2nd anniversary, 10 great years together

hai, cuba jeling ticker kat sebelah tu. anniversary mingming laaaa.... :)

29 mei 2012...genap 2 tahun usia perkahwinan kami. hmmm...cepat betul masa berlalu, rasa macam baruuuuu aje kitorang diijabqabulkan. sungguh, tak terasa langsung dah 2 tahun. sejak semalam, MNG kursus di selatan tanahair, esok baru MNG balik. 

sepanjang 2 tahun ni berkahwin, banyak perkara yg kitorg telah lalui dan belajar bersama. yang membuatkan kitorang makin dekat. makin akrab. makin melengkapi antara satu sama lain. alhamdulillah. walaupun sebelum kahwin, kitorang dah bercinta 9 tahun tp lepas kahwin, kitorg dapat rasakan rasa cinta dan sayang kitorg makin mendalam. to my husband, i love the way you love me! 

terima kasih Ya Allah di atas anugerah kasih sayang yang Kau limpahkan pada kami ini. janganlah Kau hadirkan rasa jemu dalam hati kami dan rumahtangga kami. semoga cinta dan kasih kami ini dapat meningkatkan rasa cinta kami pada kebesaranMU dan mencapai redhaMU.

terima kasih juga kpd mereka yang mendoakan kami.




antara aktiviti kami 2 tahun lepas  (yg diletak tak ikut tarikh kejadian):


bawak adik2 saya jalan2 dan belanje makan


 ke majlis perkahwinan kawan2 



buka puasa kat kfc lepas belanje beg deuter utk apit. duit dah habis belikan apit beg deuter, jadi makan kfc je lorrrr. hihi ada orang tido dalam gambar.



masa ni tak plan pun nak main badminton. tengok! pakai teva aje! 
ni kira warm up la kannn



tengok cuci the musical dgn adik2 saya



main tangkap2 gambar bila jln jem masa balik keje. dulu la masa tempat keje saya jauh. haip! mulut penuh makanan!



mencari rumah subsale utk dibeli. MNG sedang berbual dgn tuan rumah. 
mintak diskaun ye?


menghantar apit daftar di mrsm kulim


 lunch at restoran nelayan, titiwangsa 
(kalau tak silap, masa ni ummi belanje)


survey barang2 di ikea


ni masa MNG tolong saya kemas barang kat opis lama sebab saya dapat tawaran kerja di lokasi yg lebih dekat dgn rumah


menandatangani perjanjian pinjaman beli rumah 


MNG cuba menghiburkan saya supaya saya tak boring tunggu kereta tukar bearing


pergi preview filem harry porter. muka dah ngantuk kekenyangan sebab sebelum preview, diorg sediakan buffet makan malam


 temankan PIL shopping


hmm....gambar2 ni sebenarnya dah ada dalam draft. tinggal nak tulis cerita tp sudahnya terperap. bila cerita dah basi, tak jadi la nak upload. [tu la, orang lain ada blog, hang pun nak jugak mingming oiiii]

anyway, happy 2nd year anniversary to us and 10 great years together! we count for more! yeay! 


itu ini begitu begini dak mingming

hmm...dah lama tak ber-belog kan? asik jalan2 belog org, lupa pulak nak balik belog sendirik. bila dah balik belog sendiri, saje la selak2 entri lama2...senyum sorang2 bila baca balik...pastu bila carik balik gambar2 yg pernah tepek kat entri-entri lepas tu, baru perasan yg softcopy gambar tu dah tak ingat save kat mana...kat laptop yg manakah..atau dah transfer dlm cd kah....ni semua akibat bertangguh nak print gambar2 la ni...konon nak kumpul kan gambar2 yg nak print dan simpan dlm album....dengan harapan bila print gambar dalam kuantiti yang banyak, bisa dapat murah dong! sudahnya, terperuk la gambar2 tu.

memandangkan belog saya ini saya jadikan catatan sebagai kisah klasik untuk masa depan, untukdikenang-kenang, untuk digelak-gelak, maka saya rasa mulai entri ini, saya akan letak gambar dengan wajah sebenar...hah? wajah sebenar? apakah wajah sebenar itteeww? hahaha poyo lah. maksudnya, lepas ni gambar2 yg saya letak kat sini, biar je la muka terpampang...tak yah la saya nak cover2 dengan gambo bunga la, gambo smile la macam entri2 lepas...bukan apa, dulu macam malu la kan nak tepek gambo sendirik kat sini...hahaha...mingming oiii, hang jangan la nak perasantan sgt ada orang lain hingin sangat nak jenguk belog hang ni...tetttt!!! hmmm, baiklah (dgn nada gaya orang sedar diri).

contohnya macam gambar saya pergi korea ke...kot2 la nanti tahun2 depan, saya nak cari gambar balik, boleh la tengok kat blog ni....ye la, bukan tiap2 tahun dapat pergi jalan2 kat korea nun. apa? pergi korea? tak citer kat blog pun? hihi. ok, ok. next entri yawww.

hmmm, macam  gambar-gambar kat bawah ni yg saya ambik dari entri2 lepas.....ntah mana perginya gambar yg original..... huwaaaa....






hehe...dulu gedik sikit, nama blog party princess...haha..princess la sangat! nanti orang geli pulak dah tua-tua ni nak ber-princess bagai. setelah menyedari yang diri ini telah menginjak usia, saya bercadang nak tukar url blog. nanti orang geli pulak dah tua-tua ni nak ber-princess bagai. saya pun tanya lah MNG, nak mintak pendapat. selalu saya mintak pendapatan dia aje, apa kata kali ni saya mintak pendapat dia. nama blog pun nak bincang dengan suami. hihi. gedik. 

ingatkan dah menginjak usia, nak letak nama yg macam ala ala wanita matang gitu. sudahnya, wonderpet! apa beza princess dgn wonderpet? kuikuikui. nama blog wonderpet ni MNG yg cadangkan. nampak sangat MNG menganggap saya masih muda remaja gitteww, kannnn... jom, nyanyi lagu wonderpet!

Wonder Pets! Wonder Pets! kami datang,
Membantu haiwan yang dalam kesusahan!
Kami tak besar,
Dan kami tak kuat,
Bila Bekerjasama semua jadi mudah.
Yeah, Wonder Pets! Yay!


oh ya! hari ni hari jadi adik saya yang ke-3. semoga kikin panjang umur dan murah rezeki. kalau dah nama besde, harus lah tangkap gambar dengan besde gegel dan keknya...

                                                       kek dia kek boboiboy laaa.... 


tapi kenapa besde gegel pulak yg dok nyorok kat belakang? mingming ni suka over tau! adik saya, kikin ni rajin orangnya. masa saya kawen dulu, dia lah yang saya lantik jadi koordinator majlis. dia suka kemas rumah, kemas bilik, walaupun berulang kali disepahkan oleh kak longnya ini. pendek kata, dia boleh dikategorikan cekap la membuat kerja-kerja rumah ni.

selamat besde ke 25, kikin!