : ada duit sikit, beli baju la....beli beg laaa. camne la duit kawen nk cukup?

sejurus itu, saya akan diburu rs bersalah dan insaf kerana menyedekahkan duit saya kpd mall itu walau duit shopping itu bukan dr tabung kawen. tapi kata2 dr MNG di bawah membuatkan rs bersalah dan insaf itu hilang dlm diri saya.

kata MNG : tak pe...shopping lah. sebelum kawen ni la nk merasa shopping sakan. kalau dh kawen, confirm byk habis kat anak je nanti.

hehehe.

ok, sambung cerita bab rumah td. betul ke byk cacat celanya jika menantu perempuan dan mertuanya tinggal bersama? mungkin lebih baik tinggal berasingan? ohhh, jwpn kamu tidak akan mempengaruhi niat saya untuk tinggal dgn mertua atau sebaliknya. saya sekadar ingin bertukar pendapat dan mungkin jua pengalaman kamu.

biarlah rahsia

sebenarnya saya suka membaca blog perkahwinan di internet.
bukan apa, saya suka berkongsi detik manis mereka membuat persiapan dan adakalnya pengalaman mereka boleh saya jadikan panduan untuk saya apabila tiba masanya nanti. temanrapat dan keluarga terdekat terutama ummi saya sudah berulang kali bertanyakan soalan yg sama kepada saya. pastinya kamu sudah tahu soalan apa yg ditanya.

"bila lagi?"
jawapan saya : alaaa...adik sekolah baru darjah 3. tunggu adik besar sikit, lah.

"hei, korang ni dh lama kawan. bila nak kawen?"
jawapan saya : tak cukup duit lagi lah....

"hmmm...mesti nak buat grand2 ni. tu yg kumpul duit byk2,kan..."
jawapan saya : grand mananye...tak de grand punnn. at least kena standby 20k gak, kannnnn. takkan nak guna duit mak bapak.

"bila nak merasa nasi minyak korang ni?"
jawapan saya : kalau setakat nk merasa nasi minyak kitorg, sekarang jugak kitorg blh masakkan :)

adakalanya saya membalas dengan usikan kepada empunya badan yg bertanya. tu tak masuk lg soalan2 cepucemas darp bekas2 pensyarah universiti kami (kami menuntut di IPT yg sama).

umur saya dan si dia adalah sebaya. (si dia saya namakan di sni sebagai MNG~Mr Nice Guy). jd, kami masing2 mengambil sedikit masa untuk mengumpul duit sendiri bagi merealisasikan hari bahagia kami. kami tidak mahu mengharapkan tajaan atau pinjaman untuk tujuan ini.

ummi saya kata, buat simple aje. tak perlu grand2. oh ummi, simple macam mana yg ummi maksudkan itu? adakah sekadar menjamu tetamu dgn kueh mueh sahaja?

saya : ummi suruh kite cpt2 kawen
MNG : tunggu la dulu, duit abg tak cukup lagi
saya : ummi suruh kite buat simple aje
MNG : ala, ummi ckp je tu. sayang kan anak sulung, takkan dia nak simple aje.
selalunya anak sulung la meriah sikit sbb pertama kali buat majlis.
saya : tu la psl, sayang pun x pandai masak lg. tak pe ke, kalau sayang tak pandai masak?
MNG: tak pe, boleh belajar. nanti kite belajar masak sama2. sayang jgn risau, abg bwk family abg masuk meminang bila duit abg dh cukup nanti.

itu perbualan kami beberapa bulan lepas. saya mcm tak berminat sgt nk bukak topik kawen ni dgn MNG. bukan apa, saya tak mahu seakan memberi tekanan kpd MNG sedangkan saya sendiri maklum dan faham yg MNG sedang mencuba yg terbaik menabung utk kami.

cuma tahun ni ummi seakan kerap follow up bila anak sulung dia yg gedikmanjahangin ni nk kawen. kami cuba pelajari dari majlis2 perkahwinan kawan-kawan dan sanak saudara yg terdahulu. ye lah, majlis mcm ni sekali seumur hidup. kalau boleh, saya mahu semua org turut bahagia di hari bahagia saya. tidak mahu ada yg bersungut2 di belakang atau memuncungkan mulutnya.

walaupun hubungan saya dan MNG hampir mencecah 8 tahun, namun keluarga MNG tidak pernah mengenali siapakah gadis yg bertakhta di hati anak bongsunya itu. dari awal lagi saya telah memperkenalkan MNG kepada keluarga saya kerana apabila kami ingin keluar bersama, MNG akan menjemput saya di kawan perumahan saya.

oh, pastinya kamu terbayangkan yg MNG menjemput saya dengan kereta. tidak. MNG akan datang menjemput saya dengan bas awam. ketika itu, kami seorang pelajar. tidak punya sebarang kenderaan. jarak dr rumah MNG dan rumah saya adalah lebih kurang 1 jam perjalanan ikut lebuhraya. kalau naik pengangkutan awam, pastinya masa perjalanan menjadi 2 jam.

bertahun2 kami keluar dating naik pengangkutan awam sahaja. bas, LRT,putra menjadi saksi cinta kami. malah sehingga kini pun (walau kini saya sudah punya kereta - masih loan dgn bank) kami gembira dan lebih selesa keluar dating naik pengangkutan awam. kami tidak perlu memikirkan tentang bayaran tempat letak kereta, minyak yg mahal dan kami tidak perlu mengharung kesesakan jalanraya. makanya setiap kali kami keluar bersama, MNG akan menghantar saya pulang ke rumah sebelum lewat petang. (sbb bila dah malam ni, bas mcm susah sikit nak dapat).

tp perbualan saya dgn MNG baru2 ini membuatkan saya mewujudkan blog ini.

MNG : sayang, duit abg dh ada 2x,xxx. insyaAllah, lps abg balik france nanti syg ready la
saya : abg gi france seminggu kan?
MNG : yup, 11hb abg touch down.
saya : sayang nk ready apa? hmmm, mcm takut la pulak
MNG : takut? hehehe kata nak kawen? ala, sayang tak yah ready apa2. duduk
diam2 je. nanti family abg dtg bwk cincin
saya : (terdiam. membisu.)
MNG : kenapa diam je ni?
saya : tp duit syg tak cukup lg
MNG : tak payah. duit syg tu syg simpan je utk emergency. abg dh simpan duit cover utk majlis kat rumah sayang dgn kat majlis rumah abg. utk honeymoon pun abg dh asingkan duit.
saya : kite tunang lama tak?
MNG : kite tunang dlm 6 bulan, pastu kite kawen la.
saya : ????? (langsung tak terkata kerana seakan tak percaya masanya telah hampir)

sempat ke ni? saya selalu baca blog bakal2 pengantin ni, diorg awal2 lagi dh plan. betul ke saya nk jd isteri org dlm kurang setahun aje lg? sbb tu la saya wujudkan blog ni. selain dr sebagai checklist, ini juga sebagai catatan kenangan saya.

lgpun, kami mahu merahsiakan dulu niat MNG yg tulus suci itu. lgpun, baru nak merisik+bertunang. saya lebih selesa tulis di blog ini berbanding blog saya kat sinun. dlm hati yg teruja, kadangkala hati kecil saya juga gusar. sbb saya belum pernah sekali pun bersua muka dengan keluarga MNG. bimbang penerimaan keluarga MNG terhadap saya.

maka, biarlah rahsia dulu ye....

hai, boleh berkenalan

Salam buat semua

"hai, nama saya rain" <-- dengan nada suara seperti dalam sebuah iklan di televisyen :)

hehehe...camne nak kenalkan diri eh? (hmmm, poyo sungguh kurasakan diriku ini...)

mungkin boleh begini,
"hai, boleh berkenalan? buekkkk (gaya menjelir lidah)" <-- dgn lagak watak Faizal Husein seperti dalam filem lama, gila-gila remaja. hahaha...

hmmm, mungkin cukuplah sekadar saya mahu dikenali sebagai mingming di sini. sebolehnya saya tidak mahu ahli keluarga atau teman rapat terhidu kewujudan blog ini.

saya wujudkan blog ni sbb kat blog ni boleh nk syok sendiri, nak jiwang2 ker... sbbnye nama blog ni pun tentang diri saya.

hmmm...rasanya sampai kat sini dulu lah ye.

nanti saya sambung lg. apa daaa cerita mcm tergantung...cakap je la, dh nk dkt 5.30. dh nk dkt time balik keje. hihihi


mencari baju raya @ jln tar


sudah lama mingming tak menjejakkan kaki ke jln tar ketika ramadhan. tp smlm mmg pecah rekod lah. MNG pun heran dgn mingming sbb selama 7 thn sblm ni, tak pernah sekali pun mingming ajak MNG shopping kat jln tar ms bulan2 posa. tp smlm pagi2 lg ms kedai baru nk bukak, mingming dan MNG dh sampai kat jln tar. senang sikit shopping ms org baru bgn tido belum ramai dtg.

mingming pun start la survey2 baju yg sesuai. mingming tanya MNG, kot2 dia ada apa2 yg hendak dibeli.

"tak de. it's ur day, sayang. ckp je nk g mana, nk bli apa, i folo..." kata MNG.

bila dh jumpa baju yg berkenan di hati, saiz pulak takde. hmmmm, tak byk baju yg menyediakan saiz SS. mingming tgk kebanyakan baju semua yg kain jarang. maksudnya yg kena pakai dgn inner or tube tu. lg satu fesyen, yg lengan kembung tu. mingming mmg tak berkenan la dgn kedua2 fesyen ni. kalau baju yg kena pakai dgn inner or tube tu, ok gak sebenarnya nk pakai tp kalau nk pakai ms nk gi beraya, mingming tak minat.entah. citarasa lain-lain.

survey punya survey mencari baju, tak sedar dh 2 jam berlalu. org pun dh mula membanjiri jln tar. ada yg bawak baby, bwk nenek utk shopping sekali. mingming mcm dh pening tgk baju2 dan org yg semakin berasak2. mingming ajak MNG cari kerusi dulu utk duduk sbb mingming dah penat. kitorg pun lepak la kat bangku dpn kamdar.

"semua tempat penuh. crowded la. tak syok la nk pilih2 baju mcm ni. dah la saiz takde"

"takpe, kite rehat dulu. nanti bila mingming dh hilang penat, kite sambung cari lg."

"eh, tgk kedai sebelah bata tu, kosongggg je kan. jom kite try masuk kedai tu"

"kedai mana? euro moda tu ke?"

"bukan. yg sebelah kanan bata tu"

"tu kfc laaaa....puasa ke tak ni?"

"hehehe puasa laaaa...saje je" mingming sengih2 kerang.

"mingming nakal ye. lps ni kite try gi tgk baju kat First Lady nak tak?" MNG memberi idea.

lps mingming dh hilang penat, kitorg pun bgn dan terus ke FL. ramai gak org kat FL. mingming pun mcm dh hilang mood nk pilih2 baju sbb tgk saiz mingming tak byk yg ada. shopping dlm keadaan tak blh mkn dan minum mmg sgt mencabar. tambahan pulak dgn org yg berpusu2 memenuhi setiap inci ruang untuk turut mencari sepersalinan (atau lebih) busana aidilfitri. (helo mingming, nabi Muhammad dulu gi perang ms bulan posa tauuuu. hang ni baru setakat gi jln tar).

ok, kite sambung cerita. MNG terlihat brochure berkenaan kompas yg dikatakan turut dijual di kedai ini. Kata salesgirl, kompas dijual di bahagian atas. mingming yg sudah seakan frust utk memilih baju, mengikut MNG naik ke ruangan atas. Di bahagian atas, terjual pakaian kanak2 dan barang2 muslim spt kompas, sejadah, etc.

Mingming tertarik dgn beberapa baju bila mingming tengok baju yg patung kanak2 tu pakai.

"cik, baju yg patung tu pakai kat belah mana?" tanya mingming kpd cik salesgirl.

"ooo itu baju kanak2...kat belah sini" kata cik salesgirl dan menunjukkan tempat baju tersebut.

"mingming tak nak try ke? saiz baju ni mcm muat je dgn mingming" MNG menunjukkan sehelai kurung moden kanak-kanak kpd mingming.

"tp ni baju budak2. blh ke nk try?" mingming seakan gusar, seakan tak percaya mingming adalah bersaiz kanak2. hahaha. sbnrnye ini bknlah kali pertama mingming beli baju bersaiz kanak2 cuma mingming mcm tak percaya yg mingming masih bersaiz kanak2. ms mingming nk konvo dulu pun, beli baju kurung pahang saiz kanak2 gak sbb tak de saiz. baju t-shirt saiz kanak2 punnnn mingming pernah beli sebelum ni. tapi itu dulu. tak sangka lps bertahun konvo pun, masih tak membesar. org kata, maintain youuuu.

mingming pun bwk la gi fitting room. kanak2 lain semua beratur sambil ditemani bonda mereka. malu pulak nk beratur sekali dgn budak2 ni. mingming dan MNG buat selambe je lahhh.

lps fitting 2 helai baju, mingming terus buat keputusan utk beli kedua-dua baju tersebut. ok, selesai sudah misi mencari baju raya 2009.

mingming senang hati sbb tak payah berasak2 di tmpt org dewasa. di tempat kanak2 agak lengang dan mingming boleh memilih dgn aman. lg pula, dgn membeli baju saiz kanak2, mingming dpt beli 2 helai baju dgn harga sepasang baju dewasa. yeay!!!

taraaaa....inilah dia baju kurung moden yg mingming beli. haaaa, siap lining lagi dua-dua baju ni. tp tunjuk sikit je lah ye, simpan untuk hari raya nanti. tgk tag kat baju2 tu pun terang2 tulis First Girl. hahaha. belum blh naik pangkat jd first lady laaa.hihi. first girl pun first girl lahhhh.




dua-dua biru, dua-dua baru.hehe.




mingming dan MNG keluar dr FL dgn senyuman sambil menjinjit beg plastik hitam ni. lps tu, mingming ajak MNG cpt2 tglkan jln tar kerana hari sudah semakin terik dan umat manusia pula semakin ramai. oooo mingming tak sanggup nk berasak2 lg.

dlm perjalanan pulang ke rumah, kami singgah di ampang park. saje jalan2 cuci mata. kot2 ada tudung yg boleh disuaipadan dgn baju baru mingming ni. ada satu booth kat situ yg menjual baju yg design dia sama sebijik mcm yg mingming beli (tp baju tu utk org dewasa la). saje mingming tanyakan harganya. terkejut mingming mendengar harganya. RM 189 sepasang. huhuhu. mungkin bagi org lain, harga begitu utk sepasang baju adalah normal tapi tidak bg mingming.

bagi mingming, tak penting mahal atau murah tp kalau kena gaya dan cara menggayakan sesuatu baju itu, pasti anda akan kelihatan kelasssss.