rumahku syurgaku


lebih kurang 2-3 bulan lepas, saya dapat SMS dari MNG.

"kalau abg nk tanya sket boleh?"

"tanya la....apa dia?" (MNG mmg begitu setiap benda yg dia nk tanya mesti dia ada intro mcm tu, bikin saspen aje SMS dia. bukan mcm saya, terus tanya direct aje)

"thn dpn syg rasa syg still keje kat bangi atau ada plan nk tukar keje?"

"ntah la...nape ek?"


"tak de apa. saje tanya sbb abg ada plan2 nk beli rumah area shah alam. tp kalau boleh abg nak beli rumah dkt dgn tmpt keje syg supaya senang syg nk gi keje"

"ooooo...syg rs ok kot kalau abg nk beli kat area shah alam tu. rugi pulak kalau abg beli kat bangi sbb dh confirm hujung thn dpn opis kitorg pindah kat shah alam. tp kalau kite dok kat shah alam, jauh pulak abg nk gi keje"

"tak pe...abg dh biasa. 3 tahun ulang alik klang-hulu klang naik tren. asalkan syg senang nk gi keje"

maka bermulalah misi mencari rumah oleh MNG dan ayahandanya sebagai penasihat. ye lah, pandangan orang2 tua pun perlu diambil kira. saya dan MNG lebih berminat dgn rumah yg telah siap dan sedia utk diduduki. lepas balik dr buat survey tu, MNG akan melaporkan hasil kajiannya pada saya.

ayahanda MNG mmg sgt teruja setiap kali mengikut MNG survey2 nk beli rumah. mungkin dia sudah dpt hidu yg anak bongsunya itu akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lg. menurut ayahanda MNG, dah ada rumah baru blh kahwin. bukan kpd MNG sahaja tapi kepada abg2nya yg lain juga, ayahandanya berpesan begitu. kalau duit belum cukup untuk punya rumah, jgn gatai2 sebut2 pasal makwe pd mereka, apa lagi nk sebut pasal nk kawen.

sbb tu MNG tak berani lg nk perkenalkan saya kpd ayahbondanya. abglong MNG juga dulu begitu. bila dh ready semuanya, barulah dinyatakan hasratnya untuk berkahwin dgn gadis pilihan hatinya. saya juga belum punya kekuatan untuk berjumpa mereka. sbb saya tak pandai masak, juga bukanlah saya ini seorang gadis yg penuh kesopanan dan kesusilaan. ummi saya cukup risau yg saya masih lg belum pandai masak.

"nmpk sgt tgn tu kekok. camne lah nk gi rumah mak mertua ni" - itu lah ayat yg selalu ummi bebelkan pd saya setiap kali saya terkial2 membantu ummi membuat persiapan memasak di dapur. saya? hanya sengih2 kerang aje bila ummi ckp begitu.

namun, bonda MNG tidak menggalakkan sgt MNG membeli rumah.

bonda MNG : buat apa lah nk cari2 rumah lain. duduk je lah sini. tak ada sape nk duduk punnn, semua dh ada rumah.
MNG : bukan tak nk duduk sini tp bila nk beli kat mak, mak tak nak.
bonda MNG : buat apa lah nk bayar2. duduk je lah
MNG : takkan nk duduk free....kena la bayar kat mak, ni kan rumah mak.
bonda MNG : tak yah bazir2 duit. mak ni dh tua, nak bwk kemana pun duit byk2 tu.

MNG tidak punya masalah untuk terus tinggal di rumah ayahbondanya lepas kahwin tapi MNG berasa segan dan agak keberatan menerima seandainya rumah itu diberi secara percuma kepadanya. kalau bondanya bersetuju menjualkan rumah tersebut kepadanya, MNG mmg sgt2 mahu.

ada beberapa rumah yg sgt2 kami berkenan dan paling penting berkenan dgn poket MNG. namun, tiada rezeki kami untuk memilikinya kerana jawapan yg kami terima bila cuba menghubungi nombor pengiklan kebanyakannya rumah tersebut sgt2 baru dijual kepada org lain.

insya Allah ada rezeki di tmpt lain. bukan tiada rumah yg sepadan dgn poket MNG tapi persekitaran rumah tersebut seakan tidak sesuai untuk pembesaran anak2. ahaks. sudah fikir anak2 ya? hmmm....mesti lah kena fikir jugak lokasi yg strategik. rumah bukan murah2 zaman sekarang ni. adakalanya harganya seakan tidak amsuk akal dgn keluasan rumah tersebut. jd, kite kena la buat pilihan yg terbaik sbb rumah adalah antara aset yg sukar untuk dijual.

hmm...kalau ummi baca ni, mesti dia faham kenapa anak sulungnya ini masih belum berkahwin dgn anak bongsu Puan N. saya dan MNG bukan sahaja cuba membuat persediaan kewangan untuk hari bahagia kami nanti malah hari2 seterusnya yg akan kami lalui selepas lafaz azimat itu. pastinya hari2 seterusnya kami mahu jua terus bahagia. mungkin kredit harus diberikan lebih kpd MNG kerana ternyata dia lebih bekerja keras meng-cap duit berbanding saya yg terlalu cepat tergoda dgn perkataan SALE.

kata ummi kpd saya : ada duit sikit, beli baju la....beli beg laaa. camne la duit kawen nk cukup?

sejurus itu, saya akan diburu rs bersalah dan insaf kerana menyedekahkan duit saya kpd mall itu walau duit shopping itu bukan dr tabung kawen. tapi kata2 dr MNG di bawah membuatkan rs bersalah dan insaf itu hilang dlm diri saya.

kata MNG : tak pe...shopping lah. sebelum kawen ni la nk merasa shopping sakan. kalau dh kawen, confirm byk habis kat anak je nanti.

hehehe.

ok, sambung cerita bab rumah td. betul ke byk cacat celanya jika menantu perempuan dan mertuanya tinggal bersama? mungkin lebih baik tinggal berasingan? ohhh, jwpn kamu tidak akan mempengaruhi niat saya untuk tinggal dgn mertua atau sebaliknya. saya sekadar ingin bertukar pendapat dan mungkin jua pengalaman kamu.

No comments: