cuti-cuti ulangtahun perkahwinan @ hyatt regency kuantan

kalau korang tercari-cari tempat nak bercuti, meh mingming cadangkan ada satu tempat ni. memang sesuai nak rehat-rehatkan badan, rehat-rehatkan fikiran korang yang asyik pening pasal kerja-kerja opis tu.


29 Mei 2013 - tahun ni adalah tahun ketiga ulangtahun perkahwinan kami. hmmm... tak sangka, cepatnyaaaa masa berlalu. tak sangka, dah 3 tahun! rasa macam baruuuuuu aje sangat2 kitorang kahwin. tahun ni kira mcm kitorang sambut in advance 2 minggu la....lagipun masa tarikh 29 Mei tu, cuti sekolah daaa....hotel mahal dan orang ramai bila cuti sekolah. hahaha. kos perbelanjaan juga harusss diambilkira ya!

Pakej bilik kami di hotel ni beserta sarapan pagi. Banyak jugak pilihan dan sedapppp. 











kat sini ada dua swimming pool..... ni pool yang dekat dengan cafteria....
satu lagi kat sebelah bilik mingming....


Baju swimming tengah jemur, dah nak kering. petang pulak sambung swimming. bilik sebelah swimming pool lah katakan.....

mingming taklah hebat sangat berenang...kategori bergerak jugak la dalam air tu. hmmm...teringat kat kawan2 mingming masa buta degree dulu - put, pok, didie....dgn diorg la pergi swimming masa kat uitm dulu.






encik miumiu ni memang camera shy tapi dia suka tangkap gambar..... syoknyaaaaa cuti-cuti ni kannnn.....makan-makan, dating tepi pantai, berenang-renang.... bila dah sampai masa nak check out tu, rasa macam sayu...sedih semua ada....macam dikejutkan dari mimpi. dah nak kena balik KL!  hewhewhew.



mingming suka tengok gambar ni sebab suka tengok laut yg terbentang luas gituuuu.....
mingming tangkap gambar feeling feeling model....kembang-kembang hidung...hahaha



bermalam di Hyatt Regency Kuantan memang syok woooo... korang booking la bilik yang mingming duduk ni - seaview apa ntah namanya. highly recommended! menawan hati keluarga (eh, macam tagline singer pulak). hehehe. siapa cakap bercuti dalam Malaysia tak best? makan sedap, tempat cantik, bersih lagi. seronok sangat-sangat. walaupun takde apa aktiviti sangat pun, just kitorang lepak hotel dan ronda2 nearby hotel je tapi rasa macam syok sangat hanimun kali ni walau dalam Malaysia aje! actually it's about how we spend the time together :)






masa nak checkout hotel, terjumpa adik Asyiela Putri. alaaaaa....suara upin ipin tu suara dia laaa! dia dengan family dia pun nak checkout jugak. sebab lepas tu diorang nak pergi Kenyir, ada karnival upin ipin. bila mingming upload gambar, ramai kawan2 mingming ckp, kitorang macam rakan sebaya gitu. hahaha. beza umur kami 17 tahun yawwww! 



mingming sempat keek lagi dengan adik kita yang comel ni. dah anak dara dah. ada kawan mingming yang tanya, suara dia memang mcm dalam upin ipin tu ke? takde lah, suara dia biasa aje. untuk watak upin ipin je suara dia macam tu.





bai bai kuantan....jumpa lagi....


Ya Allah, terima kasih kerana menemukan kami sebagai suami isteri di dunia ini....Kau temukanlah jua kami di syurgaMu nanti.....


encik miumiu, hepi enibeseri...
i love u. 
forever tau!

No comments: