episod 2

entri sebelum ini saya menceritakan kembali detik pertemuan saya dan MNG setelah 2 tahun tidak berjumpa. detik itu terjadi pada hari selasa. dan sambungan di bawah adalah terjadi pada keesokan harinya iaitu hari Rabu.

pada hari rabu mlm khamis itu, kelas saya diarahkan oleh ustazah yg ajar subjek agama untuk menghadiri kuliah maghrib di Pusat Islam. (Pusat Islam ni adalah nama lain untuk masjid kat uitm). semua wajib hadir kerana ada markah kedatangan untuk carry marks.

saya pun pergi Pusat Islam dlm keadaan terpaksa. kalau ke tempat2 kebaikan mesti berat je rasa nk pergi. kalau buat jahat tu, mmg cepat aje syaitan tu hasut. astagfirullah. ms kuliah maghrib tu, saya main2 handset. saya 'miss call' semua org yg ada dlm list phonebook handset saya termasuklah MNG. tak seorg pun yg return call saya bila saya main2 miss call (ye lah, sape la yg suka layan kan kalau org main2 miss call ni) tp MNG terus call saya.

alamak, dia call pulak. nk angkat ke? hati kecil saya bertanya. saya tak tau kenapa saya butang tekan hijau untuk angkat panggilan MNG.

"helo, ni mingming ye?" teka MNG

"hak, ah..." jwb saya dlm suara yg perlahan. (dh la dlm masjid lak tu)

"lama aku tunggu ko call. nk belajar akaun ke?"

"err...tak lah. aku ter-call td, ada program kat PI ni."

"bila nk belajar nanti, bgtau lah. test hr jumaat, kan?"

"aaaa...tak pe. ada masa 1 hari lg. nanti aku call"

adusssss....camne la boleh aku ter-call dia ni....dia ingat pulak psl belajar akaun tuuuu....kenapa dia tunggu2 lak aku call? tak yah angkat call td pun, tak pe...hmmm....soal saya bertalu2 dlm hati.

lps tu, aktiviti saya utk main2 'miss call' nama2 seterusnya lps nama MNG terus terhenti dan saya terus seakan khusyuk mendengar kuliah maghrib. tetapi sebenarnya fikiran saya menerawang dgn soalan2 pada diri sendiri.

sape yg nk ambik test jumaat ni? aku ke dia? aku yg nk ambik test, kenapa dia pulak yg seakan risau aku tak study utk test?

lps kuliah maghrib, saya balik bilik. akak bilik saya ajak tgk cd kat bilik kwn dia (bilik dpn saya), tak ingat cd citer apa tp bukan cd terlarang tauuuu. terus saya terlupa psl MNG. apa lg psl nk study utk test akaun saya pd lusanya. hehehe


....nanti sambung lg lah....

No comments: