bulan madu dalam negara pun kelasss jugak


pertama-tama sekali, nak bagitau yang cerita ini adalah sekitar bulan jun 2010. apa? 2010? dua puluh sepuluh dah habis la mingming oiiii. hmmm, 2010 memang dah habis tapi cerita 2010 belum habis saya cerita kat sini. tak pe lah, kasi chance la tuan tanah nak cerita [walaupun cerita dah basi].

masa nak dekat kahwin dulu, ramai jugak orang yang bertanya di manakah lokasi bulan madu. bila saya sebutkan nama tempat tersebut, mulalah memberi maklumbalas negatif. contoh jawapan yang diberikan adalah seperti ini, "takkan honeymoon dalam negara aje kot?" takpun ayat macam ni, "tak de tempat lain ke? boring la."

honeymoon dalam Malaysia pun ok whattt? lagipun tempat bulan madu kami ni, saya seumur hidup 27 tahun ni, memang tak pernah pergi lagi. kesiannya dengar. hehe. tempat mana la yang hang tak pernah pergi tu mingming? cameron highland. iye, serius. kalau MNG tak ajak honeymoon kat cameron highland, sampai hari ni la kot tak pernah jejak cameron highland.

alhamdulillah, cuaca baik dan kami selamat tiba ke hotel selepas lebih kurang 3 jam perjalanan. kami tiba dalam pukul 5 petang waktu tempatan. hahaha. poyo. siap cakap waktu tempatan. macam la pegi obesi. kami rancang check in tengahari tapi ada urusan kerja yang perlu diuruskan terlebih dahulu di Ipoh. waahhhh, cuti-cuti hanimun pun sempat buat kerja opis. komited kan? kan? kan? 

kami naik ke cameron highland, ikut simpang pulai. kona sana, kona sini.

 
lepas check in, kami cadang nak jalan-jalan tangkap gambar sekitar hotel. tapi, hujan la pulak. mula-mula renyai-renyai aje tapi makin lebat la pulak. MNG ambil pakej penginapan 3 hari 2 malam, siap dengan sarapan pagi dan makan malam. hmmm, memang berbaloi rasanya.

pukul 8 pagi kami dah terpacak di rumah kopi [baca: coffee house]. melantak bagai nak rak sampai hampir pukul 10. senang sikit, tak payah berhenti makan tengahari. jimat pun jimat. hehe. lepas dah isi perut secukupnya, baru lah memulakan aktiviti lawatan sambil belajar bercinta.

sekitar hotel


  makan yang disediakan pun sedap. suka!

di taman rama-rama




tak lengkaplah kan pergi cameron highland kalau tak jejak ladang teh.

hmmm...berjayakah menuju puncak? hujan pulak tu...

tapi selagi ada u disisi menemani, perjalanan yang sukar kan jadi indah. cheeeewaaahhh. jiwang kat suami takpe, kan...jom, sambil-sambil mengah nak naik tangga berbukit ni kita nyanyi-nyanyi..."takkan mungkin kita bertahan, hidup dalam bersendirian....panas terik hujan badai...kita lalui bersama". mengah aiiii nyanyi-nyanyi sambil naik bukit.

eh, asik posing aje...bila mau sampai daaa....

lepas dah mengah nyanyi-nyanyi naik bukit, akhirnya.....tadaaaa....ini dia ladang teh. selamat datang!!



lepas posing-posing, hujan pun turun dengan mula turun dengan lebatnya. kami pun cepat-cepat lari-lari turun bukit ladang teh tu. sementara tunggu hujan reda, kami ke kilang membuat teh. tak jauh pun, sebelah aje dengan ladang teh ni.

dalam perjalanan pulang, kami singgah ke Bee Farm.

tengok lebah dalam kotak kaca tu, dia bergerak-gerak la. kalau kaca tu terpecah macam mana? takut tak?

tengok, saya dah dapat 3 madu. eh, bukan madu yang tu. ni betul-betul madu. borong 3 kotak!
 

jom, tangkap gambar kat kotak bentuk love tu nak tak?

yeay! dapat tangkap gambar kat kolam bentuk love. suka! suka!

hmmm...boring pulak asik gambar awak aje yang enterframe kat sini, mingming. eh, mana ada gambar saya sorang aje? tu, ada gambar lebah, kura-kura, kala jengking jugak. hehehe. untuk pengetahuan, memang saya sengaja blur kan gambar-gambar saya. segan lah tengok gambar sendiri terpampang besar kat sini.

ok lah, sebagai tanda penghargaan, saya tepek gambar penaja percutian ini. terima kasih kepada MNG kerana sudi menaja percutian 3 hari 2 malam di cameron highland. bukan aje belanje kite  tidur hotel equitorial, siap pakej breakfast dan dinner pulak tu. best! best! makan yang penting tu!


MNG, mingming lap u lahhhh....u lap me too, kan....

2 comments:

tukangtaip said...

a'ah la mingming...kite pun tak penah gi kameron hailen ni...

mingming said...

nanti boleh la kite buat rombongan cik daya ke sinun. jommmm