kad kahwin saya


sudah berpurnama lamanya saya tidak menulis di blog ini. hmm....sekarang ni dh hujung tahun. hujung tahun cukup sinonim betul dengan kenduri kahwin. rasa teruja bila dapat jemputan kad kawen melalui kad dari kawan-kawan. bicara pasal kad, terus teringatkan kad kawen kami.

masa awal tahun tu, kami sibuk dengan design2 kad kawen. alhamdulillah, kami dapat vendor kad kawen yag best. sebab apa saya cakap best? sebab dia buat kad dan ambik gambar pre wedding kami sekali. susah payah dia dan kami subuh sepi'e ke Bukit Cahaya Sri Alam tu buat photoshoot youuuu... nama dia Edy.

kalau di post yang lalu, saya pernah tunjuk sikit (sikit je) kad kawen kami. tapi kali ini, saya ingin berkongsi cerita lebih sikit kad kawen kami.

idea untuk buat kad pakai comb ring ni adalah idea saya. Edy mencadangkan agar kad diikat reben. tapi kawan saya dah pernah buat ikat-ikat reben kat kad ni. berdasarkan pengalaman kawan saya itulah, saya menolak untuk mengikat reben pada kat kawen. bukan apa, setakat 10 ke 20 keping pertama ok lah kot. ini nak ikat sampai 1000 keping, confirm lah jari-jariku sakit semua, kerna bekerja sehari-hari. hehe. ter-nyanyi pulak.

ala, cakap je la yang hang tak tau ikat reben, mingming oiiiii. hihi. ok ok, saya mengaku. saya tak pandai ikat reben. kalau saya pakai kasut sukan, MNG yang akan tolong ikatkan. cet, apa daaaa.

motif utama kami untuk nak pakai benda alah comb ring ni adalah untuk mengelakkan kami meletakkan peta dan undangan pihak lelaki kepada jemputan perempuan. begitu juga sebaliknya. hmmm, faham ke apa ayat yang saya tulis ni?

maka, muka depan dan page terakhir kad kami adalah sama. cuma yang berbeza adalah bahagian undangan dan peta lokasi. hmmm, cerita banyak tak guna nokkkkk. gambar mana? gambar kat bawah ni ;)


ring putih kad kawen saya



muka depan kad
kasih tercipta ~ since 2002..... pewiitttt





page 2 - undangan


page 3 - peta lokasi majlis saya.

(saya suka tengok peta ni. kaler kaler gitu)


last page



tabik spring toink toink jugak kepada Edy sebab tolong kami realisasikan kad ni. Dan kami emmang sengaja pilih warna kad macam ni, sebab kad kahwin warna macam ni amat jarang dijumpai. (ceh, tiba-tiba ayat skema). bagi kami, warna kad ni memang style lah. 

kad undangan bukanlah satu tanda gah sesebuah majlis. saya buat kad macam ni pun bukan nak tunjuk kreatif sangat. seperti yang saya katakan tadi,hanya ingin mengelakkan meletakkan bahagian undangan dan peta pihak lelaki dalam kad yang sama untuk jemputan pihak saya. tapi tak sangka jadi idea kreatif!

No comments: