detik manis


 
Apacer mingming? Senyum lebar nampak. Dapat bunga ke? Taaakkkk. Bukan mingming yang dapat bunga. Tapi bunga ni untuk adik mingming, Af masa konvo dia hari tu. Hari tu? Bila? Hehehe. Ni pun cerita 2010 yang terperam jugak.  Hak ah…af konvo bulan 10 hari tu. Tak kisah la…bulan 10 ke, bulan 11 ke. ceciter…ceciter [dgn nada macam dialog hantu kak limah balik rumah].
 
Adik saya yang no 4 ni, nama dia af.  Dak Af ni dari kecit-kecit-comel-lote sampai la tinggi-encem sekarang ni, dia memang paling genius antara kami adik beradik. Dulu masa af darjah 3, dia terpilih terus lompat masuk darjah 5. Af ni bukan je terror lompat darjah tapi terror jugak sukan lompat berpagar. masa UPSR, af dapat 5A. Alhamdulillah, Af dapat tawaran ke MRSM. dah nama pun budak emaresem, mesti la PMR straight A's punya kan. PMR dah setel, SPM pulak. memang A aje la memanjang. agaknya tuah nama dia pangkal huruf A kot. 

Lepas SPM, Af pergi temuduga untuk masuk MIAT. tapi Af dapat surat tawaran masuk MIAT  lepas Af dah daftar kat UTM. Lepas fikir punya fikir, Af malas pulak nak tukar pergi MIAT sebab kat UTM dah mula sesi kuliah. [hihihi. macam skema pulak]. Lagipun course yang kat MIAT tu sama dengan course yang Af ambik kat UTM - engineering aeronautik macam Maher Zain tapi masa tu tak kenal Maher Zain lagi la kan.

Rasa macam baru aje sekejap hantar Af masuk asrama kat UTM nun. Tup tup dah konvo pulak. Sekejapan sungguh. *sambil tangan menongkat dagu dan mata pandang ke atas. ala, macam gaya orang tengah berangan tu. 

 Ok lah, cakap banyak tak guna. masa untuk menyerahkan bunga kepada graduan kita. tahniah, bro! dah nama pun lelaki, tak heran dia dengan bunga.

 af : poyo betul la dia ni. cakap lebih-lebih kang, kakak sendirik
ummi: hang macam tak biasa pulak dengan kaklong hang ni


cerita selingan: masa dok round-round booth kat konvo utm ni, saya terserempak dengan Rina Salleh. Rina ada bukak booth jual shawl kat sini. Sempat jugak lah tanya dia booth dia kat mana dan borak-borak pasal GM 3, masa tu belum final lagi. takde kamera pulak kat tangan masa terserempak tu. tak adalah gambar saya dengan rina. masa pergi booth dia kat ukm hari tu, kamera rosak la pulak. tak dapat tangkap gambar dengan Rina lagi.

ok, sambung cerita konvo. selain dari perkahwinan saya, konvo af lah yang membuatkan 2010 menjadi lebih bermakna buat ummi dan ayah saya. nak tau kenapa? sebab af dapat pingat emas! kenapa dia dapat pingat emas? sebab af dapat anugerah dekan setiap semester!! alhamdulillah.

tengok tu. gediknya. kakak siapa lah tu.

orang selalu gigit medal. hang ni mingming, nak jilat medal pulak. gediks.


acara hampir bermula. Af membetulkan songkok dan merapikan pakaian sebelum berarak ke dewan. 
 kami bangga dengan kejayaanmu, adikku. hilang penat dan panas bontot memandu dari KL ke JB.


budak-budak ni semua pakat letak tangan kat hidung, nak cover separuh muka tapi kawan af yang chinese sorang ni [tu yang  paling tinggi,dok tengah-tengah], letak tangan kat bawah dagu pulak. kuikuikui. 

seronok tengok mereka gembira bergambar di hari konvo. teringat saya masa konvo saya tahun 2007 dulu kat uitm. memang! bagi saya, majlis konvo adalah antara detik manis dalam kehidupan. tak kisah lah konvo diploma ke, ijazah ke, master ke...tapi memang perasaannya tu lain macam. semangat berkobar-kobar. termasuklah gambar ala-ala konvo masa habis tadika dulu. berdiri pun tegak aje, bangga gila muka. hehehe.





 
kawan af ni macam gambar artis nak buat cover album setem aje.


 





overnya hang ni, mingming! siapa yang grad ni? bukan main lagi hang melompat. hehehe. eh, bukan saya aje yang teruja tau. tengok, mula-mula amir malu-malu nak enterframe [gambar kiri]. lepas tu, amir pun join saya dan af bergambar. afdhal baling mortar board, saya lompat sambil pegang tempat letak skrol akademik UTM, amir baling songkok.

sempat jugak bergambar dengan keluarga busu. busu ni adik ayah saya dan juga kawan baik ummi saya ketika di maktab perguruan masa ummi saya anak dara dolu-dolu. wahhhhh, tengok paksu pun dah pakai kamera SLR. anak busu pun konvo sama dengan af. anak busu, mat khir pun ambik engineering aeronautik macam maher zain jugak. dak mat khir  pakai baju kemeja dan tali leher. mat khir tak pakai baju melayu hitam macam af sebab tak nak pakai songkok. busu cakap, mat khir nak jaga rambut lah teeeewwww....



 comel. ayah membetulkan mortar board af yang kelihatan senget
 
 ok, jangan gerak-gerak.

 
1,2,3...cunnnnnnn.

meminjam caption af dari pesbuk dia. [eh, betul ke pesbuk nak tutup? hohoho]

"sekadar untuk berkongsi kegembiraan dan seribu penghargaan, jauh dari perasaan bangga diri kerana kejayaan ini adalah kejayaan anda semua. terima kasih atas doa, tunjuk ajar, nasihat dan panduan dari guru-guru, sahabat, keluarga dan semua sekali. Doakan moga beroleh kejayaan lagi pada sesi konvo untuk ijazah 3 tahun lagi.amin..." ~ af





Orrin Hatch kata, "Graduation is not the end; it's the beginning".

Af, kami sentiasa mendoakan kejayaanmu dan rakan-rakan. Semoga kejayaan hari ini menjadi inspirasi untuk terus berjaya di masa akan datang. semoga dipermudahkan segala urusan agar kecemerlangan terus berpanjangan. amiinnnn.



2 comments:

Anonymous said...

i da tukar link blog
http://blogsyiq.blogspot.com/

-adik yu

anak en lee said...

yang...

rajin2 laaa update blog tau! (cewwaaahhh..mcm laa aku rajin beno!) hehehe..

** be my follower! ;p