debaran di deepavali

hahaha...tajuk tak boleh blah...pada cuti hari deepavali yg lalu (eh, nape mcm karangan budak darjah 6 lak ni?), MNG telah membawa saya berjumpa dgn bonda MNG buat kali pertama dlm sejarah hidup saya. perasaan saya masa tu? sgt berdebar2, rasa mcm nk gi interview keje je ms tu.

mujur adik saya, yaya sudi menemani saya ke kediaman MNG pada petang itu dan kami dijamu bihun sup. ayahanda MNG terkejut bila mendapat tahu saya menetap berhampiran dengan rumah pakcik MNG (adik bonda MNG). cuma yg ayahanda MNG tak tahu, saya bukan sahaja menetap berhampiran malah saya adalah jiran depan rumah adik iparnya itu :) dan jiran depan rumah saya itu juga tidak tahu yg saya berpacaran dgn anak saudaranya. pernah sekali MNG terkantoi dgn pakciknya itu ketika menunggu saya di hadapan rumah tapi MNG pandai 'cover line' sbb lokasi pejabat MNG berhampiran kawasan perumahan saya.

tak banyak yg saya bualkan dengan ayahbonda MNG. mungkin mereka penat sbb baru balik open house di dua buah rumah. saya jd kekok bila mereka diam sahaja sambil menonton tv. sesekali saya cuba memecahkan suasana dgn cuba membuka topik tp ternyata cubaan saya kurang berjaya. MNG pulak sibuk siram bunga kat halaman rumah.

selesai sepinggan bihun sup kami balun makan, kami meminta diri kerana hari hampir lewat lgpun mlm itu kami ada jemputan lain. maklumlah syawal pun tak lama lagi bakal melabuhkan tirainya.

malam itu, saya sms pada MNG bertanyakan reaksi bondanya. menurut MNG, bondanya mmg seorang yg agak kurang bercakap lebih2 lg dgn org yg pertama kali bersua muka. hmmm, lebih kurang sifat MNG laaaaa.....

maka saya rasa (ceh, perasan) saya telah lulus ujian yg satu ini....yipppiiieee


No comments: