percutian bajet di jepun part 4: berjalan kaki ke tsukuba

9 Februari 2013 - pagi ini cuaca panas tapi tetap sejuk...dah nama pun musim sejuk, kan! hari ni hari sabtu, akak takde pergi uni. akak cakap, dia nak ke bandar untuk sewa kereta. akak dah booking online, pagi ni nak ambik. mingming dan encik miumiu tawarkan diri nak temankan akak pergi ambik kereta.

"akak nak pergi naik apa?" tanya encik miumiu kepada akak.

"naik bas" jawab akak.

"kalau kite jalan kaki boleh ke?" tanya encik miumiu lagi. 

"nak jalan kaki ke? 30 ke 40 minit macam tu kot kalau jalan kaki" 

"kita jalan kaki aje lah. jimat duit. boleh tengok-tengok tempat sambil jalan kaki tu" encik miumiu memberi cadangan.

kami bertiga sepakat untuk berjalan kaki. kalau naik bas, perjalanan ambik masa dalam 15 ke 20 minit untuk ke bandar tsukuba. tapi tambangnya, mahal ya amat...mahal sebab dalam kepala dah siap calculate convert duit malaysia. hahaha. biasa la, tipikal. masa pertama kali ke sini dulu, mingming dan encik miumiu dah cuba naik bas ke bandar. kalau convert duit kita, sehala aje 8 hengget. macam naik bas kl-seremban! sebab tu org cakap, bila kat obesi jangan asyik convert duit kite aje. mesti tarasa semuanya mahal!


gambar masa pertama kali datang jepun tahun 2010 dulu...
masa ni boleh la pakai baju selapis dua aje sebab masa ni baru nak mula musim luruh



 lantai bas ni oldskool gitu...lantai papan tapi secebis sampah pun tak kelihatan. sangat bersih 2.0 hehehe


 throwback japan 2010


*
*
*
*
*


ting! dah habis flashback. kembali ke 2013.


kitorang pun mula berjalan kaki. berbasikal adalah salah satu pengangkutan yang terkenal di negara jepun. tidak hairanlah kerajaan mereka menyediakan kemudahan yang mesra pejalan kaki dan penunggang basikal. kami menggunakan laluan ini (laluan dalam taman) untuk ke bandar tsukuba.

di sepanjang perjalanan, ada jugak terserempak dengan orang jepun yang sedang jogging. akak cakap orang jepun ni memang suka jogging masa musim sejuk. bagi diorang, itu adalah salah satu cara untuk diorang panaskan badan. kadang-kadang tengah hujan lebat pun diorang jogging. hmmm, pelik jugak jepun ni ye.


 beginilah pokok-pokok di kala musim sejuk. 
alhamdulillah. dapat melihat kekuasaan Allah. 
















kalau tak silap mingming, ini adalah putik bunga sakura...masa ni baru bulan februari...sakura akan keluar sekitar bulan april.





di kala pokok-pokok lain hanya punyai ranting-ranting, pokok ini sahaja yang Allah jadikan ianya berbunga di musim sejuk. subhanallah. tak ingat apa nama pokok ni. masa kitorang tangkap gambo ni, akak ada bgtau tapi mingming dah lupa. sowi. 


telefon awam


hostel student



hostel student


perjalanan masih diteruskan


jom layan beberapa pemandangan sepanjang perjalanan yang sempat dirakam....(masa tu kami kejar masa).









  peta laluan jalan dalam taman sekitar tsukuba



 adakah kami telah sesat? 



jeng jeng jeng...





kite sambung nanti ya! 




No comments: