dialog pilihan minggu ini



Dialog I
suatu mlm, kira2 jam 10 mlm, apit mengadu sakit perut yg teramat sgt. risau juga kami melihat keadaan apit. maka, ummi dan ayah membawa apit ke klinik berhampiran. (ketika apit berusia 5 tahun, dia pernah mengalami sakit apendiks)

keesokan hari apit tidak ke sekolah kerana doktor telah memberikan m.c kepada apit.

amir : ummi, hari ni abg chik dah tak sakit perut. dia ok je kat rumah tp dia tak pergi sekolah.

ummi : doktor dh bg dia m.c utk berehat kat rumah, biarlah dia rehat. mana tau kot2 nanti perut dia sakit lg, susah cikgu nanti.

amir : abg chik ni....kalau dh sihat, pergi je la sekolah. m.c tu boleh bg kat amir

saya : amir ingat m.c tu mcm baju ke? blh main pass kat org...

ummi : m.c tu nama abg chik. mana boleh bg amir

alahai adindaku, amir....



Dialog II
situasi: ketika seorang kaklong dating berdua dgn adinda bongsunya di sunway piramid....

"amir, apa yg amir suka pasal along?"

"ala....yg amir tak suka dulu la...." amir menjawab dlm senyum simpulnya.

"ok, ok...apa yg amir tak suka?"

"along gedik, along suka menyengal, along poyo"

"lagi?"

"tu je"

"apa yg amir suka psl along?"

"along suka belanja amir, along sayang kat amir, along jaga amir, along suka bawak amir jalan2"

"apa yg amir suka psl kaklang pulak?"

"kaklang....dia serius"

"serius?"

"ye la, dia serius. bukan mcm along, suka main2..."


hahaha....itulah dia komen jujur dari amir,9 tahun tentang kanda sulungnya ini :)

amir, nanti bila along ada anak, amir belanja anak along pulak tauuuuu...hihihi

sekian, kita berjumpa di lain rancangan....pai pai...


p/s: gmbr tak dpt nk tepek kat sini, entah di mana kabel menyorok daaa....

dh jd pengapit, bila lak nk jd pengantin ek? hohoho


pg smlm saya menemani MNG ke wisma yakin di ibukota. MNG mahu mencari sepasang baju melayu kerana MNG akan jd pengapit di hari bahagia sahabat karibnya, MJ.


kedai pertama yg kami masuki seakan tidak mahu melayan kami. masa tu tak ada pulak pelanggan lain dlm kedai tersebut. tuan punya kedai seakan enggan menurunkan baju yg digantung tinggi sedangkan beliau tahu kami sgt berminat untuk melihat fabrik baju melayu tersebut secara dekat. apa punya tokei kedai daaa....ada ke patut biarkan je kami mendongak untuk membuat pilihan. sakit kepala kami.

dek kerana layanan acuh x acuh tuan kedai tersebut, kami keluar dr kedai tersebut dan meninjau kedai di sebelahnya. di kedai kedua ini, layanan tuan kedai adalah berbeza dari kedai pertama. tuan kedai tidak lokek menurunkan baju-baju (yg berbeza fabriknya) yg digantung untuk kami melihat secara dekat agar senang kami memilih.

setelah proses tawar menawar harga, MNG ke fitting room utk mencuba baju tersebut. baju pertama yg MNG cuba tidak begitu sesuai warnanya dgn MNG sbb nmpk MNG mcm gemuk berisi. baju kedua yg MNG cuba nmpknya sesuai sbb warnanya yg agak gelap, dpt membuatkan MNG kelihatan slim sedikit.

hmm...x susah shopping org lelaki ni. bila dah berjumpa dgn yg berkenan di hati, terus sahaja keputusan membeli dibuat. saya dpt bayangkan bagaimana bosannya MNG tatkala menemani saya shopping. biasalah girls, sebelum beli mesti mau tgk2 dulu kat kedai sini, kedai sana, kedai sinun.

mmg dh byk kali dah saya ikut MNG shopping. mmg senang style org lelaki ni shopping. mungkin sbb fesyen lelaki yg x banyak beza, jd mereka sudah dpt mengagak baju atau seluar yg bagaimana mereka mau beli. dan semestinya fesyen untuk lelaki tidak jauh bezanya dr kedai sini dan kedai sinun. berbeza dgn perempuan - fesyen baju, kasut, beg tgn kerap berubah. dan kemungkinan fesyen baju di kedai sinun lebih cantik, lebih murah, lebih byk pilihan dr kedai di sini.

MNG juga sudah kerap menemani saya shopping. alhamdulillah, beliau tidak pernah merungut menemani saya masuk ke setiap kedai. adakah ini disebabkan kami belum berkahwin? ye la, selalu org ckp mcm ni, "belum kahwin semuanya ok. kalau dh kahwin nanti, tgk la....". hmm, harap2 lps kawin nanti pun MNG tetap MNG yg saya kenal 7 tahun yg lalu.

kami tidak sangka yg edi, sahabat karib MNG sejak sekolah ini akan bergelar suami org pada bulan hadapan. masa mula2 MJ nak bertunang dulu pun, kami agak terkejut. biar betul, bro...

tp edi serius dan yakin dgn keputusannya untuk menjadikan wanita yg baru dia kenali beberapa bulan itu menjadi suri hatinya.

"nmpknya berakhirlah sudah kehidupan seorg romeo" usik MNG pada sahabatnya itu di suatu petang.

"eh, mana ada....blm berakhir lg. aku baru nk bertunang je, beb" balas edi sambil tergelak2.

ya, edi mempunyai kelebihan dari segi paras rupa. pakailah sempoi camne pun, edi mampu menarik perhatian mana2 gadis. tp edi x menggunakan kelebihan yg dimilikinya dgn cara yg salah. edi seorg yg setia tetapi apakan daya, cintanya yg hampir empat tahun dgn gadis berbangsa cina itu tidak kesampaian.

edi bukanlah romeo tetapi mmg dia menjadi kegilaan gadis2 dari bangku sekolah hinggalah kini. Kalau ikutkan rekod, mmg dia x pernah memulakan perkenalan dgn mana2 gadis. Mereka yg menghulurkan salam perkenalan pada edi. Ada yg pernah hampir membunuh diri apabila edimenolak (secara baik) salam perkenalan mereka itu. hebat sungguh aura edi ni.

oh ya, bercerita tentang edi yg akan naik pelamin dan edi yg akan jd pengapit, saya teringat alkisah saya jd pengapit sepupu 3 tahun yg lalu. Mulanya saya menolak utk jd pengapit. almaklumlah, saya kan pemalu orgnya. ahaks! segan sehhhh nk jd tumpuan org atas pelamin tu nanti. (mcm la org nk tgk saya sgt. mesti la org nak tgk pengantin, bukan pengapit. perasan sungguh awak ni). tapi sepupu saya itu tetap berkeras mahukan saya jd pengapitnya. beliau memberi alasan, hanya saya yg boleh muat baju pengapit yg mak andam sediakan (sepupu ambik pakej baju pengantin+baju pengapit). almaklumlah diantara sepupu2, saya sorg je yg bersaiz S (anak sedara saya pun lebih bsr dr saya).

mcm2 alasan yg saya bg utk mengelak jd pengapit tp akhirnya, saya bersetuju apabila saudara mara mula pancing saya dgn makanan.

"kalau jd pengapit, dpt mkn kat meja pengantin tau," kata Pakteh, bapa saudara saya yg pandai memasak dan pastinya masakan beliau tidak pernah menghampakan.

"eh, betul ke?"

"ye la, pengapit kena duduk sblh pengantin ms mkn" kata Paksu pula.

"hak ah...betul gak, kan" saya teruja.

saya mula berangan2. terbayangkan sajian lauk pauk pengantin yg enak2 dan lazat2 yg akan dimasak sendiri oleh Pakteh.

hehehe. bab mkn je terus saya jd laju. hihihi. dasyat la saya ni kan. kepada sepupuku, ketahuilah yg saya ikhlas menjadi pengapitmu. pancing dari pakcik2 kita itu hanyalah sebagai galakan kepada saya sahaja untuk membantumu menyempurnakan hari bahagiamu.

ok, ni saya cite pengalaman jd pengapit ye.

ms mak andam tgh siap2kan pengantin kat dlm bilik, assistant mak andam pun suruh la saya tkr pakai bj pengapit. lps saya iron bj pengapit, saya pun sarung la bj pengapit tu - bj kurung moden berwarna ungu muda. mmg ngam la baju tu dgn bdn saya. bj itu juga seakan dijahit mmg betul2 utk saya (hmmm, perasan lg).

lps tu, saya pun keluar la dr bilik. sejurus keluar dr bilik, hadirin (org kg sepupu yg duduk2 di ruang tamu dtg bersalaman dgn saya sambil mengucapkan tahniah kpd saya.

"ohhh...comel je orgnye ye. bila dh besar, mcm lain lak muka dia ye. tahniah. " kata makcik2 yg bersalaman dgn saya.

dlm senyuman manis, saya memberitahu yg pengantin sedang bersiap di dalam bilik dan saya bukanlah pengantin. kami sama2 tertawa. byk kali jugak la org tersalah. bukan makcik2 td je. saya pun keliru, jua bimbang. takut nanti dikatakan berlebih2 dr pengantin. sedangkan baju pengapit tu mak andam yg sediakan. muka saya x de secalit mekap pun, pakai lip gloss je. camne lak diorg blh ingat saya ni pengantin?

pastu, mak andam suruh saya ambil kipas kat pelamin. saya pun pergi la ke pelamin yg terletak di luar rumah. tgh2 nak menyarung selipar di pintu rumah, saya disimbahi cahaya lensa kamera dr 3-4 org lelaki. mcm paparazi lak diorg ni.

"eh, saya bukan pengantin la," kata saya sambil berjalan ke arah pelamin. paparazi itu terus mengikut ke pelamin dan mereka terus juga merakamkan gambar.

"posing la sikit dgn kipas tu" kata salah seorang paparazi tersebut.

"bukan saya kawen laaa" kata saya lg sambil berlari2 masuk ke dlm rumah sambil mengelak aksi saya dirakam lensa mereka. hahaha. mmg lawak betul la ms tu tetapi mereka seakan x pedulikan kata2 saya.

bila pengantin dh siap, paluan kompang pun dh kedengaran dr luar rumah. tiba2 mak andam pun bersuara.

"nape x mekap ni?"

"ala, x nak la. x reti la nak mekap2 ni," jawab saya sambil mengeleng2.

"lupa lak aku nk mekapkan ko td" kata mak andam.

baguslah mak andam terlupa. x mekap pun, org ingat saya ni pengantin. kalau mekap nanti, lg la org ingat saya yg kawen.

lps sesi mkn2, ada la sesi berfoto. seorg dr paparazi td meminta maaf kpd saya kerana tersalah sangka.

"maaflah. ingat td awak yg kawen"

"kan dh ckp td, kite bkn pengantin," saya sengeh kerang.

"tp kalau nk ambik gmbr awak jugak blh x?"

"eh, x yah la. nk buat apa ambik gmbr kite. ambik gmbr pengantin je dah la,"

namun permintaan saya x diendahkan. saya cuba mengalihkan pandangan ke arah lain ketika paparazi itu mengambil gambar saya.

hahaha...mesti brother tu menyesal ambik gmbr saya. bila dia tgk balik, mesti dia terfikir balik nape dia beria2 nk ambik gmbr saya. sbb saya ni bkn fotogenik punnn....fotogedik blh la.

itu lah pengalaman saya jd pengapit.

dh jd pengapit, bila lak PP nk jd pengantin ek?hohoho...kena la tanya pihak belah sana :)

kepada edi yg sedang menghitung hari, tahniah. semoga bahagia ke akhir hayat.


p/s: dh try godek2 cari gambar saya ms jd pengapit dulu, tp x jumpa laaa...lupa lak simpan dlm laptop mana satu....

i'm back


akhirnya saya apdet la ye...

sbnrnye sejak kebelakangan ni, saya mmg agak sibuk smpi x smpt nk apdet kat sini. untuk pengetahuan kalian, saya sudah mula bekerja sejak 1 April yg lalu di sebuah sykt yg terletak di bandar baru bangi.


bz buat medical check up la, bz borong baju+tudung la, bz servis kete la, bzbody la, busy itu, busy ini, mcm2 la (mcm gambar kat atas tu). hehe.

so far, alhamdulillah. Terima Kasih, Ya Tuhan atas rahmatMU. saya gembira bekerja di tempat baru ini. Secara umumnya, skop kerja sekarang ini adalah lebih kurang sama je dgn kerja saya sblm ni. Kalau dulu GLC, skang pun GLC. Dari segi jarak tempat kerja, sama je. Jarak dr rumah ke opis di SJ adalah 70km (2 way), dan kini jarak dr rumah ke opis di BBB juga 70km (2 way).

apa yg berbeza adalah, hati saya lebih bahagia. nk tau sebab apa?

1) jumlah amaun tol yg perlu dibyr sebulan adalah kurang sgt2 dari jumlah amaun tol ke opis lama

2)jalan x jem (kalau jem pun, suam2 kuku aje atau sbb ada eksiden) sbb ramai org menghala ke KL, dan x sama haluan dgn saya

3)oleh kerana jln x jem, masa perjalanan yg diambil cuma 35 minit dan kalau jem suam2 kuku, masa yg diambil adalah 45 minit - 1 jam.Berbanding dulu, masa perjalanan adalah 1 jam - 1 jam 3o minit. Mksdnye, kehidupan kini lebih berharga sbb waktu maghrib saya dpt habiskan di rumah. balik dr opis jam 5.30 tp 6.15ptg saya dh blh sampai rumah. Kalau dulu, time maghrib tu saya tgh bersesak2 lg kat jlnraya.

4)parking free. dulu kena byr rm3 per entry.

4) of kos la sbb gaji dia pun lebih masyukkkk kannnn :) nanti mesti ramai mintak belanje ni. huhuhu

so far keje ok, encik bos pun ok...saya suka cara encik bos saya ni. yg saya perhatikan, encik bos ni mempunyai cara yg tersendiri utk approach anak2 buah dia atau nk tegur kesilapan anak buah dia. encik bos membuatkan seseorg itu berasa selesa utk berbincang. di kala ini, saya teringatkan salah sorg encik bos di opis lama yg very gentleman and humble. apa khabar agaknye encik bos di sana? hehe...

hmm...schedule saya sgt full. mmg x smpt nk apdet. bila mood tgh rajin, kena ambik nombor pulak. maklumlah kat rumah ni, kena berebut2 dgn adik2 nk online. sbg seorg kaklong yg berhati suci , mesti lah mengalah pd adik2. cheeeewahhhh. bila xde org beratur nk guna, malas pulak nk ngadap PC.

kesimpulannya, saya rs seronok dgn kehidupan sekarang. alhamdulillah. semoga hari esok lebih baik dr hari ini. Rezeki Allah dtg dari pelbagai bentuk, sumber dan juga tidak disangka2. Kita cuma perlu yakin dan mempercayainya sahaja. Terima Kasih, Ya Allah.