biarlah rahsia

sebenarnya saya suka membaca blog perkahwinan di internet.
bukan apa, saya suka berkongsi detik manis mereka membuat persiapan dan adakalnya pengalaman mereka boleh saya jadikan panduan untuk saya apabila tiba masanya nanti. temanrapat dan keluarga terdekat terutama ummi saya sudah berulang kali bertanyakan soalan yg sama kepada saya. pastinya kamu sudah tahu soalan apa yg ditanya.

"bila lagi?"
jawapan saya : alaaa...adik sekolah baru darjah 3. tunggu adik besar sikit, lah.

"hei, korang ni dh lama kawan. bila nak kawen?"
jawapan saya : tak cukup duit lagi lah....

"hmmm...mesti nak buat grand2 ni. tu yg kumpul duit byk2,kan..."
jawapan saya : grand mananye...tak de grand punnn. at least kena standby 20k gak, kannnnn. takkan nak guna duit mak bapak.

"bila nak merasa nasi minyak korang ni?"
jawapan saya : kalau setakat nk merasa nasi minyak kitorg, sekarang jugak kitorg blh masakkan :)

adakalanya saya membalas dengan usikan kepada empunya badan yg bertanya. tu tak masuk lg soalan2 cepucemas darp bekas2 pensyarah universiti kami (kami menuntut di IPT yg sama).

umur saya dan si dia adalah sebaya. (si dia saya namakan di sni sebagai MNG~Mr Nice Guy). jd, kami masing2 mengambil sedikit masa untuk mengumpul duit sendiri bagi merealisasikan hari bahagia kami. kami tidak mahu mengharapkan tajaan atau pinjaman untuk tujuan ini.

ummi saya kata, buat simple aje. tak perlu grand2. oh ummi, simple macam mana yg ummi maksudkan itu? adakah sekadar menjamu tetamu dgn kueh mueh sahaja?

saya : ummi suruh kite cpt2 kawen
MNG : tunggu la dulu, duit abg tak cukup lagi
saya : ummi suruh kite buat simple aje
MNG : ala, ummi ckp je tu. sayang kan anak sulung, takkan dia nak simple aje.
selalunya anak sulung la meriah sikit sbb pertama kali buat majlis.
saya : tu la psl, sayang pun x pandai masak lg. tak pe ke, kalau sayang tak pandai masak?
MNG: tak pe, boleh belajar. nanti kite belajar masak sama2. sayang jgn risau, abg bwk family abg masuk meminang bila duit abg dh cukup nanti.

itu perbualan kami beberapa bulan lepas. saya mcm tak berminat sgt nk bukak topik kawen ni dgn MNG. bukan apa, saya tak mahu seakan memberi tekanan kpd MNG sedangkan saya sendiri maklum dan faham yg MNG sedang mencuba yg terbaik menabung utk kami.

cuma tahun ni ummi seakan kerap follow up bila anak sulung dia yg gedikmanjahangin ni nk kawen. kami cuba pelajari dari majlis2 perkahwinan kawan-kawan dan sanak saudara yg terdahulu. ye lah, majlis mcm ni sekali seumur hidup. kalau boleh, saya mahu semua org turut bahagia di hari bahagia saya. tidak mahu ada yg bersungut2 di belakang atau memuncungkan mulutnya.

walaupun hubungan saya dan MNG hampir mencecah 8 tahun, namun keluarga MNG tidak pernah mengenali siapakah gadis yg bertakhta di hati anak bongsunya itu. dari awal lagi saya telah memperkenalkan MNG kepada keluarga saya kerana apabila kami ingin keluar bersama, MNG akan menjemput saya di kawan perumahan saya.

oh, pastinya kamu terbayangkan yg MNG menjemput saya dengan kereta. tidak. MNG akan datang menjemput saya dengan bas awam. ketika itu, kami seorang pelajar. tidak punya sebarang kenderaan. jarak dr rumah MNG dan rumah saya adalah lebih kurang 1 jam perjalanan ikut lebuhraya. kalau naik pengangkutan awam, pastinya masa perjalanan menjadi 2 jam.

bertahun2 kami keluar dating naik pengangkutan awam sahaja. bas, LRT,putra menjadi saksi cinta kami. malah sehingga kini pun (walau kini saya sudah punya kereta - masih loan dgn bank) kami gembira dan lebih selesa keluar dating naik pengangkutan awam. kami tidak perlu memikirkan tentang bayaran tempat letak kereta, minyak yg mahal dan kami tidak perlu mengharung kesesakan jalanraya. makanya setiap kali kami keluar bersama, MNG akan menghantar saya pulang ke rumah sebelum lewat petang. (sbb bila dah malam ni, bas mcm susah sikit nak dapat).

tp perbualan saya dgn MNG baru2 ini membuatkan saya mewujudkan blog ini.

MNG : sayang, duit abg dh ada 2x,xxx. insyaAllah, lps abg balik france nanti syg ready la
saya : abg gi france seminggu kan?
MNG : yup, 11hb abg touch down.
saya : sayang nk ready apa? hmmm, mcm takut la pulak
MNG : takut? hehehe kata nak kawen? ala, sayang tak yah ready apa2. duduk
diam2 je. nanti family abg dtg bwk cincin
saya : (terdiam. membisu.)
MNG : kenapa diam je ni?
saya : tp duit syg tak cukup lg
MNG : tak payah. duit syg tu syg simpan je utk emergency. abg dh simpan duit cover utk majlis kat rumah sayang dgn kat majlis rumah abg. utk honeymoon pun abg dh asingkan duit.
saya : kite tunang lama tak?
MNG : kite tunang dlm 6 bulan, pastu kite kawen la.
saya : ????? (langsung tak terkata kerana seakan tak percaya masanya telah hampir)

sempat ke ni? saya selalu baca blog bakal2 pengantin ni, diorg awal2 lagi dh plan. betul ke saya nk jd isteri org dlm kurang setahun aje lg? sbb tu la saya wujudkan blog ni. selain dr sebagai checklist, ini juga sebagai catatan kenangan saya.

lgpun, kami mahu merahsiakan dulu niat MNG yg tulus suci itu. lgpun, baru nak merisik+bertunang. saya lebih selesa tulis di blog ini berbanding blog saya kat sinun. dlm hati yg teruja, kadangkala hati kecil saya juga gusar. sbb saya belum pernah sekali pun bersua muka dengan keluarga MNG. bimbang penerimaan keluarga MNG terhadap saya.

maka, biarlah rahsia dulu ye....

2 comments:

dialicious said...

Hello there..shud i call u rain or mingming?nice intro..so cute la ur stories.bf awak sgt baik hati nak sponsor majlis awak.hehehe.tapi..kwn dh 7thn still blum jumpe his parents ker?wah..surprise ni..hehehe
nway welcome to blogging world!

mingming said...

hehe...yg rain tu,saje ajuk iklan kat tv je...

saya pun tak menyangka bf saya baik hati sedemikian rupa.hehehe.hmmm, mmg tak pernah sekali pun jumpe his parents.mmg sgt surprise. adakalanya saya rs kecut.huhuhu