dapur mingming: resepi bila mak mertua nak terjah

hai...bertemu kita sekali lagi dalam rancangannnnn.......
DAPUR MINGMING - Do It Yourself!

hari ni mingming nak kongsikan resepi ringkas tapi sedap (RTS) dan seperti biasa mingming bersiaran dari lokasi yang sama.....mana lagi kalau bukan di dapur mingming laaaa....hahaha...verangan sangat nak jadi host tv.....takpe la, kasi can la kennnnn....

mingming pun dah tak ingat menu-menu ni masa iftar syawal hari ke berapa.....dah tak ikut urutan hari dah....belasah aje lah....ok, resepi yang mingming nak habaq kat hangpa ni boleh juga jadi penyelamat kalau-kalau tetiba mak merrrrtua nak datang terjah rumah hangpa ka....nak spotcek menantu dia pandai ke masak-memasak ni......orang kata apa, nak rasa air tangan gitu....selalu orang cakap majlis sambut menantu kan.....ni kira sambut mertua laaaa...

sebagai newbie dalam masak-memasak ni, mingming sangat faham camne gelabah dia kalau tetiba ada tetamu datang rumah kite kannn.....mesti terpikir, nak hidang apa ni? kite sebagai tuan rumah selalunya akan cuba memberi layanan terbaik untuk meraikan tetamu... kalau korang tatau nak hidang lauk apa...atau kesuntukan masa sebab tetiba mak mertua nak test skill korang memasak, memang sesuai sangat la kalau nak mencuba....so resepi yang akan mingming kongsikan di slot DAPUR MINGMING - DIY ini semuanya bertemakan, RTS.... ok, tamau cakap banyak lagi....... let's cekidaut!




mingming saje potong ayam tu kecik-kecik, konon macam senang nak makan.....tapi nampak macam cekodok pisang pulak.....ok lah, next time mingming potong besar sikit la....baru la berseri sesuai dengan nama menu ini iaitu......




  AYAM GORENG BEREMPAH
Dari resepi Ayam Rangup Seri Ayu
sumber: majalah rasa


Waktu memasak: 20 minit      
Saiz hidangan: 4 orang

Bahan-bahan:
·         4 ketul ayam
·         1 sudu makan cili giling
·         1 sudu makan bawang merah
·         1 sudu teh jintan 
·         1 sudu teh kunyit
·         250ml minyak masak
·         Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Perapkan ayam bersama cili giling, bawang merah, jintan dan juga serbuk kunyit selama 20 minit.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga kekuningan.
3. Hidang ayam bersama nasi putih atau dimakan begitu saja.


Barulah mingming tau jintan tu untuk apa.....jintan dapat menambahkan rasa rempah dan enak pada ayam goreng.....ayam goreng rempah ni ratah macam tu aje pun dah sedap....silap-silap tak sempat nak hidang dengan nasi putih, dah selesaiiii masuk dalam perut.... lagi satu, fatin (kawan mingming) cakap kalau nak wangi letak daun kari.... 

Kalau korang tak nak hidang nasi dan lauk, mungkin mak merrrtua nak datang minum-minum petang macam tu.....lebih santai katanya....hehe...jangan risau.....




meh mingming bagi idea nak masak apa....




sebab takde taugeh...sawi pun takdak....mingming letak sayur lobak aje.... daging atau ayam pun tak sempat nak defrost...sebelum pergi kerja pagi tu mingming lupa nak letak kat peti ais belah bawah....bila balik kerja petang tu baru teringat....tak sompek lorrr nak letak dalam mee untuk berbuka...hihi....letak kek ikan dengan bebola ikan je pun jadik laaaaa.....



MEE GORENG MAMAK 
sumber: Chef Hanieliza                 


Bahan-Bahan:
mee kuning
100 gm daging ~ hiris nipis
1 peket kek ikan ~ hiris nipis
1 peket bebola ikan ~ hiris nipis
1 cawan kerang - kak ita tambah
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi
3 sudu makan cili kisar ~ boleh tambah sekiranyer mahu lebih pedas
1 sudu makan rempah kari
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu besar sos tiram - kak ita tambah
2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar ~ cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau ~ hiris nipis
1 kiub ikan bilis - kak ita tambah
2 sudu besar udang kering - kak ita tambah (kisar)
2 ulas bawang putih - kak ita tambah (kisar)
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar , bahan kisar, kiub ikan bilis dan rempah kari. Biarkan garing dan harum.
  2. Masukkan daging dan kacau rata.
  3. Masukkan kek ikan dan bebola ikan. ita masukkan sekali kerang. Masak dan biarkan sebentar.
  4. Masukkan kicap, sos tiram dan maggi. Kacau rata.
  5. Ketepikan mee dan pecahkan telur ditengah2 kuali. Biarkan telur masak sedikit barulah dikacau dan digaul rata.
  6. Masukkan sawi dan taugeh. kacau rata. Rasakan garam dan gulanyer.
  7. Biarkan mee sedikit kering.
  8. Siap untuk hidangan.



hari tu kat entri ini  mingming membuat anggapan, mingming aje yang tak reti nak masak bihun goreng....tapi disebabkan ada jugak yang search resepi bihun goreng, meh la mingming habaq mai kat hangpa naaa....hmmm, ditegaskan di sini bukanlah mingming 'create' the resepi occaayyyy tapi mingming just nak share aje...kalau bukan untuk rujukan orang lain pun, untuk rujukan mingming aje...

bagus jugak mingming arkibkan resepi kat blog ni.....kalau masak kat rumah sendiri, boleh lah bukak fail resepi....dah tak main dah buku-buku ni, terus failkan aje mengikut index...senang nak selak cari resepi... hehe.....tapi kalau tetiba kena tolong masak bukan kat rumah sendiri, celah mana pulak mingming nak selak resepi kannnn? boleh la mingming bukak blog ni kat fon ni haaa...boleh la cover line di waktu-waktu kecederaan...hihi.

so, kalau mak marrrrtua takmo makan mee goreng mamak....

mungkin dia lebih suka bihun....

goreng bihun jom!




BIHUN GORENG ISTIMEWA
sumber: majalah rasa


Waktu memasak: 20 minit      
Saiz hidangan: 2 orang


Bahan-Bahan:
·         150gm mihun - direndam sebentar dan ditos
·         3 biji bawang merah - dihiris
·         2 ulas bawang putih - dihiris
·         20gm sawi
·         20gm taugeh
·         20gm lobak merah - dihiris
·         1 biji telur
·         ½ sudu makan cili giling
·         ½ sudu makan sos cili
·         ½ sudu makan sos tomato
·         ½ sudu makan kicap manis
·         Garam dan gula secukup rasa
·         Minyak untuk menumis


Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan telur, cili giling, sos cili dan sos tomato. Kacau rata sehingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan sedikit air dan mihun. Gaul sebati.
4. Setelah itu, masukkan sayur-sayuran. Kaup balikkan.
5. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan kicap manis. Seimbangkan rasanya dan kaup balikkan. Masak sehingga mihun menjadi lembut. Angkat dan sedia dihidangkan.




kem salam mak merrrtua korang ye! dah 3 tahun kahwin, mingming pun belum pernah masakkan lagi untuk mak mertua mingming.... hihi.... oklah, nak cekidaut apa makanan feberet mak mertua mingming....

jumpa lagi di DAPUR MINGMING - DIY! 
bai bai!

dapur mingming: resepi ringkas, cepat dan sedap. DIY aje, tak yah beli.

kawan-kawan....tinggal lebih kurang 2 minggu lagi syawal nak habis dah...siapa yang belum berkesempatan nak buat puasa 6, masih sempat lagi nak mulakan. kalau siapa dah half way, semoga dapat mencukupkan 6 hari dengan jayanya. so hari ni mingming nak kongsikan menu iftar syawal mingming. macam yang mingming cerita dalam entri sebelum ni, mingming kan baru berjinak-jinak berkecimpung dalam arena masak memasak ni. maka menu simple dan pantas lah yang jadi pilihan.

so kalau korang tercari-cari menu yang ringkas tapi sedap, inilah entrinya. boleh juga kalau nak cuba untuk dijadikan salah satu menu open house korang. cekidautttt...



hari pertama puasa 6, mingming sakit perut. mungkin sebab sehari sebelumnya (ahad), mingming pergi open house. tak ingat makan apa yang buat mingming sakit perut. encik miumiu cadangkan mingming tak yah puasa. tapi mingming rasa macam sayang pulak sebab momentum nak berpuasa ni tengah berkobar-kobar. mingming nak buat ayam berlada untuk lauk berbuka tapi encik miumiu tak bagi makan pedas-pedas sebab perut tak baik lagi. 



inilah dia menu hari pertama puasa 6 itu....
first time mingming buat sup ayam ni, u ollsss....





SUP AYAM


Bahan-bahan:
 1 ekor ayam
 4 biji kentang - belah 4
 1 batang carrot - potong kecil
 6 cawan air
 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
 1 peket rempah tumis - 4 sekawan (bunga cengkih, buah pelaga, lawang, kayu manis)
 1 punjut sup bunjut
 1 kiub ayam
  garam

Bahan Hiris
 5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia - dititik            

Bahan Hiasan
daun sup - dihiris halus
daun bawang - hiriskan halus
bawang goreng


Cara-cara:
  1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
  2. Tumiskan rempah tumis, bahan yg dihiris dan lada hitam, hingga harum.
  3. Masukkan air, halia, sup bunjut, kiub ayam dan ayam dalam periuk dan rebuskan sehingga mendidih.
  4. Masukkan kentang dan  karot masak hingga empuk.
  5. Kemudian masukkan garam dan rasakan. Biarkan hingga masak tutup api.
  6. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


keesokan harinya, mingming sambung berpuasa untuk hari yang kedua. sebab sayang pulak nak stop. perut mingming kejap-kejap macam dah ok. kejap-kejap macam masih belum pulih sepenuhnya. mingming pun cadang nak makan berasaskan sup lagi la. mula-mula macam nak buat bubur nasi tapi macam tak konpiden sangat lorrr. jadi, marilah kita buat bihun sup untuk pertama kalinya. bihun sup utara youuuu! tengok kekdahnya, macam senang aje. hmmm, bila dah buat, memang senang sangat pun!

balik aje keje hari selasa tu, terus buat persiapan bahan-bahan untuk bihun sup. tengah dok sibuk-sibuk tu, mingming terpandangkan kentang. bila tengok kentang banyak, mingming pun cepat-cepat selak fail resepi mingming. mula-mula cakap dalam hati, syok jugak kalau cuba buat bergedil ni! mingming cakap kat encik miumiu, mingming nak cuba buat begedil. encik miumiu terus offer nak kupaskan kentang. cantekkk sangat la kannn sebab mingming takut jugak tak sempat nak kupas kentang bagai! 


pertama kali buat lah katakan..... saiz begedil mingming ada yang tak sama besar. tapi boleh laaaa.... yang penting, encik miumiu cakap sedap. yippieee!



BEGEDIL AYAM


Bahan-bahan:
3 biji kentang ~ dikupas kulit, di hiris bulat dan di goreng
1 keping dada ayam ~ di gaul kunyit dan garam dan di goreng, kemudian di siat halus.
Garam secukup rasa
Secubit lada sulah
1 pokok daun sup dan daun bawang ~ di hiris halus
1 batang cili merah ~ di buang bijinya dan di cincang halus
1 gengam bawang goreng
2 biji telur ayam
Sedikit minyak untuk mengoreng


Cara-cara:
  1. Kentang di kupas kulitnya, di potong bulat dan di goreng
  2. Setelah masak, terus di tumbuk lumat ketika ia masih panas-panas lagi
  3. Dada ayam yang telah di goreng, di siat halus
  4. Kemudian masukkan dalam kentang tadi dan tumbuk semula hingga bersatu
  5. Masukkan secubit garam dan secubit lada sulah. Gaul rata
  6. Kemudian masukkan bawang goreng, daun bawang dan cili merah. Gaul rata
  7. Ambil sedikit dan bulat-bulatkan, kemudian di leperkan sedikit lebih kurang sebesar 20 sen
  8. Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk lain dan kocokkan sedikit
  9. Celupkan begedil tadi dalam telur dan goreng dalam kuali 
  10. Balik-balikkan supaya rata masaknya
  11. Angkat dan toskan setelah masak kekuningan





sekarang, mari kita teruskan untuk hidangan utama. 
yeayyy!

disebabkan teruja, encik miumiu terover pulak rendam bihun. bila dah hidang, baru perasan bihun macam terlebih-lebih pulak. sebab bihun lagi banyak dari sup, tak dapat la nak tukar-tukar lauk dengan jiran sebelah rumah. hehe...alasan la tu. tapi sempat la jemput amir (adik mingming yang bongsu) datang rumah kitorang, makan bihun sup ni. kepada jiran, meh salin resepi.....


BIHUN SUP UTARA

Sumber: Mee Sup Utara Chef Hanieliza

 

Bahan A

1 paket bihun - rendamkan beberapa jam
2 s/b kunyit

Bahan Kuah
500 gm daging berlemak muda potong besar -  mingming tak letak daging pun sebab takde dalam peti ais
300 gm perut - mingming tak letak jugak
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
sup bunjut (kak ita tambah), mingming letak 2 s/b rempah sup adabi
2 kiub daging (kak ita tambah), mingming letak kiub ayam
garam
air secukupnya


Bahan Hiasan

daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
lobak asin cincang
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Bahan (Sos Cili)

10 biji cili merah
1 bawang putih
1 s/b cuka (kak ita gantikan dgn perahan air limau kasturi)
garam
gula dan air


Cara-cara:
  1.  Semua bahan dikisar halus dan masakkan sahingga mendidih dan pekat
  2. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut.
  3. Daging dan perut dihiriskan nipis.
  4. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
  5. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.


tak sangka, percubaan kali pertama mingming mencuba menu-menu kat atas ni menjadi! korang pun patut cuba tau. dah la senang, sedap pulak tu....bukan puji masakan sendiri ye tapi nak berterima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi resepi dengan alam maya. mingming ni newbie :)

bila dah selalu masuk dapur ni, dah kurang rasa nak makan oder kat kedai. ye la, tengah rajin nak masak la katakan. hehe. bukan apa, mana yang mingming rasa boleh DIY, kenapa perlu beli? lagi pulak, encik miumiu memang rajin nak main masak-masak dengan mingming kat dapur. takde la kite syok sendiri kat dapur tu kannn. hihi

sambil-sambil masak tu, baca-bacalah selawat. pahala dapat, makanan pun tambah berkat!



perkembangan si comel

nanti kite sambung lagi entri pasal cerita jalan-jalan kat jepun ye....hari ni mingming nak cerita pasal adik-adik angkat mingming dan encik miumiu yang mingming pernah ceritakan kat sini dulu. 


#throwback  
#1st day they came into my life
#sessi taaruf




yang lain sibuk makan, dia sekor aje yang perasan mingming jadi paparazi. hehe. 
nama dia abu tapi dia ni betina. panggil abu sebab warna dia kelabu. hihi



#2nd day

 koko (kiri) & abu (kanan)

 putih (kiri) & stokin (kanan)

syok aje tengok meowmeow ni tidur.....tidur pun comel aje! hehe. mingming dan encik miumiu memang tak pernah langsung terpikir nak bela-bela kucing ni. kelam kabut jugak la masa mula-mula nak handle. tapi lama-lama kami masing-masing belajar mengenali makhluk Allah ini. kesian kat 3 beradik ni, yatim piatu! Allah bagi kita rezeki, bukan untuk kita nikmati sorang-sorang tetapi perlulah kita kongsikan dengan makhluk Allah yang lain. Kucing pun makhluk Allah jugak.....


pada suatu hari, di kala hampir genap seminggu kami menjadi kakak & abang angkat meowmeow ni, abu pergi meninggalkan kami. masa tu hari sabtu, kami pulang ke rumah mertua. tiba-tiba keesokan harinya (ahad) - balik dari rumah mertua, kami terkejut tengok abu dah tak bergerak dalam sangkar. badannya keras dan tiada lagi hembusan nafasnya. mingming ada tangkap gambar abu ni masa dia dah tak bernafas kat dalam sangkar tu tapi tak sanggup pulak nak upload kat sini.

masa tu memang kami rasa sedih sangat. tak tau nak cakap camne. kami tak tau apa punca kematian. puas kami tanyakan pada 3 ekor yang lain, tapi tiada jawapan. kami kebumikan abu dengan kain pelekat yang menjadi lapik tidurnya itu.


meh kita cekidaut apa perkembangan terbaru 3 beradik ni......lepas 2 bulan meowmeow duduk dengan kami, tak pernah pun kami mandikan. kami cuba nak mandikan tapi macam takut-takut-berani. iyelah, masa dapat kucing ni diorang kecik lagi. takut la kot ada kutu ke...so kami pun bawak la pergi petshop area rumah kami kat permata ni. 




sebab takde travel cage tu, encik miumiu hangkut aje sangkar tu ke petshop. 
jalan kaki okeh! kelllesssss!


masa ni tengah potong kuku. lepas potong kuku, korek telinga dan mandi!
masa kak petshop ni cuci2 telinga 3 beradik ni, kak petshop ni cakap 3 beradik ni baka asli kucing kampung tapi yang penting 3 beradik ni bersih.


ada satu petang tu, kami dan amir bawak la meowmeow pergi main kat taman permainan rumah kami. mingming rekod kat keek amir main jongkang jongket dengan stokin tapiiiiiiii.....video keek itu gagal utk di-upload. lepas tu, bila nak tengok balik video tu, video tu rosak. huwaaaaa.....sedih!

bila kucing main jongkang jongket...... seriusssss comel!





ni mingming ada jumpa kat google pasal bahasa lenggok ekor kucing. bolehlah cuba memahami apa yang tersirat di sebalik lenggok ekor kucing ni....


meowmeow ni semakin membesar. kerjanya asyik nak melompat aje dalam sangkar tu. kami masih belum berani dan belum bersedia nak lepaskan 3 beradik ni dalam rumah. kami bercadang nak gabungkan 2 sangkar yang arep bagi tu, jadi 1 sangkar. maksudnya jadi 2 tingkat. so bolehlah ada lah ruang meowmeow ni nak bersenam dalam sangkar tu, kannnn....



macam kesian pulak bila tengok meowmeow tidur atas besi aje. bila hujan, sejuk la kottt...





dan bermulalah operasi ubahsuai sangkar oleh my Mr DIY, encik miumiu.......

sedang meletak lapik getah di dalam sangkar



cubaan untuk menjadikan single storey menjadi double storey








apakah hasilnya?






tadaaaaaaa........





inilah hasilnya.......
bertemakan warna hijau




cepat-cepat cop tempat tidur masing-masing. 



tapi nampaknya, koko tak boleh duduk sangkar yang sama dengan putih dan stokin.
asyik nak bergaduh aje!

terpaksa la sangkar kembali ke rupa asal.
kansel double storey!
single storey je macam dulu.



rumah koko bertemakan warna merah.....koko ni senang jaga....tak banyak songeh.
nama dia koko sebab badan dia lebih banyak warna coklat dari warna putih.
koko ni tak suka tangkap gambar.
dia selalu mengelak mingming tangkap gambar dia.
yang special pasal koko ni, ekor dia bersimpul.



rumah putih & stokin bertemakan warna hijau.
antara 3 ekor ni, putih paling cool dan suka mengalah....
kami bagi nama dia putih sebab badan dia lebih banyak warna putih dari warna coklat.
yang sekor lagi tengah tidur tu, nama dia stokin.
sebab kaki dia empat-empat macam pakai stokin. hehe.
stokin ni suka bebenor main ekor si putih ni....



putih & stokin ni suka pakat buat aksi comel sesama....berduet gitu! 
cuba tengok gambar kat bawah ni....

 aksi comel secara duet. hihi



meowmeow ni suka sangat nak melompat-lompat dalam sangkar ni. kadang2 habis terbalik semua pasir tandas dia tu. agaknya umur besar ni memang tengah aktif kot. 


tetiba, encik miumiu dapat idea letakkan palang kat sangkar depa ni.....
dapat la lepas gian nak memanjat...

putih bertenggek di palang

ada satu pagi tu, mingming dengar putih mengiau kuat. jarang meowmeow ni nak mengiau kuat-kuat cenggini. mingming ingatkan putih ni bergaduh dengan stokin. mingming pun jengik la....rupa2nya entah camne kepala putih boleh tersekat kat celah-celah palang tu. dia mengiau kuat sebab sakit kot nak lepaskan kepala dia kat celah tu. si stokin tengah bertenggek atas palang tu, tolong tolakkan kepala putih ke bawah. mingming dah cuak dah! encik miumiu pulak masa tu dah pergi kerja. baru mingming nak buka pintu sangkar, putih dapat melepaskan kepalanya dari tersangkut. alhamdulillah. 



stokin la yang ajar putih dan koko panjat-memanjat ni...


ada satu petang tu masa mingming balik kerja, entah camne la 3 beradik ni boleh keluar dari sangkar. terkezut mingming dan encik miumiu tengok sangkar depa kosong. rupanya 3 beradik ni tengah melepak kat atas bangku kat laman rumah. entah camne la boleh bukak pintu sangkar pun tatau la. mungkin pagi tu masa nak gi kerja, encik miumiu tak tutup rapat kot pintu sangkar. nasib baik depa main kat laman rumah je, tak keluar dari pagar.

cop! dah pandai buka pintu sangkar kan? kalau macam ni, bolehlah mingming ajar meowmeow ni buka pintu pagar. senang sikit, mingming balik kerja tak yah nak turun kereta untuk buka pagar rumah kannnnnn.... boleh diharap 3 beradik ni! hihi.

kalau kucing boleh bukak gate, harus lah panggil tv3 intebiu mingming ni! hehe

percutian bajet di jepun part 6: tsukubasan @ mount tsukuba


hai. kali ini wajah pujaan hatiku, encik miumiu sebagai pembuka entri. 

sambungan dari entri ini ya!






cik salesperson toyota ni demo kat akak seat yang belakang ni boleh di lipat untuk kita letak barang di belakang.




mingming perhatikan customer service orang kat jepun ni memang first class. 
tak kisah la kerja apa pun......cashier ke, jurutol ke, drebar bas ke...




kami pulang ke rumah untuk mengambil abah dan mak. 
hari ini kami akan ke tsukubasan atau mount tsukuba.
jom layan gambar di sepanjang perjalanan ke mount tsukuba.
gambar yang diambil dari dalam kereta....so gambar macam goyang sikit ye....






dari rumah akak ke mount tsukuba ni tak lah jauh sangat macam yang kitorang pergi hakone dulu. perjalanan ke mount tsuba ini agak mencabar. jalan zig zag yang berbukit dan kecik aje jalan dia. maklumlah nak ke kaki gunung katakan. tapi memang tabik la kat driver bas yang berkhidmat membawa penumpang naik ke mount tsukuba ni. cekidauttt...








semakin naik ke atas, semakin banyak kelihatan baki-baki salji semalam. salji-salji ini telah pun menjadi keras seperti kepal ais. sehari sebelum kami tiba di jepun, akak cakap ada salji turun. wahhhhh, dapat tengok kepal-kepal ais ni pun hati dah melonjak-lonjak. mingming masa tu very the jakun okayyyy. maklumlah, first time tengok salji. tak dapat tengok salji turun macam hujan, dapat tengok baki-baki salji pun jadik laaaaahhhhh. akak cakap mungkin sebab kawasan mount tsuba ini kawasan tinggi, mungkin salji di sini lambat cair dan masih kelihatan menutupi jalan. 




salji? patut la malam tadi sejuk yang amattt walaupun kawasan rumah akak tak bersalji tapi angin-angin salji lah kot. dalam pukul 3 lebih macam tu, mingming terbangun. sebab rasa sejuk semacam walaupun masing-masing dah berbungkus dalam gebar. nak pergi terkencing lagi la sejuk. dah pakai selipar bedroom pun still sejuk nak pijak lantai rumah. apa lagi nak bukak air. huhu. negatif 3 adalah rekod paling sejuk pernah dialami sepanjang 29 tahun hidup di muka bumi ni. Allah.....terima kasih kerana peluang ini!


akhirnya, kami pun tiba! 
kalau nak mendaki pun boleh, ada laluannya tapi kitorang naik cable car aje lah, atau dipanggil ropeway. 

ni masa tengah tunggu ropeway. tak ingat berapa harga tiket ropeway ni. huhu...


meh, nak cerita sikit pasal mount tsukuba ni. 

Tinggi mount tsukuba ni adalah 877m (2,877 kaki), merupakan salah satu gunung yang terkenal di Jepun. Yang menariknya pasal mount tsukuba ni adalah dia ada 2 puncak iaitu Nyotai-san 877 m (2,877 kaki) dan Nantai-san 871 m (2,858 kaki). Kalau cuaca baik, bandar Tokyo, Lake Kasumigaura dan Gunung Fuji boleh dilihat dari atas mount tsukuba ni. mingming pun tak pasti yang mingming naik ni dari puncak yang mana. akak ada bagitau tapi mingming dah lupa. maklumlah, pergi bulan februari tapi dah bulan ogos baru nak cerita. hehe.


mingming dalam ropeway.





mingming tangkap gambar dari dalam ropeway. nampak tak yang putih-putih kat pokok-pokok tu?
yang putih tu la salji!





yeay! sudah tiba di atas.





tapi ini belum atas lagi. 




ada atas lagi...



kami tanyakan pada emak, samada dia larat dan mahu naik ke atas. 
sebab kena mendaki sikit ni. 
hongeh la jugak nak menapak naik atas ni...


baki-baki salji semalam yang tinggal. hehe





beberapa kali jugak la berhenti ambik napas. mingming yang konon muda remaja ni pun mengah jugak la. lagipun kesian kat mak. tak nak la push mak sangat, kan. lutut dia pun dah tak kuat. jalan pun licin sebab salji dah jadi ais membasahi jalan. 


 akhirnyaaaaaa.....dengan semangat yang kental dan semangat yang jitu.....



emak berjaya sampai ke atas! yeayyyyyy! EMAK BOLEH!

syabassss ibu mertuaku!











nak tau apa ada kat atas ni?













tadaaaaaa......














bahagian atas ini dipenuhi salji! mengah dan semput mendaki tadi terus hilang bila melihat kejadian alam ciptaan Allah ini. sangat cantik! tak terluah dengan kata-kata! subhanallah.

apa lagi......bergambar sakan lah kitorang kat atas ni....

muka laki bini pertama kali dapat jumpa salji. hihi







lepas dah puas bergambar sakan kat atas ni, tibalah masa untuk pulang. ropeway untuk balik dah menunggu.



sekian, saya mingming melaporkan dari mount tsukuba.