episod 3

keesokan paginya, saya bangun pagi dgn menggelabah sbb memikirkan 1st test subjek akaun yg tinggal lagi sehari itu. mana taknya, malam td sibuk tgk cd sampai larut malam.

saya yg mula2 buat dek tiba2 jd mcm cuak je. saya pun taip sms pada MNG.

"bila nk ajar aku akaun?"

"aku kelas petang. pagi ni aku takde kelas. kau free ke?"

"aku habis kelas kul 10. ok nanti jumpe kat library la"


lps habis kelas jam 10 pg, saya ke library. terus saya duduk di hadapan MNG yg sudah menunggu saya dgn senyuman.

saya pun mula la sesi tusyen dgn MNG tp baru 5 minit berlalu, saya dh ajak borak, bukak topik pasal schoolmates kitorg. saje nk update citer kawan2. nmpk sgt la saya ni tak fokus pada apa yg dia cuba terangkan.

"tak pe2. ms otak tgh fresh ni, kite study dulu. nanti bila dh penat study baru kite smbg borak2, citer2 ye" suara MNG lembut aje, mcm org pujuk anak2 kecik. hehe.

saya senyum dan angguk kepala bila MNG berkata begitu. saya tak terasa pun bila MNG berkata begitu. mungkin nada MNG itu yg buat saya tak terasa mcm mamat ni poyo ke, mamat ni berlagak ke atau apa2 perasaan yg menjengkelkan.

saya pun cuba fokus bila saya lihat MNG yg bersungguh2 mengajar saya sedangkan mata saya asyik leka tengok org yg lalu lalang di sekeliling saya.

ada juga kawan2 yg nmpk kami mengusik kami.

"study akaun dgn pakwe ke?"

"eh, mana ada. ni bukan pakwe aku la. dia schoolmate aku dulu tp dia part 2" saya memperkenalkan MNG pada kawan2 saya itu.

akhirnya, sedikit sebanyak ada la 10% yg MNG ajar masuk ke kepala saya. benarlah kata org2 tua, jika sesuatu benda tu kita ckp susah, susah la jdnya. tp MNG cuba membuatkan saya suka subjek akaun ini.

lps hampir 1 jam 30 minit saya ber-tusyen, saya rasa saya dh penat menerima segala input yg MNG beri. malah, MNG juga perasan.

"hmmm, tak pe lah. dh penat ye? ok, kite rehat dulu. dh byk sgt input. eh, td ko nk citer apa? citer la. aku nk dengar ni"

saya pun apa lg, bila diberi peluang mcm tu. td bukan main mcm longlai aje. tiba2 saya terus segar bugar dan MNG seakan seronok dgr mulut becok saya ni bercerita tentang itu-tentang ini.

tgh2 bercerita, saya toleh jam di tgn kiri saya.

"hah? dh kul 12.30? patut la lapar. hmmm, hari ni dwn mkn masak lauk ayam. kena cepat ni, nanti beratur panjang. ok la, nk balik laaa"

MNG pun tolong saya kemas buku2 saya yg berselerak atas meja.

"bila nk sambung study lg?"

"hah? tak yah sambung la. cukup la, lulus je pun dah ok. aku sambung belajar sendiri je kat bilik"

MNG senyum aje. sbb niat saya mmg sekadar nk lulus aje utk 1st test ini. biasa la, study last minit. esok nk test, baru hari ni nk bukak buku.

"ok la, tima kasih. baiiii". saya terus meninggalkan MNG dan saya dgn kalut2 balik kolej. sudah terbayang2 lauk ayam di dwn mkn.



apa la mingming niiiii


hmmm...benar kata MNG yg saya ni suka fikir yg bukan2...terpengaruh dgn cerita-cerita drama di televisyen barangkali. huhu. bak kata MNG, apa la mingming niiii.....

ayahbonda MNG akan dtg ke rumah saya utk berjumpa dgn ayah dan ummi saya hujung minggu ni. hmmm, satu perkembangan yg positif :)

saya anggap perkhabaran yg MNG sampaikan pada hari sabtu itu merupakan salah satu hadiah hari kelahiran saya. ya, hari sabtu itu @ 24 oktober ialah hari kelahiran saya yg ke 26. (kata ummi, masa umur ummi 26 tahun, ummi dh ada anak sorg dahhhh). namun, kedatangan mereka bukanlah dgn niat terus nak meminang tapi lebih ke arah nak berkenal-kenalan dgn keluarga kami dahulu. menurut ayahanda MNG, kena la dtg jumpa orgtua saya dahulu. manalah tau yg orgtua saya ada calon lain utk saya.

"manalah tau, kot ayah syg tak suka ayah abg ke?"

"kenapa lak ayah syg tak suka ayah abg? sape yg nak kawen? bukan ayah syg yg nk kawen dgn ayah abg, kan" saje saya mengusik MNG.

hmmm...semalam saya dan MNG survey rumah utk dibeli. rumah yg kami survey tu ok. harga pun kena la dgn budget kami MNG tapi yg tak ok ialah kawasan sekeliling taman perumahan itu yg agak tidak menarik. ye la, bukan sikit2 duit yg keluar utk memilik rumah sendiri jadi semua faktor perlu diambil kira sebelum membuat keputusan membeli. tiada rejeki kami di situ. cuba lagiiiiii :)


mungkinkah terjadi

saya terima panggilan dari MNG pagi td.

"syg, abg dh bincang dgn mak abg tp mak tanya kat abg, dh finalise ke nk kawen dgn siapa?"

"nape mak tanya mcm tu? bunyi mcm dia ada calon lain utk abg je"

"syg ni suka fikir bukan2 tau. abg jwb dgn mak, dah finalise dah pastu mak tanya dh bape lama abg kenal dgn syg? abg jwb kat mak, dah 7 tahun. then, mak diam je"

(perbualan seterusnya tak penting).


sebenarnya lps balik dr jumpa bonda MNG lg saya sudah berasa agak gusar dan tertanya2 apakah pandangan bonda MNG terhadap hubungan kami kerana bonda MNG seakan tidak memberi apa2 reaksi. malah, saya menulis entri sebelum ini pun hanyalah sekadar nak sedap kan hati sendiri dan cuba berfikiran positif. sebab MNG asyik kata, saya suka fikir yg bukan2 dan kerapkali MNG meyakinkan saya yg bondanya OK aje.

mungkinkah perkahwinan ini akan terjadi?

Oh Tuhan, kau berikanlah apa yg terbaik utk kami. sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.
Jika dia jodoh untukku, maka Kau permudahkanlah urusan kami menjadi pasangan yg sah dan diredhaiMU, Ya Allah.


~petang yg suram~

debaran di deepavali

hahaha...tajuk tak boleh blah...pada cuti hari deepavali yg lalu (eh, nape mcm karangan budak darjah 6 lak ni?), MNG telah membawa saya berjumpa dgn bonda MNG buat kali pertama dlm sejarah hidup saya. perasaan saya masa tu? sgt berdebar2, rasa mcm nk gi interview keje je ms tu.

mujur adik saya, yaya sudi menemani saya ke kediaman MNG pada petang itu dan kami dijamu bihun sup. ayahanda MNG terkejut bila mendapat tahu saya menetap berhampiran dengan rumah pakcik MNG (adik bonda MNG). cuma yg ayahanda MNG tak tahu, saya bukan sahaja menetap berhampiran malah saya adalah jiran depan rumah adik iparnya itu :) dan jiran depan rumah saya itu juga tidak tahu yg saya berpacaran dgn anak saudaranya. pernah sekali MNG terkantoi dgn pakciknya itu ketika menunggu saya di hadapan rumah tapi MNG pandai 'cover line' sbb lokasi pejabat MNG berhampiran kawasan perumahan saya.

tak banyak yg saya bualkan dengan ayahbonda MNG. mungkin mereka penat sbb baru balik open house di dua buah rumah. saya jd kekok bila mereka diam sahaja sambil menonton tv. sesekali saya cuba memecahkan suasana dgn cuba membuka topik tp ternyata cubaan saya kurang berjaya. MNG pulak sibuk siram bunga kat halaman rumah.

selesai sepinggan bihun sup kami balun makan, kami meminta diri kerana hari hampir lewat lgpun mlm itu kami ada jemputan lain. maklumlah syawal pun tak lama lagi bakal melabuhkan tirainya.

malam itu, saya sms pada MNG bertanyakan reaksi bondanya. menurut MNG, bondanya mmg seorang yg agak kurang bercakap lebih2 lg dgn org yg pertama kali bersua muka. hmmm, lebih kurang sifat MNG laaaaa.....

maka saya rasa (ceh, perasan) saya telah lulus ujian yg satu ini....yipppiiieee


episod 2

entri sebelum ini saya menceritakan kembali detik pertemuan saya dan MNG setelah 2 tahun tidak berjumpa. detik itu terjadi pada hari selasa. dan sambungan di bawah adalah terjadi pada keesokan harinya iaitu hari Rabu.

pada hari rabu mlm khamis itu, kelas saya diarahkan oleh ustazah yg ajar subjek agama untuk menghadiri kuliah maghrib di Pusat Islam. (Pusat Islam ni adalah nama lain untuk masjid kat uitm). semua wajib hadir kerana ada markah kedatangan untuk carry marks.

saya pun pergi Pusat Islam dlm keadaan terpaksa. kalau ke tempat2 kebaikan mesti berat je rasa nk pergi. kalau buat jahat tu, mmg cepat aje syaitan tu hasut. astagfirullah. ms kuliah maghrib tu, saya main2 handset. saya 'miss call' semua org yg ada dlm list phonebook handset saya termasuklah MNG. tak seorg pun yg return call saya bila saya main2 miss call (ye lah, sape la yg suka layan kan kalau org main2 miss call ni) tp MNG terus call saya.

alamak, dia call pulak. nk angkat ke? hati kecil saya bertanya. saya tak tau kenapa saya butang tekan hijau untuk angkat panggilan MNG.

"helo, ni mingming ye?" teka MNG

"hak, ah..." jwb saya dlm suara yg perlahan. (dh la dlm masjid lak tu)

"lama aku tunggu ko call. nk belajar akaun ke?"

"err...tak lah. aku ter-call td, ada program kat PI ni."

"bila nk belajar nanti, bgtau lah. test hr jumaat, kan?"

"aaaa...tak pe. ada masa 1 hari lg. nanti aku call"

adusssss....camne la boleh aku ter-call dia ni....dia ingat pulak psl belajar akaun tuuuu....kenapa dia tunggu2 lak aku call? tak yah angkat call td pun, tak pe...hmmm....soal saya bertalu2 dlm hati.

lps tu, aktiviti saya utk main2 'miss call' nama2 seterusnya lps nama MNG terus terhenti dan saya terus seakan khusyuk mendengar kuliah maghrib. tetapi sebenarnya fikiran saya menerawang dgn soalan2 pada diri sendiri.

sape yg nk ambik test jumaat ni? aku ke dia? aku yg nk ambik test, kenapa dia pulak yg seakan risau aku tak study utk test?

lps kuliah maghrib, saya balik bilik. akak bilik saya ajak tgk cd kat bilik kwn dia (bilik dpn saya), tak ingat cd citer apa tp bukan cd terlarang tauuuu. terus saya terlupa psl MNG. apa lg psl nk study utk test akaun saya pd lusanya. hehehe


....nanti sambung lg lah....

saya dan MNG


hehehe...saya bukan mahu bicarakan tentang jenama MNG ye, kawan2...tapi saya mahu kongsikan cerita tentang MNG saya. adalah diingatkan (kepada diri saya sendiri), bahawa entri ini bukanlah niat mahu menunjuk-nunjuk atau membangga diri yg pakwe-aku lah-yg-terbaek tapi hanya sekadar coretan kenangan saya tentang dia - yg saya anggap sebagai teman, sahabat dan kekasih. sbb saya sukar nk berkongsi cerita psl MNG dgn ramai org kerana bimbang di salah anggap tp saya rasa tak salah kot nk flashback balik cerita saya dan MNG kat sini. MNG tak pernah tahu yg saya ada wujudkan blog ini. bila dh kahwin nati, baru saya akan tunjukkan blog saya ini pdnya.

mungkin jua entri ini boleh ditujukan kepada teman-teman lain, atau adik2 saudara atau anak saudara saya yg mungkin risau kerna tidak mempunyai teman. jgn kalian risau, teruskan berdoa agar ditemukan dengan seorg lelaki baik, yg dpt menerima kita seadanya kita dan mendekatkan kita pada DIA. kerana saya ingin sekali kalian tanamkan pada diri rasa yakin dan hargai diri sendiri dgn kelebihan masing2. ya lah, kdg2 dlm iklan tv atau drama tv, kita kerap disajikan dgn perempuan cantik dpt kerja, ada teman lelaki dan sebagainya. Allah itu Maha Adil, mungkin kamu tidak dikurniakan dgn kelebihan paras rupa tapi kamu ada kelebihan lain. hanya diri kita sendiri yg mengenali diri sendiri.

mungkin ramai lelaki sukakan perempuan yg cantik, seksi, berambut lurus, tidak gemuk. itu semua lumrah. namun percayalah masih ramai lg lelaki yg baik hati, jujur dan tidak memandang hanya kepada paras rupa atau seksi semata-mata. perkahwinan adalah satu perkara yg serius. jgn terlalu terdesak mencari teman lelaki, biarkan perasaan itu hadir secara semulajadi. kerana saya lebih suka perkara2 yg spontan atau yg berlaku secara semulajadi berbanding yg dibuat2.

saya juga tak nafikan yg lelaki mmg pandai dlm meng-ayat2 cinta dan jgnlah kamu terbuai2 dgn ayat2 cinta mereka. jika kamu keliru dgn perasaan kamu, rujuklah pada DIA. berdoa dan lakukanlah solat istikharah mohon petunjuk kerana DIA lebih tahu apa yg terbaik utk hambaNYA. (ini adalah pendapat peribadi. mungkin lain org lain pendapat kerana apa yg saya katakan sebentar td adalah hasil dr pemerhatian dan pengalaman org2 disekeliling saya.)

hmmm....panjang pulak membebel. ok, balik ke topik asal. cerita tentang saya dan cinta pertama. saya mengenali MNG ketika di tingkatan 1 dan kami merupakan rakan sekelas. Pastinya saya tak hiraukan MNG sgt kerana MNG seorang yg pendiam di dlm kelas berbanding saya yg sgt becok dan brutal (ceh, konon. ye la sbb dulu perangai mcm tomboy sket. huhu).

selepas PMR, MNG berpindah ke sekolah lain dan saya juga berpindah ke sekolah lain. kami berjumpa semula di UiTM ketika saya di semester 1 diploma. Pertama kali terserempak adalah di Pejabat Kolej. Ketika itu dia ada urusan di pejabat kolej dan saya dalam perjalanan pulang ke kolej (utk sambung tidur sbb kelas pukul 8pg dibatalkan).

MNG : mingming
saya : haiii (dlm senyum terpaksa)
MNG : takde kelas ke?
saya : kelas cancel laaa. aku nk balik bilik la, nk sambung tidur.
MNG : alaaa lepak la dulu, borak2 dgn aku
saya : katil dh panggil2 aku ni
MNG : borak kejap je...kite kan kwn lama. tak sangka lps 2 tahun, jumpe kat sini
saya : hak ah...ada gak 4-5 org budak skola kite aku nmpk kat sini.
MNG : budak skola kite yg lain aku tak tegur. aku tegur ko sorang je
saya : apasal lak?
MNG : aku mcm cam muka diorg tp aku x ingat nama diorg. aku ni susah sket la nk ingat nama2 org ni
saya : nama aku ko ingat tak?
MNG : sbb aku ingat nama ko la, aku tegur ko. siap nama penuh ko, aku ingat tauuuu
saya : ye ke? apa nama penuh aku?
MNG : _ a_ _ a_i _ u_ _ i_ binti _ o_ _ _u_ _ _
saya : wahhhh siap binti sekali tuuuu. apasal nama aku ko blh ingat, nama org lain ko tak ingat?
MNG : ala, sape yg tak kenal ko... kecoh, suka bising dlm kelas, asik bercakaaaaap aje. sbb tu aku blh ingat.

hahaha....untung gak jd si mulut becok ni ye. kalau bukan sbb saya becok ms zaman sekolah2 dulu, mesti MNG tak ingat psl saya. sbb saya bukanlah blh dikategorikan sebagai pelajar junior yg comel, cantik, yg ramai secret admirer, yg selalu dpt coklat bwh meja. saya ketika di sekolah dahulu adalah seorg yg tak kuat lari (gemuk), hitam, brutal, suka kenakan budak laki, suka tidur dlm kelas (maklumlah sekolah asrama), mcm2 la.


saya masuk 1 semester lewat dr MNG sbb sebelum ini, saya mengambil TESL di sebuah ipt lain atas kehendak ummi saya yg mahu saya bergelar guru. (biasalah, kalau dh mak cikgu mesti dia nk anak dia pun jd cikgu). setelah 1 semester bergelar pelajar TESL, saya merasakan yg saya tak minat nk jd cikgu dan saya cuba memohon untuk intake hujung tahun UiTM tanpa pengetahuan keluarga.

MNG : ko baru masuk ke? sebelum ni aku tak pernah nmpk pun
saya : hak ah...dulu aku ambik tesl. ko ambik kos apa ek?
MNG : aku ambik IA
saya : eh, samalah kite. oooo ko ni kira senior aku laaa...aku mintak kos lain, dpt kos ni.
MNG : ala, senior 1 sem je. so far ok ke kat sini?
saya : semua ok cuma subjek akaun je laaa....budak kelas aku pun ramai yg tak ambik akaun ms skola dulu. jumaat ni ada 1st test, hmmm, tak tau la camne
MNG : akaun senang la. akaun la subjek feveret aku. kalau ko dh dpt buat akaun, mesti ko suka
saya : nape ko x ambik akaun?
MNG : aku dh apply tp dpt kos lain. aku pun tak tau nape aku tak dpt akaun. nk kata result tak ok, aku dpt A1 utk akaun. hmmm, tak kisah lah. asalkan dpt belajar. so kalau ko nk mntk aku ajar akaun, aku blh tolong sket2
saya : oh ye ke? hmmm, tak pe lah. wei, lain kali kita borak lg. aku ngantuk la
MNG : ok la...bape no tepon ko eh?
saya : tak pe, ko bg je no tepon ko. papehal nanti aku call, ko tak yah call aku
MNG : 01x-xxxxxxx. kalau ko nk belajar akaun, sms lah aku


kami bersurai. dlm hati saya berkata, malas la aku nk call mamat ni. sbb tu saya tak bg no tepon saya kepada MNG. hihihi....


panjang la pulak....bersambunglah nanti....

co-ba-an kah?


Saya menerima panggilan telefon dari MNG beberapa jam sebelum MNG berangkat ke kota paris atas urusan kerja.

perbualan telefon itu tidak perlu dicatat di sini kerana tidak penting tetapi ada satu perkara yg membuatkan saya rasa seriau.

MNG : sayang, abg dh ckp dgn mak abg.
saya : cakap apa?
MNG : haih, kata nk kawen....
saya : hehehe...abg dh ckp ek? abis tu, mak abg ckp apa?
MNG : mak suruh abg bwk syg dtg rumah, dia nk kenal la dulu sebelum dia hntr cincin
saya : haaaa??? alaaaaa....mcm takut je nk gi jumpa parents abg. betul ke ni? bukan panggilan hangit ke ni?
MNG : ni bukan panggilan hangit. bukan cobaan. ready je la. lps abg balik dr france ni, abg bwk syg gi jumpe mak abg. kalau tak smpt hujung minggu ni, hujung minggu depan. ajaklah adik temankan nanti.
saya : alaaaa, syg cuak laaaa. segan pun ada. syg kan pemalu orgnya, nanti syg dtg rumah
abg, syg nk pakai topeng H1N1 laaa. kalau nk pakai purdah, mcm alim sgt pulak.
MNG : paaakailah, sayang. abg nk tengok nanti syg pakai ke tak topeng tu ms dtg rumah abg
saya : abg gi sana seminggu je kan? kalau abg nk buat keje kat sana 2-3 minggu pun tak pe. lmbt sket syg jumpe mak abg
MNG : ye lah tu...


walaupun perbualan itu telah berlalu dua hari lepas, tapi saya berasa sgt berdebar2. perasaannya seakan menunggu keputusan SPM aje. bunyi kompang mcm semakin dekat dgn telinga saya.

saya berbual dgn beberapa teman rapat dan sepupu berkaitan perkara ini. tapi secara umum sahaja. tidak pula saya nyatakan yg saya akan pergi menemui ayahbonda MNG dlm masa terdekat ini.

"bercinta bukan main lama, 7-8 tahun. bila lg nk jumpe parents dia?"

"perahsia betul dia tu ye..."

itulah antara kata2 mereka bila kami berbicara topik ini. ya, MNG mmg sgt perahsia orgnya. cuma teman baik dia sejak sekolah itu seorang sajalah yg tahu tentang kami. bukan MNG tidak rapat dgn ahli keluarganya tapi bila masuk bab2 chenta hati ni, MNG cukup berahsia. saya juga akui agak sukar membuat telahan apa yg tersirat di dlm hati MNG.

apalah agaknya reaksi ayahbonda MNG bila mendapat tahu saya adalah jiran pakcik MNG (adik bonda MNG) kerana rumah saya cuma selang 4 rumah sahaja dgn rumah pakcik MNG. sedangkan setiap tahun mereka pasti datang beraya ke rumah pakciknya itu. mmg tmbh surprise-lah. hehehe

saya setkan dlm diri, just be urself dan bersederhana saje. mmg saya perlu kawal cara gelak saya yg terbahak-bahak itu. terkejut pulak ayahbonda MNG nanti jika saya over acting sbb MNG sendiri seorg yg soft spoken dan low profile. ya, kami mmg sgt kontras.

saya nyatakan hasrat MNG itu kpd ummi. pesan ummi kepada saya cuma satu - jgn gedik ms kat rumah org. hehehe

(hari ini boleh la saya katakan pd diri yg sudah sedia utk ke rumah MNG tapi hari ni baru hari isnin....tak tau la nanti bila betul2 tiba masa nk ke rumah MNG.... maklumlah, saya ni berdarah gemuruh. hohoho).