cuti-cuti ulangtahun perkahwinan @ hyatt regency kuantan

kalau korang tercari-cari tempat nak bercuti, meh mingming cadangkan ada satu tempat ni. memang sesuai nak rehat-rehatkan badan, rehat-rehatkan fikiran korang yang asyik pening pasal kerja-kerja opis tu.


29 Mei 2013 - tahun ni adalah tahun ketiga ulangtahun perkahwinan kami. hmmm... tak sangka, cepatnyaaaa masa berlalu. tak sangka, dah 3 tahun! rasa macam baruuuuuu aje sangat2 kitorang kahwin. tahun ni kira mcm kitorang sambut in advance 2 minggu la....lagipun masa tarikh 29 Mei tu, cuti sekolah daaa....hotel mahal dan orang ramai bila cuti sekolah. hahaha. kos perbelanjaan juga harusss diambilkira ya!

Pakej bilik kami di hotel ni beserta sarapan pagi. Banyak jugak pilihan dan sedapppp. 











kat sini ada dua swimming pool..... ni pool yang dekat dengan cafteria....
satu lagi kat sebelah bilik mingming....


Baju swimming tengah jemur, dah nak kering. petang pulak sambung swimming. bilik sebelah swimming pool lah katakan.....

mingming taklah hebat sangat berenang...kategori bergerak jugak la dalam air tu. hmmm...teringat kat kawan2 mingming masa buta degree dulu - put, pok, didie....dgn diorg la pergi swimming masa kat uitm dulu.






encik miumiu ni memang camera shy tapi dia suka tangkap gambar..... syoknyaaaaa cuti-cuti ni kannnn.....makan-makan, dating tepi pantai, berenang-renang.... bila dah sampai masa nak check out tu, rasa macam sayu...sedih semua ada....macam dikejutkan dari mimpi. dah nak kena balik KL!  hewhewhew.



mingming suka tengok gambar ni sebab suka tengok laut yg terbentang luas gituuuu.....
mingming tangkap gambar feeling feeling model....kembang-kembang hidung...hahaha



bermalam di Hyatt Regency Kuantan memang syok woooo... korang booking la bilik yang mingming duduk ni - seaview apa ntah namanya. highly recommended! menawan hati keluarga (eh, macam tagline singer pulak). hehehe. siapa cakap bercuti dalam Malaysia tak best? makan sedap, tempat cantik, bersih lagi. seronok sangat-sangat. walaupun takde apa aktiviti sangat pun, just kitorang lepak hotel dan ronda2 nearby hotel je tapi rasa macam syok sangat hanimun kali ni walau dalam Malaysia aje! actually it's about how we spend the time together :)






masa nak checkout hotel, terjumpa adik Asyiela Putri. alaaaaa....suara upin ipin tu suara dia laaa! dia dengan family dia pun nak checkout jugak. sebab lepas tu diorang nak pergi Kenyir, ada karnival upin ipin. bila mingming upload gambar, ramai kawan2 mingming ckp, kitorang macam rakan sebaya gitu. hahaha. beza umur kami 17 tahun yawwww! 



mingming sempat keek lagi dengan adik kita yang comel ni. dah anak dara dah. ada kawan mingming yang tanya, suara dia memang mcm dalam upin ipin tu ke? takde lah, suara dia biasa aje. untuk watak upin ipin je suara dia macam tu.





bai bai kuantan....jumpa lagi....


Ya Allah, terima kasih kerana menemukan kami sebagai suami isteri di dunia ini....Kau temukanlah jua kami di syurgaMu nanti.....


encik miumiu, hepi enibeseri...
i love u. 
forever tau!

bila suami bawak balik betina ke rumah....

wahhhhhh tajuk kemain lagi kannnnn.... hewhewhew.

meh, mingming stori mori...
di suatu hari yang indah, angin bertiup sepo-sepoi bahasa, suami mingming keluar lepak dgn kawan2 dia..... tiba-tiba masa dia balik tu, mingming nampak dia bawak balik betina tu. mingming pun terkejut la. suami terus pegang tangan dan peluk pinggang mingming ajak masuk rumah.

kat dalam rumah, suami mingming mintak izin mingming untuk dia jagakan betina tu. 
mingming tanya, "mana dapat dia tu?"
suami jawab, "ada kawan mintak tolong jagakan"
mingming tanya balik, "kenapa kite kena jagakan pulak?"
suami diam. 
reaksi mingming - macam nak marah, tapi bila tengok muka betina ni, jadi kesian pulak.

saspen takkk?

      



siapakah betina itu?







jeng jeng jeng........





mau nya tak terkejut, sekali 4 ekor pulak tu - semua betina! tak pernah ada ahli keluarga kitorg yang pernah bela kucing. suami kite pun bukan jenis orang yang suka gila kat kucing, tetiba cakap nak bela kucing. 

pak mertua mingming lagi laaaa....memang anti dengan kucing. family mingming pun tak ada yang bela kucing. dulu pernah adik bonsu mingming cakap dgn ummi mingming, yg dia nak bela kucing tapi ummi mingming tak bagi. ye lah, nak ada haiwan peliharaan ni perlukan komitmen yang tinggi.

mingming pun saje la upload kat fb dan mintak petua dan tips nak jaga kucing ni. almaklumlah, mingming dan suami kan first time baru nak berkecimpung dalam dunia per-kucing-an ni. lagi pulak 4 ekor ni semua masih kecil2 belaka.

alhamdulillah, mingming dikelilingi kawan-kawan yang berjiwa penyayang yang sayangkan haiwan macam sayangkan nyawa sendiri. pelbagai tips yang diberi. esoknya, mingming seakan gelisah aje kat opis. asik teringat kat 4 ekor meow meow tu aje. rasa macam nak cepat balikkkkk aje.



lepas tu ariff (kawan mingming) cakap, dia tengok dalam gambar yang mingming upload kat fb tu mcm kecika je cage dia. mingming ckp, cage tu pun cage emergency. sebab tak pernah buat persediaan pun nak bela kucing. tiba-tiba ariff offer nak bagi 2 cage kat mingming. macam nak melompat masa tu, seakan tak percaya. 

"repppp, betul ke hang dah tak nak guna cage tu?" mingming teruja.

"betullll. dulu pernah ada kucing, sekarang dah takde kucing dahhh..." 

"repppp, berapa ringgit hang nak jual ni?"

"eh, tak yah bayar apa2 la....ambik laaa, free aje. ni kira sedekah lah"


petang tu lepas balik kerja, mingming terusss start enjin kereta zasssss ke rumah ariff. walaupun mingming cuba menghulurkan beberapa keping RM, tetapi Ariff tetap menolak. Ariff siap bawak mingming pergi Supermarket 99 beli pasir untuk tandas kucing. so sweetttt Ariff ni. memang peminat kucing tegar. kalau korang tengok workstation ariff kat opis, penuh dia lekat gambar kucing.

kepada Ariff, Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik hang. kepada gadis sekalian - ariff ni bujang, jujur dan baik hati. kalau ada sesiapa yang nak kenal2 dgn ariff  ni, boleh la contact mingming. lelaki yang baik macam ariff ni memang calon suami yang baik.

mingming terus tekan minyak redah jem nak balik rumah mingming pulak. saje buat kejutan untuk suami. dan dia memang betul2 terkejut dengan pemberian ariff ni. kami sangat terhutang budi. terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan orang-orang yang baik di sekeliling kami. 









oh ya! mingming ada bagi nama baru pada suami. dulu dalam blog ni, mingming panggil dia MNG (Mr Nice Guy). maka secara rasminya, nickname beliau kini adalah encik miumiu. hehehe. ada kwn mingming tanya, kenapa MiuMiu? tatau la. tapi nama tu yg spontan keluar dari mulut mingming masa mingming buat keek video kat bawah ni...kepochi betul bini encik miumiun ni! cekidautttt....




mingming on keek

mula-mula niat bukak akaun keek ni sebab nak follow keek dr harlina, isteri kepada sheikh muzaffar....dan seterusnya follow la keek  retis2 kat malaysia ni....

tapi disebabkan mingming belum ada apa2 video pun dah ada follower, maka terpanggillah mingming utk upload video yang tak seberapa kat keek tu. orang lain nak ber-keek, hang pun nak jugak mingming oiiii...

beberapa keek mingming yang telah dimuat naik beberapa purnama yang lalu di sertakan di sini. nak follow, cari wanie_mingming. 

nak keekback pun bolehhhh. cekidautttt

#gwiyomi



#minumpetang

Apr 15, 2013 | #minum petang by wanie_mingming on Keek.com


#mai nyanyi utk mingming



#laki ai pemalu

tudung bawal bidang biasa tapi labuh


mingming takde niat pun nak buat tutorial bagai. sebab mingming ni bukan la style sangat punnnn. tapi lepas kawan2 tengok mingming berhijrah (cheeeewaaahhhh)....hehehe...bukanlah hijrah sangat punnnn, bertukar sebenarnya...bertukar style tudung, ramai yang tanya macam mana caranya nak pakai tudung bawal bagi labuh tutup dada mcm mingming pakai. untuk pengetahuan, mingming pakai inner tudung kat dalam sebab tudung bawal ni kan jarang. tak lengkap la kan kalau dah labuh tapi jarang.

benda baik malah dituntut syariat, apa salahnya kita berkongsi, kannn....mingming pun pelan2 dan masih dlm proses memperbaiki diri...mula2 dulu mingming labuhkan tudung....dah konsisten tudung labuh, mingming pakai stokin pulak. so janganlah high expectation kat mingming ye. sbb mingming pun masih sedang menambah ilmu. sama2 lah kita memperbaiki diri kita ya :)

mula2 dulu orang kat opis pun seakan terkezuttt jugak. bos mingming pun siap tegur lagi. mana tak terkezut, tetiba mingming gaya mcm ustajah sangat. hehe. kat bawah ni contoh tudung bawal bidang biasa tapi labuh yang mingming gayakan. hahahaha. gaya la sangatttt.



mingming suka baju ni sbb nampak mingming gemuk sikit :)



 ingatkan kanak-kanak je yg suka dapat aiskrim....mingming yang dah bangka ni pun kemain seronok bila dapat aiskrim :)








masa ni kat tepi pantai....tudung pun senget-senget kena tiup angin




 masa pergi kenduri kawen anak sedara bff ayahanda mingming 




 muka first time try cool-blog





pergi dating pun bawak botol air :)

mingming memang tak pandai nak buat tutorial. kalau ada yg nak tutorial lebih jelas, boleh lah rujuk tutorial orang lain di youtube ye. harapnya tutorial mingming kat keek ni dapat lah bagi idea kat korang ye. selamat mencobaaaa. 









jerebu datang lagi


musim jerebu datang menguji lagi. dulu masa jerebu tu, mingming tgh buat degree kat uitm shah alam. makanya di sini  ingin mingming kongsikan juga di sini kesan dan risiko jerebu. kadang2 kite terlepas pandang benda-benda cenggini. walaupun agak terlewat dan terhegeh2 publish entry ni tapi sbb dah ada kat dlm draf, kite publish aje lah. 



bacaan indeks pencemaran udara pada hari isnin 24 Jun 2013. 



 jerebu...oh...jerebu...
hmmm, murid sekolah aje ke yang dapat cuti free? 
murid tua macam mingming ni tak kena la pergi kerjaaaa....mingming kat opis la ni...



bersegeralah berjumpa doktor ya jika anda anda mengalami penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru semakin bertambah buruk.                                                    


   sukar nak bernafas adalah salah satu tanda dan kesan jerebu




mata juga menjadi pedih dan adakalanya sampai berair



oleh itu, anda semua dinasihatkan memakai topeng muka apabila berada di luar rumah atau bangunan.
 di hari kedua bekerja dalam jerebu ini, mingming memakai wide plain shawl from tudungmingming. hihi.




bacaan indeks pencemaran udara pada hari selasa 25 Jun 2013. semakin teruk dari hari sebelumnya. dah masuk kategori sangat tidak sihat ni! 


:
:
:
:
:


 alhamdulillah, hari ini khamis 27hb jerebu makin pulih. 




balik keje petang nanti bolehlah kite main basikal macam selalu....


muka berlemoih balik kerja + tak menyempat nak tukar baju, terus nak main beskal...inilah budaknya!



oh ya! sebagai penutup, mingming nak promote kawan mingming sorang ni kat sini pulak. 
hari tu dah promote dia kat fb. hihi. tolong kawan :)